Tips Mudah Dan Menjimatkan Untuk Kembalikan Kesegaran Mata Yang Letih

Katanya kalau nak tengok kebahagian dan keceriaan hati seseorang itu boleh dilihat melalui matanya.  Mata yang letih boleh menjejaskan riak muka seseorang walaupun wajahnya disolek tebal.  Apabila kita terlalu asyik dengan telefon pintar dan banyak masa melihat skrin komputer, mata kita akan terasa letih.  Jadi tidak hairan jika ramai yang mengalami masalah keletihan dan kurang bersemangat apabila bangun tidur keesokan paginya selepas melayan telefon pintar sepanjang hari.  Mata pula bagaikan berat untuk dibuka dan badan terasa letih

Antara penyebab mata menjadi letih dan sembap jika kita kurang tidur atau mengalami alahan tertentu. Jadi jom kita usaha cara mudah dan menjimatkan untuk mengembalikan kesegaran mata kita


  • Uncang teh atau uncang sayur sejuk beku. Gunakan uncang teh yang sudah direndam dalam air sejuk.  Selain itu, anda juga boleh gunakan kacang, jagung atau apa saja sayur sejuk beku.  Masukkan ia dalam beg plastik kecil, balut dengan kain lembut dan tekapkan pada mata anda selama lima hingga 15 minit.


  • Hirisan timun.  Pakar kulit tidak pasti apa rahsia disebalik kesan antikeradangan daripaa timun.  Antara penergangan yang mungkin ialah timun mengandungi asid semula jadi yang boleh mengurangkan retensi air.  Retensi air ini yang menyebabkan mata sembap.   Cara terbaik gunakan timun yang sejuk (baru dikeluarkan dari peti sejuk).  Letakakan hirisan timun pada mata dan biarkan hingga mata anda bersa lega.  Kaedah yang murah dan mudah boleh diulang sekerap mungkin.



  • Sudu sejuk, msyarakat Korea Selatan menggunakan sudu besi yang sejuk untuk menghilangkan keletihan mata dan mengurangkan sembap.  Anda boleh meletakkan sudu besi ini dalam peti sejuk selama beberapa minit. Lekapkan pada mata hingga kesejukannya berkurangan.



  • Cuci muka dengan air sejuk. Membasahkan muka dengan air sejuk boleh melegakan mata yang letih.  Untuk merasai kesanya, cuci muka sekurang-kurangnya tiga kali.  Kaedah ini boleh memberikan kelegaan segera untuk seketika.



  • Letakkan tuala lembap atas mata.  Basahkan tuala dengan air sejuk, perah dan letakkan di atas mata anda.,  Biarkanselama lima minit seambil berehat.,  Ulang seberapa kali atau sekerap mungkin



  • Tekap mata dengan tapak tangan kalau berada di pejabat tanpa ada bahan lain. Haba dari tapak tangan boleh melegakan mata.


  • Cecair titis mata.  Mata yang kering akan jadi lebih cepat letih, jadi sentiasa bawa titis mata terutama bagi mereka yang memakai kanta lekap



  • Senaman mata khusus bagi yang bekerja didepan komputer sepanjang hati.  Caranya dalam setiap 20 minit alihkan pandangan anda dari skrin komputer.  Cuba lihat objek jauh selama 20 saat.  Lakukan senaman in sepanjang hari

nota : gambar sumber Google

5 comments:

  1. Alhamdulillah.Semua cara mudah dan ada di rumah.Murah juga.Jimat sangat,yang pentng semangat mahu lakukan dengan cara yang berterusan..terima kasih kak perkongsian tips.

    ReplyDelete
  2. Nice sharing kak fuzy . Husniey selalu ada masalah mata juga ni.. Teringin cuba buh sudu tu, macam senang je

    ReplyDelete
  3. it is useful tips. my eyes easily to get tired if I work too long in front of the computer.

    ReplyDelete
  4. Ana paling koman letak tuala sejuk tu je kak. Memang segar rasa lepas tu.

    ReplyDelete
  5. uncang teh tu paling senang.. sbb duk buat green tea hari-hari so pakai je yang tu

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!

Interesting News