Thursday, November 22, 2018

Jangan Sesuka Hati Guna Garam ! Nak Sihat Kan?

Dunia perubatan sekarang ni kerap mengatakan yang garam adalah penyebab pelbagai jenis penyakit seperti darah tinggi, dehidrasi, tulang reput, sakit hempedu dan segala macam penyakit tapi kenapa Nabi Muhammad s.w.t bersabda " Sebaik-baik lauk adalah garam" (Al-Baihaqi)

Jika kita tahu cara menggunakan garam secara betul dan jangan sesuka hati guna garam dengan cara yang salah, pasti kita tak akan mengalami sakit-sakit yang dikatakan berpunca dari garam.

Jadi sesuai dengan hadis yang menyatakan garam bukanlah punca atau penyebab penyakit, tapi ubat yang paling mujarab seandainya digunakan dengan cara yang betul.

Jangan Sesuka Hati Guna Garam ! Nak Sihat Kan?
Umi sekeluarga dah lama bertukar menggunakan garam bukit dan antara jenama yang selalu Umi guna adalah CED atau Nevgel tapi ada jenama lain jugak. 
 
Maka ketahuilah dan pada yang tidak tahu, bahawa GARAM TIDAK BOLEH DIMASAK!!!. aik macam mana nak masak kalau garam tak boleh dimasak?

psst..kalau sesiapa biasa baca resepi dekat blog UF ni, pasti lihat dan baca yang UF akan letak garam diakhir masakan selepas api ditutup tapi macam nak buat ayam goreng, ikan goreng masih tak berubah dengan meletakkan garam dan kunyit kemudian digoreng tapi kekadang tu untuk ayam UF goreng tanpa garam terutama bila nak buat sambal ayam atau ayam masam manis.
Kesalahan orang kita ialah kita memasak garam yaitu memasukkan garam ke dalam masakan ketika masakan sedang MENDIDIH / PANAS. Tahu tak yang garam berubah menjadi racun /toksik, jika dimasak ketika masakan tengah mendidih/mengelegak, garam yang dimasukkan akan bertukar menjadi asid dan seterusnya membahayakan kesihatan serta mengundang berbagai penyakit, selain itu kandungan sodium dalam garam juga akan hilang dengan percuma. Perlu kita ingat yang sodium sangat bermanfaat untuk kesihatan tubuh kita.

Begini cara yang betul penggunaan garam, agar garam benar-benar menjadi ubat bagi anda, bukan jadi penyakit*.

Masaklah makanan yang ingin dimasak sehingga selesai. Contohnya: masakan sayur sayuran – masukkan garam dalam masakan apabila makanan dan airnya sudah beransur sejuk, atau dalam keadaan dingin.

Ingat makanan yang dimasak harus tanpa garam dahulu tapi memang payah rasanya nak buat tapi tak salah untuk mencuba kan.

  • Ketika nak makan, sediakan semangkuk garam dan taburkan di atas makanan yang ingin dimakan sesuai selera masing-masing.  

  • Garam adalah mineral bagi tubuh, "Banyak amalan yang dilakukan oleh para Salafus soleh ialah dengan mengambil garam sebelum memulai makan".
  • Garam digunakan sebagai pembuka makan dengan mengambilnya dengan hujung jari dan dimasukkan ke mulut.

INGAT, GARAM ADALAH MINERAL !!!!
Kelebihannya atau manfaatnya garam ialah ianya mampu mengubati lebih dari 70 penyakit, antara lain darah tinggi, diabetes, tulang reput, pening atau sakit kepala dll serta tidak akan mengalami keadaan mati mengejut.

Berbagai penyakit yang didakwa timbul akibat garam seperti gejala jantung dan tekanan darah tinggi adalah akibat dari penggunaan garam yang salah.

InsyaAllah penyakit darah tinggi, jantung mampu dihindari dengan cara pemakanan garam yg betul.

Jadi kesimpulannya, yg sebetulnya garam itu adanya di meja makan, bukan di dapur.

Jom berubah untuk kesihatan kita dan keluarga.

Semoga tips ini bermanafaat buat semua.

copypaste

8 comments:

  1. Pernah baca juga tentang cara amik garam tu. Memang salah cara kita selama ni kan. Nice sharing kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah dekat 2 tahun kot entry ni kat draft hehe...sejak dapat dari grup whatsapp tu akak dah bertukar cara tapi part nak goreng ikan dan ayam tu kekdg jer gaul dengan kunyit dulu..tapi rasanya tak sama...lebih sedap dengan garam kunyit...alahai lidah oh lidah heheeh

      semoga perkongsian ni bermanafaat untuk semua

      Delete
  2. nak sihat tapi dalam masa yang sama nak jaga tekak orang. Kepantangan betul orang tua-tua masak tak berasa garam. InsyAllah lepas ne kita try ubah garam di meja makan bukan di dapur

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe mmg payah sebenarnya Miza...apa pun terletak pada diri kita jugak dan org yg nak makan tu..hehehe

      part yg berkuah tu kira ok...tutup api biar agak sejuk sikit pastu bubuh garam dan kacau, pasti akan sebati..tapi part goreng tu payah sikit

      Delete
  3. cik ash guna garam halagel yang warna pink.. tq kak fuzy pengkongsian ni lepas ni kena ikut cara ni selalu masukkan masa mendidih huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak jenis garam bukit sekarang cik Ash..yg mudah akak dapat samada NevGel atau CED ni

      Delete
  4. Sha dah cuba amalkan.. Alhamdulillah dah makin ingat.. Masak dulu baru bubuh garam lepas matikan api..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...akak yg dh selalu ni pun kekdg tu terlajak jugak hehe

      Delete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!

Destinations