Tahniah! Haram Muncul Juara Lagu ke AJL33

Anugerah Juara Lagu ke 33 masih mengekalkan hos yang sama iaitu Shery Alhadad dan Alif Satar yang ternyata amat serasi dan menghangatkan suasasa dan pasti tu la sebabnya gandingan mereka dipilih.  AJL33 kali ini yang bersiaran dari Axiata Arena, Bukit Jalam membuka tirainya dengan persembahan otai rock, Search yang membuat persembahan tiga lagu medley tapi Umi tak sempat tonton sebab ada family dinner kat luar.


Lagu Juara AJL 33 : Haram
Penyanyi : Hael Husani dan Dayang Nurfaizah



Lagu ni memang favorite Umi lebih-lebih lagi ianya lagu OST drama Rahsia Hati Perempuan lakonan Mira Filzah, Hisyam Hamid, Uqasha Senrose dan Fikry Ibrahim. Masa drama ni ditayangkan ramai tak berapa suka watak Mira Filzah tapi Umi sukaaa cuma cerita tu macam ada bahagian 2 la kot. Lagu ni memang ngam sungguh dengan drama tu..hehe

Tempat Kedua :  Bunga
Penyanyi : Ara Johari


Ramai pulak yang terkejut Ara Johari menang tapi sebenarnya lagu tu yang menang.  Masa menonton Ara Johari tu rasa macam dia nervous jer menyanyi..ehh tetiba pandai jadi pengkritik la pulak. Tapi Umi suka juga lagu ni juga

Tempat Ketiga : Sampai Bila
Penyanyi : Misha Omar



Lagu yang menjadi OST drama Jangan Benci Cintaku lakonan Zahirah Mc Wilson dan Saharul Ridzwan yang cukup popular tahun 2018  Drama yang diadptasi dari novel ni meraih 12 juta tontonan tau dan yang paling pelik bila netizen marah melampau-lampau kat Nina Baharum yang menjadi pengacau rumahtangga.  Relax la..tu cuma lakonan jer pun.

Vokal Terbaik : Misha Omar


Persembahan Terbaik : Sufian Suhaimi

Bila tengok persembahan Sufian Suhaimi dah terasa dia akan menang untuk kategori persembahan terbaik sebab dengan mood dia..main teka jer. Kalau tengok kat FB ramai pulak yang dok kesian kat Sufian Suhaimi dan turut rasa sedih tapi ala jangan la sedia, Sufian dah move on la dan dia tu kan ambil mood dengan lagu Di Matamu tu dan tengok dia dah menang persembahan terbaik dan mungkin sebab doa bekas tunangan.  Sempat lagi orang dok kata Pian pinjam pelamin bekas tunangan yang kini dah jadi isteri orang tu.  Ala jangan la emosi sangat peminat Pian ya.  Be positive!


Jangan la komen lebih-lebih, kita ni bukan tau apa yang sebenarnya yang terjadi pun pada hubungan mereka.  Mungkin ada maksud yang tersirat yang hanya mereka yang tahu.  Suka nau jadi batu api, tak takut ke api kat sana nanti..jom move on guys

Apa lagi yang Umi nak cerita ni? Bukan pandai pun tapi saja nak bagitau juga la 

Lagu Tak Pernah Hilang nyanyian Amylea dan Kaer ni memang Umi suka dan lagu ni adalah OST drama Nur yang trending lakonan Syafiq Kyle dan Amira Rosli, bukan sebab jalan cerita jer tapi sebab lawak yang pasal sup bunjut hahaha.  Sesiapa yang tak pernah tonton drama ni, boleh la tengok dan layan rasa geram, marah dan kelakar hasil lakonan Azhan Rani dan Nur Khiriah.

Antara penyanyi yang Umi agak akan muncul diantara pemenang semestinya Siti Sarah sebab ramai yang sedia maklum dengan suaranya tapi malang mungkin terlalu banyak dia ubah sampai dah macam tak kena atau mungkin dia tak sihat.

Memang teruja dan bertenaga persembahan De Fam yang menggantikan Altimet, suka sungguh tengok trio tu on stage menyanyi dan ligat menari sampai ingat mungkin diaorang yang akan menang persembahan terbaik tapi idokk

Antara lagu favorite nyanyian Siti Nordiana dan Jackly Victor semestinya lagu Nisan Cinta yang menjadi OST drama Dendam Aurora lakonan Nabila Huda dan Ungku Ismail Aziz. Drama 100 episod ni memang best drama ni tapi panjang nauu

Tu jer la yang sempat ditonton selepas balik dari makan malam, tak kesampaian nak tonton Khai Bahar tapi tak pe..boleh tonton online esok-esok kan.

Antara 12 lagu pilihan yang layak  ke pusingan akhir tadi :
  1. Semakin - Siti Sarah
  2. Bunga - Ara Johari
  3. Kau Pun Sama - Syamel
  4. Sampai Bila - Misha Omar
  5. Haram - Hael Husaini & Dayang Nurfaizah
  6. Luluh - Khai Bahar
  7. Bunga - De Fam (Altimet)
  8. Jatuh Bangun - Haqiem Rusli ft Aman RA
  9. Tak Pernah Hilang - Amylea X Kaer
  10. Hajat - Hael Husaini
  11. Di Matamu - Sufian Suhaimi
  12. Nisan Cinta - Siti Nordiana & Jacklyn Victor

Antara artis yang turut menjayakan persembahan termasuk adalah Ismail Izzani, Nabila Razali dan Sarah Suhairi yang menyanyikan lagu Seribu Impian dan terasu kumpulan Nico G, Juzzthin, Bala, Lil J, Zizi Kirana, Aman Ra, Joe Flizzow, SonaOne dan Alif.

Eh, awak, awak semua sama tak pilihan sendiri? Kalah atau menang tu adat la kan, jangan emo-emo sebab esok kerja..

8 comments:

  1. LZ tengok part pengumuman pemenang jer Kak Fuzy.. Persembahan artis semua terlepas..
    Apa pun tahniah kepada para pemenang.. They deserved it.. Vocal semua hebat..

    ReplyDelete
  2. mama pun terkejut sebab mama tak pernah kenal Ara Johari kihkih

    ReplyDelete
  3. As expected. Tahniah Haram. Lepas ni mohon lagu halal pula utk next AJL. Hehe.

    ReplyDelete
  4. tengok juga malam tu
    persembahan semua best2 la

    ReplyDelete
  5. tgk persembahan 3 yang pertama je..tapi mmg juara tu layak menang..

    ReplyDelete
  6. Sha pun tak tengok AJL baru ni. Baca pemenang je, tapi lepas tu buka Youtube tengok vid Sufian Suhaimi. Sesuailah menang 😁

    ReplyDelete
  7. Tahniah buat pemenang.. syamel tak menang.. sedih..

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!

Interesting News