Amalan kebersihan dapat membantu melindungi keluarga anda daripada 100 jenis kuman yang berbahaya

Setiap tahun, sepanjang bulan Ramadan iaitu bulan kesembilan dalam kalender hijriah, umat Islam seluruh dunia akan menjalani ibadah berpuasa. Selain itu, bulan Ramadan juga merupakan masa untuk umat Islam beribadat, bersolat, membuat kebajikan dan mengamalkan kesederhanaan dalam pelbagai aspek.

Waktu berbuka atau iftar adalah masa untuk seisi keluarga dan sahabat handai bertemu sambil menikmati hidangan makanan dan iftar dikira tidak lengkap tanpa mengunjungi bazar Ramadan terlebih dahulu!

Jom Kekal Sihat Dan Dilindungi Sepanjang Bulan Ramadan Dengan Dettol!


Bazar Ramadan bukan sahaja menawarkan pelbagai makanan dan minuman yang lazat setelah berpuasa seharian, malah memberi peluang kepada seluruh warga Malaysia untuk bersama-sama mengalami keistimewaan membeli-belah dalam suasana berbilang budaya yang meriah.  Walaupun begitu, berasak-asak pada waktu petang dalam keadaan cuaca yang panas dan lembap sambil memilih apa yang dikehendaki meningkatkan risiko diri anda terdedah kepada banyak kuman yang tidak kelihatan.

Ada pelbagai cara untuk melindungi anda dan keluarga anda daripada kuman dengan rangkaian produk Dettol. Sebagai jenama perlindungan kuman yang dipercayai sejak sekian lama, Dettol menjadikan tanggungjawabnya terutama pada bulan Ramadan ini untuk melindungi para keluarga di Malaysia dengan menggalakkan mereka mengamalkan amalan kebersihan dalam pelbagai keadaan. 

Jom Kekal Sihat Dan Dilindungi Sepanjang Bulan Ramadan Dengan Dettol!


Pada bulan Ramadan ini, Dettol melindungi anda dan keluarga anda dengan:
  • Sabun Tangan Dettol untuk mencuci tangan anda sebelum menyentuh makanan untuk sahur dan iftar ;
  • Sanitiser tangan Dettol boleh digunakan di mana-mana sahaja kerana ia boleh membersihkan tangan anda tanpa menggunakan air;
  • Cecair Antiseptik Dettol membasmi kuman di ruang dan permukaan di kediaman anda sempena menyambut ketibaan Hari Raya. 
Jom Kekal Sihat Dan Dilindungi Sepanjang Bulan Ramadan Dengan Dettol!

Sejak dilancarkan lebih 80 tahun yang lalu, Dettol merupakan peneraju dalam perlindungan daripada kuman dan membantu menjaga kesihatan para keluarga menerusi amalan kebersihan yang lebih baik. Menerusi produk terkenal seperti Antiseptic Liquid, Antibacterial Liquid Hand Wash dan Hand Sanitizer, Dettol melindungi keluarga anda daripada 100 jenis kuman yang berbahaya. 

Pada bulan yang begitu bermakna sekali untuk umat Islam, adalah wajar untuk semua orang kekal sihat supaya mereka boleh menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan rakan-rakan mereka.  Dengan Dettol, kita boleh berasa yakin 100%.


Pengagihan Sabun Tangan Dettol di Bazar Ramadan 
Tahun ini, Dettol menggalakkan rakyat Malaysia untuk kekal sihat dan ceria dengan melindungi diri mereka daripada 100 jenis kuman yang berbahaya.  

Cara terbaik untuk kekal sihat adalah dengan kerap membasuh tangan anda menggunakan Sabun Tangan Dettol. Jangan ketinggalan untuk bersama-sama mencari pasukan Dettol yang akan mengunjungi ke 20 buah bazar Ramadan di sekitar Lembah Kelang untuk meningkatkan kesedaran anda tentang amalan kebersihan tangan dan mengagihkan Sabun Tangan Dettol secara percuma kepada orang ramai


Tentang Dettol 
Jenama antiseptik yang dipercayai semenjak tahun 1932 dan merupakan jenama antiseptik yang terkenal di seluruh dunia dan juara kesihatan keluarga yang dipercayai. Produk-produk Dettol juga menawarkan kadar pembunuhan kuman yang tinggi dan disarankan oleh pakar kesihatan berdasarkan keberkesanannya yang terbukti dalam mengekalkan kesihatan keluarga. Jenama ini telah kekal kontemporari menerusi pelancaran produk-produk baru dan menawarkan para pengguna pelbagai jenis produk merangkumi pelbagai jenis kategori bagi melindungi mereka daripada kuman. Ini termasuklah gel mandian, sabun, pembasmi kuman, sabun pencuci tangan dan tisu basah anti-bakteria. Dettol merupakan jenama yang dipercayai oleh para ibu untuk melindungi keluarganya sepanjang hari.
Bak kata pepatah mencintai bukan untuk memiliki dan kalau sayang kita lepaskan supaya sidia lebih bahagia lebih selamat.

Pertama kali membaca karya Ateen Khalid, dibeli oleh  KY Amanda di BBW Kuantan lepas dan tanpa suka terus jatuh hati.

Review Novel : Promise - Ateen Khalid

Ketika berada dalam keadaan terdesak, muncul seorang lelaki secara tiba-tiba lalu menghulurkan bantuan kepada Hanina Luthfia. Tanpa mengetahui nama lelaki itu, hanya senyumannya saja yang menjadi memori. 
Takdir menemukan mereka sekali lagi. Malah lebih mengejutkan, lelaki itu sebenarnya mempunyai kembar! Wajah memang memang saling tak tumpah tapi, perangai bagaikan langit dan bumi. 
Wafiy Sadiq… pemilik senyuman itu. Lemah lembut dalam berbicara. Hanina... dengan kata-kata dan dengan tindakannya.
"Awak kena yakin dengan apa yang ada pad diri awak. Bila awak yakin, awak akan sedar yang sebenarnya awak sangat berharga..okey? Saya janji saya kan buat awak rasa lebih barharga" - Wafiy Sadiq
Siddiq Wildan, si adik. Pemilik senyuman sinis. Annoying nak mampus! Hobinya suka menyindir orang dan kerap munculkan diri di hadapan Hanina
"Sudah-sudahlah tenung jari tu. Jari tu cukup ada sepuluh, kan Nak tenung sampai jadi sebelas jari ke? Ke..kau nk aku kurangkan jari kau jadi sembilan aje?' - Siddiq Wildan
Fikiran Hanina jadi kucar-kacir disebabkan mereka berdua! Kerana satu kejadian, perasaan Hanina menjadi turun naik. Marah, serba salah, terkilan semuanya bersatu!
Ada janji tercipta.  Janji yang dikotakan, bahagia...dan janji yang tidak ditunaikan, sengaara dibuatnya.  Namun, masih ada rahsia. Rahsia mereka berdua


Jasa si jejaka yang tidak sempat dikenali membantu memberikan tiket bas untuk pulang ke kampung sangat-sangat dihargai untuk Hanina hadir dihari pengkebumian ayah tercinta hanya senyuman terus lekat di ingatan.




Setelah sekian lama akhirnya bertemu jua Nina dengan sipemilik senyuman walau asalnya dia tersilap gerangan disebabkan rupa yang serupa kerana si jejaka merupakan pasangan kembar.  Wafiy Sadiq empunya senyuman yang tidak perlu Hanina Lutfia lupakan dan pertemuan kedua setelah sekian lama membawa Hanina ke frasa hidup yang berbeza, dikasihi! 




