Memasak tu memang la tugasan tetap seorang surirumah, seorang ibu dan juga isteri kan dan bila memasak tu pasti ada yang pernah memasak sampai terlebih garam..pernah tak? hehe tu la dalam bertahun memasak ni pernah la jugak masakan termasin jadi jenuh jugak Umi cari cara untuk kurangkan kemasinan dan tanya dekat mak.

Memandangkan Umi dah jumpa cara yang paling berkesan, Umi nak kongsi mengikut cara yang paling mudah sekali seperti mana Umi dah cuba.


  • Guna Penutup Periuk - Kalau masakan agak masin, cuba tutup maskan dengan tudung periuk dan biarkan masakan mendidih beberapa minit.  Biar sekejap dan kemudian angkat penutup periuk dan basuh. Biarkan penutup tu basah dan tutup semula masakan tu dan masak lagi dalam 5 - 10 minit.  Ulangi beberapa kali dan hasilnya masakan akan menjadi kurang manis




  • Kentang - Kentang ni bahan paling mudah sekali, kalau tak ada kat rumah pun, boleh lari ke kedai kejap untuk beli kan.  Caranya : kupas sebiji kentang, dipotong empat, masukkan kedalam kuah gulai atau masak lemak dan biarkan ia masak sehingga mendidih. Kentang akan menyerap kemasinan dan mengimbangi rasa masakan. 


  • Beras - Basuh setengah gengam beras, masukkan kedalam kain bersih yang jarang dan ikat..ala macam sup bunjut tu. Masukkan bunjut beras ni kedalam masakan yang terlebih masin tu dan masak.  InsyaAllah masakan akan jadi kurang masin.  Lepas tu boleh la keluarkan bunjut beras tu.


  • Pelepah Pisang - Potong pelepah pisang dalam kira-kira seinci, bersihkan dan masukkan dalam periuk dan didihkan masakan beberapa minit.  Bila tiba masa untuk menghidang, buangkan pelepah tersebut.  Cara ni mudah kalau ada pokok pisang belakang rumah tapi yang tak ada pokok pisang tu payah la kan


  • Daun Pisang - Koyakkan daun pisang yang telah dibersihkan, masukkan kedalam periuk dan didihkan selama 20 - 30 minit dan daun pisang akan bertindak sebagai penyerap rasa masin dalam masakan


  • Hampas Kelapa - seperti buat bunjut beras juga, ambil sejemput hampas kelapa ikatkan supaya menjadi bunjut. Masukkan bunjut kedalam masakan dan di masak dalam 15 ke 20 minit. Bunjut hampas kelapa dapat membantu menyerap rasa masin berlebihan dan turut memberi rasa lemak pada lauk. 
  • Cebisan Roti - sesuai untuk masakan berkuah seperti sup cendawan atau stew yang boleh membuatkan masakan itu menjadi pekat dan sedap. Caranya - ambil beberapa keping roti dan koyak kepada beberapa cebisan. Masukkan ke dalam kuah supaya ia dapat menyerap rasa masin. Setelah roti terendam, keluarkan roti dan cuba rasa sekiranya kemasinan dah berkurang atau tidak, jika tidak, ulangi beberapa kali sehingga rasa masakan seperti yang kita inginkan.


Banyak cara lain yang mungkin kita semua pernah cuba dan lebih praktikal mengikut jenis masakan kita tu.  Apa pun, pakar mengesyorkan perngambilan garam dalam satu suku sudu teh sahaja dalam diet harian tapi tak mustahil bila kita memasak sendiri kekadang tu terlajak jugak kan.

Apa yang paling berkesan pada Umi ialah, Umi akan tutup api dan kemudian baru masukkan garam mengikut sukatan yang dirasakan sesuai dan memasak menggunakan garam bukit setakat ni Alhamdulillah. Psst..tapi pernah guna garam biasa tu yang termasin sikit sampai akhirnya entri ni dikeluarkan setelah lama didalam draf.
Cikapplepie menjadi ahli terakhir dan penutup dalam ahli LeyRa Family yang bersekolah di SMKWM2.  Seperti Ayong Azmer (AA1), Angah Ammar (AA2), KY Amanda, KC Iman dan Kak Meya tak ada seorang pun anak-anak yang berlainan sekolah, bak kata DH, tak nak ada perbezaan dalam semua hal walau dari segi pembelajaran setiap anak tu agak berbeza dan bila melanjutkan pelajaran selepas SPM pun berbeza jurusan dan institusi penggajian kecuali AA1 dan AA2 sebab kedua-dua hero ambil Business Management dan Alhamdulillah, sedang membina kerjaya mereka.

barisan guru-guru dan Guru Besar SMKWM2

Seperti anak-anak yang lain kami memang pergi ke hari orientasi anak-anak dan juga mesyuarat PIBG, sebab nak ambil tahu pasal apa cerita dan apa perkembangan sekolah.

2019 Tahun Pertama Cikapplepie Bersekolah Menengah


Kalau dulu Umi tak berapa ambil tahu sebab DH yang buat semua tapi semenjak jadi suri rumah sepenuh masa + blogger + tukang masak + tukang kemas ni terpanggil untuk ambil tahu.  Kalau dulu DH mesti ajak Umi pergi membeli belah pakaian sekolah dan pakaian untuk kelab, Umi cuma ikut jer tanpa ambil tahu saiz ke warna tapi sekarang seronok pulak nak ambil tahu.  

Setiap orang kan berubah, tapi pastikan berubah untuk kebaikan!

Nak tahu jadual cikapplepie setiap hari selama seminggu? Kalau nak kupaskan memang menangis macam kupas kulit bawang..heeh


  • Isnin, Selasa, Khamis - habis waktu kelas jam 2.30 petang, cikapplepie akan balik rumah bersama kawan-kawan, makan, tukar baju dan harus berada di sekolah jam 3.30 petang 


  • Rabu - memang tak balik rumah sebabnya ada unit beruniform, cikapplepie sertai Kadet Polis walau awal tu dia nak sertai KRS tapi KC Iman tak syorkan, sebab apa tak balik? sebab tak perlu tukar pakaian.


  • Jumaat - memang kelas habis awal jam 12.30 dan kemudian jam 3.30 pergi balik ke sekolah untuk latihan

Setiap pagi cikapplepie akan dihantar DH dengan menaiki motosikal dan DH terus ke pejabat tapi kalau DH kena outstation atau kena kerja awal, tugasan tu diambil oleh AA1 atau AA2..mujur anak-anak dah besar kan. Waktu balik pulan dijemput DH sebab cikapplepie habis latihan bagai jam 6 petang.  Umi yang tunggu kat rumah pun rasa penat dan makin hari makin berjelaga kulit muka cikapplepie sebab berjemur...alahai anak Umi!

