Monday, December 31, 2018

Kuala Lumpur Kota Yang Punya Pelbagai Tarikan Untuk Kita Semua

Kuala Lumpur sangat dikenali ramai samada di luar negara apatah lagi dalam  negara yang menawarkan pelbagai peluang pekerjaan dengan imbuhan yang menarik dan tak pernah surut dengan pelancong dari luar dan dalam negara.  Bila musim cuti sekolah, cuti pendek mahupun cuti hujung minggu, ramai pelancong dalam negara akan mengambil peluang bercuti di Kuala Lumpur sebab terdapat banyak aktiviti untuk seisi keluarga.

Kuala Lumpur Kota Yang Punya Pelbagai Tarikan Untuk Kita Semua
Antara tempat yang wajar dilawati mestilah Menara Kuala Lumpur yang cukup dikenali untuk melihat pemandangan bandar Kuala Lumpur, melihat pemandangan indah di ruang terbuka Sky Deck, berani mencuba bergambar di Sky Box yang buat kecut perut seketika, Zoo Mini yang menempatkan haiwan kecil dari seluruh dunia antaranya meerkat, rakun dan rubah telinga kelawar, yang pasti buat kita dan anak-anak teruja dengan kecomelan haiwan-haiwan di sini. Tak perlu pergi jauh hingga ke Hawkins, Indiana untuk melawat Upside Down atau Rumah Terbalik di pintu masuk ke Menara KL. Walau tak sama tapi kita akan merasa seperti Alice in Wonderland kerana dapat mengembara melalui pondok Inggeris dua tingkat yang menawan, yang telah dibina terbalik dengan sepenuhnya. Dibuka dari pukul 9.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari, pelawat tentu seronok bergambar dan mengambil gambar dalam pelbagai adegan aneh serta pastikan ke Taman KL Forest Eco, hutan simpan paling lama di negara ini berkeluasaan 9.3 ekar dengan Canopy Walk pada ketinggian 200 meter, Teater XD, Zon Simulasi F1 dan menjamu selera di Atmosphere 360, tempat makan berputar yang pasti membuat pengunjung teruja.

Kuala Lumpur Kota Yang Punya Pelbagai Tarikan Untuk Kita Semua
Kuala Lumpur Kota Yang Punya Pelbagai Tarikan Untuk Kita Semua

Bagi ibu bapa dengan anak-anak berusia antara 4 hingga 14 tahun, disyorkan ke taman tema pelajaran (edutainment) KidZania yang menawarkan lebih 100 aktiviti antaranya mereka boleh mencuba menjadi  ahli bomba, doktor, Pegawai Cukai, Registrar, crew Air Asia, pegawai pelancongan dan banyak lagi, mana tahu pengalaman mencuba pelbagai kerja di sini boleh memberi inspirasi untuk anak-anak kenalpasti apa yang mereka ingin jadi bila meningkat dewasa.  Semua anak-anak yang mencuba kerjaya ni akan dibayar dengan matawang yang dipanggil KidZos dan setiap aktiviti ada had masa dan had usia. Gaji yang dibayar kemudian boleh disimpan di bank dan sebagaimana kita menyimpan duit, begitu juga anak-anak akan diajar cara menyimpan dan punya kad bank sendiri. Pendek kata anak-anak akan menghabiskan masa satu hari disini menjelajah dan mengenali apa yang mereka inginkan nanti. Kalau kot rasa jemu, ibu bapa boleh pergi membeli belah atau window shopping di IKEA.  Siapa yang tak tahu IKEA? Tempat pelbagai kelengkapan barangan untuk rumah yang pasti membuat para ibu bapa teruja seperti anak-anak teruja di taman tema KidsZania.


Kuala Lumpur Kota Yang Punya Pelbagai Tarikan Untuk Kita Semua
Alang-alang dah jejak kaki ke Kuala Lumpur, jangan ketinggalan singgah ke River of Life @ Tasik Biru antara tarikan baru di tengah bandaraya Kuala Lumpur.  Lokasi yang cukup strategik terletak di sekitar Masjid Jamek dan lebih tepat dipertembungan sungai diantara Sungai Klang dan Sungai Gombak. 
Terdapat satu waterfront yang ada air pancut berirama dan terdapat 6 buah irama berdasarkan etnik yang akan berkumandang bermula dari jam 9.15 malam dan berakhir pada 11 malam. Jadi inilah waktu untuk kita melawat dan menyaksikan dan menikmati keindahan River of Life @ Kolam Biru  yang nampak membiru dengan irama dan percikan air yang memercik halus dan menghasilkan pemandangan seakan berkabus. Lebih menarik lagi apabila pemandangan indah ini dikelilingi pelbagai bangunan lama dan bersejarah ditambah dengan cahaya lampu yang menyinari.  Jadi jangan lepaskan peluang kalau berada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ni untuk alami sendiri dan menyaksikan sendiri tarikan yang pasti membuat kita teruja dan terbuai leka dan tiada sebarang bayaran yang dikenakan kepada setiap pengunjung.

Image result for jalan tunku abdul rahman

Kalau dah anak-anak terasa seronok bercuti dengan pelbagai aktiviti, mak-mak pun jangan lepaskan peluang membeli belah di Jalan Tunku Abdul Rahman dan terus ke Masjid India yang menjual pelbagai barangan, kain baju, tudung, telekung dan banyak lagi.  Mungkin boleh bawa balik sebagai cenderamata buat ahli keluarga yang masih tidak berpeluang ke kota metropolitan Kuala Lumpur.

Sebelum ke Kuala Lumpur tu rancanglah lokasi dan pastikan tempat penginapan telah sedia ditempah supaya kita tak pening kepala, jadi kalau nak mencari tempat penginapan boleh search Kuala Lumpur hotels di laman sesawang Traveloka yang menyediakan pelbagai penginapan yang mengikut kesesuaian bajet kita sebab promosi dan harga yang ditawarkan memang murah dan berbaloi.


5 comments:

  1. best jalan2 KL. skarang dgn macam2 kemudahan transport lagi mudah nak bergerak sana sini..

    ReplyDelete
  2. Seronok berjalan di KL. Bnyk tmpat menarik :)

    ReplyDelete
  3. KL semakin pesat membangun.. Sebulan sahaja tak ke KL pun dah ada banyak perubahan..

    ReplyDelete
  4. Banyak lagi kawasan KL kinah tak sampai lagi

    ReplyDelete
  5. Memang banyak kan tempat best nak jalan jalan dekat Kuala Lumpur ni. Asyik masuk mall aje pun bosan jugak kadang kadang. Hehehe :)

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!

Destinations