Hidup Nina yang tinggal bersama ibu tiri, kakak tiri dan adik lelaki tiri berubah dengan kehadiran Wafiy yang sangat mengambil berat dan dalam masa yang sama kehadir Sadiq si adik kembar sangat menyakitkan hati malah kemunculan Sadiq yang melebihi  Wafiy sememangnya sering menyakitkan hati tapi kemudian meninggalkan kesan pada Nina. Berbeza dengan Wafiy, Sadiq memanggil Nina dengan nama Lutfhia. 




Kemunculan Sadiq yang serik menyakitkan hati dan terkadang menyeksakan dada membuatkan hati Nina libang libur.  Malah sekali lagi hati Nina berasa tidak tenang tak kala diberitahu Sadiq akan berkahwin sewaktu dibawa Wafiy untuk mengenali ahli keluarganya. Pelik bila Sadiq pulak muncul memohon maaf kerana tidak memberitahu perihal pertunangannya.




Janji Nina pada diri untuk lebih mengasihi Wafiy sementara Wafiy sendiri bersungguh ingin melepasakan Nina dari belenggu keluarga tiri malah pernikahan Wafiy dan Nina akan dibuat lebih awal sebelum majlis pernikahan Sadiq dan tunangannya. 




Kejadian persengketaan antara Sadiq dan tunangannya membuatkan Nina merasa pelik malah Sadiq yang menyedari kehadiran Nina meminta Nina jangan memberitahu sesiapa hingga membuatkan Nina rasa curiga. 

Saya sentiasa cinta dan sayangkan awak.  Dan rasa sayang ini takkan hilangm sampai bila-bila - Wafiy
Wafiy sungguh melayan Nina bagai Puteri tapi kejadian yang tidak disangka membuatkan Nina terus membenci Wafiy yang selama ini hanya bertopengkan dengan kebaikan, Bagi Nina, Wafiy sangat kejam pada dirinya tapi perbuatan Wafiy memerangkap Sadiq adalah lebih kejam. Sungguh Nina tidak menyangka Wafiy yang lembut selama ni cuma menipu menyayanginya malah dengan kejam menyerahkan Nina kepada Sadiq



Wafiy menghilangkan diri dihari pernikahan Sadiq dan Nina dan bila dia kembali tapi perubahan Wafiy cukup membuatkan si ayah marah dan membuat si ibu merana dan kematian Wafiy akhirnya membongkarkan kisah sebenar.



Review Novel : Promise - Ateen Khalid
Review Novel : Lelaki Terakhir Untukku - Cik Fara Haniey, klik SINI

Review Novel : My Devil Husband - Fara Hana, klik SINI

Komen / Pendapat 
Secara peribadi memang rasa sebak dan memang mengharapkan Wafiy sebaik mana dia tampilkan dirinya yang menyayangi dan mengambil berat gadis yang dicintainya. Tak pasti macam mana Wafiy boleh jatuh suka pada Nina padahal dia dikatakan lelaki yang suka mempermainkan wanita malahan Hana bekas tunang Sadiq adalah teman wanita/tunang Wafiy. Untuk menutup aib Sadiq bersedia mengambil tempat Wafiy tapi Hana tahu Sadiq tidak menyintainya lalu memutuskan pertunangan.

Memang benarlah ada pepatah mengatakan, mencintai bukan untuk memiliki dan kalau sayang kita lepaskan supaya sidia lebih bahagia lebih selamat. Arghh memang sakit rasanya bila akhirnya kita ketahui kisah sebenar. Boleh sesak di dada dengan perbuatan Wafiy dan sakit di dada Nina dan Sadiq sama bila kita mengetahui apa yang telah Wafiy lakukan. Pengorbanan yang susah untuk diterima sampai kita rasa ahhhh...

Entahlah kenapa boleh jatuh hati dengan kelembutan dan kebaikan Wafiy dan bila membaca novel ni sangat berharap Wafiy meninggal sebab penyakit yang tidak diketahui keluarga dan dia berbuat perangai disebabkan penyakit yang tiada harapan untuk sembuh dan bukan dibunuh dek kerana si abang geram dengan perbuatan Wafiy yang dikatakan mempermainkan adiknya.

Karya Ateen Khalid yang pertama kali dibaca dan terus tersuka untuk dapatkan karya yang lain-lain. Serius saya sedang mengumpul kesemua naskah Ateen Khalid dan buat masa in sudah ada 3 termasuk novel ni yang telah saya baca dan menanti masa untuk saya ulas dan ringkaskan.
Pejam celik pejam celik dah tak terasa kita sudah berpuasa selama 18 hari.  Memang cepat masa berlalu dan tak terasa Ramadan bakal meninggalkan kita. Dalam kita menghitung hari, kita sememangnya menanti dan mengharapkan bertemu malam yang penuh keindahan, Malam Lailatul Qadar yang cukup istimewa.

Perkongsian buat para sahabat dan buat diri sendiri, semoga memberi manfaat untuk menjadikan kita Muslim yang sentiasa mendapat rahmatNya.


Tips menjelang 10 malam terakhir Ramadhan

Daripada Syaikh Tawfique Chowdhury, CEO Mercy Mission yg diterjemahkan Ustadz Hilman Rosyad Lc.

Image result for bismillahirohmanirohim

1. Mulakanlah dengan niat yang bersih dan tulus Jika sampai hari ini ibadah terasa belum maksima, bersiaplah untuk memaksimakannya. Jika anda benar-benar ingin memperbaikinya, masih ada waktu!

2. Hari ini, bacalah tafsir surah Al-Qadr, dan fahamilah apa yang sebenarnya terjadi pada malam al-Qadr. Anda pasti akan dapat merasakan keagungan dan kekuatannya insya Allah.

3. Jangan menunggu hingga malam ke 27 untuk mengerahkan segalanya. Seluruh malam dari 10 malam terakhir sepatutnya dijadikan sebagai matlamat. Bangunlah setiap malamnya. Jangan biarkan malam Al-Qadr berlalu begitu sahaja.

4. Jangan terikut-ikut dengan perayaan-perayaan atau kegiatan-kegiatan yang diada-adakan (penambahan dalam agama/bid’ah) oleh kelompok-kelompok tertentu. Ikutilah sunnah Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam. Tuntunan baginda adalah, “Barangsiapa yang berjaga (sedikit tidur) dan berdoa pada malam Al-Qadr dengan iman dan pengharapan akan ganjarannya, dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni.”

5. Hafalkan doa malam Al-Qadr yang diajar oleh Rasulullah sallallaahu ‘alaihi wa sallam ini:

 اللَّـهُـمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ تُـحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Allaahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’ fu’anni (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, Engkau menyukai permintaan maaf, maka maafkanlah aku).

6. Siapkan senarai pendek doa-doa untuk dipanjatkan. Ingat, ini adalah waktu yang sangat istimewa bagi seorang hamba. Malam Al-Qadar! Malam ditetapkannya takdir! Pilihlah doa-doa terbaik untuk agamamu, dunia akhiratmu dan keluargamu. Jangan lupakan saudara-saudara muslimin yang sedang dalam kesusahan di pelbagai belahan dunia.

7. Ambil kesempatan untuk tidur siang sejenak jika memungkinkan. Jagalah perutmu agar tidak terlalu kenyang dan tidurlah segera setelah Solat Isya' dan tarawih sekadar untuk menyegarkan diri. Lalu bangunlah untuk beribadah.

Jangan lupakan keluargamu! Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam mengejutkan para isterinya untuk bangun beribadat pada malam-malam ini. Anak-anak pun boleh diajak beribadah buat beberapa saat, walau mungkin tidak lama seperti orang dewasa. Siapkan, beri semangat dan motivasi kepada mereka!

9. Cara kita berpakaian dan mempersiapkan diri berpengaruh secara psikologis. Pakailah pakaian yang bagus dan wangi-wangian (khusus di rumah untuk wanita) ketika beribadah.

0. Pilihlah spot khusus yang kondusif untuk beribadah, sama ada di masjid ataupun di musholla. Letakkan sejadah, mushaf dan air minuman sehingga kita tidak perlu beranjak dari sana jika perlu minum.

