Lawatan Sehari Ke Putrajaya Bersama KAFA AlAnsar - Nasyrul Quran Lokasi Menarik Yang Mesti Dikunjungi

Thursday, November 29, 2018 2 Comments A+ a-

Nasyrul Quran terletak di Presint 14 Putrajaya merupakan kompleks serta pusat pencetakan AlQuran bersepadu utama di rantau Asia Tenggara serta pusat pengeluaran al-Quran kedua terbesar di dunia selepas Pusat Percetakan Al Quran Raja Fahd di Madinah.  

Lawatan Sehari Ke Putrajaya Bersama KAFA AlAnsar - Nasyrul Quran Lokasi Menarik Yang Mesti Dikunjungi

Nasyrul Quran’ bermaksud penyebaran al-Quran bukan hanya sebagai pusat percetakan bahkan sebagai pusat penyelidikan, pentafsiran, penterjemahan dalam pelbagai bahasa, penerbitan dan pengagihan al-Quran.
Lawatan Sehari Ke Putrajaya Bersama KAFA AlAnsar - Nasyrul Quran Lokasi Menarik Yang Mesti Dikunjungi

Lawatan ke Kompleks Nasyrul Quran mengambil masa dua jam dan setiap pengunjung akan diberikan taklimat dan pengenalan mengenai Nasyrul Quran dan Yayasan Restu


Lawatan Sehari Ke Putrajaya Bersama KAFA AlAnsar - Nasyrul Quran Lokasi Menarik Yang Mesti Dikunjungi


Galeri Mushaf Antarabangsa - lawatan ke tingkat 2 yang menampilkan pelbagai Mushaf antaranya dari AlQuran Mushaf Iran, AlQuran Mushaf Al Tajwid Darul Ma'rifah, Syria dan banyak lagi.



Versi mushaf yang akan dicetak itu adalah al-Quran dalam saiz besar dan sederhana; al-Quran dan terjemahan bahasa Malaysia; al-Quran dan terjemahan bahasa Inggeris; al-Quran dan terjemahan bahasa Cina; al-Quran dan terjemahan bahasa Khmer; al-Quran dan terjemahan bahasa Thai serta al-Quran dan terjemahan bahasa Rusia. Kompleks itu juga akan men­cetak mushaf al-Quran terjemahan perkataan demi perkataan dalam bahasa Malaysia; al-Quran terjemahan perkataan demi perkataan bahasa Inggeris serta al-Quran dan terjemahan edisi Jawi.



Lawatan Sehari Ke Putrajaya Bersama KAFA AlAnsar - Nasyrul Quran Lokasi Menarik Yang Mesti Dikunjungi





Naik ke tingkat 3 dan melihat tempat kilang pembuatan AlQuran yang luas dari cermin kaca. Peringatan pun diberikan bagi memastikan sesiapa yang tidak tahan dengan bau dakwat dan mujur anak-anak sekolah dan guru pengiring pun ok tak ada masalah.

Lawatan Sehari Ke Putrajaya Bersama KAFA AlAnsar - Nasyrul Quran Lokasi Menarik Yang Mesti Dikunjungi

Lawatan Sehari Ke Putrajaya Bersama KAFA AlAnsar - Nasyrul Quran Lokasi Menarik Yang Mesti Dikunjungi

Lawatan Sehari Ke Putrajaya Bersama KAFA AlAnsar - Nasyrul Quran Lokasi Menarik Yang Mesti Dikunjungi

Lawatan Sehari Ke Putrajaya Bersama KAFA AlAnsar - Nasyrul Quran Lokasi Menarik Yang Mesti Dikunjungi



Akhir sekali, dah melawat dan membeli khat, AlQuran yang cukup menarik dan sangat berkualiti tu, boleh la singgah makan kat kafetaria sebelum meneruskan perjalanan balik atau sambung bersiar-siar kat Putrajaya kan.

