Tuesday, 26 February 2019

Tuesday, February 26, 2019 5

Jalan-Jalan Kuantan, Jom Pekena Tempoyak Ikan Patin Di Kancil Raja Patin Kuantan

Jalan-Jalan Kuantan, Jom Pekena Tempoyak Ikan Patin Di Kancill Ikan Patin Kuantan | KY dok bertagak-tagak nak balik ke tak balik pada cuti Tahun Baru Cina yang lepas tu. Dia dok mesej pada DH kata nak balik hari Jumaat tapi bila DH balik dari solat Jumaat, tak jadi pulak..haishh anak oh anak. 

Tiba waktu tengah malam DH dok risau sampai tak boleh nak lelap sebab KY tinggal sorang kat rumah sewa sebab roommate dia semua balik kampung, jadi sebelum subuh DH dah kalut nak pergi jemput KY dan takkan la nak biar DH pergi seseorang kan, jadi kami Umi dan cikapplepie pun ikut sama. Risau jugak nak ke arah Pantai Timur ni bila waktu cuti pastinya sesak dengan orang ramai nak balik kampung tapi kata DH dia dah suruh KY turun ke Kuantan tanpa kami perlu ke Pekan.

Dalam perjalanan tu sambil bermesej dengan KY dan dia akan naik bas jam 8.30 seperti dalam jadual tapi dalam jam 10.30 baru dia dapat naik..mungkin sebab cuti am jadi bas tu tukar jadual kot..uhh.  

Jam 12.30 KY sampai dan masa dalam perjalanan dari KL tu DH dah cakap nak berhenti makan patin tempoyak di Teratak Patin Bangau yang dikatakan adik beradik dengan Kancil Raja Patin.  Kedai nya agak ke dalam dan bila kami sampai kedai tu tak beroperasi...cuti raya cina kot, jadi kami pun ke tempat yang biasa la kami makan.

Jalan-Jalan Kuantan, Jom Pekena Tempoyak Ikan Patin Di Kancil Raja Patin Kuantan 
Yang ni untuk Umi, KY dan cikapplepie la..Umi tak berapa minat sangat tapi suka rasa kuah tempoyak tu. KY dan cikapplepie memang tak boleh tak makan ayam goreng kan

aJalan-Jalan Kuantan, Jom Pekena Tempoyak Ikan Patin Di Kancil Raja Patin Kuantan 
Bahagian kepala memang kepunyaan DH seorang je dan kalau makan tempoyak memang sedap makan dengan sayur taugeh

Jalan-Jalan Kuantan, Jom Pekena Tempoyak Ikan Patin Di Kancil Raja Patin Kuantan 
Papan tanda ni cukup besar untuk orang ramai yang datang buat pertama kali ke sini dan lagipun kedai ni memang kat tepi jalan.
Jalan-Jalan Kuantan, Jom Pekena Tempoyak Ikan Patin Di Kancil Raja Patin Kuantan 
Ni la yang dipanggil kelong tempat ikan patin dibela.  Sekarang ni memang tak de ikan patin sungai yang ditangkap dan dimasak sebab tu ikan patin ni kita akan rasa semacam sikit sebab ikan-ikan ini diberi makan. Sesiapa yang sangat pandai merasa elakkan memakan ikan bahagian kepala dan perut sebab memang rasa sesangat..Umi la tu.

Jalan-Jalan Kuantan, Jom Pekena Tempoyak Ikan Patin Di Kancil Raja Patin Kuantan 
Waktu nak balik tu nampak papan tanda Pasar Lambak di UTC Pahang yang pastinya ramai warga Kuantan ramai turun sini kot.  Mungkin kalau ada peluang nak juga singgah ke sini kalau kami ke sini nanti...tu pun kalau DH nak..kalau tidak, faham-faham jer la
Jalan-Jalan Kuantan, Jom Pekena Tempoyak Ikan Patin Di Kancil Raja Patin Kuantan 
Selepas makan tu kami sempat la bungkus dua ikan patin untuk KC dan Meya yang tak ikut.  Nampak tak kuahnya yang pekat dan semakin pekat sebab lemak ikan patin dah mesra dengan kuah..hehe

Alamat : 
Kampung Bangau Tanjung, 28000 Temerloh, Pahang

Facebook : Kancil Raja Patin

Instagram @kancilrajapatin

Whatsapp : 012 951 1470 / 0139068259 / 0145088803

Sunday, 24 February 2019

Sunday, February 24, 2019 2

KidZania Kids Will Get To Learn Cashless With Touch 'N Go KidZania EWallet

KidZania Kuala Lumpur  have recently signed up partnership with TNG Digital Sdn Bhd  in line with the  nations's migration to electronic payments thus to educate our kids about cashless economy thru Touch n; Go KidZania eWallet.

KidZania Kids Will Get To Learn Cashless With Touch 'N Go KidZania EWallet

The partnership will spearhead the adoption of cashless mobile payment with the Toucn n' Go KidZania eWallet app to be applied as part of the payment system at KidZania Kuala Lumpur.  The app is the first of its kind among the KidZania franchise where its accepts kidzos, the KidZania currency, as part of its transaction and to be accessed in the award-winning edutainment centre. This app will let the kids to check their kidzos balances online, and teach them to start thinking about saving, and becoming more financial-savvy.


KidZania Kids Will Get To Learn Cashless With Touch 'N Go KidZania EWallet
“The partnership with TNG Digital Sdn. Bhd. is yet another initiative to further reinforce KidZania’s Learn Life Today motto, where we apply the unique approach of inculcating life skills among children through role play. With the Touch ‘n Go KidZania eWallet applied in KidZania Kuala Lumpur, kids will learn about financial literacy through spending their hard-earned kidzos via the mobile application or just by tapping at contactless payment terminals in the establishments in our City,” said Shahrul Nizar Ahmad, General Manager of KidZania Kuala Lumpur.
“We want to cultivate cashless behaviours from an early age. This partnership gives us the opportunity to educate and nurture habits that will advocate for a cashless society" said Syahrunizam Samsudin, Chief Executive Officer of TNG Digital Sdn. Bhd.
KidZania will provide a smartphone for the kids to use while they are in KidZania or they can download the app on their own smartphone. There will be unique login for them for which they can use again in their next visit. Guess my readers are as excited as I am, so stay tune!

The Touch n'Go KidZania eWallet app will be available for free on Google's Play Store and Apple's App Store which work much alike the regular Touch n' Go app with almost the same features in reward and reload of eWallets. 

