Promosi Bufet Ramadan 2019 di Legar Putra, PWTC | Pejam celik, pejam celik tinggal tak berapa lama lagi bulan Ramadan al Mubarak akan menjelma, dan bulan ini sememangnya dinanti-nantikan oleh semua umat Islam seluruh dunia.

Bila bercerita tentang bulan Ramadan ni, pasti ramai yang tercari-cari lokasi untuk berbuka  nanti untuk syarikat mahupun untuk diri sendiri dan keluarga tersayang kan dan yang pasti sajian tu mestilah sedap dan harga pun kena yang berpatutan dan berbaloi dengan juadah yang disajikan.

Jangan risau, apa kata cuba selera di Restoran Riverside di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang saban tahun menawarkan sajian berbuka yang cukup enak dan pada tahun 2019, lebih 250 jenis juadah makanan sebagai sajian berbuka puasa yang akan disajikan.













Hidangan Panas
Nasi Putih, Nasi Goreng Kampong, Mee Hailam dan pasukan chef PSTC yang diketuai Eksekutif Chef, Suzaini Mohamed Salih akan menghidangkan menu istimewa masakan ala kampung dan juadah akan bertukar setiap minggu.  Antara menu yang bakal menawan selera tahun ini adalah Ayam Kampung Kerisik dan Betik Muda, Ayam Gulai Minang dan Daun Salam, Kambing Masak Kari Utara, Ikan Pari Asam Pedas Sayur Jeruk, Ikan Patin Tempoyak dengan Timun Tua, ayam Brastagi, Ikan Tenggiri Masak Kari Hijau dengan Terung Telunjuk, siput Sedut Masak Lemak Kuning, Pegaga dan Daun Kaduk serta Daging dan Paru Kari Kawah.

Promosi buffet Ramadhan ini akan bermula dari 8 Mei 2019 sehingga 3 Jun 2019 bermula dari jam 6 petang hingga jam 10 malam setiap hari.

Harga bufet Ramadan adalah seperti berikut :
RM88/pax (dewasa)
RM45/pax (kanak-kanak - 7 hingga 12 tahun)
RM75/pax (warga emas - 60 tahun ke atas)


Dah terliur kan..apa kata nak lebih jimat, beli baucar 'Early Bird, dimana pelanggan yang membeli baucar Ramadan sebelum 5 Mei 2019 hanya perlu membayar RM75 setiap satu dan boleh digunakan sehingga akhir buffet Ramadan sehingga 3 June 2019. Menarik kan!


Bufet Ramadan di PWTC sememangnya istimewa sebab terdapat 'Carving Station' yang menyediakan kambing panggang setiap hari dengan sos lada hitam dan sos cendawan pasti membuka selera ramai.  Sate pun tak ketinggalan la juga.


Terdapat 10 jenis kerabu antaranya Kerabu Sotong, Kerabu Mangga, Kerabu Ayam. Kerabu Daging, Kerabu Taugeh, Kerabu Udang, Kerabu Betik Muda, Kerabu Jantung Pisang, Kerabu Paru, Kerabu Nenas, Kerabu Hati, Kerabu Kacang Botol, Kerabu Perut

Sampingan
Acar Rampai, Acar Buah, Pajeri Nenas, Tauhu Sumbat, Sambal Tempeh & Kacang, Pulut Kuning, Lemang, Ketupat, Ubi & Keledek Rebus, Serunding Ayam & Daging, Rendang Ayam, REndang Daging, Ikan Masin, Sambal Tumis Ikan bilis




Nampak tak ada ketupat jawi, lemang, ketupat palas siap dengan serunding dan pastinya ada rendang untuk dimakan bersama.  Memang terliur dah nii


Manisan dan pencuci mulut seperti 8 jenis kuih muih Melayu, 5 jenis kek, 4 jenis pai, aneka jeli, mouse & pudding, 3 jenis bubur manis, aneka biskut Melayu dan pelbagai.  Terdapat warung minuman sejuk dan panas yang menyediakan air tebu, air mata kucing, air sirap, air barli, air batu campur, 3 perisa ais krim, kopi tarik dan teh tarik

Sambal Dan Dressing : Sambal Belaan, Cili Kicap, Budu, Cencaluk, Air Assam, sambal tempoyak, sambal mangga, sambal nenas, sambl bacang, pickle lemon, picle mixed vege, 1000 island, french dan italian dressing

Terdapat 10 jenis ulam-ulam dan salad antaranya Daun ceylon, ulam raja, kacang botol, petai, tomato, timun, daun pegaga, jering, terung pipit, bendi, jantung pisang, pucuk ubi, tenggek burung, daun gajus

Keropok
Keropok udang, keropok ikan, papdum, keropok sayur, keropok malinja, rempeyek

Jeruk : Betik, Mangga, Sengkuang, Kedondong, Cermai, Salak, Kelubi, Jambu Batu

Sedap kan! Jadi tunggu apa lagi, jom beli baucar dan nikmati hidangan berbuka puasa di sana.

Bagi pihak korporat dan persendirian, PWTC menyediakan pakej berbuka persendirian dan korporat dengan harga bermula dari RM98.00 seorang dengan minima 100 orang ke atas. Pakej ini turut menyediakan hidangan bufet, dewan khas untuk berbuka puasa, sistem audio, penyediaan ruang solat khas serta kadar parkir tetap bernilai RM5.00 bermula jam 6 petang

Jangan risau takut tak sempat nak solat Maghrib atau Isyak atau boleh jugak solat Tarawih berjemaah bersama Imam di Surau Ar-Rahman di Aras 3, PWTC dan terdapa segala kelengkapan solat seperti telekung bagi kaum muslimah dan sejadah disediakan khas.


