Saturday, 29 December 2018

Puding Roti Mentega Butterscotch Domino's Diperkenalkan Sebagai Hero Paling Manis di Tayangan Filem

Pengalaman menonton aksi-aksi mendebarkan pertarungan dunia bawah air dalam filem terlaris 2018 yang sekian lama dinantikan, filem Aquaman, pasti bertambah manis dengan hidangan pencuci mulut terkini daripada Domino’s Pizza, Butterscotch Bread & Butter Pudding (Puding Roti Mentega Butterscotch) baharu. Manisan terbaharu Domino’s yang lazat dan dibakar dengan sempurna ini dihasilkan dengan kombinasi roti mentega, sos vanilla, kepingan biskut coklat hancur dan dihiasi kismis manis.


Pencuci mulut klasik masyarakat British yang terkenal ini menjadi puding kegemaran ramai kerana membawakan rasa manis menyelerakan dengan tekstur yang menambat selera. Pencuci mulut terbaru Domino’s ini telah dihidangkan secara eksklusif kepada tetamu sebelum tayangan filem, untuk memberikan pengalaman menonton filem sambil menikmati manisan yang tiada bandingan. Pelancaran manisan baharu dan tayangan filem telah dihadiri oleh beratus-ratus pelanggan eksklusif Domino’s, peminat piza, rakan niaga dan wakilakil media serta tokoh media sosial berpengaruh, yang menjadi tunggak pertumbuhan Domino’s selama ini, lebih-lebih lagi sepanjang 2018. Pelancaran Butter Pudding baharu di TGV One Utama semasa tayangan filem memperlihatkan janji jenama Domino’s (Segalanya Mengenai Anda). Perjalanan dan kejayaan jenama selama ini dipacu oleh sokongan padu pelanggannya dan Domino’s komited untuk menawarkan perkhidmatan dan produk baharu yang menarik seiring dengan kecenderungan, kemahuan dan keperluan pelanggan, sambil mencipta pengalaman yang menjadi kenangan menerusi pelbagai platform. 



Dalam ucapan alu-aluan semasa pelancaran manisan terbaharu Domino’s, Linda Hassan, Naib Presiden Kanan Pemasaran, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, berkata,

“Kata orang tak kenal maka tak cinta. Bagi kami, sekali makan pasti nak lagi. Manisan terbaru ini dibuat dengan penuh kasih sayang daripada kami untuk pelanggan kami. Bahan yang berkualiti dan kelazatan rasa terus menjadi keutamaan kami dalam usaha menghasilkan inovasi baharu. Butterscotch Bread & Butter Pudding baharu memperlihatkan penekanan kami kepada sentuhan klasik kerana seperti yang kita semua ketahui, gaya klasik tidak pernah ditelan zaman. Ini dapat kami lihat dalam kecenderungan dan cita rasa pelanggan kami yang menjadi inspirasi untuk kami mencipta produk baharu. 

"Selain mencipta produk baharu, kami telah membawa pelancaran produk kami ke satu tahap baharu dengan memberikan pengalaman istimewa dan bakal menjadi kenangan kepada pelanggan eksklusif kami. Mereka bukan sahaja menjadi kumpulan orang pertama menonton filem yang sekian lama dinantikan, tetapi juga antara yang pertama untuk menikmati kelazatan Butterscotch Bread & Butter Pudding baharu sebelum pelancaran rasminya baru baru ini. Ini adalah tanda penghargaan dan hadiah eksklusif kami atas kasih sayang dan sokongan mereka kepada jenama kami selama ini. Kami harap semua peminat Domino’s seronok menikmati puding baharu ini bersama keluarga tersayang dan kawan-kawan, khususnya pada musim perayaan,” 

Butterscotch Bread & Butter Pudding baharu dibakar segar dan dihidangkan panas-panas setiap hari di cawangan Domino’s Pizza di Malaysia Barat dan boleh didapati hanya untuk tempoh terhad pada harga pengenalan RM9.90 sahaja.