Kalau nak tengok gambar-gambar di Nasyrul Quran yang sempat Umi rakam boleh jer ke SINI


BAGAIMANA MEMBUAT PERMOHONAN BAGI KUMPULAN ?

Untuk sesiapa yang teringin nak buat lawatan secara berkumpulan ke Nasyrul Quran ala rombongan Cik Kiah, boleh  email kepada : nasyrulquran_nq@gmail.com atau hubungi/whatsapp kepada Cik Aqilah di talian +6016 7182741. Waktu pejabat adalah dari jam 9 pagi hingga 5 petang (Isnin hingga Jumaat) 

Ada 5 slot yang boleh kita pilih tapi pengesahan tu bergantung pada pihak Nasyrul Quran la juga ya dan bagi yang membuat tempahan permohonan perlu dibuat selewat-lewatnya dua minggu sebelum tarikh lawatan.


  • Slot 1 : 9.00 pagi - 11.00 pagi
  • Slot 2 : 10.00 pagi - 12.00 tengahhari
  • Slot 3 : 11.00 pagi - 1.00 petang
  • Slot 4 : 2.30 petang - 4.30 petang
  • Slot 5 : 3.00 petang - 5.00 petang (Isnin hingga Jumaat sahaja)
Antara syarat untuk membuat permohonan dengan peserta minima 10 orang,  kemasukan adalah PERCUMA dan digalakkan berwakaf. Setiap kumpulan ada dibantu oleh jurupandu bagi memberi penerangan di setiap ruangan dan bahagian didalam Kompleks Nasyrul Quran.

Selain lawatan secara percuma, setiap pengunjung diberikan satu slip dimana setiap pengunjung akan mendapat surah Yasin besar dan kecil.  Kalau dulu setiap pengunjung akan mendapat senaskah AlQuran (pengalaman kakak UF)

Pengunjung juga boleh berwakaf senaskah AlQuran pada harga RM35 atau tabung wakaf kertas seikhlas hati berwakaf

Ok, nanti disambung kisah lawatan sehari anak-anak KAFA AlAnsar ni ya.



Jadi, anda bukan sekadar akan melihat pelbagai naskah Al Quran mushaf antarabangsa, tetapi juga akan mengetahui sedikit sebanyak asal-usul setiap mushaf dipamerkan.

Gambar Mushaf-Mushaf Antarabangsa

Al Quran Cetakan Darul Khair dari Lebanon

 

Di ruangan galeri mushaf antarabangsa, ada juga beberapa pameran seni khat yang indah dan cantik-cantik belaka. Seninya sungguh halus dan mempesonakan.

Untuk info, kalau nak lihat seni khat cantik yang melibatkan pelukis dan pengukir khat dari Yayasan Restu Nasyrul Quran ini boleh lihat di Hotel Muzaffar, Melaka dan juga Masjid Terapung Al-Badr Seribu Selawat di Pulau Pangkor.

Aha .. nak tahu kenapa masjid itu digelar Masjid SERIBU SELAWAT? Tonton video di akhir post ini ya.

 

Di bawah ini adalah antara ruang jualan pelbagai produk Al Quran selain dari kedai Restu yang ada bersebelahan dengan galeri Mushaf Malaysia.

 

Alami sendiri apa yang ada di Nasyrul Quran Putrajaya ini. In Sha Allah, di lain post saya akan kongsikan beberapa gambar galeri Mushaf Malaysia yang diusahakan oleh Yayasan Restu dan Nasyrul Quran ini.

2 Comments

Write Comments
PeRdU cINta
AUTHOR
29 November 2018 at 09:38 delete

Ya Allah...seronoknya..mengenali..mendekati kalamullah ini..pendedahan sedari alam kanak-kanak..bagaimana terbentuknya naskah-naskah Al Quran.

Reply
avatar
NanyFadhly
AUTHOR
30 November 2018 at 09:49 delete

Bila anak2 tu pergi? kami pun baru pergi juga last Tuesday :)

Reply
avatar

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!