Promosi Bufet Ramadan 2019 Yang Cukup Lazat di Legar Putra, PWTC
#pwtc #putraworldtradecentre #bukapuasa #juadahberbukapuasa #bukadimana #citarasawarisanpwtc #bufetramadan #ramadanmmenu #ramadhanbuffet #ramadanfeast #ramadamubarak #ramadan2019 #makanankampung #allyoucaneat #earlybirdvoucher #iftarideas #malaysiancuisiene #iftar2019 #malaysianfavourites #iftar





Wow..dah 23 tahun berturut-turut Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® (MSSCC) rupanya. Sebagai satu inisiatif bersama MAGGI® dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), MSSCC tahun ini akan mempertingkatkan mutu pertandingan dengan menerapkan cabaran baharu bertujuan memberi inspirasi kepada pelajar bagi memupuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Acara MSSCC tahun 2019 telah dilancarkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Presint 11 dan dirasmikan oleh Encik Suhaimi Sun bin Abdullah, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni, Kementerian Pendidikan Malaysia. 



Dengan tema ‘Anda dan MAGGI®. - Membawa kesan positif kepada masakan harian’, MSSCC 2019 juga menawarkan satu platform persaingan untuk chef muda memperlihatkan kemahiran memasak mereka dalam mencipta sajian masakan rumah. Di samping itu, MSSCC juga menyemai minat memasak dalam kalangan pelajar di Malaysia. Menerusi pengalaman tahun lalu, MSSCC 2019 akan memperlihatkan struktur pertandingan serta elemen baru yang akan dipertingkatkan. 

Menurut Cik Kimberly Oh, Pengurus Pemasaran MAGGI®, “Kami teruja kerana dapat memberi peluang sekali lagi kepada anak-anak muda Malaysia untuk menunjukkan kepakaran kulinari mereka menerusi MSSCC! Berbeza dengan tahun sebelumnya di mana pelajar akan mencipta sajian berdasarkan resipi sedia ada, pertandingan tahun ini menampilkan Cabaran Masakan Kreatif yang memerlukan pelajar untuk memanfaatkan kreativiti dan kemahiran menyelesaikan masalah mereka dari permulaan pertandingan. Para pelajar akan diberi bahan mentah rahsia yang memerlukan mereka menggunakan kreativiti serta kemahiran untuk mempersembahkan idea hidangan mereka. Terdapat juga penekanan yang lebih besar iaitu persembahan serta kemahiran berkomunikasi yang para pelajar perlu mempersembahkan resipi sajian yang telah mereka hasilkan.

“Kami sentiasa berusaha untuk memupuk kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat menerusi pemakanan yang sewajarnya. Ini selaras dengan matlamat jenama kami untuk mencipta detik-detik bahagia untuk individu dan keluarga menerusi makanan yang enak,” tambah beliau. 


Encik Suhaimi Sun bin Abdullah, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kami mengalu-alukan kerjasama daripada pihak lain, terutama sekali sektor swasta untuk bersama-sama melahirkan generasi rakyat Malaysia yang lebih sihat. Kami gembira kerana dapat meneruskan kerjasama yang sekian lama terjalin dengan MAGGI® untuk memupuk tabiat makan yang sihat dalam kalangan pelajar kita.



“Kami yakin bahawa elemen baharu dan menarik ini menggalakkan pelajar kita untuk memperlihatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan menyediakan platform yang kukuh untuk membolehkan mereka mengembangkan keupayaan mereka,” ujar Encik Zainal. 



Bagi Cabaran Memasak Kreatif yang akan berlangsung di kedua-dua peringkat negeri dan kebangsaan, para peserta diberikan pelbagai bahan ramuan masakan. Langkah ini bertujuan untuk mencabar kreativiti dan kemahiran memasak dalam kalangan chef muda ini. Chef-chef muda perlu menentukan sajian masakan mereka dengan bahan berdasarkan kreativiti mereka.

Pertandingan tahun ini akan memperkenalkan satu kaedah baharu dalam aspek pengadilan dan pemberian markah di mana para pelajar akan dinilai berdasarkan kemahiran kulinari dan kemahiran teknikal seperti penyajian makanan, persembahan makanan, kaedah masakan serta khasiat nutrisi sajian.Pelajar juga diberi peluang untuk mempersembahkan konsep disebalik sajian yang akan dihidangkan kepada panel pengadil dan penonton sekaligus menyemaikan minat memasak melalui persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan. MAGGI® telah melancarkan program MSSCC pada 1997 dengan matlamat untuk memupuk minat memasak dalam kalangan anak muda Malaysia dan menggalakkan amalan pemakanan yang sihat dan tabiat memasak yang baik. Setakat ini, lebih 10,000 sekolah serta 340,000 pelajar telah mengambil bahagian dalam acara ini dan mendapat pengetahuan dan kemahiran berkenaan makanan, nutrisi dan pemakanan sihat. 

Semasa upacara pelancaran, tetamu jemputan telah menyertai pelbagai aktiviti, termasuk paparan interaktif Kementerian Kesihatan Malaysia seperti Suku suku Separuh, 5 Warna Sehari dan Piramid Makanan Malaysia. Menerusi permainan dan aktiviti ini, peserta berpeluang untuk memperlihatkan kemahiran mereka sambil belajar tentang pentingnya pemakanan yang sihat dan diet yang seimbang. Wakil-wakil media juga diberi peluang untuk menguji kreativiti mereka dengan dua cabaran menyelesaikan masalah yang berlainan, ‘KREATIF Cooking’ dan ‘KREATIF 



Untuk maklumat lanjut tentang MSSCC, sila layari laman web https://www.maggi.com.my/bm/msscc-2019.

Mengenai Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI®
Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® diperkenalkan pada tahun 1997 dengan matlamat untuk memupuk minat memasak dalam kalangan pelajar sekolah menengah sambil meningkatkan kesedaran terhadap pentingnya makanan yang berkhasiat dan diet yang seimbang. Projek ini adalah kerjasama antara MAGGI®, Kementerian Pendidikan, guru Ekonomi Rumah Tangga, Unit Teknikal dan Vokasional Negeri, dan Unit Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri. Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® sejak acara tersebut dimulakan. Format yang menarik dan mencabar terus menarik penyertaan tahun demi tahun. 

