Sup Cendawan Semudah 1, 2, 3

Wednesday, December 19, 2018 4 Comments A+ a-

Jom buat Sup Cendawan yang mudah dan sedap.  Umi memang suka makan sup dan kalau pergi ke hotel untuk food review memang tak pernah nak lepaskan peluang tapi lepas makan tu kekadang tu dok mengomel tak sedap la kurang tu la kurang ni la..hadoiii.  Bila dah banyak komen tu mula la buat sendiri, jadi Umi dapat idea untuk buat cara paling mudah dan ringkas.

Favorite Umi semestinya sup cauliflower buatan sendiri, baca SINI

Eh, jom cuba resepi ciptaan sesuka hati yang mudah lagi ringkas dan semestinya sedap.  Ringkas sebab sesekali tu kita buat dengan bahan yang dah sedia ada cuma perlu tambah itu dan ini jer


Bahan-bahan:

1 tin Kimball 'Cream of Mushroom'
10 biji cendawan butang dalam tin pun boleh
1 cawan air
250ml susu cair
1 biji bawang Holland dipotong dadu
1 ulas bawang putih, cincang halus
2 ½ camca besar mentega
½ camca teh lada hitam
secubit garam
daun parsley dicincang dan dipotong untuk hiasan


cara membuatnya:

  • Cendawan dipotong dadu, dibasuh dan dibiarkan tos dalam penapis. 
  • Panaskan mentega dan goreng cendawan hingga layu, kemudian masukkan bawang putih dan bawang besar, digoreng hingga layu.
  • Masukkan Kimball 'Cream of Mushroom' bersama air, kacau rata dengan api perlahan dan n lada hitam yang telah dikisar, kacau biar sebati
  • Tuang susu cair, kacau rata dan biar mendidih sambil dikacau kerap hingga kuahnya menjadi sedikit pekat.  Tutup api, masukkan garam secukup rasa dan boleh dihidangkan dengan menabur cincangan daun parsley dan makan dengan french bread atau roti biasa pun boleh




Tips :
Kalau nak pekat, bancuh tepung gandum dalam 2 sudu dengan air, kacau hingga sebati dan masukkan kedalam sup sewaktu dimasak.

4 Comments

Write Comments
19 December 2018 at 11:29 delete

boleh buat makan petang ni :p

Reply
avatar
Illya LeYa
AUTHOR
19 December 2018 at 13:43 delete

Errmmmm....sedapnyer... Boleh try ni

Reply
avatar
cik renex
AUTHOR
22 December 2018 at 18:57 delete

sup cendawan fav CR jugakkk..tp x pernah try wat sndri ag.hee

Reply
avatar

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!