11. Ini BUKAN malam untuk pasang status (misalnya: “Alhamdulillah, nikmatnya bermunajat kepada-NYA malam ini” dsb) di FB atau media sosial apapun. Biarlah itu menjadi rahsia indah antara hamba dengan Rabb-nya. Maka, matikan dulu HP, tablet dan komputer. *Putuskan dulu hubungan dengan dunia, dan nikmati jalinan hubungan dengan Al-‘Afuww!*

12. Jika mengantuk, maka variasikan bentuk ibadah antara solat, bermunajat dan membaca Al-Quran. Lakukan bergantian. Jangan habiskan malam untuk mendengarkan ceramah atau tilawah, atau kalau sangat mengantuk, dengarkan sebentar sahaja untuk menghilangkan rasa mengantuk tersebut.

13. Sabar adalah kuncinya. 10 malam terakhir mungkin akan sangat memenatkan. Anda mungkin masih perlu bekerja, ke sekolah atau melakukan pelbagai aktiviti yang lain. Ini adalah saat untuk bersabar dengan kepenatan itu. Ingatlah Allah telah menganugerahimu kesempatan berharga (akan luasnya keampunan) yang kemungkinan tidak akan datang lagi. Bukankah kita akan berlari walau apapun yang terjadi jika kita tahu pasti bahawa ini adalah Ramadhan terakhir kita dan syurga hanya selangkah lagi?

14. Ini yang paling penting iaitu husnuzzon (bersangka baik)lah kepada Allah. Ketika bermunajat, ingatlah anda sedang meminta daripada Raja Yang Maha Pemurah. Jika anda berharap yang terbaik, Dia akan memberimu yang terbaik. Jangan ragu-ragu, yakinlah dan tumpahkan seluruh isi hatimu di hadapan-NYA. Jangan biarkan perasaan ragu-ragu dan prasangka buruk menjauhkanmu dari Ar-Rahman Ar-Rahim.

Jangan kita jemu mengetuk pintu rahmat-Nya. Selamat berjuang!

Allahumma baariklana fii Ramadhan..  Waballighna lailatal qadr. Allahumma Aamiin.

copypaste dari grup WA
Selamat berpuasa!

Redang kerang ni dah banyak kali buat tapi tidak la sampai 10 kali sebabnya saya suka! kalau makan nasi lemak, memang sedap kalau ada rendang kerang dari sambl kerang yang  saya rasa tak umphh dan lagipun banyak penjual yang memasak kerang yang telah sedia dikopek dan saiz pun besar.  Kata DH kerang gitu adalah kerang bela sebab tu saiz sama jer dan kalau seafood belaan ni memang rasanya kureng.  Ahh cerewet kan, ye la bila kita dah biasa makan yang sedap (pada tekak sendiri) mesti kita nak makan yang sedap jer kan.

Ok jom kita jengah apa yang saya masukkan didalam Redang Kerang yang menjadi pujaan saya yang cukup saya suka untuk dimakan dengan nasi lemak, ahh memang rasa sedap sangat aihhh

Resepi | Rendang Kerang Sabak Bernam

Bahan-bahan untuk dikisar
5 ulas bawang kecil
2 biji bwang merah besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
5 batang serai - ambil bahagia dalam yang putih
10 biji cili api kampung (kalau nak lebih pedas)
10 tangkai cili kering, buang biji, direbus dan kisar halus


Bahan-bahan lain:
1½ cawan santan
3 sudu kerisik (buatan sendiri ;D)
2 keping asam gelugur
3 helai daun kunyit - hiris halus atau daun limau purut

Resepi | Rendang Kerang Sabak Bernam
Cara membuatnya:
  • Panaskan minyak di dalam kuali lebih kurang ½ cawan kemudian masukkan bahan kisar dan cili kering kisar. Tumis hingga pecah minyak.
  • Masukkan santan, biarkan merenih dengan api perlahan
  • Masukkan kerisik dan asam keping. Renih sampai mengelegak
  • Masukkan isi kerang dan digaul rata dan pastikan dengan api sederhana dan biarkan ia dimasak hingga agak kering
  • Masukkan daun kunyit yang telah dirhiris atau daun limau purut
  • Tutup api dan masukkan garam secukup rasa

Resepi ni bukan resepi orang Sabak Bernam sebagaimana nama tu, tapi sebab kerang di beli kat Sabak Bernam kan..heee
JOHNSON'S® produk bayi pilihan no 1 para Ibu di Malaysia kini telah menambah baik ciri kelembutan dalam produk bayi dengan memperkenalkan JOHNSON'S® baharu dengan formulasi Ultra Gentle yang mengandungi 0% paraben, ftalat, sulfat dan pewarna dan dihasilkan tanpa sebarang kerengsaan terhadap kulit bayi dan kanak-kanak kecil yang sedang berkembang.

JOHNSON'S® memperkenalkan Produk Rangkaian Bayi Terbaharu Yang Lebih Lembut

gambar kredit : PropaRangers
JOHNSON'S® yang baharu adalah bukan sekadar proses proses formulasi semula, tetatpi ia merupakan proses menghasilkan semula rangkaian penjagaan bayi JOHNSON'S® secara keseluruhan dari perspektif pengguna atau ibu bapa. Proses ini turut dihasilkan oleh pengalaman dan pengetahuan mendalam jenama ini selama 125 tahun berkatian kulit bayi dan sains pengeluaran" - Prashant Mahalingam, Pengarah Negara untuk Pengguna, Johnson & Johnson, Malaysia


JOHNSON'S® memperkenalkan Produk Rangkaian Bayi Terbaharu Yang Lebih Lembut
Pilihan bahan yang bermanfaat: JOHNSON'S telah memilih setiap bahan dalam rangkain ini dan telah menolak lebih 400 bahan sewaktu proses formulasi.  Portfolio bahan telah dikurangkan sebanyak 50% dengan minyak yang diperolehi secara semula jadi seperti minyak kelapa dan biji kapas dipilih untuk menggantikan minyak mineral

Perubahan pada Johnson's Baharu untuk para ibu bapa membuat pilihan bagi kesayangan mereka:
  • Pilihan bahan yang bermanafaat: setiap bahan di uji dan telah menolak lebih 400 bahan ketika proses formulasi. 50% bahan dikurangkan dengan minyak yang diperoleh dari minyak kelapa dan biji kapas untuk menggantikan minyak mineral. mengandungi 0% paraben ftalat, sulfat dan bahan pewarna.

  • Wangian yang direka untuk ibu dna bayi : Johnson's bukan sahaja mengekalkan bau haruman ikoniknya tetapi mencipta wangian supaya bebas alergen dan mematuhi standard global Persatuan Pewangi Antarabangsa (IFRA) dan Institut Penyelidikan Bahan Pewangi (RIFM)

  • Bungkusan mesra ibu bapa: botol Johsons's baharu dilengkapi dengan pam yang direka untuk memudahkan dengan menggunakan satu tangan

  • Produk direka untuk setiap peringkat dan umur ayi : Johnson's bukan sahaja membersihkan dan melembapkan tetapi setiap formulasi yang khusus untuk anak yang baru lahir hingga usia 6 tahun.  Rangkaian yan gmenampilkan 4 umur dan peringkat baig membantu ibu bapa memilih produk untuk anak mereka



JOHNSON'S® memperkenalkan Produk Rangkaian Bayi Terbaharu Yang Lebih Lembut
JOHNSON'S CottonTouch "Top-to-Toe" Bath dan Face & Body Lotion Serba Baharu 
Kulit bayi baru lahir berbeza daripada kulit orang dewasa. Kulit bayi baru lahir kehilangan kelembapan dua kali lebih cepat berbanding kulit orang dewasa.  Kulit bayi tidak memiliki faktor kelembapan yang tinggi dan selalunya mudah kering dalam keadaan yagn tidak dijangka. Oleh kerana kulit kering menyebabkan kegatalan dan membolehkan bakteria dan alergen menembusi kulit dengan mudah, bayi baru lahir memerlukan pembersih dan pelembap yagn paling lembut untuk melindungi lapisan kulit.