Semalam cikapplepie dah bagi hint " Umi, cikgu mintak Acha masuk sidang redaksi dan jadi jurufoto"  ahhh..ishh cikgu ni pun, mentang-mentang la KY Amanda dan KC Iman tu dulu editor sekolah, terus dia nak pancing cikapplepie pulak.  Umi bukan tak suka tapi dengan jadual sekolah yang padat, kerja sekolah, aktiviti sukan dan kelab, memang tak terkejar pulak rasanya.


tak nak tunjuk muka sebab dah berjelaga hehe

Dah la guru yang melatih pasukan Bola Baling tu sarankan cikapplepie masuk bola baling jugak seperti seperti KY Amanda dan KC Iman...adhhh.. ada seronok bila anak-anak dikenali atas kerajinan serta tanggungjawab sewaktu mereka bersekolah dan tidak seronok bila guru-guru tersebut mengesyorkan malah membuka ruang buat si adik menjejaki langkah seperti kakak-kanak dia...yea lah..memudahkan kerja guru-guru kan.

Nampak gaya seorang pun anak Umi tak ikut jejak Umi jadi ahli Pandu Puteri..ehh sekarang dah dipanggil lain rasanya. Masa sekolah pulak, Umi ahli rumah sukan Bungaraya, warna Merah tapi part kegiatan sukan apa yang Umi sertai..tidak la aktif tapi lepas habis sekolah, Umi pemain bola jaring yang hebat! haha yang boleh ambil semua posisi termasuk C..amacam dengan korang? Share la sikit!
Siapa yang tak nak duit kan? Lebih-lebih lagi para ibu yang tak boleh bekerja dan hanya surirumah sepenuh masa, walau dapat duit dari en suami tapi mesti teringin nak ada duit poket sebagai tambahan kan.  

Rasanya ramai yang pasti buka Facebook tengok post kawan-kawan pasal kisah hidup, tentang jualan dan pasti ada terlayan kisah sensasi yang tidak memberi faedah dan mungkin menghabiskan data talian mudah alih kita. Apa kata kita buka Facebook dan jana pendapatan dengan cara yang sangat mudah. Nak tak?



Nak tahu caranya?

  1. Muat turun aplikasi JAG melalui Google Play atau App Store dan daftar.  
  2. Masukkan username fuzyhamid sebagai referral.  Lepas tu boleh syorkan pada kawan-kawan untuk turut serta. 
Dah ada akaun? secara langsung akan dapat point sebanyak 100, tu baru permulaan tuu

Macam mana nak jana pendapatan? Mudah jer tapi kalau tak faham boleh jer tanya.
  • Hanya tonton iklan dah kongsi iklan di laman sosial antaranya Facebook dan Instagram.  Tapi ramai jugak yang ada Twitter kan.  
  • Bila dah kongsi, kita dapat point selepas selesai kita membuat tugasan yang diberikan.
  • Setiap point akan ditambah di dalam akaun aplikasi.  
  • Bila point terkumpul dah banyak, boleh la pilih samada nak tunaikan atau tukar dengan baucar membeli belah.  Siapa tak nak kalau boleh kumpul 20000 point bersamaan RM200?

Mudah kan!

Jadi jangan tunggu lama, sertai JAG dan dapatkan CASH atau baucer tunai seperti TESCO, AEON, McDonald's, KFC dan banyak lagi dengan hanya menonton iklan, pergi ke acara dan mencuba produk terkini!

5 Perkara Penting Dalam Misi Mencari 5 Kipas Siling Buat Rumahku Syurgaku | Huihh 5 kipas ek? ye la untuk setiap bilik dan kipas di ruang tamu yang perlu ditukar. Jenuh nak convince DH yang kami patut pasang kipas siling kat setiap bilik untuk penjimatan dan bukan alat penghawa dingin huh tapi kali ni memang Umi dah nekad dan nak pasang kipas siling kat semua bilik supaya lebih banyak ruang dari menggunakan kipas lantai.  Cuba bayangkan yang DH ni punya alasan bimbang tangan anak terkena kipas siling sebab anak-anak dia semua tinggi belaka..hahaha.  Jadi buat masa ni sesambil tu UF pun buat la survey tentang kipas ni dan nanti bila tabung dah cukup boleh la beli dua atau 3 unit dulu.

Banyak faktor yang patut difikir sebelum membeli kipas ni tapi yang pasti setiap kipas tu pasti ada mengikut kesesuaian dan keluasan bilik.  Ahh pening nak fikir tapi kalau rumah bukan besar mana dan rumah sekadar flat kos sederhana pastinya bila cuma sekadar berkeluasan standard yang cuma memerlukan kipas yang biasa dan bukan luarbiasa kan.  

Antara aspek yang paling utama antaranya adalah
  • Harga - bak kata orang ukur baju di badan sendiri atau tengok poket dulu sebelum membeli hehe
  • Tapak kipas- tak boleh yang panjang sebab siling rumah tak tinggi dan takut jadi insiden sebab penduduk dalam rumah ni tinggi-tinggi belaka 
  • Penggunaan kuasa - sekarang ni banyak barangan elektrik yang dijual dipamerkan kadar penggunaan kuasa untuk penjimatan.  Lagi rendah tenaga (watt) yang digunakan, lagi bagus pilihan kipas tu
  • pengaliran udara - harus diambil kira penggunaan unit iaitu CFM (cubic feet per minute) dan berdasarkan keluasan ruang kipas yang mana sesuai mengikut keluasan bilik atau ruang kita tu, tapi pastikan kipas yang dipilih menghasilkan jumlah aliran udara yang banyak dengan penggunaan tenaga yang sedikit. Ada yang menyarankan 200CFM/Watt dan keatas.
  • senang dicuci - mungkin bilah kipas yang licin kot, ni nak kena tanya salesman untuk syorkan.

Dalam dok survey tu Umi baca banyak input antaranya rekaan kipas juga mempengaruhi tahap sesebuah kipas.  Pastikan memilih kipas dengan bentuk yang biasa dan punya empat bilah.  Jangan pilih kipas yang terlalu moden dan unik bentuknya kerana mungkin hanya untuk perhiasan dan bukan untuk keperluan sebenar kita.