Mengenai Nestlé Malaysia
Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Beribu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di 189 buah negara di seluruh dunia, dan seramai 328,000 orang kakitangan kami komited terhadap matlamat Nestlé, iaitu untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan serta memainkan peranan untuk membina masa depan yang lebih sihat. Prestasi kami dipacu oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami.  Menjana khasiat rakyat Malaysia sejak 1912, Nestlé telah meraih kepercayaan para pengguna kami menerusi jenama dan produk kami yang bermutu tinggi. Kami juga komited untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan masyarakat di mana kami beroperasi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan ketelusan produk Halal kami. Ini sejajar dengan janji kami untuk menawarkan GOOD FOOD, GOOD LIFE kepada semua. Untuk ketahui lebih lanjut tentang usaha kami menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad, sila layari http://www.facebook.com/NestleMalaysia
New Zealand Breaking News, Breaking My Heart, Breaking Every Muslim In The World | Assalammualaikum, Its a sad news when we heard about the crazy guy who gunshot our Muslim brothers and sisters in New Zealand recently.  It is a big shock to New Zealand the country known for being so peaceful and even my husband having attention to migrate there..arghhh wishing but we are not dare enough to leave our beloved Malaysia!

Got the text from whatsapp group that really touch me, even reading twitter thread from Khaled Beydoun really touch deep inside me but I tried to stop from dropping my tears..why? because how can I let people see me crying in the train!

Don't know who is Aunty Salmah Kassim, but perhaps she is my school mate relative who lives in NZ who wrote this yesterday and here I share the sadness there and here inside me and trust sadness within all Muslim around the world and others too!

Image result for innalillahiwainnailaihirojiun





Allahyarham Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17, our young Malaysian who was shot at Masjid AlNoor, Christchurh, New Zeland  #50lives

QUOTE
Taken from Aunty Salmah Kassim's post:
Assalamualaikum wrt Brothers and Sisters,
Kia ora koutou katoa ...
Today marks another sad day of our lives ini New Zealand. We witnessed burial of 10 more victims of the mass shooting.The earliest being a young boy, 15 years old, Sayyad Milne (Mom from Singapore, Dad a Kiwi) and our own Malaysian young boy of 17 years of age, Haziq Tarmizi.For the very first time in my life, I joined a congregation of 10 solat janazah in one day..it is so painful...Allahu... :(

Nevertheless, the support was overwhelming!
First, beginning from me crossing the road to get into my car, passing cars stopped from both sides to allow me to cross with such honour. Some drivers waved at me and some placed their hand on their heart. I was in a black abaya with black hijab. I have never felt this proud to walk in my hijab as I have felt today. That was my first tears.
Then, when my daughter Shafiqah Ilyana, her friends (Akil and Hakimah) and I arrived at the Memorial Park Cemetery, we were welcomed by Kiwi women volunteers in hijab, and the men with their hand on the heart with "Salam alaykum." Even female police officers were wearing hijab instead of their police hats. almost all female visitors came in hijab...all wearing hijab! I truly hope this sight will encourage more Muslim women to wear hijab because that is the requirement by Allah. If the Kiwis could understand wearing hijab reflect who we are as Muslims, this is the best time to put on your hijab for good. In shaa Allah. I sincerely make Du'a for all my sisters in New Zealand, Malaysia and wherever you are to not shy to wear the hijab. In shaa Allah.
Next, it was another heartbreaking moment to see one body after another being laid to rest. School girls and boys came with their moms, dads and some with teachers to pay their last respect to the fallen classmates. Some young students came in abayas and hijab (where did they get all the abayas and hijab??) Those with school uniforms also put on hijab as a sign of respect. It was a very touching and meaningful sight. Indeed it was a hijab day!

The hills surrounding the cemetery were almost solemn, covered with teary clouds. It was cold with a light drizzle of rain could almost tell us, how it was such a difficult separation from these martyrs. Thousands of people gathered and the men were taking every chances they could to lay the bodies to rest. Islamic scholars from around the world such as Sheikh Omar Suleiman, Sheikh Rafat, one Mufti from Australia were among the figures who performed solat janazah. How lucky the fallen must have felt. At that spur of moment, I cannot help feeling envious of these martyrs. I wonder who would attend mine and perform my solat janazah? :(

It was a painful sight to see parents having to bury their children because it is only natural to me if it is otherwise. Haziq's father (on wheelchair) who has just been discharged this morning from the hospital was seen escorting Haziq sadly to his final rest. Puan Marina was no where in sight at the cemetery today. But she had asked us friends to be there for her Haziq. Yesterday evening, Puan Marina, Haziq's mother whom I met for the very first time was also very calm although she told me Haziq was still missing. Alhamdulillah, though it must very painful for Puan Marina, at least she knows her loving Haziq is in the hand of Allah, heading towards jannah and would be waiting for her at the door of jannah.

Another strong mother, Sayyad Milne's mom, Kak Norani was calm, smiling away and telling people she is strong because of the tremendous support she is receiving. Alhamdulillah, Allah gave us this precious chance to be part of the martyrs' lives.
Most of the victims' families that I have spoken to had such amazing Iman and Taqwa. Added by the massive vigils held all over New Zealand, they felt that this is the best victory that they gained over this tragedy. In Dunedin itself, 18000 people turned up to show their support. Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Say (Prophet Muhammad SAW): I do not control for myself any harm, or any benefit except what Allah pleases; every nation has a term; when their term comes, they shall not then remain behind for an hour, nor can they go before (their time). Surah Yunus: 49 (Al Quran)

Tomorrow at 1.25pm, there will be a special speech by the Prime Minister, the lovely Jacinda Arden at Hagley Park, just outside the mosque. Then, there will be azan for Friday prayer which will be broadcasted on radio and TV in whole of New Zealand and I believe it will be broadcasted around the world too. Muslims (men and women) will perform solat outside Al Noor mosque, heavily guarded by police and human walls. The Kiwis would be guarding us while we pray, in shaa Allah. Who would ever thought this could happen? This is Allah's plan...we just have to husnudzon billah towards Allah The Almighty..
In shaa Allah at 4.00pm, there will be a mass burial at the Memorial Park Cemetery. Honestly, I don't know how I would feel ...I just don't know.