KidZania Kuala Lumpur offers over 100 professions related role playing activities spread across 60 various establishments in KidZania Kuala Lumpur that encourage children to adopt positive behaviours that will help to groom them to handle the demands and challenges of everyday life.


Website  |  Facebook  |  Instagram  |  Youtube

Careline : 1 300 13 KIDZ (5439)
Operating hour : 0900 - 1800 (Monday to Saturday)


#KidZaniaKualaLumpur, #KidZania, #Children, #ThemePark, #Edutainment #Amusement #Themepark

Friday, 22 February 2019

Friday, February 22, 2019 4

Perkongsian 3 Perkara Untuk Renungan Dan Peringatan Buat Kita

Assalammualaikum, salam Jumaat





1. TAUHID lawannya SYIRIK

~ Untuk kenal Tauhid kita kena tahu tentang Syirik:
~bukan maksud tahu itu kita kena buat syirik, tapi maksudnya kena kenali apakah perkara-perkara yang menyebabkan seseorang syirik kepada Allah swt. 
~kerana tidak faham perkara inilah banyak di kalangan orang Islam yang belajar Tauhid tapi tidak kenal Syirik.
~Akibat nya mereka kata mereka berTauhid tapi dalam masa yang sama dia buat syirik. 
~Contohnya, dia solat cukup lima waktu, jaga betul dia bab solat tapi dalam masa yang sama dia pergi jumpa bomoh, dukun, pawang, tukang tenunung.
Dia kata dia jumpa bomoh patah tulang saja sebab tiada seru jin. 
~Sebab tidak tahu bahawa perkara di luar lingkungan asbab hanyalah milik mutlak Allah swt sahaja [menyambung kembali tulang yang patah di dalam tubuh dengan kuasa minyak jampi yang dibacakan mentera yang sebenarnya ada penyeruan terhadap jin], maka dia anggap itu perkara yang tidak syirik. 

~ Al Quran mengandungi 80% hal Tauhid, 20% sahaja hal² lain. 
~Nak faham Tauhid kena belajar tafsir Quran. 
~Jika tak belajar maka tidak akan faham Tauhid dan syirik.

~perkara Tauhidlah yang paling akan diganggu oleh syaitan. 
~kerana apabila Tauhid rosak sedikit sahaja, semua amalan jadi kosong. 

~umpama belon yang penuh udara , kerana tusukan hujung jarum yang halus sahaja belon itu terus pecah. 
~maknanya buat satu syirik sahaja seluruh amalan ibadah kita akan hancur. 

~syirik adalah hal dalaman yaitu perkara dalam hati dan perasaan. Tidak nampak dari luar jadi susah nak kesan. 
~hanya satu cara saja nak kesannya yaitu dengan belajar wahyu Allah. Tiada cara lain.


2. RISALAH KENABIAN - SUNNAH vs BIDAAH

~ Kena tahu apakah amalan perbuatan nabi yang disebut sebagai SUNNAH.
~Yaitu perkara yang nabi saw dan para sahabat radhiallahuanhuma buat dan amalkan. 

~Apabila buat amalan yang bukan dibuat oleh nabi saw dan para sahabat baginda maka itulah yang disebut BIDAAH.

~Jadi SUNNAH lawannya BIDAAH
~Untuk buat amal soleh kena ittiba'- yakni ikut kepada nabi yaitu mengikuti sunnah, jika tidak ittiba' maka itu hanya amalan tapi tidak soleh dan itulah namanya bidaah. 
~Hanya amal soleh [amalan yang menuruti sunnah] yang Allah swt terima di sisi Nya. 

~Perihal Risalah - ibadah - banyak disebut dalam Hadith.
~jadi kena belajar hadith selain belajar Quran. 
~Akibat tidak belajar hadithlah maka tidak tahu apa amalan yang sunnah. 
~Bila tak tahu yang sunnah maka mereka buat amalan bidaah dan mereka anggap itu sunnah dan baik.
~Akibatnya amal ibadah mereka sia-sia sahaja. Penat beramal tapi tidak dikira di sisi Allah swt.


3. AKHIRAT lawannya DUNIA

~ Allah nak kita buat persiapan untuk jumpa Dia. Dan Allah hanya berjumpa dengan hambaNya dalam syurga. Iaitu kita dapat berjumpa dengan Allah dalam keadaan Allah redha kepada kita. 
~Kita belajar ayat-ayat Dakwa tentang Akhirat kerana kita kena yakin bahawa ada satu alam selepas mati. Itulah alam yang akan kekal.
– Ayat-ayat tentang Akhirat lebih banyak dari ayat-ayat tentang Risalah/ibadah.
~1/4 dari Quran menceritakan tentang Akhirat. Dan kebanyakan ayat tentang Akhirat ini duduknya di hujung Quran.

~Apabila roh sudah ditarik, dan sudah mulai dipertontonkan apa yang hamba itu akan dapati dari nasibnya – baik atau buruk, itu sudah dikira sebagai permulaan akhirat dah. 
~Itulah permulaannya, sampai kepada abadi yang tiada hujung.

~Apa yang dialami oleh mereka yang hampir itu dinamakan ‘nazak’. 
~Saat itu, taubat dah tidak bernilai lagi dan amalan tidak dikira lagi. Padahal roh masih ada dalam tubuhnya 
~Oleh itu, semua amal kebaikan kena buat sebelum itu. Banyakkan amalan selama mana nyawa tak sampai ke halqum.

~Lawannya adalah dunia. 
~Kerana bahayanya dunia kepada manusia, Allah huraikan juga tentang dunia dalam Quran. 
~Allah Maha tahu tentang dunia lebih dari kita, jadi Dia beritahu kepada kita supaya kita tahu hakikat sebenar dunia itu. 
~Supaya kita berwaspada dan dapat elak tipudaya dunia.

Semoga dapat menambah ilmu sedikit sebanyak. 
Wallahu a'lam. Selebihnya mohon maaf.

Baarakallahufeekum

Tuesday, 19 February 2019

Tuesday, February 19, 2019 10

Sudah Nak Tidur? Jom Cuba Tips Mudah Supaya Mudah Tidur

Sudah Nak Tidur? Jom Cuba Tips Mudah Supaya Mudah Tidur | Kalau kita kurang tidur atau tak cukup tidur memang akan menggangu terutama fizikal and kesihatan mental kita malah kurang tidur akan menyebabkan sakit kepala, kesukaran untuk fokus dalam pekerjaaan, kurang bertenaga dan mata panda..hehe



Umum tahu yang setiap orang perlukan lapan jam waktu tidur untuk sihat walau ada yang tidur  enam jam atau kurang tetap kelihatan sihat, tapi itu bergantung kepada individu.