Akhirnya ada 4 jenama yang menarik perhatian


KDK Ceiling Fan K14X2 



Harga : RM248.  
frameless blade design, 3 speed control, sleep model and OFF timer, 3-6 hours sleep mode and 1-6 OFF timer, Enchanced with cut-off safty device and blade safety plate


Panasonic 56in 4 Blade ceiling Fan PSN-FM14C5DG

Harga : RM288 
Bayu ceiling Fan (56"), 4 blade design, enchanced safety featurs. 3 preset speed selection, 1,3,6 hours off timer, 3,6 hours sleep timer



Faber FDF Lagenda WH Designer ceiling fan (white) FBR-FBR\F565WH


Harga : RM240 
4 speeds selection, 85w powerful motor, 5star energy save sirim test, 56" diameter blaces, cooling reverse vntilation (suitale for Air cond Room) strong win guaranteed, 300 rpm & up to 9182 cfm, 5 blades design, silent and quite breeze, 1,3 and 6 hours timer control


DEKA Kronos F5P 5 blade ceiling fan with remote control
Harga : RM186
56" diameter, remote control, 3 yrs door to door warranty by DEKA Malaysia,  high power motor, extra 20% air flow

Harga yang Umi nyatakan tu dari website yang tertera, kalau ada perubahan, boleh jengah terus kat laman sesawang tu dan sebenarnya Umi dah pun jengah kat kedai elektrik berhampiran juga dan harganya ada pelbagai mengikut jenama dan model. Sekarang ni kena tunggu kumpul duit dulu la kan.

Harap perkongsian ni memberi sedikit sebanyak sebagai perbandingan apa yang perlu bila nak membeli kipas siling.  Tapi terpulang pada sesiapa yang nak beli sebab tepuk poket tanya selera, ikut bajet dan berapa yang kita mampu.

Ada sesiapa nak syorkan jenama lain? 
UF tengok drama Korea? memang agak janggal dan pelik pun ada bila UF buat post kat FB pasal K Drama.  UF bukan peminat drama Korea tapi terjebak bila KY Amanda balik bercuti seminggu.  Bila menonton drama ni terkenang kerjaya sebagai setiausaha dan pembantu peribadi tapi tak de la sampai betulkan talileher, sediakan sapu tangan bagai..hehe.  Drama Komedi Romantik yang ringan tapi kalau ada anak kecil tu jangan bagi tonton sebab bab intim tu ada la jugak di beberapa episod akhir

Image result for what is wrong with secretary kim review
Encik Vice President, Lee Young-Joon dan Cik Setiausaha, Kim Min-So


Review K Drama : What's Wrong With Secretary
Setelah bekerja selama sembilan tahun, Kim Mi-so akhirnya boleh mengukuhkan kewangan setelah bertungkus lumus membayar hutang bagi membantu ayahnya seorang pemuzik dan pinjaman kewangan bagi kedua kakaknya menyambung belajar.   Kiranya dia adik yang berkorban dengan bekerja selepas bersekolah tinggi jadi dia berhasrat berhenti kerja sebagai setiausaha kepada Vice Chairman Lee Yong-Joon.

Si Vice Chairman, Lee Young-Joon  ni pulak sejenis yang merasa dia lelaki yang cukup sempurna dan hebat (agak ego dan perasan), kacak, tegap, hebat dan sangat kaya malah dikira genius sebab boleh bertutur beberapa bahasa dan merasakan dia punya aura yang hebat..memang lawak giler watak PSJ ni.  Apa yang dituturkan oleh VP ni memang kelakar yang jenis bersahaja.

Image result for what is wrong with secretary kim review
barisan pelakon What's Wrong With Secretary Kim?

Dalam minggu-minggu terakhir, Mi-so menyedari beberapa perkara mengenai dirinya dan juga ketuanya yang akan rumit.  Ketakutan si VP dengan cable tied (ala kalau beli barang kat Aeon Big dia ikat cable tu) sampai berpeluh-peluh dan ketakutan Mi So dengan labah-labah serta kesan seperti diikat dipergelangan kaki si VP ni membongkar rahsia penculikan sewaktu mereka kecil dulu.  

Kemudian muncul di abang VP, Lee Sung-Yeon seorang penulis hebat dikenali dengan nama Morpheus yang kemudian mengatakan dialah budak lelaki yang ditangkap penculik.  Memang buat Mi-so celaru bahkan si abang pun jatuh hati pada Mi-so.

Perihal Mi-so ni pulak bila bekerja dengan taat setia ni memang tak de masa nak berdating, mana taknya dok sibuk susun urus si VP dan akhirnya kisah Mi-so berdating sampai ke pengetahuan si VP, memang kelakar part ni. Cemburu si VP ni alahai, memang rasa nak ketuk kepala dia jer dan si Mi-so ni pulak lurus betul.  Menaang buat sengih jer part ni.

Bila dah declare bercinta pulak, si VP kena ambil hati kakak-kakak dan bapa Mi-so, Memang kelakar bila anak orang kaya cuba menjadi orang biasa.  



Antara part kenangan yang diingati oleh Lee Young-Joon dan Kim Mi-so usai selamat dari penculikan.  Haihh kecil-kecil dah pandai nak ajak kahwin haha


pemilihan watak kanak-kanak ni memang mirip pelakon utama. comel ahh

Seriously suka tengok si VP ni bila dia tersenyum, melting manihhh sungguh dengan aura keangkuhan hebat dia yang tak buat kita benci tapi rasa nak ketuk kepala dia dengan manja hehe.  Si abang pulak mak aihh cute sangat dan segak tapi senyuman VP ni manis lagi

Selain tu kerenah President (Park Yoo-Sik) dan kakitangan di pejabat Vice President pun tak kurang kelakar..

Rating : 9.5/10

Tak kurang sesuai buat anak-anak kecil ya sebab drama ni kategori romance comedy walau tak berat macam cerita Hollywood.

Assalammualaikum, salam Jumaat.  Kisah yang cukup menarik untuk dikongsi buat semua dan untuk diri sendiri menilai diri sendiri.



Seorang guru  meminta pelajarnya  menuliskan 7 Keajaiban Dunia.

Seorang gadis kecil yang paling pendiam di kelas itu, menyiapkan tugasannya paling akhir dengan perasaan ragu-ragu. Tidak ada seorangpun yang memperhatikan hal itu…

Sebahagian besar pelajar menulis demikian...

Tujuh Keajaiban Dunia:
1. Piramid
2. Taj Mahal
3. Tembok Besar Cina
4. Menara Pisa
5. Kuil Angkor
6. Menara Eiffel
7. Kuil Parthenon

Di saat memeriksa tugasan pelajarnya yang paling terakhir itu, guru itu terpegun meneliti nota milik si gadis kecil pendiam tadi…isi jawapannya adalah :

Tujuh Keajaiban Dunia:
1. Boleh Melihat
2. Boleh Mendengar
3. Boleh Menyentuh
4. Boleh DiSayangi
5. Boleh Merasai
6. Boleh Tertawa, dan
7. Boleh Mencintai…

Setelah duduk diam beberapa saat, guru menutup semua tugasan pelajarnya.
Kemudian menundukkan kepalanya dan berdoa...