But still, I would like to share the aroha around us and sending them to all of you in Malaysia and all my friends and families where ever you are..
Hasbunallahu wani'mal wakiil.
Naku noā, na
Hjh Salmah Kassim
Ōtautahi, Aotearoa
#KiakahaAotearoa
#Arohanui
UNQUOTE
Bet all of us wanted to live paw-sitive life, who doesnt? Bet most of us have heard about collagen, what is the goodness of collagen through reading but I am very sure not many have tried collagen because too lazy and think that young people does'nt need it.  This is totally wrong, anyone at any age should start taking collagen, the supplement for our body.



There are many collagen in the market from famous brand to less famous too but most of the collagen always in form of a drink but this Hydrolyzed Fish Collagen by Nutri Bear 🐻 is made as granulated where you can add them in my favorite coffee or any kind of your favorite drink.  It dissolve very fast too!

Why did I choose this Hydrolyzed Fish Collagen By Nutri Bear 🐻 ? This was extracted from the scales of freshwater fish and it is pure hydrolyzed fish collagent supplement with a molecular weight of 3,000 daltons (making for easier absorption)



I mix 1 scoop into my favorite teh tarik or sometimes my homemade nescafe, stir and drink. The taste? is superb and most importantly..there is no smell. I just love it!

The product contains glycine, proline, hydroxyproline, alanine and arginine in higher-than-average doses so you can notice a visible difference in your health and these are much bear-ter and effective than other collagen selling in the market

As matter of fact there are interesting reason for me to consume The Bear Essential daily as my age is mounting up and I really need to make sure I can still be active and energetic and I trust that you should consider The Bear Essential collagen supplement too. the fact these premium granulated hydrolyzed Fish Collagen can help the following :

This Bear Essential collagen supplements is so good and it is im-paw-sible to imagine life without them and the un-bear-lievable result with this Premium Granulated Hydrolyzed Fish Collagen when you consume it daily to ensure the following for your body.
  • Strengthen joint and muscles
  • Hydrates skin to delay wrinkles & fine lines
  • Reduces pigmentation and lighten scars
  • Reduces cellulite for a more even appearance
  • Brightens your nail's surface to get rid of discoloration
  • Nourishes hair follicles for shiner, stronger strands
  • Youthful skin
  • Healthy body from the inside, out

Soft reminder from me! This is a supplement like the multivitamins and not magical pill or instant noodles ok!


Here some tips on how to use with other supplements:

  • When taken in conjunction with Vitamin C, hydrolyzed collagen can support the production of protein with the body - especially your skin, cartilage and organs
  • When taken in conjunction with Vitamin D, Calcium, Magnesium and Zinc, it will aid in the maintenance and repair of your bones over time


If you're looking for a more scientific dosage for you as an individual, we recommend this formula based on your body weight :

0.8g per day per kg (your weight in kgs)

bear in mind ya, it is actually quite hard to give a general proetein recommendation.  Daily protein recommend will depend on the body weight.  In order to calculate the recommend protein conisering collagen multiply 0.8 by the weight in kg and the  subtract 10g which equals the daily consumption of protein 0.8g/day/KG body weight

Ingredients :
Paw-sitively no additives, preservatives or nasies. Just pure Hydrolyzed Fish Collagen 250 000mg

Remember  that you body is your priceless possession, so take care of it.
Pertemuan pertama kali membangkitkan rasa amarah buat Razin Qayyim dan Thalea Aleesya yang sombong tapi pertemuan kedua dan pertolongan Razin keatas Thalea membuatkan hilang rasa marah Thalea malah dia terus jatuh hati kepada Razin walau masing-masing berharap itulah pertemuan pertama dan terakhir sejak pertemuan pertama..



Genre : Action, Thriller, 
Penulis : Karra Ryna
Mukasurat : 464
Harga : RM24
Penerbit : Love Novel Publishing


"Eh, aku ada banyak duit. Berapa banyak kau nak aku boleh bagi.  Semua benda aku boleh beli, faham?" - Thalea Aleesya
"Kalau macam tu, kau pergi beli otak yang pandai sikit, ganti otak sekarang. Bodoh sangat" - Razin Qayyim
Pertemuan mereka bermula dengan pertengkaran.  Thalea yang berlagak membuatkan Razin naik angin.  Namun, pertolongan Razin pada malam itu membuatkan Thalea terhutang budi.  Dia cuba mendekati Razin untuk membalasa budi lelaki itu, namun ada saja alasan Razin untuk menolak.
Kejadian demi kejadian mencambah rasa dua jiwa, Namun Razin cuba menidakkan.  Dia rasa dia tidak layak mengecap bahagia. Tidak mungkin dia melupakan dendam yang masih bersisa
Sesuatu yang telah berlaku terhadap bapa Thalea membuatkan sikap Razin mula berubah, dan dengan sedaya upaya dia cub a melindungi Thalea daripada bahaya. Kali ini dia mesti menang dan membela apa yang telah hilang
"Dengan apa yang jadi..aku yakin, selain aku..kau mampu lindungi Thalea, Jadi..aku nak tanya kau soalan terakhir, kau sudi tak jaga adik aku? Jadi suami dia?" - Hadif Alfian
Tawaran Hadif, abang Thalea membuatkan Razin mempersoalkan kemahuan hatinya.  Dia nekad dan pasti, inilah bahagia yang hatinya mahukan.
"Walaupun awak tak pernah tanya, tapi saya nak awak tahu..saya kahwin dengan awak sebab saya cintakan awak dan nak lindungi awak. Bukan simpati.." - Razin Qayyim
Namun, bahagia yang diidam terlalu banyak halangan.  Kisah silam sentiasa mengekori kebahagiaan yang mahu dicipta.  Ada manusia yang berdendam dan mahu Razin terus lenyap di dunia ini.  Setelah apa yang berlaku, adakah Razin akan memberi peluang pada hatinya semula? Adakah Razin akan terus memperjuangkan bahagia yang dia inginkan? Mampukah insan-insan tersayang menerima kisah silamnya, atau membuang jauh dirinya?>

