Wednesday, December 5, 2018

Majlis Pra-Pelancaran Dan Yazit Search Sebagai Duta Artis Uptown M3 Mall

Tahniah kepada Double Two Resources atas pra-pelancaran Uptown M3 Mall baru-baru ini dan terima kasih kerana membuka peluang perniagaan kepada mereka yang berminat untuk berniaga pelbagai produk antaranya makanan, pakaian, aksesori dan apa saja yang boleh menjana pendapatan halal dan selain membeli, pengunjung juga dapat berhibur.



Pada majlis yang sama, pihak Double Two Resources juga telah melantik bekas pemain dram kumpulan Search, Yazit sebagai duta Uptown M3 Mall.  Pemilihan Yazit adalah bagi membantu beliau dan juga  peluang perniagaan kepada artis lama dan baru yang berminat berniaga dan mereka juga boleh membuat persembahan busking dengan segala peralatan pentas yang turut disediakan.  



Siapa tak kenal dengan Yazit, pemain dram  kumpulan Search kan yang cukup popular hingga kini.  Kisah Yazit yang sakit buah pinggang dan asma pernah dilaporkan dalam suratkhabar serta sedikit kontroversi (kalau nak tau, sila cari dalam suratkhabar la ya) dan beliau kini mencari rezeki dengan menjual produk makanan dan kraftangan untuk menangung kos perubatan tapi pendapatan yang tidak menentu dan seberapa tu tak mencukupi. Yazit juga aktif bermain muzik bersama kumpulan As Salam yangdiketuai oleh Zul Handy Black di pelbagai majlis dan persembahan amal.

Lebih menarik, terdapat booth Celebrity Corner dimana para artis yang berminat untuk berniaga boleh menjana pendapatan yang kemudian akan diadakan Celebrity street di masa akan datang. Sambil membeli orang ramai dapat berhibur serta boleh menghulur derma setiap kali Yazit membuat persembahan.  Sumbangan juga akan diberikan kepada golongan artis lain yang memerlukan bantuan dan mendapat sokongan dari Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA)

Turut hadir ke majlis pra pelancaran adalah  memberi sokongan adalah Ameng Spring, Baggio, Zul Handy Black bersama As Salam, Thalia, Yana dan ramai lagi.

Selain daripada tu, peniaga dan pengunjung tak perlu risau sebab tempat meletakkan kenderaaan dan tandas ada disediakan oleh pihak M3 Mall.

Majlis Pra-Pelancaran Dan Yazit Search Sebagai Duta Artis Uptown M3 Mall


Sesiapa yang berminat jangan risau sebab kos sewaan yang di Uptown M3 Mall ni memang berpatutan dengan Lot Food Truck sebanyak 12 unit berharga RM1,100 setiap lot, 15 unit lot gerai makanan berharga RM850 setiap unit dan 45 unit lot gerai pakaian RM650. 

Sebarang pertanyaan untuk tapak perniagaan di Uptown M3 Mall yang terletak di Taman Melati,  boleh terus berhubung dengan pihak urusetia HSKLCC Resources  di 013 3242799 (Rosli) atau 012 2195741 (Haizam) atau email kepada  : doubletworesources@gmail.com

2 comments:

  1. Mudah2an ramai yg mendapat peluang menjana pendapatan.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...cara begini..kalau tidak 100% membantu pun..sekurang-kurangnya ada yang dirasakan ringan sedikit beban yang ditanggung,

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!

Destinations