Mengucap syukur untuk gadis kecil pendiam dikelasnya yang telah mengajarkannya sebuah pelajaran hebat, yaitu:

'Tidak perlu mencari sampai ke hujung bumi untuk menemukan keajaiban. Keajaiban itu ada di sekeliling kita untuk kita miliki dan tak lupa untuk kita syukuri...'

Jom renungkan....

Kita hidup di gunung, merindukan pantai. Kita hidup di pantai, merindukan gunung.

Kalau kemarau kita tanya bila hujan? Di musim hujan kita tanya bila kemarau?

Duduk di rumah, berkeinginan untuk keluar. Setelah keluar berkeinginan untuk pulang.

Waktu sunyi mencari keramaian. Waktu ramai cari ketenangan.

Ketika bujang mengeluh keinginan untuk berkahwin. Sudah berkeluarga mengeluh belum miliki  anak. Setelah ada anak, mengeluh perbelanjaan hidup.

Ternyata, sesuatu nampak indah kerana belum kita miliki..

Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada, tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki..

Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki..

Mungkinkah sehelai daun yang kecil dapat menutup bumi yang luas ini? Sedangkan menutup mata dengan telapak tangan sahaja pun sudah begitu sukar..

Tapi, kalau daun kecil ini menutup mata kita, maka tertutuplah bumi yang luas ini..

Begitu juga bila hati ditutupi fikiran buruk sekecil manapun, maka kita akan melihat keburukan di mana-mana, dan bumi ini sekalipun akan nampak buruk..

Jadi, janganlah menutup mata kita walaupun hanya dengan daun yang kecil.
Janganlah menutup hati kita dengan sebuah fikiran buruk, walaupun cuma sehujung kuku.

Syukuri apa yang sudah kita miliki, sebagai modal untuk memuliakanNya.

Kerana hidup adalah waktu yang dipinjamkan dan amanah yang perlu dipertanggungjawabkan..

Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki..

Bersyukur atas keluarga yang kita miliki..

Bersyukur atas pekerjaan yang kita miliki..

Bersyukur atas kesihatan yang kita miliki..

Bersyukur atas rahmat dan nikmat yang Allah kurniakan.

*Mereka yg bersyukur akan Allah tambahkan nikmat keatasnya. Mereka yg tak bersyukur akan Allah timpakan bala, bencana kepadanya.*
Hari Khamis sudah tengok Chef Anis memasak dengan Izzue Islam, fuhh kemain sedap tapi tak sempat nak salin resepi jadi, saya pun cuba la buat ikut apa yang terfikir dek akal

Resepi : Tuna Pie with Potato Topping Yang Mudah Dan Lazat
Bahan-bahan
3 sudu minyak kelapa Ayam Brand
4 biji kentang
2 tin tuna dalam air, toskan dan dicarik
1 biji bawang Holland, dihiris dadu
4 biji cendawan butang, dihiris kasar (kalau nak lebih pun boleh)
½ biji cili benggala warna kuning, dihiris dadu
½ biji cili benggala warna merah, dihiris dadu
45ml susu segar
3 ulas bawang putih dipotong dadu
¼ sudu lada hitam, ditumbuk kasar
¼ sudu paprika
½ cawan cooking cream
¼ cawan keju Cheddar, diparut
3 batang English parsley
sedikit perahan lemon
sedikit garam secukup rasa


Nota : minyak boleh ditukar dengan mentega

Cara membuatnya :
  • Panaskan ketuhar 180⁰ C
  • Rebus ubi kentang, toskan dan dilenyek kasar
  • Panaskan minyak di dalam kuali (atau pan) dan masukkan bawang putih, dimasak hingga kekuningan dan masukkan bawang kuning. Kacau dan kemudian masukkan cendawan.  Bila cendawan agak lembut, masukkan daun parsli, cili benggala dan bawang Holland kacau hingga masak. Masak dengan api sederhana.  
  • Masukkan isi tuna, dikacau hingga sebati dan masukkan lada hitam dan paprika, kacau hingga isi tuna masak. Masukkan susu, kacau dan biarkan mengelegak dan masukkan cooking cream (kalau tak nak letak cooking cream pun tak pe) kacau hingga jadi agak pekat. Masukkan keju cheddar dan garam, dikacau hingga sebati.
  • Kemudian masukkan ke dalam loyang dan taburkan keju Cheddar, ratakan (kalau tak letak pun ok) dan kemudian letakkan kentang yang dilenyek menutupi adunan di bahagian atas.
  • Bakar di dalam ketuhar selama 35 ke 45 minit dan bila nampak kentang sudah kekuningan, boleh dikeluarkan dari ketuhar untuk dihidangkan

Resepi : Tuna Pie with Potato Topping Yang Mudah Dan Lazat

Kalau tak sabar nak makan, ambil sudu dan scoop out dan makan je macam kat gambar kat bawah ni.

Resepi : Tuna Pie with Potato Topping Yang Mudah Dan Lazat

Selamat mencuba!
Wah dah 8juta plus plus pageview dak kecik Sayidah Napisah yang lebih mesra dipanggil Kak Cik atau lebih mesra dipanggil KC. Memang comel dan pipi pau hahaha...jangan marah Umi tau KC

Jom kita join 8 juta special bloglist KC ni.

Seperti biasa tekan kat banner untuk ke link blog dak KC ni.

KC ni tak lokek dengan ilmu dan tu antara yang special tentang KC ni dan dia pakar matetmatik. 


8 Juta Special Bloglist Sayidah Napisah!

psst...KC ni single lagi tau tapi tak tahu la kot ada yang menunggu hehe.

Tarikh tutup : 26 Januari 2019, so masih sempat lagi..Good luck guys!


Wedding Car Decorations: Facts about Decorating the Wedding Car

You probably saw on movies and television shows several artistic designs of wedding car decorations. If you are planning for your own style, you can always go unique and have your bridal and wedding car decoration design with style that matches your wedding theme. With Flower Delivery Singapore, you can rely on the wedding Florist for the decorations of your wedding and bridal car. Check these facts and see why it is important to have your cars decorated on this big day:

Wedding Car Decorations: Facts about Decorating the Wedding Car

What are Wedding Car Decorations?
Wedding car decorations are the charming and eye-catching decorations placed on cars to be used by the bride and groom as getaway car after the wedding. Decorating the car is not just to match the important event with flowers and balloons and to celebrate love but also a way to announce that the couple is already married. There are plenty of items to decorate the car, which include hand bouquet of fresh or artificial flowers, silk flowers and ribbons, balloons, stickers, car plates, tin cans, and many more. The flower shop offers all these items and the florist in Singapore has the expertise when it comes to designs and ideas.