Cuma nak berkongsi tips mudah supaya mudah tidur yang mungkin ramai dah tahu tapi saja nak kongsi untuk kegunaan sendiri selepas dan Umi pun dah mencuba hampir kesemua tips yang Umi jumpa ni.  Selamat mencuba!


Susu Coklat
Minuman terbaik untuk dinikmati setiap hari adalah susu coklat.  Susu panas yang dicampur dengan sirap coklat akan mengisi perut dan menenangkan saraf


Teh Pudina
Teh pudina panas dengan sedikit perahan jus lemon akan membantu anda tidur seperti bayi.  Minum minuman ini satu jam sebelum tidur.


Teh Chamomile
Teh jenis Chamomile tanpa gula adalah minuman yang tepat untuk dinikmati satu jam sebelum tidur.  Teh ini membantu untuk menenangkan saraf dan mengurangkan tekanan


Koko
Seperti kita tahu, koko adalah minuman kegemaran sepanjang masa bagi kebanyakan orang.  Minum coklat panasa jika anda mengalam insomnia


Susu Panas
Minum secawan susu panas dan tambah satu sudu penuh madu untuk satu gelas susu panas dipercayai dapat membantu tidur dan merehatkan tubuh sebelum melelapkan mata.  Selain itu, ia dikatakan membantu seseorang untuk rasa segar kembar keesokkan harinya.


Susu Kacang Badam
Dengan wujudnya vitaman E dalam susu, ia baik untuk mendapatkan tidur yang cukup.  Susu badam ni Umi buat sendiri dengan mengisar buah badam dan ditapis, masukkan sedikit madu dan minu.  Memang sedap.


Teh Halia
Teh halia panas baik untuk pencernaan.  Halia juga membantu menjaga perut yang baik selain memberikan rehat malam yang sempurna.


Saturday, 16 February 2019

Saturday, February 16, 2019 18

Apa Pengalaman Menarik Kami Di Sungai Besar ?

Memang sunyi minggu ni bila ketiga-tiga puteri balik ke lokasi masing-masing, hari Sabtu KC Iman dah selamat sampai ke Jitra dengan menaiki ETS jam 11.20 pagi sementara KY Amanda pulak menaiki bas di TBS ke Pekan. Alhamdulillah kedua-dua anak gadis dah selamat sampai dan hari Ahad pula Umi dan DH serta cikapplepie pergi menghantar KM ke Sabak Bernam dan nanti kalau dia dah boleh balik sendiri ke sana, mungkin kami tak perlu nak hantar, bukan apa supaya dia lebih berdikari..sampai bila kami nak hantar kan..hehe

pemandangan indah di PSIS, mesti bekas student atau student kat sini mesti kenal la kat mana lokasi ni kan
 Alhamdulillah cuaca elok dan tiada kesesakan jalanraya jadi perjalanan pun berjalan lancar cuma agak jenuh sebab lupa nak beli mineral sebelum bertolak jadi agak jenuh nak mencari kat pekan Sg Besar sebab masih banyak kedai yang tutup sebab CNY kan. Malah sewaktu jengah ke Bagan Nakhoda Omar (BNO) kekonon nak beli ikan tapi tak de nampak nelayan dengan jualan..masih bercuti la tu kot

Singgah makan tengah hari di pekan Sabak Bernam kemudian hantar KM balik ke kolej, DH ikut jalan kampung yang bukan jalan kebiasaan, yelah nak la tukar jalan pulak supaya tak jemu. Jemu? hehe Umi ni penumpang jer bukan tukang pegang stereng kan.  Seronok jadi penumpang ni sambil tengok jalan, tengok pemandangan dan rumah-rumah kampung berselang seli dengan kebun kelapa sawit..nyaman...tenang jer.

Kami singgah di surau ni kekonon untuk solat, tapi Umi dan DH cuma singgah ke bilik air jer sebab surau tu dikunci.  Seperti biasa DH sibuk mengambil gambar sebab surau ni agak unik seakan rumah lama. Sedang DH ambil gambar, hadir seorang lelaki yang rasanya ditugaskan membersihkan kawasan masjid, menegur DH.  Umi dan cikapplepie dah masuk kereta sebab panaih sungguh.

Terletak 8 kilometer dari pekan Sungai Besar, Masjid ini yang dibina pada 1905 menampilkan keunikan dari segi senibinanya dan pembuatannya daripada kayu menyerlahkan keistimewaannya.

Image may contain: sky, cloud, tree and outdoor
Masjid Muhammadiah Panchang Bedena, Sungai Besar
gambar sumber https://bit.ly/2ImgIch

Masjid Muhammadiah Panchang Bedena, Sg Besar, Selangor juga dikenali sebagai 'masjid jin'. Beralih tempat, terdengar suara berzikir, bunyi tapak kaki berjalan dan seperti diperhatikan antara pengalaman dilalui jemaah masjid lama di Kampung Panchang Bedena, dekat sini.
Masjid yang diberi gelaran penduduk setempat dengan nama ‘Masjid Jin’ itu dan mempunyai pelbagai kisah misteri sejak dibuka pada 1905 terletak lapan kilometer dari Pekan Sungai Besar.
Sumber: Penduduk tempatan/Harian Metro

Sepanjang perjalanan tu memang banyak la kedai makan dan DH dah janji nak singgah makan cendol gula melaka, memang dengan cuaca panas ni memang terliur  dan berbayang kesedapan Cendol dan ABC dan kami singgah ke kedai makan King Cendol

ABC - Ais Batu Campur
 Teruja? yeah memang teruja sebab dah lama tak makan, okey walau kurang susu tapi mengharap ianya sedap dan menepati citarasa dan menyejukkan tekak dalam cucaca panaih lit lit tu

ABC - Ais Batu Campur

Jenuh Umi dok korek nak cari kacang dan akhirnya Umi akur memang tak de kacang.  Mungkin bagi sesetengah orang apa la sangat tanpa kacang waima kacang tanah sekali pun tapi bagi peminat ABC tanpa kacang tu bukan ABC la sebab kacang tu membuatkan ABC menjadi sedap dan berlemak.. 

