Monday, November 12, 2018

Promosi "Back To School" Dengan Pakar Kaki @ Sunfeet International Rehabilitation CenterPromosi "Back To School" Dengan Pakar Kaki @ Sunfeet International Rehabilitation Center

Promosi "Back To School" Dengan Pakar Kaki @ Sunfeet International Rehabilitation Center | Teruja! tu la perasaan Umi buat pertama kali ke Sunfeet International Rehabilitation Center ni dan sememangnya satu pengalaman yang baru buat Umi sebab selama ini Umi cuma tahu 2 jenis kaki jer iaitu tapak kaki jenis leper dan yang biasa tapi rupanya ada lima jenis kaki antaranya severe flat, flat, high arch, normal dan pronated.  Umi berkaki normal tapi ada sikit bunion (selalunya terjadi pada orang yang kerap berkasut tinggi..memang pun Umi berkasut tinggi sejak azali..haha)


Antara jenis-jenis kaki tu, you all punya yang mana agaknya?

Umum tahu yang kaki antara punca kita akan menghadapi masalah sakit lutut,  sakit tulang belakang, sakit pinggang dan pelbagai masalah lain, jadi kita seharusnya bijak memilih dan memakai kasut yang sesuai serta selesa untuk kaki kita.

memilih dan memakai kasut yang sesuai serta selesa untuk kaki
Bak kata Dato Dr Edmund Lee, tapak kaki ni macam tayar kereta, sekiranya tak dijaga ianya pasti akan memberi kesan kepada kita. Yealah kalau sakit kaki, bengkak ke mesti payah kita nak bergerak dengan sempurna dan selesa kan.  

Dr Edmund Lee turut berkongsi tips membeli kasut antaranya
  • Waktu petang adalah waktu yang terbaik untuk membeli kasut kerana kaki kita akan mengembang jadi bila kita mencuba kasut.
  • Pastikan kasut yang dicuba tu membolehkan dua jari di depan dan belakang sebelum membeli supaya ia memberi ruang pembesaran untuk kaki 
  • Pakai kasut dengan kedua-dua belah kaki dan berjalan untuk memastikan keselesaan 
Juga sebaiknya kita buat pemeriksaan kaki setiap enam (6) bulan sekali untuk memastikan kaki kita tidak bermasalah.
 

PROMOSI "BACK TO SCHOOL"

    memilih dan memakai kasut yang sesuai serta selesa untuk kaki
     Jom kita dapatkan kasut sekolah untuk anak kita hari ni di Sunfeet Rehab Center ni dan sebelum membeli tu dapatkan khidmat nasihat pakar yang akan memberitahu kasut yang sesuai untuk anak kita.  Anak-anak kita masih muda dan kalau ada masalah kaki tu, kita perbetulkan kat sini sebelum ianya menjadi lebih teruk
    memilih dan memakai kasut yang sesuai serta selesa untuk kaki


    Pelbagai pilihan kasut yang sangat berkualiti ada di Sunfeet Rehab Centre yang diperbuat untuk keselesaan si pemakai dengan tujuan bagi kesihatan serta direka khas oleh Dato Dr Edmund Lee, pakar  Orthotic & Prosthetic serta merupakan generasi ketiga yang mengendalikan Sunfeet International Rehabilitation Center.  


    Promosi "Back To School" Dengan Pakar Kaki @ Sunfeet International Rehabilitation Center

    Promosi "Back To School" Dengan Pakar Kaki @ Sunfeet International Rehabilitation Center
    cikapplepie pun sempat juga buat pemeriksaan kaki dia.  Sangat penting! kita kena buat pemeriksaan kaki anak kita sebelum membeli ya supaya dia tak menghadapi masalah berkenaan kaki kelak. Nanti kalau ada kesempatan Umi cerita kat entri yang lain ya. 
    Promosi "Back To School" Dengan Pakar Kaki @ Sunfeet International Rehabilitation Center
    ni la mesin pengimbas kaki yang boleh tahu apa masalah kaki kita. 

    Di Sunfeet Rehab ni ada mesin yang mampu scan kaki kita dan memberi laporan lengkap tentang kaki kita, jadi kita boleh tahu lebih lanjut tentang kaki kita dan cara membendung masalah (sekiranya ada) kaki kita.  Kata Datuk Dr Edmund, kaki yang bermasalah boleh dirawat terutama bagi mereka belum mencapai usia 15 tahun.  Perlu diingat, pemilihan kasut yang sesuai tu penting ya.

    Sebaiknya kita membuat pemeriksaan kaki setiap enam bulan dan bagi mereka yang mempunyai masalah dengan kaki, boleh la datang ke Sunfeet International Rehabilitation Centre hari ini dan dapatkan nasihat dari Dato Dr Edmund Lee yang akan memberi khidmat perundingan serta penerangan dan membantu kita memperbetulkan kaki kita.

    Promosi "Back To School" Dengan Pakar Kaki @ Sunfeet International Rehabilitation Center

    Sunfeet International Rehab Centre 

    Blk C, 18 Jalan 19/1, Seksyen 19
    Petaling Jaya, Malaysia

    No Telefon
      +6-013-528 3939 

    Waktu Perniagaan
    10 pagi hingga 7 malam

    Website: 
    www.sunfeet.com.my

    2 comments:

    terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
    dihargai!

    kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

    komen baik-baik tau!

    Thanks for the visit, appreciate your positive comments!

    Destinations