5 Perkara Penting Dalam Misi Mencari 5 Kipas Siling Buat Rumahku Syurgaku

Tuesday, January 29, 2019 7 Comments A+ a-

5 Perkara Penting Dalam Misi Mencari 5 Kipas Siling Buat Rumahku Syurgaku | Huihh 5 kipas ek? ye la untuk setiap bilik dan kipas di ruang tamu yang perlu ditukar. Jenuh nak convince DH yang kami patut pasang kipas siling kat setiap bilik untuk penjimatan dan bukan alat penghawa dingin huh tapi kali ni memang Umi dah nekad dan nak pasang kipas siling kat semua bilik supaya lebih banyak ruang dari menggunakan kipas lantai.  Cuba bayangkan yang DH ni punya alasan bimbang tangan anak terkena kipas siling sebab anak-anak dia semua tinggi belaka..hahaha.  Jadi buat masa ni sesambil tu UF pun buat la survey tentang kipas ni dan nanti bila tabung dah cukup boleh la beli dua atau 3 unit dulu.

Banyak faktor yang patut difikir sebelum membeli kipas ni tapi yang pasti setiap kipas tu pasti ada mengikut kesesuaian dan keluasan bilik.  Ahh pening nak fikir tapi kalau rumah bukan besar mana dan rumah sekadar flat kos sederhana pastinya bila cuma sekadar berkeluasan standard yang cuma memerlukan kipas yang biasa dan bukan luarbiasa kan.  Syukur dah aa rumah untuk berteduh.  Rumah besar besar pun besar pinjaman bank kan. Sumber rujuk

Antara aspek yang paling utama antaranya adalah
  • Harga - bak kata orang ukur baju di badan sendiri atau tengok poket dulu sebelum membeli hehe
  • Tapak kipas- tak boleh yang panjang sebab siling rumah tak tinggi dan takut jadi insiden sebab penduduk dalam rumah ni tinggi-tinggi belaka 
  • Penggunaan kuasa - sekarang ni banyak barangan elektrik yang dijual dipamerkan kadar penggunaan kuasa untuk penjimatan.  Lagi rendah tenaga (watt) yang digunakan, lagi bagus pilihan kipas tu
  • pengaliran udara - harus diambil kira penggunaan unit iaitu CFM (cubic feet per minute) dan berdasarkan keluasan ruang kipas yang mana sesuai mengikut keluasan bilik atau ruang kita tu, tapi pastikan kipas yang dipilih menghasilkan jumlah aliran udara yang banyak dengan penggunaan tenaga yang sedikit. Ada yang menyarankan 200CFM/Watt dan keatas.
  • senang dicuci - mungkin bilah kipas yang licin kot, ni nak kena tanya salesman untuk syorkan.

Dalam dok survey tu Umi baca banyak input antaranya rekaan kipas juga mempengaruhi tahap sesebuah kipas.  Pastikan memilih kipas dengan bentuk yang biasa dan punya empat bilah.  Jangan pilih kipas yang terlalu moden dan unik bentuknya kerana mungkin hanya untuk perhiasan dan bukan untuk keperluan sebenar kita.

Akhirnya ada 4 jenama yang menarik perhatian


KDK Ceiling Fan K14X2 



Harga : RM248.  
frameless blade design, 3 speed control, sleep model and OFF timer, 3-6 hours sleep mode and 1-6 OFF timer, Enchanced with cut-off safty device and blade safety plate


Panasonic 56in 4 Blade ceiling Fan PSN-FM14C5DG

Harga : RM288 
Bayu ceiling Fan (56"), 4 blade design, enchanced safety featurs. 3 preset speed selection, 1,3,6 hours off timer, 3,6 hours sleep timer



Faber FDF Lagenda WH Designer ceiling fan (white) FBR-FBR\F565WH


Harga : RM240 
4 speeds selection, 85w powerful motor, 5star energy save sirim test, 56" diameter blaces, cooling reverse vntilation (suitale for Air cond Room) strong win guaranteed, 300 rpm & up to 9182 cfm, 5 blades design, silent and quite breeze, 1,3 and 6 hours timer control


DEKA Kronos F5P 5 blade ceiling fan with remote control
Harga : RM186
56" diameter, remote control, 3 yrs door to door warranty by DEKA Malaysia,  high power motor, extra 20% air flow

Harga yang Umi nyatakan tu dari website yang tertera, kalau ada perubahan, boleh jengah terus kat laman sesawang tu dan sebenarnya Umi dah pun jengah kat kedai elektrik berhampiran juga dan harganya ada pelbagai mengikut jenama dan model. Sekarang ni kena tunggu kumpul duit dulu la kan.

Harap perkongsian ni memberi sedikit sebanyak sebagai perbandingan apa yang perlu bila nak membeli kipas siling.  Tapi terpulang pada sesiapa yang nak beli sebab tepuk poket tanya selera, ikut bajet dan berapa yang kita mampu.

Ada sesiapa nak syorkan jenama lain? 

7 Comments

Write Comments
29 January 2019 at 01:49 delete

dari senarai tu suka yang gambar kedua. nampak kemas.. tak pernah terlibat dalam process pemilihan semua2 ni. tahu2 dah ade kat rumah..

Reply
avatar
iam. fuzy
AUTHOR
29 January 2019 at 07:04 delete

yg sedia ada kat rumah ni jenis mcm no 2 juga tapi rasa nak tukar. Memang tak pernah kisah pun dulu sebab dok sibuk dengan kerja tapi sekarang ni tetiba rasa nak survey sebab tak nak guna aircond spt yg en suami inginkan..hehe

Reply
avatar
Cik Ash
AUTHOR
29 January 2019 at 07:36 delete

Cik Ash bab kipas memang tak taw kalau jenama la selalu abg cik ash yg kerja bab charmen dia beli kipas yang berjenma KDK,panasonic,toshiba

Reply
avatar
mamapp
AUTHOR
29 January 2019 at 08:21 delete

good tips kak.. sekarng ni semua kena cari yg jimat tenaga

Reply
avatar
Mrs. A
AUTHOR
29 January 2019 at 09:09 delete

Mrs. A suka jenama KDK tu walaupun old fashion tapi servis dia bagus hehehee...
Dalam byak jenama yang Mrs. A pernah guna KDK bagus.
Ialah guna kipas banyak jimat dari guna air-cond.

Reply
avatar
sheayang
AUTHOR
30 January 2019 at 12:36 delete

Kat rumah pakai kipas bilah 5. Memang sejuk, tak payah pasang aircond pun takpe.
Tapi lupa plak brand apa. Hihihi.
Selamat memilih. I follow u! ;)

Reply
avatar
30 January 2019 at 13:30 delete

Nice sharing. .sangat berguna untuk yang sedang tercari kipas siling..

Reply
avatar

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!