Why Decorate the Wedding Car?
The wedding day is a very special day for the couples, and even for their families and friends. One way to show excitement and to tell the world of the joyous event is to have the wedding car decorated with beautiful flowers and banners. A simple flower arrangement will do, but anyone can be extravagant when it comes to decorating their wedding car using flowers and ribbons.

What are the Materials to Use?
Wedding Car Decorations: Facts about Decorating the Wedding Car

In decorating the wedding car, it is important to consider the materials to use to ensure that the car will not be damaged. If you are planning to rent the vehicle, you will not want the idea of paying extra for the damage caused by your decorations. Most common materials that the online florist Singapore usually offers are fresh and silk flowers, tulles and fabric ribbons, stickers, balloons, banners, frames, paper decorations, tin cans, and many more. It is best to always ask for assistance and check instructions when decorating the wedding car.

You can decorate your car in simple ways or in the most ingenious ways you want with the Flower Delivery Singapore for the flowers and with the professional florist in Singapore for the bright and unique ideas. 


Nestle Malaysia baru-baru ini melancarkan varian coklat KITKAT terbaharunya yang dikenali sebagai KITKAT Ruby di KITKAT Chocolatory di Mid Valley. KITKAT Ruby merupakan wafer empat jejari yang disaluti dengan coklat Ruby berwarna merah jambu  dan merupakan produk pertama dikeluarkan di rantau Asia Tenggara. 

Pelancaran Coklat KITKAT Ruby Hasil Semulajadi Menjadi Debut di Asia Tenggara

KITKAT Ruby merupakan varian coklat baharu di dunia selepas coklat gelap, coklat susu, coklat putih dalam tempoh 80 tahun penciptaan coklat.  Ianya dihasilkan dengan semulajadi tanpa sebarang perasa, pewarna dan aditif atau pengubahsuain genetik. KITKAT adalah yang pertama di dunia mengunakan sensasi coklat Ruby, yang dihasilkan oleh pemproses coklat dan koko terpilih yang terdapat di negara-negara tanaman koko termasuk Ivory Coast, Ecuador dan Brazil. coklat Ruby dihasilkan daripada pemprosesan biji coklat terpilih dan koko Barry Callebaut dari Switzerland.

Pelancaran Coklat KITKAT Ruby Hasil Semulajadi Menjadi Debut di Asia Tenggara 
Pelancaran Coklat KITKAT Ruby Hasil Semulajadi Menjadi Debut di Asia Tenggara


Pelancaran Coklat KITKAT Ruby Hasil Semulajadi Menjadi Debut di Asia Tenggara

Pelancaran Coklat KITKAT Ruby Hasil Semulajadi Menjadi Debut di Asia Tenggara

"Kami teruja untuk membawa KITKAT Ruby ke pasaran Malaysia! Malaysia merupakan negara pertama di Asia Tenggara untuk memperkenalkan sensasi coklat baharu yang hebat ini.  Proses yang digunakan untuk membuat coklat Ruby adalah unik, menghasilkan warna dan perisa yang sudah wujud secara semulajadi dalam biji-biji coklat.  KITKAT sengtiasa ingin mencipta waktu santai yang sempurna  dan dengan perisa buah-buahan yan terdapat secara semulajadi dalam colat Ruby serta teksturnya yang lembut dan keenakannya yang menambat selers, penggun kami pasti seronok mwnikmati KITKAT Ruby" 
Sachin Goel, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaa Konfeksi 
(Pasaran ASEAN), Nestle Malaysia.

Memang disyorkan peminat KITKAT mencuba makan KITKAT Ruby ni sebab punya rasa yang sangat unik dan sedap serta sangat berbeza dengan coklat yang lain.  Kalau tengok memang macam air bandung tapi tambahan safron tu membuat rasa dia sangat ekslusif.

Pelancaran Coklat KITKAT Ruby Hasil Semulajadi Menjadi Debut di Asia Tenggara

Tak payah nak perkenalankan KITKAT kat orang ramai sebab semua orang kenal tapi pernah tak cuba KITKAT dengan rasa nasi lemak, durian, ais kacang, cherry blossom dan banyak lagi. Kena cuba tau sebab kombinasi rasa yang sangat unik dan sedap.  KITKAT merupakan produk konfeksi nombor satu di Malaysia dan kilang pengeluarannya di Chembong, Negeri Sembilan serta mempunyai pengiktirafan HALAL malah turut dieksport ke 14 negara lain di seluruh dunia.


Pelancaran Coklat KITKAT Ruby Hasil Semulajadi Menjadi Debut di Asia Tenggara
 
KITKAT Chocolatory Store di Mid Valley, Kuala Lumpur telah dibuka kepada pelanggan pada tahun 2016 menawarkan peluang kepada peminat untuk membuat gubahan KITKAT mengikut cita rasa kita sendiri daripada lebih 10,000 kombinasi coklat dan hias atas (topping) buatan tangan yang berlainan untuk dibungkus mengikut pilihan.  Dengan konsep dapur terbuka, KITKAT Chocolatory Store membolehkan kita menyaksikan proses mencipta produk KITKAT khusus mengikut cita rasa ataupun cuba menghasilkan coklat kita sendiri.

Orang ramai yang berminat untuk mencuba produk inovasi daripada KITKAT, silalah berkunjung satu-satunya KITKAT Chocolatory Store di F048, tingkat Satu Mid Valley Megamall dan pertama sepertinya di Asia Tenggara! Peminat coklat KITKAT boleh juga membuat pesanan dalam talian antaranya Lazada, Shopee dan 11Street.  Untuk maklumat lanjut tentang KITKAT dan Chocolatory, layari https://www.facebook.com/KITKATMalaysia/


Wedding bouquets don’t always have to be sophisticated just for you to look stunning. Simple flower arrangements are enough for you to have a glamorous look as long as you have the confidence and you know how to match the flowers with your wedding gown. In fact, it is possible for you to create a hand bouquet at home even if you are not a professional florist. But of course, you still need to look for ideas on how to make one if you want to end up having a beautiful hand bouquet.

Learning How to Make a Hand Bouquet

If you want to make your own hand bouquet for your wedding day, then it is best that you make your research as early as possible so you can get plenty of ideas on how to do it the right way. Remember that you’ll have to blend the colors and even the length of the stems also matters when making a bouquet. The good thing is that you can find lots of tips from flower shop how to make your own hand bouquet at home. You can even watch videos or look for images so it would be easier for you to come up with the arrangement you want.