Apa pun selera kita tak sama, mungkin ok pada orang lain tapi tak ok pada selera Umi. Lain kali boleh cuba di kedai yang lain yang masih berderet disepanjang jalan pergi dan balik.

Cendol VIP 
DH pilih Cendol VIP tanpa pulut.  Rasa cendol yang biasa-biasa saja pada Umi sebab cendol yang Umi biasa makan kat Wangsa Maju lebih sedap walau tanpa laici, lagipun sagu tu macam dah lama atau dimasak terlalu lama sampai terlampau lembut dan tak kental.

pelbagai jenis cendol tu

kedudukan kedai ni memang kat jalan besar
Dah banyak kali ke Sg Besar pergi dan balik tapi masih tak ada kesempatan untuk makan mee udang banjir lagi sebab ianya dibuka dari jam 2 petang dan kami tak nak sesak dalam kesesakan jalan raya.  Jadi makan mee udang tu ditunda ke masa akan datang.

Okay Sungai Besar! kita jumpa lagi nanti. InsyaAllah

Friday, 15 February 2019

Friday, February 15, 2019 6

Doodle Planner 2019 Giveaway

jom join giveaway yang sangat menarik ni...Seriously memang harap dapat menang planner ni dan sememangnya Umi sangat memerlukannya hehe. Bukan tak boleh beli tapi sejak mengenali dunia blogging in real, rasa teruja bila boleh dapat secara percuma dan bila join giveaway ni kita akan mengenali lebih ramai sahabat, tua dan muda...tapi lebih ramai muda la dan pastinya dari different background.

Nak tahu lebih lanjut klik kat gambar bawah ni.  Cepat! tarikh tutup giveway ni paa 28 Februari 2019


http://www.astraveller.com/2019/02/doodle-planner-2019-giveaway.html






Yang pastinya kalau dapat planner doodle ni, memang akan digunakan supaya Umi nampak lebih muda...hahahaa..#jangankecam


Friday, February 15, 2019 8

Rezeki Tahun 2019 Dan 5 Sebab Kenapa Umi Kembali Bekerja

Rezeki Tahun 2019 Dan 5 Sebab Kenapa Umi Kembali Bekerja | Alhamdulillah, 11 Februari 2019, tarikh yang cukup indah untuk UF kenang dan hari ni cukup seminggu UF balik bekerja selepas hampir setahun menternak lemak dan menjadi surirumah sepenuh masa disamping menjadi kawan borak untuk mak.  Syukur kerana di usia masuk 5 series ni masih laku dan masih diberikan peluang untuk mencari rezeki buat keluarga.  Mesti ada yang bertanya "eh bila nak pencen?" hehe Mungkin 5 tahun lagi kalau ikut perancangan supaya syarikat yang sudi menggajikan UF ni berjaya..tapi ramai yang cakap kalau dah dalam aliran pelancongan ni tak ada istilah pencen..hehe. Pada orang lain mungkin, tapi pada UF tidak kot..nak rehat, nak jaga cucu..hehe. InsyaAllah.  Kita dah diberikan amanah, jadi tanggungjawab kita untuk memberikan yang terbaik kan!

masih bersih lagi meja sebab UF dengan Developer tengah test run platform

Kenapa UF balik bekerja sedangkan UF boleh jadi blogger sepenuh masa?
Pertama, anak-anak UF ada tiga orang yang sedang melanjutkan pelajaran di IPTA dan mereka tak mengambil sebarang pinjaman pelajaran, jadi duit poket minggun serta rumah sewa adalah ditanggung oleh PA & MA. Ketiga-tiga mereka dapat hostel tapi cuma KY yang duduk rumah sewa sebab penginapan yang pihak uni sediakan agak jauh untuk dia berulang alik jadi nak atau tidak kena la cari rumah sewa yang berdekatan.

antara ruangan bekerja sebelum sampai ke bilik UF la

Kedua..UF mencuba nasib berdasarkan pengalaman yang tak seberapa dan kalau dapat pastinya dapat membantu DH kan dan boleh la UF selesaikan hutang kad kredit dan beberapa isu yang berkaitan dengan syarikat lama. 


ruangan santai yang boleh digunakan sesambil buat kerja dan pantry yang berkonsepkan terbuka

Ketiga..UF tak mampu menjadi blogger sepenuh masa sebab pendapatan yang tidak menentu dan rasanya banyak persaingan dengan yang lebih muda..hehe bukan sebab tu juga sebenarnya tapi apa yang UF nampak ada yang lebih negatif pada sesetengah mereka dan sikap suka menikam dalam baik. Apa pun biarlah rahsia ni UF simpan seorang diri dan kenal pasti mana kaca dan mana permata. Mungkin UF belum cukup ilmu dalam bidang penulisan dan menonjolkan diri serta belum cukup bijak meng'influence' orang sekeliling.  Belum opportunist hebat lagi!

deretan pokok menghiasi sebagai penghadang ruangan kerja dengan pintu masuk

Keempat..Alhamdulillah UF berjaya buktikan usia bukan penghalang untuk kita mendapat pekerjaaan seperti mana yang kita hendak, yang penting kita kena pastikan kita sihat dan cergas serta gunakan kepandaian serta kebolehan dan pengalaman yang kita ada.

Coffee Machine yang setiap pagi menyediakan kopi yang dikisar yang buat Ayong Azmer teruja sebab dia target nak beli mesin ni

Kelima..tahun 2018 bukanlah tahun yang cukup baik sebab banyak perkara yang berlaku dan tahun itu juga abah menemui Penciptanya dan meninggalkan mak dan kami adik beradik dan UF cuba ada untuk mak, jadi teman berborak, jadi teman makan dan bantu apa yang perlu supaya mak tak rasa kesunyian.  Bohong la kalau kata mak dah ok, tidak sepenuhnya tapi yang pasti dia dah boleh terima kenyataan

laluan untuk ke ruangan kerja UF yang mana UF akan duduk menelaah kerja sambil berbincang dengan Developer
Berbalik pada kerjaya UF ni sekarang, ada la lebih kurang macam kerja dulu, masih dalam industri yang sama iaitu pelancongan tapi pasaran yang lebih "niche".  UF diberi tanggungjawab untuk menguruskan pengembangan perniagaan ala kalau dalam bahasa Inggerisnya Business Development.  Kenapa UF beralih tugasan? sebab tugasan ni lebih mencabar tapi masih lagi ada persamaan iaitu UF perlu berjumpa orang berbincang pasal usahasama dan seterusnya mengikat perjanjian kerjasama dengan syarikat dan gaji yang ditawarkan sangat menarik walau sahabat dari bidang yang sama tak berani nak gajikan UF sebab tak mampu kata mereka...ehh negotiable and flexible kita tau..hahaha
UF dapat tahu ramai jugak yang datang untuk temuduga dan pastinya mereka ni yang punya kelulusan lebih dari UF la kan tapi rezeki dah ditentukan oleh Allah swt, jadi jawatan ni menjadi milik UF.  Malahan kata CEO, pengalaman dan kredibiliti UF tu adalah faktor la...dalam dok sengih tu risau jugak sebab kepercayaan yang diberikan tu bukan kecil tau.

