Wednesday, November 21, 2018

Resepi | Bengkang Pisang Bakar

Minggu lepas DH tebang pokok pisang yang dah cukup matang tapi belum betul-betul masak.  Walau cuma ada 4 sisir tapi buahnya makan sebiji dah cukup kenyang sebab buahnya cukup tembun hehe.  Nak tanya apa nama pisang tu entah la tak pulak Umi tau tapi pokok pisang tu memang tak tinggi sangat.  Kebetulan minggu lepas pulak anak buat balik kampung mertua dia dan dia pun sedekahkan buah pisang 3 sisir...wahhh meriah dengan buah pisang la pulak kan.  

Memandangkan buah-buah pisang ni semua masak kuning serentak, memang gelabah la jugak sebab mana nak terlarat makan dan selepas sedekah kat sedara mara pun masih banyak..rezeki kan! Dah jenuh buat pisang goreng buat makan di petang hari, Umi cuba tukar pulak dengan buat bengkang pisang.  Alhamdulillah jadi dan seriously sedap..hehehe puji diri lagi kan.

Resepi | Bengkang Pisang Bakar


Jom kalau sesiapa nak buat bengkang pisang tu boleh la cuba resepi kat bawah ni

Bahan-bahan
10 biji pisang masak ranum, dilenyek
1 cawan tepung gandum *
¾ cawan gula perang *
1 cawan santan *
2 biji telur *
½ cawan minyak kelapa *
sedikit garam


** kalau nak guna mentega ganti minyak pun ok sebabnya Umi yang tukar ke minyak sebenarnya.
** boleh jugak letak bijan kalau suka


Cara membuatnya
  • Pisang dilenyek kasar dan masukkan kedalam bekas adunan
  • Kisar semua bahan *
  • Masukkan bahan yang dikisar kedalam bekas adunan pisang lenyek dan digaul rata
  • Lenser loyang (8 inci) dengan minyak (atau mentega)
  • Bakar dengan suhu 180⁰C selama 1 jam atau lebih (terpulang kalau nak kerak yang lebih)
  • Keluarkan dari ketuhar, sejukkan dan boleh la dipotong.  Kalau nak lagi sedap, masukkan dalam peti sejuk.

Selamat mencuba!




4 comments:

  1. first time dgr ni..nak kna cuba ni..:)

    ReplyDelete
  2. Sedapnya...masuk dalam peti sejuk tu...terus terasa nak buat..

    ReplyDelete
  3. Tak pernah pula makan bengkang pisang.. selalu orang buat kek pisang..

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!

Destinations