Sentuhan merupakan asas kepada perkembangan deria bayi baru lahir dan para saintis dan pakar penjagaan bayi JOHNSON'S® mendapati bahawa pengalaman berbilang deria yang kaya dan bermanafaat pada beberapa tahun permulaan kehidupan boleh mendatangkan kesan yang besar terhadap perkembangan bayi yang gembira dan sihat. Manfaat sentuhan bukan sahaja secara jangka pendek malah boleh mempengaruhi perkembangan fizikal dan kognitif bayi sepanjang tempoh mereka membesar

Rangkaian JOHNSON'S CottonTouch yang baharu adalah hipoalergenik, formulasi yang ringan serta terbukti dapat menambah baik sentuhan dan interaksi yang positif antara ibu bapa dan bayi mereka. Formulasi yang diadun dengan kapas semula jadi untuk menjadikannya sangat lembut pada kulit telah terbukti secara klinikal sebagai lembut dan selamat mulai hari pertama kehidupan bayi selain menggalakan lebih banyak sentuhan dan interaksi antara ibu bapa dengan bayi. Pembersih dan losen ini dirumuskan supaya mudah dibilas dan ringan tanpa sisa yang melekit supaya ibu bapa dapat memegang bayi mereka dengan sentuhan yang kemas dan yakin.

JOHNSON'S® memperkenalkan Produk Rangkaian Bayi Terbaharu Yang Lebih Lembut

JOHNSON's Milk + Rice dan Milk + Oats Wash & Lotion 
Anak-anak kecil suka merangkak dan berjalan - apabila bayi membesar dan memasuki peringkat anak kecil, mereka mula memiliki kemahiran motor yang membantu mereka meneroka dunia sekeliling. Mereka belajar cara duduk, merangkak dan berdiri sebelum melangkah untuk berjalan buat buat pertama kali.  Bayi berusia 12 bulan yang pandai merangkak boleh bergerak sejauh 636 "langkah" sejam pada kelajuan 100m/j  dan jatuh lebih daripada 17 kali dalam tempoh masa yang sama. Mulai usia 12 hingga 19 bulan, anak kecil akan berjalan secara purata 2,000 langkah dalam masa satu jam dan bergerak lebih laju dan lebih jauh berbanding bayi yang merangkak. Mereka juga akan jatuh pada bilangan yang hampir sama.

Kulit anak-anak akan haus & lusuh dengan serius dalam mereka meneroka dan membesar menerusi aktiviti merangkak, berjalan dan terjatuh. Pada masa yang sama, kulit meraka masih belum berkembang sepenuhnya dan sedang matang secara berterusan. Mengekalkan lapisan kulit dengan selamat adalah penting supaya mereka kekal sihat dan gembira!

JOHNSON'S Milk + Rice dan Milk + Oats Wash & Lotion dirumuskan dengan kelembapan dan nutrien yang kaya agar kulit bayi sentiasa terpelihara dan mengekalkan kesuburan kulit semasa mereka sedang membesar. Menerusi gabungan protein susu dengan pelbagai vitamin dan pati beras atau campuran oat berganda tiga yang bermanafaat, rangkaian ini menyediakan khasiat yang lengkap untuk kulit bayi yang lembut dan kering semasa ia membersihkan dan melembapkan. Basuhan dan losen ini sangat sesuai untuk bayi dan kanak-kanak kecil yang aktif dengan kulit mereka menjalani kehausan dan kelusuhan setiap hari.

JOHNSON'S® memperkenalkan Produk Rangkaian Bayi Terbaharu Yang Lebih Lembut

JOHNSON'S Active Kids Shampoo
Anak-anak Kecil dan Kanak- kanak (3 tahun & ke atas)

Walaupon kulit anak- anak kecil dan kanak-kanak tidak sehalus kulit bayi baru lahir atau bayi berumur satu tahun ke bawah, kulit mereka masih belum sempurna sepenuhnya. Jadi, syampu dewasa adalah tidak sesuai untuk mereka kerana ia mungkin kasar atau terlalu kaya untuk kulit kepala kanak-kanak kecil yang masih lembut.

Sebaliknya,anak-anak kecil dan kanak-kanak yang aktif juga memerlukan syampu yang lembut dan berkesan bagi membersihkan kulit kepala dan mengawal rambut mereka teutamanya dalam cuaca panas dan lembab Malaysia yang menyebabkan kita lebih banyak berpeluh.

JOHNSON'S Active Kids Shampoo untuk anak-anak kecil dan kanak-kanak dirumuskan supaya lembut berbanding syampu orang dewasa namun masih efektif untuk rambut dan kulit mereka. Rumusan ini memiliki pH yang seimbang dan disokong oleh pediatrik dan terdapat 3 pilihan syampu untuk anak kita.

  • Shiny Drops - mengandungi minyak Argan dan protein sutera untuk rambut yang lembut dan bersinar;
  • Clean&Fresh - dirumuskan dengan teknologi Active Fresh untuk kesegaran yang berpanjangan dan;
  • Soft & smooth - mengandungi madu dan pati gandum untuk rambut yang bekilat dan licin.




Respi sotong sumbat telur ni hasil masakan Cik Meya tau sebab sebagai tukang masak di bulan Ramadan ni dia nak masak apa pun terpulang pada dia...ehhh lupa nak cerita yang Cik Meya ni dilantik sebagai tukang masak sebab dia yang tawar diri memandangkan dia tak nak buat kerja part time sepanjang semester break..DH dan saya ok jer tapi bukan tukang masak free ya..berbayar tau..hehe

Presentation memang out ler tapi sebagai ibu, kita kena hargai bila si anak berbesar hati untuk memasak dan sebaiknya memberi teguran dan bukan kritikan.

Resepi | Sotong Sumbat Telur 

Berbakat jugak Cik Meya ni tau, pandai dia mereka cipta sajian dan memang sedap tapi kata dia resepi ni dia tengok kat IG.

Jom tengok apa bahan-bahan dan jom memasak!

Bahan-bahan untuk inti sumbat
2 bii telur ayam
1 batanng lobak, dicincang
5 keping sosej, dicincang
2 biji cili merah, dipotong halus
secubit garam
1 sudu moyanis

Panaskan minyak didalam kuali dan masak bahan-bahan diatas.  Pastikan dihancurkan dan akhir sekali masukkan mayonis. Jangan terlebih masak

Resepi | Sotong Sumbat Telur 


Bahan untuk sambal
3 ulas bawang merah, ditumbuk
2 ulas bawang putih, ditumbuk
2 sudu cili giling
1 sudu rempah kari ikan Cap O
2 sudu sos cili


Bahan-bahan:
sotonng dibasuh bersih dan ditoskan
cili pencungkil gigi/lidi
1 biji bawang besar dimayang
½ air asam jawa
garam secukup rasa


Cara membuatnya:
  • Ambil telur yang telah dimasak, disumbat ke dalam sotong hingga penuh, kemudian ditutup hujung sotong dengan kepala sotong dan dicucuk dengan pengungkil gigi dan letak tepi
  • Panaskan minyak didalam kuali dan tumis bawang yang telah ditumbuk sehingga naik bau dan kekuningan
  • Masukkan cili kisar dengan sedikit air asam jawa dan dimasak hingga pecah minyak
  • Masukkan serbuk kari  dan sos cili, direnih dengan api perlahan
  • Taburkan bawang besar yang telah dihiris hingga nampak layu
  • Masukkan sotong yang telah disumbat telur dan biar masak hingga mendidih. Terbalikkan sotong supaya kedua-dua bahagian sotong dimasak
  • Tutup api dan masukkan gula secukup rasa

Resepi | Sotong Sumbat Telur 

Selamat mencuba

Resepi | Sotong Sumbat Telur

by on Saturday, May 18, 2019
Respi sotong sumbat telur ni hasil masakan Cik Meya tau sebab sebagai tukang masak di bulan Ramadan ni dia nak masak apa pun terpulang pada...
Ada dipanggil cendawan kukur, cendawan sisir, kulat dan mungkin ada banyak lagi nama yang diberikan pada cendawan ni rasanya.  Tak kisah lah apa pun namanya tapi bila sesekali dapat dan digoreng memang sedap dimakan dengan nasi panas-panas.

