Tuesday, November 20, 2018

Sah! Rezeki Di Hari Maulidur Rasul 1440H

Sah! Rezeki Di Hari Maulidur Rasul 1440H | Syukur ke hadrat Illahi dengan rezeki yang dikurniakan buat Umi dan keluarga dan Alhamdulillah Tuan Haji Pengetua cukup suka dan dengan program yang Umi cadangkan untuk anak-anak sekolah ni akan jalani nanti dan yang pastinya cikapplepie pun teruja sebab kemungkinan dia dapat turut serta tapi kena tunggu dulu kalau betul keputusan UPSR akan diumumkan pada 29 hb November dan bukan 22 November.  The more the merrier kan !


Image may contain: outdoor

Sebenarnya ni bukan kali pertama Umi menjadi perancang program untuk anak sekolah rendah, tadika dan institusi pengajian dalam negara tapi juga pelanggan dari luar negara.  Memang seronok walau sebenarnya penat tapi bila mereka tu semua seronok dan enjoy, ucapan terima kasih pun dah buat Umi rasa kembang bangga.

Ni Umi kongsi program dan nanti Umi kongsi kisah anak-anak KAFA ni, setiap kumpulan kan berbeza karenah diaorang kan, jadi kita tunggu jer tapi doakan yang baik-baik ya supaya perjalanan program ni berjalan lancar



PROGRAM LAWATAN SEHARI KE  PUTRAJAYA

Tarikh : 22 November 2018

Bilangan : 74 murid + 7 guru pengiring

MASA
ATURCARA LAWATAN
INFO
07:30 – 08:00
Berkumpul
Bertolak ke Putrajaya
Perkarangan SKTSR
10:00 – 12:00
Lawatan di Nasyrul  Quran (2 jam)

Alamat : 14811, Jalan P14J, Presint 14, 62675 Putrajaya.

12:00
Bertolak ke Masjid Besi untuk makan tengahhari dan solat
Nasi Ayam + Sirap
13:45
14:15
Daftar dan boarding
Menaiki Cruise Putrajaya 45 min (cruise and learn)
(penerangan, buku nota kecil dan sijil)


Alamat :
Jeti Putra, Jambatan Putra
Presint 1, 62000
Putrajaya, Malaysia
15:00
Masjid Putra, Putrajaya
Solat
Bertolak balik

 

Jadi kalau ada sesiapa nak khidmat atau khidmat nasihat tentang program anak-anak sekolah atau untuk diri sendiri, DM jer la ...eheheh promote diri pulak aihh.

Salam Maulidur Rasul

6 comments:

  1. Menarik lawatan sehari ke putrajaya ni kak fuzy, husniey dulu kalau lawatan ke KL ikut rombongan sekolah mesti lawat putrajaya jugak.. Hee rindu pula kenangan zaman sekolah :)

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!

Destinations