Perkongsian 3 Perkara Untuk Renungan Dan Peringatan Buat Kita

Assalammualaikum, salam Jumaat





1. TAUHID lawannya SYIRIK

~ Untuk kenal Tauhid kita kena tahu tentang Syirik:
~bukan maksud tahu itu kita kena buat syirik, tapi maksudnya kena kenali apakah perkara-perkara yang menyebabkan seseorang syirik kepada Allah swt. 
~kerana tidak faham perkara inilah banyak di kalangan orang Islam yang belajar Tauhid tapi tidak kenal Syirik.
~Akibat nya mereka kata mereka berTauhid tapi dalam masa yang sama dia buat syirik. 
~Contohnya, dia solat cukup lima waktu, jaga betul dia bab solat tapi dalam masa yang sama dia pergi jumpa bomoh, dukun, pawang, tukang tenunung.
Dia kata dia jumpa bomoh patah tulang saja sebab tiada seru jin. 
~Sebab tidak tahu bahawa perkara di luar lingkungan asbab hanyalah milik mutlak Allah swt sahaja [menyambung kembali tulang yang patah di dalam tubuh dengan kuasa minyak jampi yang dibacakan mentera yang sebenarnya ada penyeruan terhadap jin], maka dia anggap itu perkara yang tidak syirik. 

~ Al Quran mengandungi 80% hal Tauhid, 20% sahaja hal² lain. 
~Nak faham Tauhid kena belajar tafsir Quran. 
~Jika tak belajar maka tidak akan faham Tauhid dan syirik.

~perkara Tauhidlah yang paling akan diganggu oleh syaitan. 
~kerana apabila Tauhid rosak sedikit sahaja, semua amalan jadi kosong. 

~umpama belon yang penuh udara , kerana tusukan hujung jarum yang halus sahaja belon itu terus pecah. 
~maknanya buat satu syirik sahaja seluruh amalan ibadah kita akan hancur. 

~syirik adalah hal dalaman yaitu perkara dalam hati dan perasaan. Tidak nampak dari luar jadi susah nak kesan. 
~hanya satu cara saja nak kesannya yaitu dengan belajar wahyu Allah. Tiada cara lain.


2. RISALAH KENABIAN - SUNNAH vs BIDAAH

~ Kena tahu apakah amalan perbuatan nabi yang disebut sebagai SUNNAH.
~Yaitu perkara yang nabi saw dan para sahabat radhiallahuanhuma buat dan amalkan. 

~Apabila buat amalan yang bukan dibuat oleh nabi saw dan para sahabat baginda maka itulah yang disebut BIDAAH.

~Jadi SUNNAH lawannya BIDAAH
~Untuk buat amal soleh kena ittiba'- yakni ikut kepada nabi yaitu mengikuti sunnah, jika tidak ittiba' maka itu hanya amalan tapi tidak soleh dan itulah namanya bidaah. 
~Hanya amal soleh [amalan yang menuruti sunnah] yang Allah swt terima di sisi Nya. 

~Perihal Risalah - ibadah - banyak disebut dalam Hadith.
~jadi kena belajar hadith selain belajar Quran. 
~Akibat tidak belajar hadithlah maka tidak tahu apa amalan yang sunnah. 
~Bila tak tahu yang sunnah maka mereka buat amalan bidaah dan mereka anggap itu sunnah dan baik.
~Akibatnya amal ibadah mereka sia-sia sahaja. Penat beramal tapi tidak dikira di sisi Allah swt.


3. AKHIRAT lawannya DUNIA

~ Allah nak kita buat persiapan untuk jumpa Dia. Dan Allah hanya berjumpa dengan hambaNya dalam syurga. Iaitu kita dapat berjumpa dengan Allah dalam keadaan Allah redha kepada kita. 
~Kita belajar ayat-ayat Dakwa tentang Akhirat kerana kita kena yakin bahawa ada satu alam selepas mati. Itulah alam yang akan kekal.
– Ayat-ayat tentang Akhirat lebih banyak dari ayat-ayat tentang Risalah/ibadah.
~1/4 dari Quran menceritakan tentang Akhirat. Dan kebanyakan ayat tentang Akhirat ini duduknya di hujung Quran.

~Apabila roh sudah ditarik, dan sudah mulai dipertontonkan apa yang hamba itu akan dapati dari nasibnya – baik atau buruk, itu sudah dikira sebagai permulaan akhirat dah. 
~Itulah permulaannya, sampai kepada abadi yang tiada hujung.

~Apa yang dialami oleh mereka yang hampir itu dinamakan ‘nazak’. 
~Saat itu, taubat dah tidak bernilai lagi dan amalan tidak dikira lagi. Padahal roh masih ada dalam tubuhnya 
~Oleh itu, semua amal kebaikan kena buat sebelum itu. Banyakkan amalan selama mana nyawa tak sampai ke halqum.

~Lawannya adalah dunia. 
~Kerana bahayanya dunia kepada manusia, Allah huraikan juga tentang dunia dalam Quran. 
~Allah Maha tahu tentang dunia lebih dari kita, jadi Dia beritahu kepada kita supaya kita tahu hakikat sebenar dunia itu. 
~Supaya kita berwaspada dan dapat elak tipudaya dunia.

Semoga dapat menambah ilmu sedikit sebanyak. 
Wallahu a'lam. Selebihnya mohon maaf.

Baarakallahufeekum

4 comments:

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!

Journey

Interesting News