Selalunya kalau ke Pasar Keramat ada jer cendawan ni, ada yang dibiak jadi warna dia agak cerah sementara yang tumbuh meliar tu warnanya agak kecoklatan.  Kebersihan dan keselamatan? so far ok jer tapi kekadang tu bimbang jugak kot-kot cendawan yang kita beli ni terkena racun, risau memang tetap risau.

Nak kongsi 3 resepi memasak cendawan sisir ni antaranya cendawan sisir goreng kunyit, cendawan sisir berlada dan masak lemak cili api.

Cara menyiang dan membersihkan kulat sisir
Kulat sisir dibersihkan, potong bahagian bawah tu dan direndam dengan air garam utk hilangkan segala kotoran dalam 15 min, kemudian buang air tu, rendam dalam 15 minit untuk biarkan kulat tu mengembang. Sauk kulit supaya pasir yang meletak dibawah akan tertinggal didalam bekas berisi air.


1. Kulat Sisir Goreng Kunyit

Resepi : 3 Cara Memasak Kulat Sisir Yang Sedap
Bahan-bahan:
100gm kulat sisir
1 camca teh serbuk kunyit
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
Sejemput ikan bilis (kalau suka)
1 tangkai cili masak/kering, dipotong

Cara penyediaan:
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang dan bawang putih hingga naik bau dan bawang kelihatan layu.
Masukkan ikan bilis (ditumbuk kasar) dan digoreng hingga masak
Masukkan cili kering yang telah dipotong tapi jangan sampai hangit
Masukkan kulat dan goreng sehingga ia masak sempurna dan taburkan serbuk kunyit, digaul hingga rata
Tutup api dan masukkan garam.


2. Cendawan Sisir Goreng Berlada

Resepi : 3 Cara Memasak Kulat Sisir Yang Sedap
Bahan-bahan:
100gm kulat sisir
3 ulas bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, di ketuk
2 camca cili giling 
2 keping asam keping
sedikit air

Cara penyediaan:
Panaskan minyak didalam kuali. Masukkan bawang dan bawang putih, ditumis hingga kekuningan dan naik bau. Kemudian masukkan cili giling, dikacau hingga masak dan kemudian masukkan kulat sisir bersama asam keping dan sedikit air.  Masak hingga air kering dan pecahkan telur, digaul hingga telur masak dan tutup api. Akhir sekali masukkan garam.


3. Cendawan Kukur Masak Lemak Cili Api
Ni yang paling Umi suka sekali sebab rasa dia memang ummph sangat sebab bila kita kunyah tu cendawan tu rasa sedap kenyal dan tak hancur..ishh tak tahu nak terangkan macam mana tapi sedap la pada selera Umi..hehe

nak resepi klik SINI atau klik pada gambar

 Resepi | Cendawan Kukur Masak Lemak Cili Api
Resepi : 3 Cara Memasak Kulat Sisir Yang Sedap
Sempena bulan Ramadan yang mulia, MAGGI® telah mengadakan jamuan berbuka puasa istimewa dan menghidangkan bubur lambuk MAGGI® untuk meraikan penghuni Rumah Titian Kaseh (RTK), sebuah rumah amal yang menempatkan lebih 130 kanak-kanak, insan kurang upaya dan ibu tunggal.


Kakitangan daripada MAGGI® dan Nestlé Malaysia telah mencurahkan tenaga dan masa mereka untuk inisiatif ini, yang bermula dengan penyediaan bubur lambuk MAGGI® yang terkenal oleh chef MAGGI®, bersama para pengelola dari RTK. Mencerminkan tema MAGGI® ‘Sajikan Kelainan’, bubur nasi penuh perisa ini yang secara tradisi diagihkan pada bulan Ramadan, dimasak dengan menggunakan ramuan segar dan rempah untuk menghasilkan sajian yang lazat dan sihat untuk
berbuka puasa.



Untuk membantu membersihkan rumah amal sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri, kakitangan Nestlé termasuk pasukan dari MAGGI® telah menganjurkan sesi gotong royong. Para sukarelawan yang turut menyertai juga telah mengecat baharu bahagian dinding rumah amal tersebut.

Puan Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan, MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad menambah, “Usaha memasak dan mengedarkan hidangan bubur lambuk MAGGI® yang sungguh berkhasiat mencerminkan wawasan ‘Anda dan MAGGI Sajikan Kelainan’ untuk mewujudkan impak positif menerusi aktiviti masakan harian. Acara ini telah menjadi acara Ramadan tahunan kami dan kami berbangga untuk berkongsi keceriaan ini bersama Rumah Titian Kaseh pada tahun ini. Kami berharap pengalaman ini akan menjadi kenangan istimewa buat mereka dan kami berharap kami akan terus diberi rezeki dan peluang untuk menceriakan golongan-golongan yang memerlukan.”


Mengulas mengenai majlis berbuka puasa anjuran MAGGI®, En. Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad, berkata, "Ia amat bermakna bagi kami kerana dapat berbuka puasa bersama warga Rumah Titian Kaseh pada bulan Ramadan ini. Majlis hari ini merupakan peluang bagi kami untuk menyumbang kepada masyarakat dan kami amat bersyukur bukan sahaja kerana mengadakan jamuan berbuka puasa di rumah amal ini, tetapi diberikan kesempatan untuk meluangkan masa bersama para penghuninya.”


Di samping itu, demi memupuk amalan pemakanan yang baik, satu sesi pemakanan interaktif telah dianjurkan untuk kanak-kanak. Dalam sesi kendalian Puan Nurul Iliani Ahmad, Pengurus Pemakanan Kategori, Nestlé Malaysia, kanak-kanak telah diajar tentang kumpulan makanan dan piramid makanan menerusi permainan yang menyeronokkan.

Sejajar dengan komitmen Nestlé terhadap pemuliharaan alam sekitar, Nestlé telah mendidik kanak-kanak di RTK tentang betapa pentingnya amalan mengitar semula. Untuk menyemai amalan kitar semula yang efektif, kakitangan Nestlé berganding bahu dengan mereka untuk membuat hiasan rumah yang kreatif bagi menceriakan suasana menggunakan bahan kitar semula, termasuk bahan promosi, kotak kadbod dan botol plastik.

MAGGI® akan bekerjasama dengan RTK untuk menjual bahan seni dan kraf yang dihasilkan daripada bahan kitar semula di rumah amal tersebut. Hasil kerja tangan ini akan dijual dan dana yang dikutip bakal disalurkan kepada RTK. Rumah ini juga akan menjual biskut dan kuih sempena musim perayaan.

Menurut Hajah Sharifah Binti Haji Adlan - pengasas RTK, “Kami amat teruja dengan kunjungan pasukan dari MAGGI® dan Nestlé yang sudi mengadakan aktiviti ini bersama kami, disamping meluangkan masa dengan kanak-kanak dan penghuni lain. Majlis ini ternyata telah merapatkan hubungan silaturahim sesama insan pada bulan puasa dan kami amat menghargainya.”


