Saturday, November 3, 2018

Pelancaran ZAKAT2U Selaras Perubahan Teknologi Bagi Kemudahan Umum

Pelancaran ZAKAT2U Selaras Perubahan Teknologi Bagi Kemudahan Umum | Salam semua! Seiring dengan perubahan teknologi masa kini, Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP) terkini telah melancarkan ZAKAT2U, perkhidmatan pembayaran zakat melalui laman webnya www.zakat.com.my bagi memudahkan umum di Wilayah Perseketuan menunaikan kewajipan berzakat menerusi dalam talian dengan mudah dan cepat.



Jadi kini alasan susah dan payah nak menunaikan kewajipan berzakat tu dah tak relevan lagi la ya sebab pihak PPZ-MAIWAP telah menaik taraf perkhidmatan kaedah pembayaran secara online supaya lebih mudah digunakan.

Berikut adalah kelebihan terkini yang disediakan menerusi Portal ZAKAT2U versi 4.0

  • Pengiraan kalkulator zakat secara automatik yang lebih ringkas
  • Melakukan pembayaran lebih dari satu jenis zakat dalam satu masa dengan penggunaan Troli Zakat
  • Pengunaan resit rasmi bayaran online secara sepenuhnya
  • Bacaan doa untuk para muzakki setelah selesai pembayaran zakat
  • Integrasi pembayaran  zakat menggunakan chatbox FB Messenger
  • Video tutorial panduan pengiraan zakat


Menariknya pengguna boleh bersoal jawab dengan Ustaz Amil di chatbox FB Messenger 24 jam
"Untuk makluman semua, zakat2u versi 4.0 ini telah dinaiktaraf fungsi dan sistemnya. Kesemua fungsi dan sistem ini diwujudkan adalah untuk memberi labih banyak kemudahan kepada pembayar seiring dengan keadaan serba ringkas, mudah dan cepat sekarang ini untuk mereka segera menunaikan kewajipan zakat mereka tanpa mengambil masa yang lama"

"Kemudahan terkini zakat2u ini dilaksanakan sebagai tanda penghargaan kepad pembayar zakat kami yang tanpa jemu memberikan kepercayaan kepada PPZ-MAIWP sebagai pengutip zakat mereka.  Kita akui bahawa tanpa pembayar zakat mana mungkin asnaf yang hampir 30,000 keluarga dapat dibantu oleh pihak Baitulmal - MAIWP ditambah lagi peningkatan asnaf saban tahun"

Pelancaran perkhidmatan laman web ZAKAT2U 4.0 telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff.  PPZ-MAIWP akan sentiasa meningkatkan kualiti perkhidmatan pembayaran zakat kepada umum di Wilayah Persekutuan agar tiada lagi halangan untuk mereka menunaikan zakat agar ia dapat mengurangkan kemiskinan masyarakat bandar.

PPZ mensasarkan sejumlah kutipan RM25 juta sehingga hujung tahun 2018 dan semoga tercapai dan mungkin lebih lagi supaya kutipan ini dapat digunakan untuk mereka yang benar-benar memerlukannya.


" PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat "

Jom bayar zakat : www.zakat.com.my
Talian zakat : 1300 88 5757
BERZAKAT MEMBAWA BERKAT

6 comments:

  1. senanglah kalau macam ni, harap semua dapat laksanakan zakat la :D

    ReplyDelete
  2. Moga ini menjadi solusi yang dimanfaatkan.Aamin.

    ReplyDelete
  3. Wah..semakin maju dah PPZ -MAIWP ni dgn memcetuskan zakat2u versi 4.0...memudahkan kita utk membuat pembayaran

    ReplyDelete
  4. Wah..semakin maju dah PPZ -MAIWP ni dgn memcetuskan zakat2u versi 4.0...memudahkan kita utk membuat pembayaran

    ReplyDelete
  5. Semakin maju MAIWP dalam usaha menggalakkan orang ramai untuk bayar zakat..

    ReplyDelete
  6. makin mudah untuk bayar zakat. takde alasan lagi..

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!