Once you have prepared the needed materials for your hand bouquet such as the flowers, ribbons, and greens, then you can simply follow the steps below.

  • The first thing that you should do is to decide on the flowers that you will use. You need to check the colors and sizes and make sure that it would fit your wedding gown.
  • Never forget to have fresh flowers because you will need to create the bouquet the night before your wedding. Always start with the biggest flower in the middle before adding other flowers and foliage.
  • When you have put the flowers together, you will need to secure it using a string or a floral tape.
  • Spray water on the bouquet for a fresh look.
  • You can add ribbon to make it more stylish.
Learning How to Make a Hand Bouquet


By following these steps, you can already have your own hand bouquet for your wedding. It would be advisable that you practice doing the wedding bouquet ahead of time so you can be able to perfect the arrangement. On the other hand, if you don’t have the time to make one, then you can always acquire help from the best florist.

Sajian Bufet Antarabangsa di Royale Chulan Bukit Bintang Setiap Sabtu Yang Cukup Menyelerakan | Bukit Bintang memang kawasan yang sangat dikenali oleh pelancong dari luar mahupun dalam negara. Mana taknya, di sini memang antara syurga membeli belah yang tak perlu diperkenalkan lagi untuk sesiapa sahaja. Seharian berjalan dan membeli belah di hari Sabtu,  pastinya membuat perut pun berkeroncong, jadi  apa kata kita singgah makan malam di Sunflowers Brasserie di tingkat 1, Hotel Royale Chulan Bukit Bintang untuk mengisi perut yang minta di isi.


Chef Raja Kamarulzaman dan Chef Haniff
Sajian Bufet Antarabangsa Di Royale Chulan Bukit Bintang setiap Sabtu yang cukup menyelerakan ini berharga RM78 untuk seorang dewasa dan RM40 untuk warga emas dan kanak-kanak, bufet antarabangsa ini memang sangat berbaloi dan hanya diadakan pada hari Sabtu bermula jam 7 malam hingga 10 malam sahaja.

Rangkaian hidangan yang disajikan sememangnya menepati cita rasa orang ramai ini termasuklah pelbagai makanan barat, Asian, Melayu dan China ni di masak dan disediakan menggunakan bahan-bahan yang segar.  Ini yang ditekankan oleh Ketua Chef, Raja Kamarulzaman semasa memberi penerangan tentang hidangan yang disajikan. Jadi tunggu apa lagi, jom kita ke sini!

sebahagian dari appetizer yang pasti buat pengunjung terliur

Appetizers (cold)
Poached Seafood with cocktail sauce, pasta salad, Greed Salad, Tuna Salad, Coleslaw, Kerabu Mangga Muda, Kerabu Ayam, Kerabu daging, Kerabu Sotong, Thousand Island, Italian Dressing, French Dressing, Caesar Dressing, Salted fish, Saled egg, Ikan Pekasam, Keropok ikan, Keropok Sayur

Do You own Salad
Nicoise Salad

Soup Station
Creamy Wild Mushroom Soup (Western)
6 types of bread selection

Stall 1
Pasta Corner - Spagetti, Fettucine, Penne (Western), 2 types of sauces

Stall 2
Mee Bandung Muar (Malay)

orang Malaysia dengan Nasi Lemak memang tak boleh dipisahkan

Stall 3
Nasi Lemak with condiment, Ayam Goreng Berempah, Sambang Sotong, Kacang Panjang Tumis Belacan

Stall 4
Teochew Porridge, Assorted Steamed Pau

Stall 5
Roasted Lamb Leg, Mint Sauce, Black Pepper Sauce
Sajian Bufet Antarabangsa di Royale Chulan Bukit Bintang Setiap Sabtu Yang Cukup Menyelerakan

Main Course
White Rice (Malay), Fried Koay Teow (Asian), Grilled Mini Steak with black pepper sauce (Western), Vegetarian Bean curd with dried chili (Chinese), Roasted Lamb Leg with Puree Green Pepper Sauce (Western), Ginger Chicken (Chinese), Pan Fried Fish with Dill Cream Sauce (Western), Butter Mix Vegetable with raisin (Western)

memang rambang mata dengan pelbagai dessert terutama yang kuih muih Melayu tu..
Dessert
Tropical Fresh Fruits (Cold). French Pastries, Assorted Malay Kuih, Black Forest Cake, Assorted Pudding, Fruit Jelly in a Glass, Butter Cake, Chocolate Tart, Assorted Cookies, Bread an Butter Pudding with Vanilla Sauce, Ice Kacang with condiments (Cold), Ice cream with condiments (cold)

Untuk keterangan lanjut atau nak mencuba sajian bufet yang cukup menyelerakan ni, boleh layari atau hubungi  no yang tertera dibawah atau terjah je, tapi pasti kan setiap Sabtu ya

Laman sesawang 

Facebook 

Instagram 

Alamat
17-21, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia

No Telefon 
+603-2147 9898

Telefax 
+603 22145 9558
Kenali dan Ketahui Cara Mencegah Batu Karang | Hypercalciuria adalah salah satu punca yang lain menyebabkan penghasilan batu karang. Hypercalciuria bermaksud seseorang itu mempunyai kandungan kalsium yang banyak dalam air kencing.  Ia boleh disebabkan beberapa perkara seperti pengambilan kalsium yang banyak daripada pengambilan supplement kalsium yang berlebihan, penyerapan kalsium yang banyak daripada tulang ke dalam darah(sebagai contoh dalam penyakit hyperparathyroidism) dan beberapa masalah lagi


1. Kurang pengambilan air
Kurang pengambilan air merupakan salah satu penyebab terhasilnya batu karang. Jika seseorang itu kurang minum air, ia akan menyebabkan kurangnya penghasilan air kencing.

Perkara ini akan menyebabkan kepekatan air kencing meningkat. Air kencing akan penuh dengan kompaun yang boleh membentuk batu karang seperti kalsium, oxalate dan juga asid urik


2. Pengambilan garam yang tinggi
Garam dapur yang mengandungi kandungan natrium yang tinggi boleh menyebabkan pembentukkan batu karang. Ini disebabkan natrium akan menyebabkan kalsium disingkirkan lebih banyak ke dalam air kencing dan menyenangkan pembentukan batu karang.