Diharap dan doakan UF terus cemerlang dan dapat menjalankan tanggungjawab dengan hebat  dan membuahkan hasil seperti mana yang pihak syarikat inginkan dan UF harap dapat mencari calon yang terbaik untuk menggantikan UF bila tiba masa untuk UF mengundurkan diri.

Banyak lagi tau nak cerita, tapi nanti ada sambungan ceritanya nanti. 

Selamat malam!

Monday, 11 February 2019

Monday, February 11, 2019 5

Tips Mudah Dan Menjimatkan Untuk Kembalikan Kesegaran Mata Yang Letih

Katanya kalau nak tengok kebahagian dan keceriaan hati seseorang itu boleh dilihat melalui matanya.  Mata yang letih boleh menjejaskan riak muka seseorang walaupun wajahnya disolek tebal.  Apabila kita terlalu asyik dengan telefon pintar dan banyak masa melihat skrin komputer, mata kita akan terasa letih.  Jadi tidak hairan jika ramai yang mengalami masalah keletihan dan kurang bersemangat apabila bangun tidur keesokan paginya selepas melayan telefon pintar sepanjang hari.  Mata pula bagaikan berat untuk dibuka dan badan terasa letih

Antara penyebab mata menjadi letih dan sembap jika kita kurang tidur atau mengalami alahan tertentu. Jadi jom kita usaha cara mudah dan menjimatkan untuk mengembalikan kesegaran mata kita


  • Uncang teh atau uncang sayur sejuk beku. Gunakan uncang teh yang sudah direndam dalam air sejuk.  Selain itu, anda juga boleh gunakan kacang, jagung atau apa saja sayur sejuk beku.  Masukkan ia dalam beg plastik kecil, balut dengan kain lembut dan tekapkan pada mata anda selama lima hingga 15 minit.


  • Hirisan timun.  Pakar kulit tidak pasti apa rahsia disebalik kesan antikeradangan daripaa timun.  Antara penergangan yang mungkin ialah timun mengandungi asid semula jadi yang boleh mengurangkan retensi air.  Retensi air ini yang menyebabkan mata sembap.   Cara terbaik gunakan timun yang sejuk (baru dikeluarkan dari peti sejuk).  Letakakan hirisan timun pada mata dan biarkan hingga mata anda bersa lega.  Kaedah yang murah dan mudah boleh diulang sekerap mungkin.



  • Sudu sejuk, msyarakat Korea Selatan menggunakan sudu besi yang sejuk untuk menghilangkan keletihan mata dan mengurangkan sembap.  Anda boleh meletakkan sudu besi ini dalam peti sejuk selama beberapa minit. Lekapkan pada mata hingga kesejukannya berkurangan.



  • Cuci muka dengan air sejuk. Membasahkan muka dengan air sejuk boleh melegakan mata yang letih.  Untuk merasai kesanya, cuci muka sekurang-kurangnya tiga kali.  Kaedah ini boleh memberikan kelegaan segera untuk seketika.



  • Letakkan tuala lembap atas mata.  Basahkan tuala dengan air sejuk, perah dan letakkan di atas mata anda.,  Biarkanselama lima minit seambil berehat.,  Ulang seberapa kali atau sekerap mungkin



  • Tekap mata dengan tapak tangan kalau berada di pejabat tanpa ada bahan lain. Haba dari tapak tangan boleh melegakan mata.


  • Cecair titis mata.  Mata yang kering akan jadi lebih cepat letih, jadi sentiasa bawa titis mata terutama bagi mereka yang memakai kanta lekap



  • Senaman mata khusus bagi yang bekerja didepan komputer sepanjang hati.  Caranya dalam setiap 20 minit alihkan pandangan anda dari skrin komputer.  Cuba lihat objek jauh selama 20 saat.  Lakukan senaman in sepanjang hari

nota : gambar sumber Google

Saturday, 9 February 2019

Saturday, February 09, 2019 7

#RezekiDiKongsiBersama Giveaway By Mrs Pip (2/2/2019 - 28/2/2019)


Jom kita join giveaway Mrs Pip ni..nak join klik banner ok

#RezekiDiKongsiBersama Giveaway By Mrs Pip (2/2/2019 - 28/2/2019)

Entri berkenaan pahala buat isteri tu memang sangat menarik untuk semua baca dan fahami. Nak tahu baca SINI

Psst, tarikh lahir Mrs Pip tu 18 February..kira-kira dia tengah mengira hari la untuk masuk 4 series..ehehe

Good Luck buat sesiapa yang turut serta ya.

Friday, 8 February 2019

Friday, February 08, 2019 3

Domino’s Pizza Memperkenalkan Pengalaman “EGG-CITING” bersama “EGGSTRA SHIOK” Royale, Salted Egg Pizza yang Baru!

Pengalaman “Eggstra Shiok” menanti pelanggan dengan piza baru yang telah “menetas” di Domino’s Pizza. Sejajar dengan perisa yang menjadi kegilaan ramai, Domino’s telah melancarkan menu terkini iaitu Royale Salted Egg piza. Tawaran terhad ini mempromosikan kerak Royale merah yang dipadankan dengan sos telur masin bersama taburan telur masin untuk menambahkan “Eggstra kick” yang enak untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan.

Domino's Pizza launches three Egg-cellent pizzas namely the Royale Chicken Pizza, the Royale Tuna Pizza and the Royale Delight Pizza! 
Sempena pelancaran menu terbaru Domino’s Royale Salted Egg, diskusi menarik bertemakan “The Rise of Salted Eggs” telah diadakan. Mori Said dan Adikfoods telah dijemput untuk memeriahkan lagi perbincangan bersama dengan Linda Hassan, Naib Kanan Presiden, Pemasaran Domino’s Pizza Malaysia & Singapura. Semasa sesi diskusi tersebut, para panel berkongsi pendapat dan pandangan mereka terhadap tren telur masin serta membincangkan pelbagai topik seperti hidangan telur masin yang paling unik serta luar biasa yang dinikmati oleh rakyat Malaysia. Perbincangan tersebut telah membuktikan bahawa telur masin adalah sebuah hidangan yang versatil dimana ia sesuai untuk dipadankan bersama hidangan tempatan mahupun barat dan perisa yang sesuai untuk hidangan makanan utama mahupun pencuci mulut. 

