Sunday, November 18, 2018

Tahniah Noryn Aziz, Juara Gegar Vaganza Musim Kelima

Gegar Vaganza ke 5 menutup tirainya sebentar tadi dan kali ni memang tak ketinggalan sebab semua kerja rumah dah settle, jadi layan dengar lagu..hehe.  Sanggup bersengkang mata weh..walau sebenarnya dah mengantuk sangat hehe.  Apa pun memang dah target yang Noryn Aziz akan menang.

Dah tahu siapa pemenang? Meh Umi kongsi siapa pemenang pilihan tu dan seperti biasa gandingan pengacara Jihan Muse dan Nabil Ahmad memang terbaik dengan lawak dan gurauan yang kekadang mungkin ada yang tak boleh terima tapi they are the best



Juara - Noryn Aziz
Hadiah : RM100,000.00

Kedua - Dia Fadila
Hadiah : RM50,000.00

Ketiga - Zamani
Hadiah : RM30,000.00

Keempat - Amelina
Hadiah : RM20,000.00

Kelima - Maya
Hadiah : RM15,000.000

Keenam - Billy Zulkarnain
Hadiah : RM10,000.00

Selain wang tunai, pemenang akan dapat hadiah lain seperti penginapan di Royale Chulan Resort & Spa dll

Bintang Cuckoo Paling Gempak - Zamani

Cuckoo Friend 2018 - Hetty Sarlene

Juri tetap seperti biasa adalah Dato Ramli MS dan Dato Khatijah Ibrahim sementara juri jemputan penyanyi legenda Dato DJ Dave dan Mr Joe Flizzo.

Umi suka sangat dengan persembahan penyanyi jemputan yang juga bekas peserta Gegar Vaganza kelima gandingan Safura, Elite dan Hetty Sarlene dengan lagu Cinta Gila serta gandingan Forteen dan Shafie Rio mendendangkan lagu Pop Yeh Yeh yang sangat bertenaga dan segar.


PUSINGAN KEDUA - BATTLE

Dia Fadila VS Noryn Aziz
Lagu : Where is The Love

Amelina VS Maya
Lagu : Teman Pengganti

Billy Zulkarnain VS Zamani
Lagu : Bunga


PUSINGAN PERTAMA

Maya
Lagu : Nisan Cinta berduet dengan Ernie Zakri

Billy Zulkarnin
Lagu : Curiga berduet dengan Idayu

Amelia
Lagu : The Power of Love berduet dengan Bob AF

Noryn Aziz
Lagu : Laskar Cinta berduet dengan Awi Rafael

Dia Fadila
Lagu :Makin Aku Cinta berduet dengan Ajai


Zamani
Lagu : Lagu Cinta Lagu Jiwa berduet dengan Ameng








4 comments:

  1. Noryn Aziz & Zamani terbaikkk! Best rap diorg! Hehe

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...tahniah kepada pemenang.GV musim ni PC tak ikuti di tv...PC tahu atau ikut perkembangan melalui perkongsian sahabat-sahabat blogger sahaja..moga semuanya baik-baik sahaja dan tiada apa-apa atau sebarang isu berbangkitlah..aamin.

    ReplyDelete
  3. Tahniah! buat Noryn Aziz tak tengok pun live malam tadi nak tengok ulangan nanti

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!

Destinations