Sempena musim percutian, pelanggan juga boleh membeli Wild West Combo terkini untuk perjumpaan keluarga dan sanak saudara. Wild West Buddy Combo, yang merangkumi satu Pulled-Meat Pizza saiz biasa (Regular), satu Golden Chicken Tenders, dua Coleslaw kecil dan dua tin minuman ringan, hanya berharga RM41.90. Untuk kumpulan lebih besar, pelanggan boleh pilih Wild West Super Combo yang mengandungi satu Pulled-Meat Pizza saiz biasa (Regular), satu piza saiz biasa pilihan anda, satu Golden Chicken Tenders, empat Coleslaw kecil dan satu Botol Minuman Ringan. Dapatkan tawaran untuk nilai wang ini dengan pelbagai pilihan daripada Domino’s Pizza. Nikmati kelazatan aneka pilihan kek lava Domino’s, Blueberry Cheesecake Lava Cake yang boleh didapati pada harga hanya RM7.10. 

Anda boleh mengunjungi cawangan Domino’s, membuat pesanan dalam talian di http://www.dominos.com.my/ atau menghubungi 1300-888-333 juga untuk mengetahui lebih lanjut tentang Butterscotch Bread & Butter Pudding baharu Domino’s Pizza Malaysia serta promosi semasa yang lain.



Mengenai Domino’s Pizza 
Dengan penghantaran lebih 1 juta piza sehari di seluruh dunia, Domino’s merupakan syarikat penghantaran piza paling pantas berkembang dan terkenal di dunia dengan komitmen untuk mempelopori industri dari segi kualiti produk dan kecemerlangan operasi. Domino’s Pizza, Inc. mengendalikan rangkaian global 14,000 cawangan miliknya dan francais di seluruh Amerika Syarikat dan lebih 85 pasaran. Di peringkat antarabangsa, Domino’s disenaraikan dalam kumpulan lima syarikat teratas dari segi transaksi dalam talian.Setakat Suku 2, 2017, Domino’s Pizza Malaysia ialah pasaran Domino’s yang mencapai pertumbuhan paling pesat di Asia Tenggara dan kelima di Asia Pasifik. Ditubuhkan pada 1997, Domino’s Malaysia diuruskan oleh pemegang francais utama, Dommal Food Services Sdn Bhd. Sehingga ini, terdapat 221 cawangan Domino’s Pizza di negara ini.Di Domino’s Pizza, kami BERBANGGA dengan komitmen kami untuk memperkaya kehidupan pelanggan kami, kakitangan kami, rakan niaga kami, pemegang saham kami dan juga masyarakat. Sebagai salah satu jenama paling digemari di Malaysia, kami akan melakukan lebih lagi untuk mengukir senyuman di wajah anda dan juga menegakkan budaya kami untuk ‘menjual lebih piza, mencetus lebih keseronokan’. Selaras dengan falsafah syarikat kami untuk berusaha secara bijak, Domino’s komited untuk memberikan pengalaman penghantaran piza yang tiada tandingan kepada pelanggan, dengan jaminan kepuasan produknya, jaminan penghantaran dalam masa 30 minit dan jaminan pesanan bawa pulang dalam masa 15 minit. Melangkah maju sebagai syarikat e-dagang, Domino’s Pizza telah mencipta banyak pencapaian pertama dalam platform digital. Domino’s Pizza Malaysia telah menggunakan dunia digital dengan sebaik mungkin dan ini bermula apabila diiktiraf sebagai syarikat QSR pertama yang menyediakan platform pesanan dalam talian oleh Buku Rekod Malaysia dengan pelancaran laman webnya pada 2003. Platform pesanan dalam talian Domino’s Pizza Malaysia juga diberi penarafan #1 untuk kelajuan perkhidmatan dalam taliannya dalam industri QSR.Domino’s Pizza Malaysia merupakan pemenang Anugerah Gold Franny 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2016, iaitu Anugerah Pencapaian yang disanjung tinggi daripada Persatuan Francais Antarabangsa di Perhimpunan Sedunia Domino’s Pizza. Berbekalkan keyakinan yang ditunjukkan oleh pengguna Malaysia, Domino’s Pizza telah memenangi Anugerah Gangsa dalam kategori “Restoran & Makanan Segera” di Anugerah Jenama Putra 2014, Perak pada 2015, Gangsa pada 2016, Perak pada 2017 dan Gangsa pada 2018.

3 comments:

  1. sedapnya... tak pernah cuba lg

    ReplyDelete
  2. Aquaman memang best layan sangat.
    Belum pernah cuba lagi pencuci mulut tu tak dak gambar kah?

    ReplyDelete
  3. uusih.. new menu ni bunyi mcm sedap je. kena cuba =D

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!