Berpegang teguh kepada janjinya “It’s All About You”, Domino’s sentiasa memastikan kehendak para pelanggan dipenuhi dan ini terbukti dengan penghasilan Salted Egg piza. Demi memenuhi citarasa para pelanggan, terdapat tiga jenis piza yang boleh dipilih iaitu Royale Chicken Pizza, Royale Tuna Pizza, dan Royale Delight Pizza. Ramuan unik yang berjaya menyatukan pelbagai rasa sekaligus melazatkan piza ini adalah sos telur masin. Pizza Royale ini dihasilkan khusus untuk mengimbangkan rasa lazat dan berkrim yang melengkapkan rasa dalam setiap gigitan. Tambahan lagi, Domino’s memperkenalkan Royale Chicken Wings yang disaluti telur masin dan daun kari yang aromatik. Domino’s juga memperkenalkan Royale Cheesy Stix baharu, dengan sentuhan emas bagi melengkapkan menu ini. 

“Telur masin kini bukan lagi asing dalam kalangan kita dan ini adalah kerana ia adalah makanan asas bagi rakyat Malaysia. Ini dapat dilihat apabila popularitinya meningkat dimana ia digunakan dalam pelbagai jenis makanan. Kami berasa amat “Egg-cited” kerana dapat berkongsi telur masin versi kami yang tersendiri. Kami juga berbesar hati kerana dapat memperkenalkan sos terbaru ini yang bukan sahaja akan membangkitkan selera mereka tapi juga bakal mencetuskan rasa nostalgia. Sejajar hidangan pada musim perayaan, piza telur masin Domino’s yang baru ini bakal menjadi penambah hidangan yang sesuai dalam meraikan perayaan dan juga bersama yang tersayang" Linda Hassan, Naib Kanan Presiden, Pemasaran Domino’s Pizza Malaysia & Singapura
[Center] Shamsul Amree, Deputy President of Operations, Domino's Pizza Malaysia & Singapore and Linda Hassan, Senior Vice President of Marketing, Domino's Pizza Malaysia & Singapore unveiling the Eggstra Shiock Royale Salted Egg Pizzas! 
“Selain daripada memastikan para pelanggan teruja dengan perisa yang unik dan baru, kami juga sentiasa berpegang kepada janji untuk meningkatkan pengalaman mereka melalui pelbagai cara. Kami berbangga kerana dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti serta menyediakan pengalaman yang baik buat para pelanggan kerana dengan cara inilah kami mahu mereka mengingati kami. Misi utama kami adalah untuk mencipta pengalaman yang istimewa buat pelanggan menerusi perkhidmatan terunggul yang kami sediakan. Dalam menuju kearah mencapai matlamat kami untuk memiliki 300 buah kedai menjelang 2020, kami akan terus berusaha untuk menyediakan kemudahan yang terbaik, produk yang berkualiti, perkhidmatan terunggul serta menyediakan nilai buat pelanggan kami" Shamsul Amree, Timbalan Presiden, Operasi, Domino’s Pizza Malaysia & Singapura
[Left]  Food enthusiast Adikfoods and [Center] Linda Hassan, Senior Vice President of Marketing, Domino's Pizza Malaysia & Singapore as well as [Right] , Food enthusiast Mori Said during the panel session discussing the Salted Egg craze in Malaysia. 
Pelancaran Royale Salted Egg piza di Domino’s turut dihadiri pihak media, para pencinta telur masin dan juga “food influencers” popular yang berkongsi minat terhadap telur masin. 

Untuk nilai yang lebih berbaloi, kita boleh memilih Royal Combos yang terdiri daripada Royale Buddy Combo hanya pada RM39.90 dan Royale Super Combo hanya untuk RM59.90. Di samping itu, kita boleh menambah Royale Chicken Wings pada RM12.90 atau RM13.70 sebagai ala carte. Selain itu, pilihan boleh dibuat untuk menambah Royale Cheesy Stix pada harga RM8.90 atau RM9.25 sebagai ala carte.


Pelbagai menu edisi terhad terbaharu seperti Eggstra Shiok Royale Salted Egg piza, Royale Chicken Wings dan Royale Cheesy Stix boleh didapati di Domino’s Pizza di Semenanjung Malaysia bermula daripada 11 Februari 2019. Kunjungi cawangan Domino, buat pesanan dalam talian di http://www.dominos.com.my atau hubungi 1300-888-333.



Hubungi : 1300-888-333


Mengenai Domino’s Pizza
Dengan penghantaran lebih 1 juta piza sehari di seluruh dunia, Domino’s merupakan syarikat penghantaran piza paling pantas berkembang dan terkenal di dunia dengan komitmen untuk mempelopori industri dari segi kualiti produk dan kecemerlangan operasi. Domino’s Pizza, Inc. mengendalikan rangkaian global 14,000 cawangan miliknya dan francais di seluruh Amerika Syarikat dan lebih 85 pasaran. Di peringkat antarabangsa, Domino’s disenaraikan dalam kumpulan lima syarikat teratas dari segi transaksi dalam talian.
Domino’s Pizza Malaysia adalah pasaran Domino’s yang mencapai pertumbuhan paling pesat di Asia Tenggara dan kelima di Asia Pasifik. Ditubuhkan pada 1997, Domino’s Malaysia diuruskan oleh pemegang francais utama, Dommal Food Services Sdn Bhd. Sehingga ini, terdapat 217 cawangan Domino’s Pizza di negara ini.
Di Domino’s Pizza, kami BERBANGGA dengan komitmen kami untuk memperkaya kehidupan pelanggan kami, kakitangan kami, rakan niaga kami, pemegang saham kami dan juga masyarakat. Sebagai salah satu jenama paling digemari di Malaysia, kami akan melakukan lebih lagi untuk mengukir senyuman di wajah anda dan juga menegakkan budaya kami untuk ‘menjual lebih piza, mencetus lebih keseronokan’. Selaras dengan falsafah syarikat kami untuk berusaha secara bijak, Domino’s komited untuk memberikan pengalaman penghantaran piza yang tiada tandingan kepada pelanggan, dengan jaminan kepuasan produknya, jaminan penghantaran dalam masa 30 minit dan jaminan pesanan bawa pulang dalam masa 15 minit.
Melangkah maju sebagai syarikat e-dagang, Domino’s Pizza telah mencipta banyak pencapaian pertama dalam platform digital. Domino’s Pizza Malaysia telah menggunakan dunia digital dengan sebaik mungkin dan ini bermula apabila diiktiraf sebagai syarikat QSR pertama yang menyediakan platform pesanan dalam talian oleh Buku Rekod Malaysia dengan pelancaran laman webnya pada 2003. Sejak itu, platform pesanan dalam taliannya telah diperluas dan mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pengguna.