3. Pengambilan Vitamin C secara berlebihan
Apabila Vitamin C masuk ke dalam badan, ia juga akan diuraikan. Produk terakhir Vitamin C adalah kompaun oxalate yang akan disingkirkan melalui air kencing. Kandungan oxalate yang tinggi dalam air kencing boleh menyebabkan terbentuknya batu karang


4. Makanan yang tinggi dengan lemak omega 6
Makanan yang tinggi kandungan omega 6 seperti lemak haiwan dan beberapa jenis minyak sayuran boleh menyebabkan terbentuknya batu karang. Ini kerana kajian menunjukkan lemak jenis ini boleh meningkatkan penyingkiran oxalate ke dalam air kencing dan mengurangkan penyingkiran citrate ke dalam air kencing.


5. Penyakit metabolik yang menyebabkan kalsium tinggi dalam badan


***Nota ringkas penyebab batu karang


  • Unsur kalsium yang banyak dalam air kencing menyebabkan batu karang


  • Kompaun Oxalate yang banyak dalam air kencing menyebabkan batu karang


  • Kompaun citrate yang banyak dalam air kencing mengurangkan pembentukan batu karang
Sejak terjebak dengan kesukaan anak-anak, Kaison adalah antara tempat yang menjadi kegemaran UF sendiri bila ke Melawati Mall dan Kaison ni terletak di L4 (tingkat 4).  KC Iman adalah orang yang paling teruja bila kesini sebab dia memang minat bila bab dekorasi rumah dan bilik.

Kaison merupakan jenama Malaysia yang menjual pelbagai bentuk barangan untuk dekorasi rumah, hadiah dengan harga yang sangat berpatutan. Dah la murah, cantik dan terkini..jadi siapa tak keruan kan!




Memang rambang mata kalau ke sini, mana taknya segala barangan keperluan antaranya barangan hiasan bilik tidur, ruang tamu, dapur


Kalau cikapplepie memang suka sangat kat bahagian ni yang penuh dengan pelbagai barangan untuk membuat props untuk hari lahir, perkahwinan dan macam-macam lagi


Kalau para ibu dan sesiapa yang suka bunga, ruangan ni pasti menjadi tempat yang lama sambil berfikir bunga ni nak letak kat mana? nak ganti yang lama atau boleh buat hiasan gubahan perkahwinan atau jugak letak kat pelamin..ahhh pening nak pilih ahh


Bukan anak-anak saja yang akan teruja kat bahagian ni, mak-mak pun jugak tau sebab pelbagai softtoys yang kecil dan besar yang sedap untuk dicuddle ada kat sini.  


Lagi antara bahagian yang buat mak-mak akan ralit membelek, ambil letak, ambil letak sebab pegang yang satu, nampak yang lagi satu cantik, akhirnya masuk bakul 2 ke 3 barangan...haru kan


Dari jauh pun dah boleh buat hati keseronokan untuk jengah, apatah lagi kalau dah masuk hehe


Kalau jalan-jalan ke sini memang tak sah kalau tak membeli apa-apa, paling tidak dua tiga barang yang akan masuk bakul.  Siapa tak teruja dengan semua barangan yang cantik dan comel sampai tak sedar dalam bakul dah penuh.

Nanti kalau ada masa UF akan tunjuk apa barangan yang dibeli dan untuk apa dan untuk bahagian rumah yang mana.

Kaison Menjadi Lokasi Membeli Belah Barangan Dekorasi Rumah

Oh ya, Kaison pun terdapat di beberapa buah negeri yang lain dan di Johor dah ada tiga cawangan antaranya di Aeon Tebrau City, klik kat SINI dan Kaison Online juga memudahkan kita shopping selain kita boleh melayan diri kat cawangan yang berdekatan..lebih syiok kan.  Ehh..dah mula mencongak untuk memborong untuk tukar apa yang dah lama dengan yang baru dan tambah apa yang kurang kat dalam rumah ke tu?

Assalammualaikum, 

Bersempena tahun baru yang selalu kita menanam azam untuk kurus, nak kaya, nak bekerja dengan lebih usaha, nak kahwin dan nak buat perkara yang baik sebaik-baiknya tapi jangan lupa kalau kita berhutang tu kita bertekad untuk menyelesaikan hutang piutang kita.  Jangan pulak kita buat-buat lupa tau dan sebaiknya tak perlu tunggu dan kalau ada duit tu bayarlah sedikit demi sedikit dan pasti habis.

Sedikit perkongsian dari grup whatsapp keluarga sebagai peringatan buat diri dan buat kita semua.


1. Jangan pernah tidak mencatat hutang piutang.

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kalian melakukan hutang piutang untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kalian menuliskannya..” 
(QS Al Baqarah 282)


2. Jangan pernah berniat tidak melunasi hutang.

“Siapa saja yang berhutang, sedang ia berniat tidak melunasi hutangnya, maka ia akan bertemu Allah sebagai seorang PENCURI..” 
(HR. Ibnu Majah, hasan shohih).

“Siapa yang berhutang dan berniat tidak membayarnya, maka Allah akan membinasakannya.” 
(HR. Bukhari)


3. Punya rasa takut jika tidak bayar hutang, karena sebab tidak diampuni dan tidak masuk syurga.

“Semua dosa orang yang mati syahid diampuni KECUALI hutang.” 
(HR.Muslim)


4. Jangan merasa tenang kalo masih punya hutang.

“Barangsiapa mati dan masih berhutang satu dinar atau dirham, maka hutang tersebut akan dilunasi dengan (diambil) amal kebaikannya, karena disana (akhirat) tidak ada lagi dinar dan dirham.” 
(HR. Ibnu Majah, Shohih)





5. Jangan pernah menunda-nunda m.embayar hutang.


“Menunda-nunda (bayar hutang) bagi orang yang mampu (bayar) adalah ke-Zholiman..”
(HR. Bukhari dan Muslim)

6. Jangan pernah menunggu ditagih dulu baru membayar hutang.

“Sebaik-baik orang adalah yang paling baik dalam pembayaran hutang..” 
(HR Bukhari dan Abu Daud)


7. Jangan pernah mempersulit dan banyak alasan dalam pembayaran hutang.

“Allah ‘Azza wa jalla akan memasukkan ke dalam surga orang yang mudah ketika membeli, menjual, dan melunasi hutang..” 
(HR. Ahmad, an-Nasa’i, dan Ibnu Majah)


8. Jangan pernah meremehkan hutang walaupun sedikit.

“Ruh seorang mukmin itu tergantung kepada hutangnya hingga hutangnya dibayarkan..”
(HR. Ahmad, at-Tirmidzi)


9. Jangan pernah berbohong kepada pihak yang menghutangi.

“Sesungguhnya, apabila seseorang berhutang, maka bila berbicara ia akan dusta dan bila berjanji ia akan ingkari..” 
(HR. Bukhari dan Muslim)

Dan yang paling penting..
JANGAN PERNAH… LUPA BAYAR..!!

