Resepi : Tuna Pie with Potato Topping Yang Mudah Dan Lazat

Hari Khamis sudah tengok Chef Anis memasak dengan Izzue Islam, fuhh kemain sedap tapi tak sempat nak salin resepi jadi, saya pun cuba la buat ikut apa yang terfikir dek akal

Resepi : Tuna Pie with Potato Topping Yang Mudah Dan Lazat
Bahan-bahan
3 sudu minyak kelapa Ayam Brand
4 biji kentang
2 tin tuna dalam air, toskan dan dicarik
1 biji bawang Holland, dihiris dadu
4 biji cendawan butang, dihiris kasar (kalau nak lebih pun boleh)
½ biji cili benggala warna kuning, dihiris dadu
½ biji cili benggala warna merah, dihiris dadu
45ml susu segar
3 ulas bawang putih dipotong dadu
¼ sudu lada hitam, ditumbuk kasar
¼ sudu paprika
½ cawan cooking cream
¼ cawan keju Cheddar, diparut
3 batang English parsley
sedikit perahan lemon
sedikit garam secukup rasa


Nota : minyak boleh ditukar dengan mentega

Cara membuatnya :
  • Panaskan ketuhar 180⁰ C
  • Rebus ubi kentang, toskan dan dilenyek kasar
  • Panaskan minyak di dalam kuali (atau pan) dan masukkan bawang putih, dimasak hingga kekuningan dan masukkan bawang kuning. Kacau dan kemudian masukkan cendawan.  Bila cendawan agak lembut, masukkan daun parsli, cili benggala dan bawang Holland kacau hingga masak. Masak dengan api sederhana.  
  • Masukkan isi tuna, dikacau hingga sebati dan masukkan lada hitam dan paprika, kacau hingga isi tuna masak. Masukkan susu, kacau dan biarkan mengelegak dan masukkan cooking cream (kalau tak nak letak cooking cream pun tak pe) kacau hingga jadi agak pekat. Masukkan keju cheddar dan garam, dikacau hingga sebati.
  • Kemudian masukkan ke dalam loyang dan taburkan keju Cheddar, ratakan (kalau tak letak pun ok) dan kemudian letakkan kentang yang dilenyek menutupi adunan di bahagian atas.
  • Bakar di dalam ketuhar selama 35 ke 45 minit dan bila nampak kentang sudah kekuningan, boleh dikeluarkan dari ketuhar untuk dihidangkan

Resepi : Tuna Pie with Potato Topping Yang Mudah Dan Lazat

Kalau tak sabar nak makan, ambil sudu dan scoop out dan makan je macam kat gambar kat bawah ni.

Resepi : Tuna Pie with Potato Topping Yang Mudah Dan Lazat

Selamat mencuba!

8 comments:

  1. Ya Allah nampak sedap sangat tu pai tuna.. 😍 Suka sesuatu yang ada tuna ni.. Tak kirala pizza ke sushi haha

    ReplyDelete
  2. macam Shepards' pie sikit kan.. cheq sukaaa je semua benda yang ada kentang. nyuummmss sangat =D

    ReplyDelete
  3. Wah..macam menarik jra resipi nie sebab tuna dan kentang adalah favourite saya..

    ReplyDelete
  4. yummy thanks kak fuzy share resepi nanati miza nak try

    ReplyDelete
  5. Yummy, yummy! Nampak sgt delicious. :D

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!

Interesting News