Untuk belajar cara menyediakan bubur lambuk MAGGI® yang lazat, sila layari laman web MAGGI® di http://www.maggi.com.my/

Mengenai MAGGI®
MAGGI® ialah jenama global yang diiktiraf dan menjadi sebutan ramai di Malaysia. Misi utamanya adalah untuk mencipta detik-detik indah menyediakan sajian kebahagiaan yang mengukuhkan ikatan kekeluargaan. Menerusi pelbagai rangkaian produk dan penyelesaian makanannya, MAGGI® membantu ibu-ibu menyediakan sajian makanan masakan rumah yang lazat dan seimbang untuk keluarga mereka setiap hari. Jenama ini juga komited untuk memenuhi keperluan pengguna yang sentiasa berubah, dengan menghasilkan inovasi produk yang digemari oleh seisi keluarga di Malaysia sejak zaman-berzaman.

Mengenai Nestlé Malaysia
Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Beribu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di 189 buah negara di seluruh dunia, dan seramai 328,000 orang kakitangan kami komited terhadap matlamat Nestlé, iaitu untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan serta memainkan peranan untuk membina masa depan yang lebih sihat. Prestasi kami dipacu oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami. Menjana khasiat rakyat Malaysia sejak 1912, Nestlé telah meraih kepercayaan para pengguna kami menerusi jenama dan produk kami yang bermutu tinggi. Kami juga komited untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan masyarakat di mana kami beroperasi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan ketelusan produk Halal kami. Ini sejajar dengan janji kami untuk menawarkan GOOD FOOD, GOOD LIFE kepada semua.

Untuk ketahui lebih lanjut tentang usaha kami menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad, sila layari www.nestle.com.my atau kunjungi laman Facebook kami di http://www.facebook.com/NestleMalaysia
Kepah yang cukup segar saya beli di Pasar Sungai Haji Dorani tempohhari dan bila ditanya, mak cakap buat masak asam tumis lagi sedap.  Kalau ikutkan saya akan buat sambal atau buat dengan air asam, mudah kan tapi memandangkan mak dah cakap gitu, tak salah pun kita tukar supaya dia dapat merasa sebaab kat KL bukan mudah nak dapat kepah apalagi kepah yang baru dinaikkan dari laut.

Mudah jer resepi Asam Tumis Kepah ni, dan bahan-bahan pun tak banyak.  Jom memasak!

Resepi | Masak Asam Tumis Kepah
Memang sedap kepah yang dibeli ni, memang segar dan manis dan kalau dibuat pekat lagi, memang tersangat sedap!


Resepi masakan udang sambal istimewa

Resepi masakan pindang ikan 

Bahan-bahan Untuk Dikisar
10 batang cili kering, direbus dan dibuang biji
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
½ inci halia
belacan

Bahan-Bahan Lain
300gm kepah
serai diketuk
1 cawan air asam jawa
½ cawan air (sekiranya perlu)


Cara mencuci Kepah:
Penuhkan air di dalam besen yang berisi kepah dan masukkan garam kasar.  Rendam dalam 10-15 minit dan kemudian dibilas.


Cara membuatnya:
  • Panaskan minyak didalam periuk dan masukkan serai hingga warna kekuningan dan naik bau
  • Masukkan bahan yang telah dikisar, dimasak hingga pecah minyak.
  • Masukkan air asam jawa dan direnih hingga jadi sedikit pekat
  • Masukkan kepah dan air sebanyak ½ cawan (jika perlu). Pastikan jangan terlalu banyak air sebab kepah pun akan mengeluarkan airnya. Dimasak hingga mengelegak dan tutup api
  • Masukkan garam tapi jangan terlalu banyak kerana kepah pun dah sedia masin

Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa!

Bulan Ramadhan Al Mubarak menandakan permulaan bulan yang penuh bermakna di mana semua sanak saudara berkumpul.  Baru-baru ini, bagi meraikan permulaan bulan yang penuh barakah ini, eCurve menjemput sekumpulan warga emas dari Pusat Jagaan Al-Fikrah untuk meraikannya bersama dan menghidupkan kembali nostalgia zaman dahulu melalui kempen bertema Al-Kisah Pesta Ria.
eCurve meraikan Ramadhan Penuh Nostalgia Buat Warga Emas Pusat Jagaan AlFikrah

Centre Atrium dihias seperti sebahagian daripada zaman 60 an yang cukup gemilang dan pastinya para tetamu istimewa Rumah Al Fikrah terkenang kembali memori silam waktu muda mereka.  Semangat Hari Raya dapat dirasai dengan bangunan lama yang dihias indah dan muzik latar belakang yang tidak lapuk dek zaman.  Para warga emas kemudianya dibawa ke pentas utama bagi menyaksikan kemuncak utama acara selepas puas menikmati serta menghayati keindahan hiasan suasana di Centre Atrium.

eCurve meraikan Ramadhan Penuh Nostalgia Buat Warga Emas Pusat Jagaan AlFikrah

Persembahan muzikal bertajuk Irama Pesta Ria dengan penampilan khas Musly Ramlee yang mendendangkan lagu-lagu hits P Ramlee seperti Bunyi Gitar dan Mari-Mari Tuan Dengar Ini Cerita.  Tambah menarik persembahannya diiringi tarian penari latar serta lagu-lagu klasik yang dimainkan sekaligus membawa tetamu ke zaman 60an.  

eCurve meraikan Ramadhan Penuh Nostalgia Buat Warga Emas Pusat Jagaan AlFikrah

"Disamping membuat persediaan untuk musim perayaan, ianya juga penting untuk kit aberkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan. telah menjemput warga emas dari Pusat Jagaan Al Fikrah untuk berbuka puasa bersama kami sebagai sebahagian dari tradisi tahunan kami.  Kami amat gembira melihat merek atersenyum gembira dan kami juga berharap kami telah memberikan mereka kenangan yang bermaksa tahun ini" - Gina Long Ahmad, Penolong Pengurus Besar, Bahagian Sewaan, Pengiklanan & Promosi 
eCurve meraikan Ramadhan Penuh Nostalgia Buat Warga Emas Pusat Jagaan AlFikrah

Sementara menanti waktu berbuka puasa para warga emas serta penjaga mereka turut menerima hadiah awal Hari Raya berupa beg cenderahati dan Duit Raya.  Petang penuh kegembiraan itu diakhiri dengan sesi berbuka puasa di Arab Thai, sebuah restoran baru di e-Curve yang menyajikan hidanang Arab dan Thai.

eCurve meraikan Ramadhan Penuh Nostalgia Buat Warga Emas Pusat Jagaan AlFikrah

eCurve meraikan Ramadhan Penuh Nostalgia Buat Warga Emas Pusat Jagaan AlFikrah

Jom berkunjung ke eCurve 
Sempena kempen Raya 2019, Al-Kisah Pesta Raya yang berlangsung dari 3 Mei hingga 6 Jun akan menampilkan Musly Ramly yang akan membuat persembahan sebanyak dua kali sehari pada 3 petang dan 6 petang pada hujung minggu.

eCurve meraikan Ramadhan Penuh Nostalgia Buat Warga Emas Pusat Jagaan AlFikrah

Hadiah dari e-Curve
Pengunjung berpeluang mendapatkan hadiah Raya istimewa tahun ini dengan hanya berbelanja RM200 dan ke atas dalam maksima dua resit untuk layak menebus Tiffin Lebaran serta Paket Festive Ria.  

Semua penebusan adalah tertakluk kepada terma dan syarat dan sementara stok masih ada.  

Bonus buat pengguna aplikasi Boost 
Hanya perlu berbelanja menggunakan Boost e-wallet serendah RM50 di kedai yang mengambil bahagian dan dapatkan rebat sebanyak RM10 dan masih tertakluk kepada terma dan syarat.