📝 Ustadz Abu Shalih Fauzan Abdullah ST MA
Ramai tertanya bagaimana para selebriti Asia mengekalkan wajah licin tanpa cela walaupun berdepan denga jadual kerja yang padat, berjaga lewat malam dan kurang tidur akhirnya terbongkar kerana Masker Anjeri dari Thailanda merupakan rahsia yang membuat kulit wajah mereka kelihatan berseri, halus dan lembut.



Masker Anjeri dicipta oleh pengasasnya, Thanadon Yingsiriworakun dari Rayanskin International Co Ltd, jenama masker untuk penjagaan kecantikan yang berpangkalan di Thailand ini menjadi ikutan di kalangan selebriti di Thailand dan Asia Tenggara termasuk China, dimana ia meraih tempat utama di hati para penggunanya.

Siri masker Anjeri yang bakal memasuki pasaran Malaysia adalah Anjeri Gold Facial Mask, Anjeri Silver Facial Mask, Anjeri Gold Sleeping Mask dan Anjeri Silver Sleeping Mask.

Anjeri Gold Facial Mask dan Anjeri Silver Facial Mask dihasilkan 100% dari sutera semulajadi dengan komposisi dan struktur menyamai kulit manusia.  Ia kelihatan lebih hebat berbanding masker konvensional daripada kertas dan fabrik gentian kerana sutera kurang menimbulkan iritasi, alahan dan kegatalan pada kulit.  Dengan ketebalan 0.1 mm kepingan masker Anjeri melekap pada kulit dengan sempurna dan lembut selain selesa pada kulit.

Anjeri Gold Facial Mask direka untuk menjadikan kulit matang kelihatan muda dengan kandunga sumber anti-penuaan dan pencerah daripada bahan semulajadi seperti ekstrak-ekstrak dari Centella Asiatica, akar Polygonum Cuspidatum, akar Scutellaria Baicalensis, daun Camellia Sinensis, askar Glycyrrhiza Glabra (Licorice) dan bunga Rose Rugosa.  Penggunaan masker ini akan membuatkan kulit lebih lembab, cerah dan berseri dengan penurunan kedalam kedut dan pigmentasi selepas hanya 15 minit pemakaiannya yang mengikut masa yang disarankan.

Mungkin bahan paling menarik dalam masker adalah emas 24k yang diakui mampu memperlahankan penurunan kolagen yang pada masa sama meningkatkan keanjalan dan pengaliran darah pada kulit sekali gus mengekang tanda-tanda penuaan.

Anjeri Silver Facial Mask mengembalikan semua kelembapan yang hilang bagi menghasilkan kulit yang crah, licin seperti kulit bayi.  Pengunanya bakal menyaksikan saiz pori-pori yang mengecil, kedalam kedu berkurangan, tiada lagi kulit kemeraha dan merengsa sebaliknya semakin licin, cerah dan berseri.  Ianya diperkaya dengan bahan pelembap dan pencerah yang hebat dengan kandungan seperti ekstrak-ekstrak dari  Centella Asiatica, akar Polygonum Cuspidatum, akar Scutellaria Baicalensis, daun Camellia Sinensis, akar Glycyrrhiza Glabra, daun Rosmarinus Officinalis, bunga Chamomilla Recutita, bunga Rosa Rugosa, Pentapeptide-1, Hexapeptide-1, Oligopeptide-1, Ascorbic Acid, daun Aloe Barbadensis dan Betaine.



Anjeri Gold dan Silver Facial Mask boleh didapati dalam kota 10 helai keping masker pada harga RM89.00 dan RM86.00.

Anjeri Sleeping Mask diperbaharui dengan gel unitk di samping pembungkusan berbentuk kapsul untuk sekali guna.  Direka untuk dipakai sebelum tidur, masker ini memberikan penyerapan yang mendalam dan menyeluruh bagi mendapatkan kulit yang berseri, nyaman dan sihat paa sebelah pagi.  Siri masker untuk dibawa tidur berasakakan gel ini terdiri daripada Anjeri Gold Sleeping Mask dan Anjeri Silver Sleeping Mask yang boleh didapati dalam kotak 16 kapsul pada harga RM89.00 dan RM86.00


Anjeri Gold Sleeping Mask direka untuk ratwan wajah bagi meremajakan, mencerah dan anti-penuaan.  Pengguna akan bangun tidur denga kulit wajah yang lebih cerah selain tanda-tanda kedut, pigmentasi dan cela yang semakin pudar.

Seperti Anjeri Gold Facial Mask, masker Anjeri Gold Sleeping Mask ini juga mengandungi emas 24k yang diyakini mampu memperlahankan penurunan kolagen yang pada masa yang sama meningkat  keanjalan dan pengaliran drah pada kulit untuk menghalang tanda-tanda penuaan.

Anjeri Silver Sleeping Mask mengandungi ekstrak buah Cornus Officinalis untuk kulit yang licin.  Ia mengandung bahan-bahan anti-oksidan dan anti-bakeria selain membantu membuatkan kulit tampak lembut, lembab dan berseri.


Semua produk Anjeri mengandungi kod QR unik yang membolehkan pengguna mengimbas dan memastikan produk yang mereka beli asli dari kilang.

"Kami mempunyai matlamat untuk mnjadi pendahulu dalm produk masker di Asia Tenggara.  Sejumlah bear selebriti yang menjadi penggun akmi adalah lbikti testimoni kepaa kualiti produk kami. Dengan Anjeri, kulit seakan-akan anda membuat rawatan muka setiap hari dengan hasil yang tiada bandingan.  Anda hanya perlu mencuba sekali untuk mempercayai apa yang diperkatakna tentang produk ini dan melihat sendiri mengapa ia menjad kegemaran para selebriti"
 Michelle Yuin, Ketua Pegawai Eksekutif Black Belt Idea (M) Sdn Bhd, pengedar masker Anjeri di Malaysia



"Sudah tentu satu penghormatan apabila dipilih menjadi wajah masker Anjeri di Malaysia.  Masker ini sangat mudah bagi saya mengekalkan kulit yang cantik walaupna berdepan dengan gaya hidup sangat sibuk.  Saya memperolehi seri wajay ang seumpama selepas rawatan muka tanpa berbelanja lebih atau perlu melangkah keluar dari rumah- Venice Min, Duta Anjeri Malaysia


Rangkaian lengakp topeng kecantikan Anjeri boleh didapati di www.anjeri.com.my

Facebook : https://www.facebook.com/anjerimalaysia/

IG : @anjerimalaysia_official

#AnjeriMalaysia

Mereka yang berminat untuk menjadi agen boleh email kepada hello@anjeri.com.my atau hubungi 03-2770 8466


Journey

Interesting News