Hidup Razin menjadi kelam kabut bila Thalea yang telah jatuh hati kepada cuba mendekati, ditambah dengan dendam Faris yang menjadi mangsa pukulan Razin sewaktu menyelamatkan Thalea malahan tindakan Faris membalas dendam.

Perkahwinan Razin dan Thalea akhirnya sampai ke pengetahuan Karl, sahabat paling rapat dan sama-sama membesar tapi akhirnya mengkhianati Razin. Dendam dan iri hati Karl terhadap Razin hingga sanggup menyeksa Razin yang dianggapnya pesaing utamanya kerana Razin sememangnya hebat. 

Penceraian yang sangat menyeksakan akhirnya terjadi bila Thalea termakan penipuan Karl meminta diceraikan walau Razin terlalu menyayanginya manakala Hadif diseksa dengan teruk hingga tidak sedarkan diri tapi agak pelik bila Pak Long dan Mak Long yang diculik sama tidak dicederakan langsung. Usai lafaz cerai Razin menghilangkan diri membawa lara dan melatih diri kerana dia tahu dia harus berdepan dengan Karl antara hidup atau mati. Kebenaran yang tidak sepenuhnya terbongkar bila Hadif sedar dan Thalea menyesal dan pelbagai usaha dicuba untuk memenangi hati si suami. Sayangnya kepada Thalea tidak pernah surut walau dia cuba menidakkanya.

Kelemahan Razin adalah Thalea dan bila Thalea diculik buat kali kedua, dia tahu dia  terpaksa berdepan dengan Karl tanpa sebarang senjata sebagai perisai dan Razin tewas dengan luka teruk hingga tidak sedarkan diri. Ketakutan Khalil adalah sekiranya Karl tidak mati dan ditangkap polis, rahsia Razin akan terbongkar tapi sebaliknya bila Karl menyerah diri dia mengaku atas semua kesalahan dan tidak membabitkan Razin. 

Rahsia Karl terbongkar apabila Andy memberitahu nama sebenar Karl kepada Khalil.  Memang berat dan menyeksakan buat seorang abang tapi tiada apa yang mampu dilakukannya.

Baca novel INI 


Pendapat?
Bila baca teasar penulis ni di Facebook, difikirkan Razin berkemungkinan telah melakukan suatu perbuatan yang kejam terhadap keluarga Thalea sampai semangat nak miliki naskah Karra Ryna ni sangat berkobar-kobar dan memang berbaloi sangat dan mampu membuat Umi menitiskan airmata dan senyum simpul dengan Razin dan Thalea. Sweet sangat bila Razin sebenarnya sudah jatuh hati pada Thalea yang juga menjadi kelemahannya.

Kisah kasih sayang Khalil serta Pak Long Ahnad dan Mak Long Fatimah terhadap Razin sangat menebal walau tidak diketahui asal usul Razin yang mereka temui sewaktu memancing. Malah kesan luka yang teruk di badan Razin dirawat tanpa ditanya penyebabnya.

Kalau dibaca dan dihayati memang ngeri segala jenis penyeksaan yang Karl lakukan kepada mangsa-mangsanya..memang seakan real terutama saat dia membunuh Tuan Qaiser ayah Razin yang sememangnya jahat membuat Razin, Karl dan yang lain-lain seperti hamba, dilatih menjadi pembunuh upahan dan tiada jalan keluar bagi mereka. Penceritaan tentang ketangkasan Razin yang hebat tanpa senjata cukup menarik

Kalau nak tulis ringkasan novel ni nanti tak la thrill sangat kan dan nanti ramai yang tak beli novel ni yang sememangnya worth to have!

Terbaiknya penceritaan dalam novel ni tak meleret-leret macam dalam sesetengah novel sampai kita rasa semput dah bosan. Yang pasti novel ni memang diulang kali baca sebab jalan cerita yang cukup menarik.

Persoalannya tiada yang jelas siapa yang mengupah Karl untuk membunuh bapa Thalea. Agak pelik bila Karl tidak mencederakan Pak Long dan Mak Long dan dia mengaku segala  kesalahan tapi memang faham kenapa jadi gitu. Nak tahu, kena la beli novel ni ya.

Lepas ni nak tunggu naskah terkini dn seterusnya dari penulis baru ni.

Rating : 5/5

Nak baca review novel yang lain, baca SINI
Pertama kali sambut hari lahir DH dengan keahlian yang tak penuh..mana taknya the girls semua berada di lokasi pembelajaran masing-masing, yang ada cuma 3 hero dan 2 heroin je. Rasa dah lama tak sambut birthday DH, tahun lepas sambut kat rumah je. Kalau ikut DH tak nak tapi bila di ajak ikut juga la dan lokasi yang Ayong Azmer cari ni sangat dekat dengan rumah.

Cafe Mikro, kepunyaan Nas dan sahabatnya Fahmi yang punya pengalaman dan berkongsi minat dan kalau nak tahu kisah menarik tentang kafe dan anak muda ni, boleh baca di SINI. Memang menarik dan lokasi kafe ni pun di Lorong Kedah, Taman Melawati, kawasan elit suatu ketika dulu dan masih lagi dan birthday boy pun orang Kedah...hehe what a coincidence! Selain KL, Shah Alam pun syurga makanan. List di sukamakanjalan sangat membantu

Cerita menarik baca di neufutur.com

Sampai kat kafe ni, nampak biasa-biasa jer dan kami duduk di luar sebab lebih santai. Well, datang nak makan lagipun perut dah berkeroncong maklumlah lepas solat Maghrib jer terus ke sini. Jom tengok apa yang kami makan ni.

