Wednesday, January 9, 2019

Kenali dan Ketahui Cara Mencegah Batu Karang

Kenali dan Ketahui Cara Mencegah Batu Karang | Hypercalciuria adalah salah satu punca yang lain menyebabkan penghasilan batu karang. Hypercalciuria bermaksud seseorang itu mempunyai kandungan kalsium yang banyak dalam air kencing.  Ia boleh disebabkan beberapa perkara seperti pengambilan kalsium yang banyak daripada pengambilan supplement kalsium yang berlebihan, penyerapan kalsium yang banyak daripada tulang ke dalam darah(sebagai contoh dalam penyakit hyperparathyroidism) dan beberapa masalah lagi


1. Kurang pengambilan air
Kurang pengambilan air merupakan salah satu penyebab terhasilnya batu karang. Jika seseorang itu kurang minum air, ia akan menyebabkan kurangnya penghasilan air kencing.

Perkara ini akan menyebabkan kepekatan air kencing meningkat. Air kencing akan penuh dengan kompaun yang boleh membentuk batu karang seperti kalsium, oxalate dan juga asid urik


2. Pengambilan garam yang tinggi
Garam dapur yang mengandungi kandungan natrium yang tinggi boleh menyebabkan pembentukkan batu karang. Ini disebabkan natrium akan menyebabkan kalsium disingkirkan lebih banyak ke dalam air kencing dan menyenangkan pembentukan batu karang.


3. Pengambilan Vitamin C secara berlebihan
Apabila Vitamin C masuk ke dalam badan, ia juga akan diuraikan. Produk terakhir Vitamin C adalah kompaun oxalate yang akan disingkirkan melalui air kencing. Kandungan oxalate yang tinggi dalam air kencing boleh menyebabkan terbentuknya batu karang


4. Makanan yang tinggi dengan lemak omega 6
Makanan yang tinggi kandungan omega 6 seperti lemak haiwan dan beberapa jenis minyak sayuran boleh menyebabkan terbentuknya batu karang. Ini kerana kajian menunjukkan lemak jenis ini boleh meningkatkan penyingkiran oxalate ke dalam air kencing dan mengurangkan penyingkiran citrate ke dalam air kencing.


5. Penyakit metabolik yang menyebabkan kalsium tinggi dalam badan


***Nota ringkas penyebab batu karang


  • Unsur kalsium yang banyak dalam air kencing menyebabkan batu karang


  • Kompaun Oxalate yang banyak dalam air kencing menyebabkan batu karang


  • Kompaun citrate yang banyak dalam air kencing mengurangkan pembentukan batu karang

6 comments:

  1. dulumcm takpercaya ada penyakit batu karang... bila tgk ada yang tunjuk batu tu br percaya..

    ReplyDelete
  2. Minum air ikut keperluan. .Terima kasih kak perkongsian.

    ReplyDelete
  3. bagu info ni. ramai juga pesakit batu karang yg mama jumpa

    ReplyDelete
  4. info yang berguna! terima kasih atas perkongsian!

    ReplyDelete
  5. great information!
    Would you like to follow each other? If the answer is yes, please follow me on my blog & I'll follow you back.

    http://www.okcheori.com

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!

Destinations