Nak tahu lebih lanjut mengenai kempen Raya e-Curve? Hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan e-Curve di 03-7725 0277 atau layarai lama web www.ecurve.my atau Facebook : www.facebook.com/eCurveMall

Assalammuaikum, selamat berpuasa buat semua rakan dan pembaca blog picisan ni. Masih tak terlambat kan walau hari ni genap 9 hari Ramadan mendatangi kita.



Rasanya dah semakin ramai yang mengenali dan mengetahui ertipuasa bukan semata-mata berlapar dan dahaga.  Ada tak antara kita yang malas bangun sahur sebab lebih sayangkan tilam empuk dari bangun bersahur dengan alasan perut tak boleh terima makanan pepagi hehe. Jangan silap, tak perlu makan berlebihan, cukup sekadar bangun dan minum air seteguk air pun dah memadai kerana banyak keistimewaan sahur yang harus kita semua ketahui.


Sahur Itu Barakah

 عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ السَّحُورُ أَكْلُهُ بَرَكَةٌ فَلَا تَدَعُوهُ وَلَوْ أَنْ يَجْرَعَ أَحَدُكُمْ جُرْعَةً مِنْ مَاءٍ فَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى الْمُتَسَحِّرِينَ

Dari Abi Said al-Khudri RA, Rasulullah SAW bersabda: "makan sahur itu barakah, maka janganlah kalian tinggalkan meskipun salah seorang dari kalian hanya minum seteguk air, kerana sesungguhnya Allah 'azza wajalla dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang makan sahur." (HR Ahmad No: 10664) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Makan ketika bersahur itu memiliki keberkatan. Antara bentuk barakah dari sahur adalah mampu memberikan tenaga, menguatkan semangat, dan meringankan beban bagi mereka yang berpuasa.

2.  Sahur ini hendaknya tidak ditinggalkan walaupun hanya dengan seteguk air.

3.  Allah dan para malaikat berselawat ke atas orang yang makan dan minum untuk bersahur. Selawat Allah ke atas orang yang bersahur adalah pujian-Nya kepada hamba-hamba-Nya yang bersahur, manakala selawat para malaikat ke atas mereka yang bersahur pula merupakan doa pengampunan dari malaikat buat mereka yang bersahur.

4.  Waktu sahur itu sendiri pula termasuk antara waktu mustajab berdoa, waktu terbaik beribadah, dan waktu diampunkan bagi mereka yang memohon keampunan.

5.  Jadikanlah waktu sahur sebagai satu daripada cara kita mendapat pengampunan dosa


Sahur Waktu Mustajab Berdoa

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الْآخِرُ يَقُولُ مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ

Daripada Abu Hurairah RA, Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Allah Tabaraka wa Ta’ala turun ke langit dunia pada setiap akhir sepertiga malam lalu berfirman, “Siapa sahaja yang berdoa kepada-Ku, maka Aku tunaikan untuknya. Sesiapa sahaja yang meminta kepada-Ku, Aku berikan kepadanya. Sesiapa sahaja yang memohon ampun kepada-Ku, Aku ampunkannya.” (Sahih Bukhari No: 1094) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Sepertiga akhir malam adalah waktu istimewa untuk ahli ibadah (sekitar jam 3 pagi hingga sebelum subuh).

2.  Waktu akhir sepertiga malam (waktu sahur) merupakan waktu mustajab doa (doa diperkenan).

3.  Waktu akhir sepertiga malam (waktu sahur) waktu Allah mengampunkan dosa kepada yang memohon keampunan. Firman Allah:

وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُون

Ketika waktu sahur (akhir-akhir malam), mereka berdoa memohon keampunan”  (QS. Adz Dzariyat: 18)

4.  Rugilah mereka yang bangun di penghujung malam hanya untuk makan sahur atau ke bilik air semata-mata.

Rebutlah peluang waktu istimewa ini dengan solat sunat seperti tahajud  dan  berdoa serta memohon  keampunan daripada dosa.

RAMADAN MUBARAK MEMBINA GENERASI RAHMAH

#SemarakUkhuwahMemacuPerubahan
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

14hb Mei 2019
09hb Ramadan 1440H
Semua orang nak berubah tapi tak ada keyakinan, bimbang, takut dan segala macam yang negatif menerja minda kita jadi apa kata kita sertai program baru NAK UBAH HIDUP 2019 – KUASAI POTENSI DIRI, KEWANGAN DAN BISNES  anjuran RichWorks yang telah dilancarkan di Setia City dan akan diadakan secara Live Event pada 30 Ogos hingga 1 Septermber 2019.



Siapa tak kenal Dr Azizan Osman, Master Coach RichWorks yang bergelar jutawan seawal usia 32 tahun melalui syarikat yang diasaskannya pada 2008, Azizan merupakan peneraju seminar latihan dan pencetus pembangunan keusahawanan dan pemasaran dan selama 11 tahun ditubuhkan, lebih 700,000 telah hadir ke program yang dianjurkan oleh RichWorks.  Ramai antara mereka yang hadir, telah berjaya merubah diri mereka dari hidup bniasa-biasa menjadi luar biasa dengan berniaga. Apa yang lebih menarik, ramai dari mereka asalnya hadir dengan keadaan kusut, penuh bermasalah, dengan tekanan kewangan dan beban hutang keliling pinggang.



Selain dari itu, ramai yang berniaga tanpa ilmu perniagaan yang betul menyebabkan bisnes mereka susah nak berkembang. Malahan mereka terpaksa berhadapan dengan cabaran untuk membuat jualan bulanan yang tinggi dan konsisten. Dan ini juga mempengaruhi tahap kewangan dan pendapatan mereka sehingga menyebabkan ramai antara mereka terpaksa menanggung beban hutang bisnes yang mempengaruhi keadaan hidup mereka.




Tapi, setelah menghadiri beberapa program RichWorks, ramai yang mula menikmati hidup yang lebih baik dengan kebanyakannya muncul sebagai usahawan berjaya di dalam pelbagai bidang kerana mereka berjaya mengambil tindakan merubah hidup mereka untuk keluar dari kepompong bebanan masalah dan tekanan kewangan. 

Sehingga hari ini, Dr Azizan Osman sebagai Master Coach RichWorks telah berjaya melahirkan ramai usahawan jutawan dan banyak menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan bidang keusahawanan di negara ini, antaranya kemajuan anak-anak bangsa dengan rekod peningkatan pencapaian usahawan melalui program bisnes dan pemasaran hanya dalam tempoh seawal 3 bulan hingga 18 bulan. 


RichWorks melihat program ini sebagai peluang kami untuk membantu lebih ramai orang dengan berkongsi ilmu bagaimana mereka boleh Ubah Hidup dengan menguasai potensi diri, kewangan dan bisnes.

Kami yakin, Program Nak Ubah Hidup yang kami sasarkan pada bulan Ogos ini sempena Merdeka 2019 akan dihadiri oleh lebih 10,000 peserta selari dengan misi kami untuk melahirkan lebih ramai bakal usahawan. Program ini akan menjadi pencetus titik perubahan dalam kehidupan mereka apabila mereka sedar dan tahu bagaimana program ini boleh bantu ubah hidup mereka dari Zero ke Jutawan hanya dengan berniaga.  
“Ramai di luar sana merasai bahang daripada tekanan ekonomi dan saya melihat ia semakin mencabar terutama buat mereka yang berpendapatan tetap, rendah atau sederhana dan golongan yang tidak bekerja, ditambah dengan kesan peningkatan harga barang dan kesan daripada kenaikan kos barangan dari luar negara disebabkan nilai tukaran ringgit yang lemah buat masa ini.”  


