Wednesday, 19 December 2018

Demeter Fragrance Library Wangian Yang Di Inspirasi Dari Kenangan Indah

Demeter Fragrance Library Wangian Yang Di Inspirasi Dari Kenangan Indah  | Salam semua! Tak pernah terdetik di fikiran adanya wangian yang dinamakan Apple Pie, Pumpkin Pie sampai #cikapplepie teruja dan tersenyum tengok.  Sememangnya jenama Demeter ni sangat unik dan ianya di asas oleh pakar wangian yang berbakat, Christopher Brosius di Amerika Syarikat sejak 1996 dan hingga kini Demeter Fragrance Library sebagai jenama tunggal haruman dengan 300 wangian yang diinspirasi dari bahan dan pengalaman harian.  

Kiri: Jason Park, CEO of Fingertouche (M) Sdn. Bhd, James Lee, CEO of Demeter Asia Pacific, Thoren Tan, Trading Director dan Danny Hoh, Customer Director dengan brand ambassadors.
Mesti pelik kan kenapa ada banyak haruman? Kerana deria bau kita akan mengenali pasti tindakbalas emosi dan memilih serta memakai wangian Demeter Fragrance Library seakan ekspresi peribadi kepada tindakbalas emosi kita.  Malah jenama ini juga menjadi kegemaran dikalangan selebriti dari Korea dan Hollywood!


Perniagaan wangian berubah sejaksejak sekian lama, pelanggan sentiasa mencari kepelbagaian tapi dalam masa yang sama inginkan haruman yang menyerlah dalam setiap haruman. Pelanggan juga memilih wangian yang berinspirasi dan menepati citarasa diri.  Pendek kata, kualiti dan keselesaan buat sipemakai. Dengan terdapatnya Demeter Fragrance Library secara ekslusif di kedai Watsons dan para pelanggan hanya perlu memilih wangian  kesesuaian diri.  Selain dari itu, jenama Demeter juga menawarkan krim tangan, lip balms dan pelbagai minyak wangi yang direka  dengan ciri berbeza.  Bersempena dengan musim  perayaan hari Natal yang bakal tiba, Demeter Frangrance Library merupakan hadiah yang terbaik untuk orang kesayangan atau untuk diri sendiri 
Caryn Loh, Managing Director Watsons Malaysia.

Semasa pelancaran Demeter, pihak media dan UF diberi peluang mencipta wangian sendiri secara DIY dan UF memilih untuk membuat wangian bertemakan Party. Kami boleh diberi sedikit tunjuk ajar dan bebas memilih ekstrak yang disediakan dan UF memilih kombinasi ektrak Fresh Lemon, Peach & Apricot dan Sweet Kiss maka terhasillah wangian yang UF namakan Zesty Fruity Memang terasa segar untuk aktiviti lasak sesambil terkenang waktu muda remaja dulu semasa UF aktif bermain bola jaring setiap minggu dan dan semestinya wangian ini mengingatkan kemenangan dan tak lupa kekalahan dalam permainan di padang bola jaring tapi harus berbau harum selepas berpeluh teruk.

Demeter Fragrance Library diasaskan bermula dari ingatan.  Otak kita merakam setiap kebahagian dalam kehidupan seharian kita bilamana kita mendapat pengalaman baru, mengenali perasaan baru setiap hari.  Dengan Watsons, kami berharap Demeter dapat mengembangkan pengaruh wangian kami dan mengembalikan kenangan yang menggembirakan apabila pelanggan menggunakan minyak wangi jenama kami 
James Lee, CEO Demeter Asia Pacific


Demeter Fragrance Library menawarkan enam wangian klasik antaranya White Musk, Icelandic Aurora, Baby Powder, Crystal Rose, Sweet Baby dan Something 

Terdapat empat wangian edisi terhad  dinamakan The City Version yang diinspirasi dari pelbagai budaya Malaysia dan setiap haruman dibuat dan dinamakan Kuala Lumpur, Ipoh, Penang dan Malacca.  

Sesiapa sahaja boleh boleh menampilkan diri sendiri dengan haruman buat pertama kalinaya dengan menggunakan Demeter Fragrance Library sebagai palet wangian, kita boleh merekacipta dan menghasilkan wangian sendiri.  Haruman Demeter Fragrance Library adalah kombinasi haruman yang sedikit dari yang bauan yang dikenali.  Dengan karakter istimewa, ianya boleh dikenali pembuatannya secara langsung dan tidaka berubah mengikut peredaran masa.  Inilah yang direka oleh pakar wangian bagi mengekalkan dengan penuh prestij dan istimewa.


Wangian Demeter Fragrance yang direka secara ekslusif untuk Malaysia tampil dengan botol bersaiz 30ml dan boleh didapati di kedai-kedai Watson yang terpilih. Nak tahu lebih lanjut, layari yang berikut:





Mengenai Demeter Fragrance Library
Bermula dengan kedai pertama terletak di Gangnam, Seoul, Demeter Fragrance Library komited mengembangkan pengunaan wangian ke serata tempat dengan lebih 300 kedai di Korea.  Dibawah pengurusan cekap James Lee, Demeter Fragrance Library kini dieksport ke lebih 20 negara dengan lebih 350 kedai diseluruh rantau Asia Pasifik termsuk Malaysia, Hongkong, Taiwan, Thailand dan China.

5 comments:

  1. Singgah Watson nanti nak survey-survey la...

    ReplyDelete
  2. Bestnya ada perfume nama sendiri. Banyak pula wangian tu ye kak. Mesti semua best bau dia.

    ReplyDelete
  3. nmpk menarik.nti nak cari kot2 kt watsons sini ada dah

    ReplyDelete
  4. Wow, bestnya! Kena cuba nanti wangian ni

    ReplyDelete
  5. Nampak menarik sangat perfume ni, nanti nak try cari laaa

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!