Domino’s Pizza Malaysia merupakan pemenang Anugerah Gold Franny 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2016, iaitu Anugerah Pencapaian yang disanjung tinggi daripada Persatuan Francais Antarabangsa di Perhimpunan Sedunia Domino’s Pizza. Berbekalkan keyakinan yang ditunjukkan oleh pengguna Malaysia, Domino’s Pizza telah memenangi Anugerah Gangsa dalam kategori “Restoran & Makanan Segera” di Anugerah Jenama Putra 2014, Perak pada 2015, Gangsa pada 2016 dan Perak pada 2017.

Thursday, 7 February 2019

Thursday, February 07, 2019 11

The Humble Chef : Pasta Murah Dan Menyelerakan Dengan Harga Berpatutan

The Humble Chef : Pasta Murah Dan Menyelerakan Dengan Harga Berpatutan | Akhirnya dapat juga ke sini! Kedengaran AA2 balik rumah dari kerja terus cari Umi kat dapur, ingatkan pasal apa rupanya dia cakap "Umi nanti kita makan kat luar ya, Angah nak belanja makan katanya.  Umi okay jer tapi kena tunggu DH bagi kata putus tapi should be ok kan sebab kalau cukup korum si ayah memang ok jer.  Bercerita pada AA1, terus dia syorkan The Humble Chef sebab sesekali bertukar lokasi kan.  Kalau ikut si ayah nak ke tempat yang dia dah biasa jer, tapi kali ni AA1 yang pandu, so ikut jer la dan mujur dia tak membebel panjang..*sigh


kalau dah sampai tu jangan pulak tunggu kat meja, terus jer ke depan kaunter untuk buat tempahan dan nanti dia akan bagi 
Memang suka sangat bila masuk bandar tapi tanpa kesesakan jalan raya, tak payah nak tunggu lama, dalam 10 minit kami dah sampai ke The Humble Chef, Desa Pandan

Spagetti Beef atau Lamb ni, tak pasti tapi kalau nak pasti kena rasa baru tahu
Tak tau siapa punya tapi kami order  2 pinggan  Beef Carbonara 5.00 dan 2 pinggan Lamb Carbonara yang berharga RM5.00 

Chicken Carbonara - RM5.00 x 2 pinggan
 Chicken Carbonara semestinya pilihan Cik Meya dan Kak Yang Amanda
Chicken Bolognese - RM5.00 x 1
cikapplepie seperti biasa akan memilih Chicken Bolognese berharga RM5.00.  Payah nak tukar untuk dak ni sebab dia memang peminat ayam
Fried Beef Laksa - RM6.00
Yesss...ni pilihan Umi...sedap tapi agak masin mungkin sebab sosnya tapi bagi orang yang kuat makan masin ni tak jadi masalah...sebab tu kalau memasak tu sesiapa nak masin lebih, kena tambah sendiri hehe
Pan Fried Chicken Cutlet - RM20.00
Yang ni Pan Fried Chicken Cutlet pilihan AA2 yang juga peminat ayam dan tak pernah jemu dengan ayam la samada ayam goreng, ayam sambal atau apa saje makanan mesti ada ayam.


Chicken Wing - RM7.50 x 2 mangkuk
 Kalau dah memang semua orang peminat daging ayam kecuali DH, memang sedap la tapi untuk Chicken Wing ni not bad pada lidah Umi..cukup rasa dengan cheese dan rasanya campur mustard yang enak tapi Umi kan tak kuat makan masin.

Mac & Cheese, spicy chicken RM9.50 x 2
Ni favorite cikapplepie, rasa Mac & Cheese yang sedap dan rasanya dibakar dengan api dibahagian atas tu sebab tu nampak terbakar cantik jer keju dia tu.

nak tahu lagi apa yang kami pesan dan makan? yang tak sempat diambil gambar sebab kami semua sebenarnya kelaparan sangat

Chicken Aglio E Olio berharga RM5.00 x 1 pingan jer untuk AA1, 2 pinggan Chicken Omelette berharga RM2.50 untuk AA1 dan cikapple dan akhir sekali semangkuk Mushroom Soup dengan roti bakar berharga RM5.00 yang cukup menyelerakan.

Untuk minuman pulak Milo Shake - RM 5.50 buat AA2 dan cikapplepie, Heaven and Earth Ice Lemon Tea berharga RM3.50 buat Umi, KC Iman dan Meya, segelas Coconut Soda berharga RM3.5 untuk DH, secawan Ice Latte berharga RM6.50 buat KY Amanda dan seperti biasa AA1 dengan 2 gelas Filtered Water yang berharga RM0.50

Nak tahu jumlah yang dibelanjakan untuk 8 orang makan siap dengan side dishnya dengan RM135.50 sahaja! Tu la dia The Humble Chef : Pasta Murah Dan Menyelerakan Dengan Harga Berpatutan.

Rating yang Umi bagi adalah 9/10 semestinya sebab sedap mengikut selera kesemua ahli untuk kesemua pilihan makanan kami tu, tak terlalu cheesy atau berlemak..kalau berlemak sangat haihh mau berkilo-kilo lemak kat badan tau

Mungkin ada yang nak mencuba set ni, berbaloi tuu

The Humbel Chef ni dah beroperasi sejak tahun 2007 di food truck Pusat Bandar Damansara dengan menjual pasta.  So memang dikenali ramai terutama peminat pasta dan peminat makanan di food truck termasuklah anak-anak yang dah berkali pergi.  Mereka kemudian membuka outlet pertama pada tahun 2010 di Damansara Heights, tahun 2017 membuka outlet di Publika, tahun 2018 membuka outlet ketiga di Desa Pandan dan outlet keempat di buka di Damansara Perdana 

Jadi jom la pada sesiapa yang tak pernah makan kat sini lagi boleh la singgah dan pastinya berpuashati dengan rasa pasta dan puashati dengan harga yang berpatutan.  Nak tahu lebih lanjut, klik ke Facebook Humble Chef Malaysia atau kat IG Humble Chef Malaysia dan pilih awak nak ke outlet mana dan waktu operasinya adalah dari jam 11 pagi hingga 11 malam setiap hari.  