Azizan berkata, beliau sebagai individu mungkin tidak mampu mengubah ekonomi dunia tetapi melalui platform program ini yang merupakan inisiatifnya dipercayai dapat membantu lebih ramai orang, terutamanya Melayu untuk memperkasakan diri dan bangsa dengan ilmu dan formula untuk melonjakkan keupayaan diri.
"Mungkin tidak semua akan menghargai perkongsian ilmu bernilai ini tetapi mudah-mudahan ia dapat membantu mereka yang komited dan perlukan bimbingan daripada ilmu dan pengalaman saya selama ini untuk membina kehidupan dan tahap kewangan yang luar biasa, InsyaAllah.”
“Selain dari itu, jika sebelum ini Richworks adalah sinonim dengan Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) yang telah berakhir pada bulan November 2018, kami yakin isi kandungan Program Nak Ubah Hidup ini akan 10 kali lebih berimpak dari Program IMKK kerana program baru ini dapat membuka peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk memahami potensi sebenar diri mereka melalui ilmu serta pengalaman dan kesilapan saya untuk mereka mengubah dan memperbaiki diri, hidup dan tahap kewangan mereka menjadi luar biasa.” - Azizan Osman

Pendaftaran dibuka untuk, layari www.nakubahhidup.com 

Untuk maklumat lanjut berkenaan Richworks International Sdn Bhd, sila hubungi

RICHWORKS HOTLINE : 1300-88-2424

Website:


Facebook:


Instagram:


Twitter:


Youtube:


Linkedin


Email:
inquiries@richworks.com.my



Bila terlihat wajah artis Korea yang membintangi drama mahupun penyanyi K-pop pasti ramai yang nak tahu bagaimana mereka memelihara kulit dan apa yang digunakan untuk mendapatkan kulit mulus berseri begitu.  Bagi mendapatkan kulit secantik mereka, pastinya regim penjagaan wajah yang betul diperlukan maka pengunaan esen tidak pernah mereka ketepikan kerana itulah antara rahsia yang dapat membantu kulit menjadi lebih sihat, anjal, lembap dan licin serta dapat meratakan tona kulit sehingga bintik hitam makin berkurangan.

Trend kecantikan di Kora membuktikan betapa halus dan mulusnya kulit bintang-bintang di Korea dan ianya bukanlah daripada hasil solekan yang tebal tetapi daripada efek Glass Skin yang mampu menyerlahkan kecantikan  dan keserian kulit mereka.  Trend Glass Skin menjadi tular dan terkenal kerana pastinya kita sebagai wanita mahukan kulit yang kelihatan sihat dan tidak kusam sekaligus menyeralah kejelitaan wajah.

Image may contain: drink
Miliki Kulit Licin Dan Mulus K-Beauty Glass Skin Effect Dengan Dua Esen Baharu Syahirah Korean Secrets
Jadi dengan itu Syahirah telah melancarkan dan memperkenalkan dua esen iaitu Hydra Soft Dewy Moist Essence dan White Glow Snowy White Essence  yang mampu membantu kukit tampak licin, gebu dan mulus persis artis Korea yang dinobatkan antara salah satu wajah tercantik didunia.

Miliki Kulit Licin Dan Mulus K-Beauty Glass Skin Effect Dengan Dua Esen Baharu Syahirah Korean Secrets

Serlahkan Kulit Licin, gebu dan Lembut Dengan Syahirah Korean Secrets Hydra Soft Dewy Moist Essence

Syahirah memahami kehendak wanita Malaysia yang mahukan kulit yang bersih dan licin dengan kelembapan yang mencukupi.  Oleh itu, ia memperkenalkan Syahirah Korean Secrets Hydra Soft Dewy Moist Essence dengan pati Tri-Flower Essence, rahsia kulit cantik persis bintang Korea yang dihasilkan daripada sumber bunga-bungaan dari Pulau Jeju, Korea, pati Tri-Flower Essence ini terdiri daripada tiga ramuan penting - 
  • Bunga Ginseng yangn membantu menyegarkan kulit dengan menyeimbangkan minyak pada kulit muka serta mencerahkan tona kulit
  • Bunga Teh Hijau yang tinggi dengan ramuan anti-oksida membantu menentang radikal bebas sambil melembapkan dan mencreahkan kulit
  • Bunga Chamomile membantu meratakan tona kulit agar tampak sekata.

Kekalkan hidrasi pada wajah dan dapatkan efek Glass Skin dengan mudah dengan Syahirah Hydra Soft Dewy Moist Essence. Katakan selamat tinggal kepada kulit kusam kerana pengguna esen ini adalah pemilik kulit yang sihat, licin dan lembut.

Miliki Kulit Licin Dan Mulus K-Beauty Glass Skin Effect Dengan Dua Esen Baharu Syahirah Korean Secrets

Kuasai Kulit Lebih Cerah Berseri Dengan Syahirah Korean Secrets White Glow Snowy White Essence

Sementara itu, untuk memiliki kulit lebih cerah berseri, Syahirah Korean Secrets White Glow Snowy White Essence merupakan solusi untuk wajah polos seperti bintang K-pop kesayangan anda. Antara kelebihan esen ini adalah
  • membantu meratakan tona kulit yang tidak sekata agar kelihatan lebih licin dan halus.  
  • menghalang pembentukan tompok gelap disamping melembapkan kulit wajah.  Hasilnya tampik secantik jelitawan Korea di pentas arena dengan kesan hebat ini.  

Syahirah White Glow Snowy White Essence juga mengandungi Tri-Flower Essence dalam formulasinya dengan intipati daripada bunga-bungaan yang terdapat di Pulau Jeju.  Esen ini mengandungi intipati bunga Cherry Blossom yang diperkaya dengan anti-oksidan dan juga membantu melegakan kulit serta mengurangkan kemerahan dan kesan iritasi.  Sementara itu intipati Camellia memberikan kelembapan yang diperlukan, manakala intipati bunga Lotus membantu menyihatkan dan mencerahkan kulit.



Syahirah Korean Secrets Hydra Soft Dewy Moist Essence dan Syahirah Korean Secrets White Glow Snowy White Essence boleh didapati pada harga runcit RM39.90 setiap satu di semua rangkaian farmasi terkemuka dan semua pasar raya terpilih seluruh negara. 

Miliki Kulit Licin Dan Mulus K-Beauty Glass Skin Effect Dengan Dua Esen Baharu Syahirah Korean Secrets

Untuk maklumat lanjut, layari laman web atau social media Syahirah


Pulau Jeju di Korea merupakan salah satu destinasi tercantik di dunia dengan pemandangan yang mengagumkan.  Antara lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai ydi Pulau Jeju termasuklah air terjun Cheonjiyeon yang terkenal dengan airnya yang bersih dan jernih  semestinya memberikan ketenangan kepaa minda & jiwa.  Selain itu, aktiviit lain seperti mendai Gunung Hatlasan sambil menikmati keindahan panoama di puncaknya juga menjadi day tarikan pengunjung.  Disamping itu, mereka juga berpeluang melihat dengan sendiri hamparan kuning bunga Canola dengan Gunung Sanbangsan sebagai latar belakangnya, pasti membawa makna mendalam bagi mata memandang.  Pengunjung juga dapat menyaksikan keajaiban saat matahari terbenam di gunung berapa Jeju-Do Seongsan Ilchulbong di mana mereka tentu berasa teruja dengan pengalama yang berharga ini.

Di Pulau Jeju juga terdapat pelbagai flora yang menjadi sumber ubatan atau bahan kecantikan yang digunakan oleh orang Korea.  Jika diteliti, kebanyakan produk kecantikan di Korea mengandungi ramuan semulajadi yang diilhamkan oleh kaedah kecantikan yang diwarisi sejak turun temurun, ia menjadi bualan duani apabila tips-tips kecantikan dari Korea menjadi ikutan ramai termasuk golongan remaja di Malaysia.  Jadi, tidak hairanlah jika trend K-beauty menjadi begitu popular di sini.


#Syahirah360 #360GlassSkin

Journey

Interesting News