Wednesday, November 14, 2018

Resepi | Ayam Masak Madu Berempah

Salam dan selamat malam semua ;D

Rajin pulak memalam ni nak kongsi resepi kesukaan cikapplepie dan yang pasti menu ringkas yang tak perlu lauk lain dah.  Sebenarnya sejak tak bekerja ni jenuh tiap hari nak fikir apa menu untuk keluarga.  Pasti ibu-ibu lain pun sama kot hehe


Resepi | Ayam Masak Madu Berempah


Bahan-bahan:
½ ekor ayam dipotong kecil
4 batang serai, dihiris *
4 ulas bawang merah *
4 ulas bawang putih *
2 inci halia *
5 tangkai cili kering (jika mahukan pedas boleh letak lebih)
2 sudu madu
2 sudu jus limau kasturi

* ditumbuk atau dikisar dengan pengisar kering tapi jangan terlalu halus dan jangan terlalu kasar


Cara membuatnya:

  • Goreng ayam tapi jangan terlalu garing. 
  • Tumis bahan yang dikisar dengan menggunakan minyak gorengan ayam tadi.  Pastikan dengan api yang sederhana.  Bila dah nampak kering, masukkan ayam dan digaul biar sebati.  Bila dah agak kering, masukkan madu dan jus limau, gaul sekejap dan tutup api.  Masukkan garam secukup rasa.  Kalau nasi dah masak, hidang jer la ya, tak usah tunggu lagi ;D
Resepi | Ayam Masak Madu Berempah

Ni nasi dalam pinggan #cikapplepie.  Kalau dia dapat ayam masak ni memang dia akan ambil minyak tu jirus atas nasi dan yang pasti makan bertambah sekurang-kurangnya 2 kali..alahai anak Umi ni kuat makan sungguh hehe

9 comments:

  1. Air tangan ummi kan...lain macam nikmatnya..kan Cikapplepie...

    ReplyDelete
  2. Macam ringkas menu ni.. Boleh cuba nanti. Thnks sharing kak..

    ReplyDelete
  3. Tengok gambar pun nampak kesedapannya... :)

    ReplyDelete
  4. lapar plak tgk menu ni..biasa masak ayam kicap madu

    ReplyDelete
  5. sedap ayam masak madu berempah..kalau anak2 murni makan ratah gitu jer..ehehe

    ReplyDelete
  6. Aduh terus rasa nak cuba resipi ni kak. Mudah pulak tu.

    ReplyDelete
  7. sedap dua resepi beza..selamat menjamu selera

    ReplyDelete
  8. Wahhh...kebetulan mg tgh cari resepi ni..hehe tqqq sis for sharing 😉😙

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!

Destinations