#humblechef @humbechefmy @humbelchefmalaysia #damansaraheight #publika #desapandan #damansaraperdana

Monday, 4 February 2019

Monday, February 04, 2019 8

Tahniah! Haram Muncul Juara Lagu ke AJL33

Anugerah Juara Lagu ke 33 masih mengekalkan hos yang sama iaitu Shery Alhadad dan Alif Satar yang ternyata amat serasi dan menghangatkan suasasa dan pasti tu la sebabnya gandingan mereka dipilih.  AJL33 kali ini yang bersiaran dari Axiata Arena, Bukit Jalam membuka tirainya dengan persembahan otai rock, Search yang membuat persembahan tiga lagu medley tapi Umi tak sempat tonton sebab ada family dinner kat luar.


Lagu Juara AJL 33 : Haram
Penyanyi : Hael Husani dan Dayang Nurfaizah



Lagu ni memang favorite Umi lebih-lebih lagi ianya lagu OST drama Rahsia Hati Perempuan lakonan Mira Filzah, Hisyam Hamid, Uqasha Senrose dan Fikry Ibrahim. Masa drama ni ditayangkan ramai tak berapa suka watak Mira Filzah tapi Umi sukaaa cuma cerita tu macam ada bahagian 2 la kot. Lagu ni memang ngam sungguh dengan drama tu..hehe

Tempat Kedua :  Bunga
Penyanyi : Ara Johari


Ramai pulak yang terkejut Ara Johari menang tapi sebenarnya lagu tu yang menang.  Masa menonton Ara Johari tu rasa macam dia nervous jer menyanyi..ehh tetiba pandai jadi pengkritik la pulak. Tapi Umi suka juga lagu ni juga

Tempat Ketiga : Sampai Bila
Penyanyi : Misha Omar



Lagu yang menjadi OST drama Jangan Benci Cintaku lakonan Zahirah Mc Wilson dan Saharul Ridzwan yang cukup popular tahun 2018  Drama yang diadptasi dari novel ni meraih 12 juta tontonan tau dan yang paling pelik bila netizen marah melampau-lampau kat Nina Baharum yang menjadi pengacau rumahtangga.  Relax la..tu cuma lakonan jer pun.

Vokal Terbaik : Misha Omar


Persembahan Terbaik : Sufian Suhaimi

Bila tengok persembahan Sufian Suhaimi dah terasa dia akan menang untuk kategori persembahan terbaik sebab dengan mood dia..main teka jer. Kalau tengok kat FB ramai pulak yang dok kesian kat Sufian Suhaimi dan turut rasa sedih tapi ala jangan la sedia, Sufian dah move on la dan dia tu kan ambil mood dengan lagu Di Matamu tu dan tengok dia dah menang persembahan terbaik dan mungkin sebab doa bekas tunangan.  Sempat lagi orang dok kata Pian pinjam pelamin bekas tunangan yang kini dah jadi isteri orang tu.  Ala jangan la emosi sangat peminat Pian ya.  Be positive!


Jangan la komen lebih-lebih, kita ni bukan tau apa yang sebenarnya yang terjadi pun pada hubungan mereka.  Mungkin ada maksud yang tersirat yang hanya mereka yang tahu.  Suka nau jadi batu api, tak takut ke api kat sana nanti..jom move on guys

Apa lagi yang Umi nak cerita ni? Bukan pandai pun tapi saja nak bagitau juga la 

Lagu Tak Pernah Hilang nyanyian Amylea dan Kaer ni memang Umi suka dan lagu ni adalah OST drama Nur yang trending lakonan Syafiq Kyle dan Amira Rosli, bukan sebab jalan cerita jer tapi sebab lawak yang pasal sup bunjut hahaha.  Sesiapa yang tak pernah tonton drama ni, boleh la tengok dan layan rasa geram, marah dan kelakar hasil lakonan Azhan Rani dan Nur Khiriah.

Antara penyanyi yang Umi agak akan muncul diantara pemenang semestinya Siti Sarah sebab ramai yang sedia maklum dengan suaranya tapi malang mungkin terlalu banyak dia ubah sampai dah macam tak kena atau mungkin dia tak sihat.

Memang teruja dan bertenaga persembahan De Fam yang menggantikan Altimet, suka sungguh tengok trio tu on stage menyanyi dan ligat menari sampai ingat mungkin diaorang yang akan menang persembahan terbaik tapi idokk

Antara lagu favorite nyanyian Siti Nordiana dan Jackly Victor semestinya lagu Nisan Cinta yang menjadi OST drama Dendam Aurora lakonan Nabila Huda dan Ungku Ismail Aziz. Drama 100 episod ni memang best drama ni tapi panjang nauu

Tu jer la yang sempat ditonton selepas balik dari makan malam, tak kesampaian nak tonton Khai Bahar tapi tak pe..boleh tonton online esok-esok kan.

Antara 12 lagu pilihan yang layak  ke pusingan akhir tadi :
  1. Semakin - Siti Sarah
  2. Bunga - Ara Johari
  3. Kau Pun Sama - Syamel
  4. Sampai Bila - Misha Omar
  5. Haram - Hael Husaini & Dayang Nurfaizah
  6. Luluh - Khai Bahar
  7. Bunga - De Fam (Altimet)
  8. Jatuh Bangun - Haqiem Rusli ft Aman RA
  9. Tak Pernah Hilang - Amylea X Kaer
  10. Hajat - Hael Husaini
  11. Di Matamu - Sufian Suhaimi
  12. Nisan Cinta - Siti Nordiana & Jacklyn Victor

Antara artis yang turut menjayakan persembahan termasuk adalah Ismail Izzani, Nabila Razali dan Sarah Suhairi yang menyanyikan lagu Seribu Impian dan terasu kumpulan Nico G, Juzzthin, Bala, Lil J, Zizi Kirana, Aman Ra, Joe Flizzow, SonaOne dan Alif.

Eh, awak, awak semua sama tak pilihan sendiri? Kalah atau menang tu adat la kan, jangan emo-emo sebab esok kerja..