Makan-Makan Di Cafe Mikro Untuk Sambut Birthday Boy
Spagetti Cabonara Chicken pilihan cikapplepie dan juga Angah Ammar (AA2) dan DH juga Spagetti Cabonara tapi dengan Daging dengan secangkir Latte.  Seperti biasa cikapplepie dengan Iced Chocolate and AA2 dengan Orange Juice.

Cabonara Pasta (Chicken or Beef) berharga RM20 memang agak pekat dengan cheese tak macam sesetengah cabonara tapi kalau yang tak suka banyak cheese akan cepat muak. Sedap! kata cikapplepie tapi yang tak sedap ada yang nampak macam daging goreng tapi bila dimakan rasa pahit..hehe. Apa yang ada dalam setiap carbonara ni? selain spagetti, ayam atau daging, bahan lain adalah basil pesto, roasted nuts, cherry tomato, pucuk manis, parmesan dan deep friend aubergene (terung purple) yang dipotong kecil dan rasa agak pahit la tapi Umi ok jer

Rating : 4/5

Makan-Makan Di Cafe Mikro Untuk Sambut Birthday Boy

Beef Bowl yang sedap dan simple untuk Ayong Azmer (AA1) yang memang jaga pemakanan serta sebotol air mineral untuknya dah mencukupi. Dengan harga RM22, beef bowl ni mengandungi Beef teriyaki, deep friend cauliflower with citrus sauce, poached eggs, crispy kale, mixed white-glutinious rice. Portion yang cukup sebagai pelapik perut je kalau untuk Umi haha. 

Rating : 4.5/5

Makan-Makan Di Cafe Mikro Untuk Sambut Birthday Boy
Yeaa dah lama tak makan Pesto Pasta kan, jadi Umi pilih Beef Pesto dengan Spagetti, basil pestoroasted nutscherry tomato, pucuk manis, parmesan dan deep fried aubergene yang berharga RM20 sahaja manakala untuk minuman Umi pilih secangkir Lemon Grass Tea..dah makan berminyak kena la minum teh gini kan.  Sedap dan lazat, semestinya amat disyorkan tapi kalau sesiapa tak pernah makan, jangan makan takut tak biasa dengan rasanya.

Rating : 4.5/5



This is us, hanya berlima je.  Cake? just a slice of lemon cheese cake with pistachio yang sedap.  Bila share dekat family whatsapp..haha Cik Meya terliur sebab ni la kek favorite dia. DH terkejut tapi tak la terkejut sangat

Add caption
So sesiapa nak mencuba mai la sini, nak parking kereta pun mudah, tak payah pening kepala sebab by the time kami sampai orang ramai dah keluar balik


Waktu perniagaan : setiap hari 8 pagi hingga tengah malam

FACEBOOK | INSTAGRAM | 016-636 3698

320, Jalan Bandar Melawati, Melawati Square, Pusat Bandar Melawati, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur

Safi® Expert Solution Mengurangkan Bintik Hitam Dan Melambatkan Proses Penuaan | Tak kira berapa usia kita, pastiknya ramai yang sangat bimbang dengan bintik hitam di wajah dan bila usia makin menganjak, wajah kita pun mengalami proses penuaan semulajadi.  Siapa tak susah hati bila kekadang tu masih muda tapi wajah nampak lebih tua sebab apa? antaranya sebab kita terlalu terdedah secara langsung pada sinaran matahari yang membuatkan kulit kekeringan dan seterusnya menyebabkan bintik hitam hingga membuat wajah kelihatan kurang menarik dan tampak lebih berusia.

Bagaimana bintik hitam terjadi? Ianya terjadi disebabkan oleh kekerapan terdedah  kepada sinaran matahari serta proses penuaan secara semulajadi yang kemudian wajah mulai mendapat tanda hitam, tanda UV dan jeragat

Usah risau, kini Safi® Expert Solution memperkenalkan produk terbarunya iaitiu Anti Hyper Pigmentation dan Bio Skin Moisturiser yang mengurangkan bintik hitam serta garis penuaan wajah dan pastinya ramai yang tertunggu untuk mendapatkan produk ni.

Safi® Expert Solution Terbukti Mengurangkan Bintik Hitam Dan Melambatkan Proses Penuaan

Intensive Ampoules - Anti Hyper Pigmentation
Terbukti secara klinikal, mengurangkan bintik hitam pada wajah seawal masa 2 minggu sahaja. 

Ujian secara klinikal mengesahkan keberkesanan produk Safi® Expert Solution ini dapat
  • 85.7% mengurangkan tanda hitam
  • 100% memperbaharui kulit
  • 100% keanjalan kulit
  • 91.7% kulit bersinar
  • 100% penambahbaikan tona kulit wajah.


TIADA  Mineral Oil | TIADA  Alkohol | TIADA  Silicone | TIADA Paraben | TIADA Ujian Haiwan


Cara Penggunaan
Pastikan muka dicuci dengan bersih sebelum memakainya

Langkah 1 - Titiskan beberapa titisan ampoules Renewal Hydra Complex  keatas telapak tangan, lekapkan pada ke seluruh muka hingga terasa terserap keseluruhan dan kemudian

Langkah 2 - titiskan Supreme Anti-Spots Complex ke tapak tangan dan sapukan ke muka dengan arah menaik (upward strokes)

Saranan :
Safi® Expert Solution Intensive Ampoules sewajarnya digunakan secara berulang untuk menghalang terjadinya tanda hitam


Safi® Expert Solution Terbukti Mengurangkan Bintik Hitam Dan Melambatkan Proses Penuaan

Safi® Expert Solution Terbukti Mengurangkan Bintik Hitam Dan Melambatkan Proses Penuaan


Bio Skin Moisturiser - Anti Photo Ageing Lines
dicipta dengan Liquid Crystal Techonolgy bagi menggalakan sebagai penapis terhadap sinaran UV melebihi 90%, radikal bebas dan pencemaran serta berfungsi sebagai penghalang garis penuaan dan kedutan disebabkan oleh sinaran UV, radikal bebas, pencemaran yang akhirnya menyebabkan kekedutan wajah, kulit kekeringan serta tona kulit wajah menjadi tidak sekata.


TIADA  Mineral Oil | TIADA  Alkohol | TIADA Ujian Haiwan

Bio Skin Moisturiser ini mengekalkan kelembapan pada kulit wajah dan melindungi kulit wajah.  Menariknya produk ini tidak berminyak kerana diformulasi dengan Amino Peptides. Bio Skin Moisturieser amat sesuai bagi mereka yang seringkali berada dan mengadakan aktiviti di luar rumah.

 Cara Pengunaannya:

  • Letakkan krim ke muka dan leher yang telah dibersihkan
  • Sapu dengan mengurut lembut dalam gerak bulatan sehingga krim menyerap ke dalam kulit muka

Safi® Expert Solution Terbukti Mengurangkan Bintik Hitam Dan Melambatkan Proses Penuaan

Pendapat Dan Pengalaman Menggunakannya
Safi® Expert Solution dengan Anti Hyper Pigmentation dan Bio Skin Moisturiser membuatkan kulit lebih anjal, tona wajah tidak lagi nampak kusam dan paling mengujakan bila bintit hitam tampak makin cerah malahan produk ini tidak melekit malahan meresap terus kedalam kulit dengan sangat mudah.

Dah gitu semangat kerja terus berkobar-kobar dan self esteem (harga diri bukan tinggi diri) makin tinggi jugak la. Jadi dapatkan produk ni di mana-mana pasaraya terpilih dan cubalah dan lihat perbezaan wajah sendiri!

Safi® Expert Solution akan dilancarkan tidak lama lagi jadi produk ni belum penjualan di mana-mana lagi, so stay tune!

#safiexpertsolution #safimalaysia

Assalammualaikum, salam Jumaat yang barokah



Seringkali Kita Bertanya, Kenapakah Kita Sering Di Uji?


KITA BERTANYA :KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3 


KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? 

QURAN MENJAWAB "Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216 

 KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI? 

QURAN MENJAWAB "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. " - Surah Al-Baqarah ayat 286 


KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST? 

QURAN MENJAWAB : "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139 


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? 

QURAN MENJAWAB : "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). " 


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? 

QURAN MENJAWAB : "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45 


KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI? 

QURAN MENJAWAB : "Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ? - Surah At-Taubah ayat 111 


KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? 

QURAN MENJAWAB : "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. " - Surah At-Taubah ayat 129 


KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!! 

QURAN MENJAWAB : "... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." - Surah Yusuf ayat 12 

Nota: Peringatan ini diterima dari sahabat yang prihatin pada saya, jadi saya sebarkan peringatan ini untuk ingat mengingati kepada kebenaran dan semoga bermanafaat buat semua
Tempoh hari tengok Sufian Suhaimi lepak kat sini lepas AJL33 rasanya untuk sesi temubual la kan antaranya dia pemenang persembahan terbaik dengan lagu Di Matamu yang rata peminatnya tak boleh move on dengan lagu dan move on dengan apa yang terjadi antara dia dan Elfira Loy..hey move on la you guys..sama jugak dengan Sufian Suhaimi tau!

Hehe sebenarnya nak kongsi pasal port makan sedap kat KL Ecocity ni yang dah dua kali UF dan kawan pejabat pergi dalam tempoh dua minggu..tak lain tak bukan kat Tovista.  

Makanan Western Dengan Harga Berpatutan Di Tovista KL Eco City
Banner kat luar cafe memang nampak menarik dan menggamit kami untuk berkunjung! Asyik lalu lalang tapi tak singgah sebab kiranya waktu tengahhari memang full house

Makanan Western Dengan Harga Berpatutan Di Tovista KL Eco City

Grilled Lamb dihidangkan dengan semestinya daging kambing yang cukup lembut bila dihiris dan mudah dikunyah dengan coleslaw dan paling UF suka ada mint sauce yang sangat kena ada kalau makan dengan kambing bakar.  Sos cendawan lada hitam tu dicurah melimpah dengan begitu mewah sekali ahakss dan tak lupa ada mashed potato yang selambak! Dengan harga RM19.90 kita dapat segelas ice lemon tea semestinya sangat berbaloi kan.  Memang puas hati tapi sos tu sedikit masin, rasanya deria rasa tukang masak ada sikit masalah kot...anyway, makanan tu habis la dan

Rating : 9/10

Makanan Western Dengan Harga Berpatutan Di Tovista KL Eco City

Tovista Chicken Percik dengan harga RM17.90 termasuk ice lemon tea, ada nasi (semestinya), ayam yang digrill, sayur ala western dan kuah percik. Part ayam tu memang sedap la tapi kuah percik tu agak manis tapi habis la jugak dimakan dek Kamilia ni..hehe

Rating : 8/10

Dan semalam kami repeat kat sini lagi sebab UF dah target nak makan Chicken Chop dan kali ni kami bertiga bukan lagi berdua..ehehe


Makanan Western Dengan Harga Berpatutan Di Tovista KL Eco City
Memang UF kalau sampai ke kedai makan mesti tak jadi apa yang diingini...this is so me! haha.  dan UF tetiba rasa nak makan Grilled Chicken  walau sebenarnya nak makan Grilled Lamb sebenarnya hehe. Simple dan sedap dengan mashed potato dan coleslaw tapi yang tak bestnya sos mushroom black pepper dia sikit...sangat.  Overall makanan yang berharga RM19.90 dengan ice lemon tea ni sedap. Rating : 8.5/10 
Makanan Western Dengan Harga Berpatutan Di Tovista KL Eco City

Fish and Chips pilihan Kamilia kali ni tanpa ragu-ragu tapi bila dah makan memang dia frust sebab sour cream tu memang tak kena dan UF sempat la rasa...hurm pelik tapi rasanya mungkin lebih sedap kalau Kamila perahkan lemon banyak sikit keatas ikan dan sedikit ke dalam sos tu. Part ni memang nampak dia tak puas hati sangat walau agak habis la jugak dia makan..eh ada tinggal la jugak.  Hisyy rezeki mana boleh tak makan kan apatah lagi dibayar dengan duit keringat kerja kan.

Rating : 5/10

Makanan Western Dengan Harga Berpatutan Di Tovista KL Eco City

Urban Duck Pasta pilihan Michelle yang menurut dia biasa-biasa aje. Tak boleh komen banyak sebab UF tak sibuk nak merasa sebab makanan sendiri lebih sedap. Mungkin kalau lain kali boleh la cuba kot. Mungkin tak sedap betul dan tak kena dengan selera dak Amoi ni sebab dia pun tak habiskan makanan tu.

Rating : unknown

Ada lagi banyak yang tak menu yang boleh dicuba lain kali, tu pun kalau UF nk mencuba tapi rasanya kalau dah tau Grilled Lamb tu sedap..harus la makan lagi kan.


Makanan Western Dengan Harga Berpatutan Di Tovista KL Eco City
Cafe agak kecil dan boleh muat dalam 30 orang kot dalam satu masa tapi agak selesa kalau ada date hehe

Makanan Western Dengan Harga Berpatutan Di Tovista KL Eco City
Di sebelah kanan tu ada ruang untuk menikmati makanan di Tovista ni, dengan ruang yang tidak terlalu besar tapi cukup menarik sambil makan sambil melihat orang lalu lalang kat depan cafe ni.
Makanan Western Dengan Harga Berpatutan Di Tovista KL Eco City

Makanan Western Dengan Harga Berpatutan Di Tovista KL Eco City
Ni la dia banner yang terletak kat tepi dan depan cafe Tovista ni untuk dipilih dan selain dari tu boleh jugak makan ala carte.

Jadi sesiapa nak ke sini, naik LRT arah Kelana Jaya dan turun di stesen Abdullah Hukum dan cafe ni terletak didalam bangunan KL Ecocity Mall dan di KL Gateway Mall.



Assalammualaikum, selamat pagi



HIDUP INI HANYA KERTAS?

Hidup yang bagai kertas.

Kehidupan kita berkesinambungan  dengan kertas-kertas,

seiring waktu yang berlalu, dirobek, kemudian dibuang.
.
Dunia itu semuanya terdiri dari kertas-kertas.
.
Berapa banyak orang bersedih kerana "kertas-kertas" yg dimilikinya.
.
Dan berapa banyak orang begitu bahagia dengan "kertas-kertas" yang dimilikinya. Wang, sijil-sijil yang begulung-gulung.

Tetapi, ada satu lembaran kertas yg tidak akan dilihat oleh pemiliknya, iaitu:
SIJIL KEMATIAN DAN KERTAS CATATAN AMALANNYA
.
Maka persiapkanlah untuk menerima kertas itu, kerana itu adalah "KERTAS" terpenting dan terakhir.

Sahabat Ali bin Abi Thalib radhiallahu 'anhu berkata:

Dua hal yg tidak akan kekal dalam diri seorang mukmin: masa mudanya dan kekuatannya.

Dan dua hal yg berguna untuk setiap mukmin: akhlak yang mulia dan jiwa yang lapang.

Ada tiga fasa hidup yg nampak unik:

1. Masa remaja: anda punya waktu dan kekuatan tetapi tidak berduit.

2. Masa bekerja: anda punya harta, kekuasaan dan kekuatan, tetapi tak cukup waktu.

3. Masa tua: anda punya harta dan punya waktu, tetapi tak ada kekuatan, tidak lagi berkuasa.
.
Inilah kehidupan, ketika kita mendapat sebuah nikmat. Maka akan hilang nikmat lainnya kecuali bagi kita yg mahu bersyukur.

Barangkali kita merasa bahawa kehidupan orang lain, selalu lebih baik dari kehidupan kita!

Sementara orang lain pun meyakini, bahwa kehidupan kita lebih baik dari mereka.

Hal itu disebabkan kita melupakan hal yg sangat penting dalam hidup kita, iaitu bersikap Qana'ah (mensyukuri apa yang kita miliki), mahupun kita didalam kesulitan.
.
Seandainya ada kedai yang menjual kebahagiaan, kita akan melihat orang-orang akan berebut mendatanginya, kemudian membelinya meskipun sanggup dengan harga yang begitu mahal.

Mereka lupa bahawa kebahagiaan itu ialah dengan menyempurnakan rasa syukur dan sabar menerima takdir kehidupan ini dikala kesusahan mahupun didalam waktu senang lenang diiringi do'a dalam setiap langkah2 usaha kita.

Beribadah kepadaNya dengan ketundukan dan kepatuhan.

Sedarilah bahwa masih ada satu "kertas" lagi yg akan kita terima iaitu kertas catatan amal ibadah kita dan catatan dosa-dosa kita.

Semoga perkongsian ini, menjadi penanda aras buat kita semua, agar sentiasa bersedia dengan ilmu yang benar dan sahih dalam menghadapi cabaran KERTAS yang mampu menguasai harga diri seseorang di sana nanti.

Barakallahu fikum.

Hidup Ini Hanya Kertas

by on Friday, March 01, 2019
Assalammualaikum, selamat pagi HIDUP INI HANYA KERTAS? Hidup yang bagai kertas. Kehidupan kita berkesinambungan  dengan kertas-kerta...

Journey

Interesting News