Tuesday, 5 March 2019

Makanan Western Dengan Harga Berpatutan Di Tovista KL Eco City

Tempoh hari tengok Sufian Suhaimi lepak kat sini lepas AJL33 rasanya untuk sesi temubual la kan antaranya dia pemenang persembahan terbaik dengan lagu Di Matamu yang rata peminatnya tak boleh move on dengan lagu dan move on dengan apa yang terjadi antara dia dan Elfira Loy..hey move on la you guys..sama jugak dengan Sufian Suhaimi tau!

Hehe sebenarnya nak kongsi pasal port makan sedap kat KL Ecocity ni yang dah dua kali UF dan kawan pejabat pergi dalam tempoh dua minggu..tak lain tak bukan kat Tovista.  

Makanan Western Dengan Harga Berpatutan Di Tovista KL Eco City
Banner kat luar cafe memang nampak menarik dan menggamit kami untuk berkunjung! Asyik lalu lalang tapi tak singgah sebab kiranya waktu tengahhari memang full house

Makanan Western Dengan Harga Berpatutan Di Tovista KL Eco City

Grilled Lamb dihidangkan dengan semestinya daging kambing yang cukup lembut bila dihiris dan mudah dikunyah dengan coleslaw dan paling UF suka ada mint sauce yang sangat kena ada kalau makan dengan kambing bakar.  Sos cendawan lada hitam tu dicurah melimpah dengan begitu mewah sekali ahakss dan tak lupa ada mashed potato yang selambak! Dengan harga RM19.90 kita dapat segelas ice lemon tea semestinya sangat berbaloi kan.  Memang puas hati tapi sos tu sedikit masin, rasanya deria rasa tukang masak ada sikit masalah kot...anyway, makanan tu habis la dan

Rating : 9/10

Makanan Western Dengan Harga Berpatutan Di Tovista KL Eco City

Tovista Chicken Percik dengan harga RM17.90 termasuk ice lemon tea, ada nasi (semestinya), ayam yang digrill, sayur ala western dan kuah percik. Part ayam tu memang sedap la tapi kuah percik tu agak manis tapi habis la jugak dimakan dek Kamilia ni..hehe

Rating : 8/10

Dan semalam kami repeat kat sini lagi sebab UF dah target nak makan Chicken Chop dan kali ni kami bertiga bukan lagi berdua..ehehe


Makanan Western Dengan Harga Berpatutan Di Tovista KL Eco City
Memang UF kalau sampai ke kedai makan mesti tak jadi apa yang diingini...this is so me! haha.  dan UF tetiba rasa nak makan Grilled Chicken  walau sebenarnya nak makan Grilled Lamb sebenarnya hehe. Simple dan sedap dengan mashed potato dan coleslaw tapi yang tak bestnya sos mushroom black pepper dia sikit...sangat.  Overall makanan yang berharga RM19.90 dengan ice lemon tea ni sedap. Rating : 8.5/10 
Makanan Western Dengan Harga Berpatutan Di Tovista KL Eco City

Fish and Chips pilihan Kamilia kali ni tanpa ragu-ragu tapi bila dah makan memang dia frust sebab sour cream tu memang tak kena dan UF sempat la rasa...hurm pelik tapi rasanya mungkin lebih sedap kalau Kamila perahkan lemon banyak sikit keatas ikan dan sedikit ke dalam sos tu. Part ni memang nampak dia tak puas hati sangat walau agak habis la jugak dia makan..eh ada tinggal la jugak.  Hisyy rezeki mana boleh tak makan kan apatah lagi dibayar dengan duit keringat kerja kan.

Rating : 5/10

Makanan Western Dengan Harga Berpatutan Di Tovista KL Eco City

Urban Duck Pasta pilihan Michelle yang menurut dia biasa-biasa aje. Tak boleh komen banyak sebab UF tak sibuk nak merasa sebab makanan sendiri lebih sedap. Mungkin kalau lain kali boleh la cuba kot. Mungkin tak sedap betul dan tak kena dengan selera dak Amoi ni sebab dia pun tak habiskan makanan tu.

Rating : unknown

Ada lagi banyak yang tak menu yang boleh dicuba lain kali, tu pun kalau UF nk mencuba tapi rasanya kalau dah tau Grilled Lamb tu sedap..harus la makan lagi kan.


Makanan Western Dengan Harga Berpatutan Di Tovista KL Eco City
Cafe agak kecil dan boleh muat dalam 30 orang kot dalam satu masa tapi agak selesa kalau ada date hehe

Makanan Western Dengan Harga Berpatutan Di Tovista KL Eco City
Di sebelah kanan tu ada ruang untuk menikmati makanan di Tovista ni, dengan ruang yang tidak terlalu besar tapi cukup menarik sambil makan sambil melihat orang lalu lalang kat depan cafe ni. Ruang kafe ini dihiasi dengan jubin tile rumah yang cantik.
Makanan Western Dengan Harga Berpatutan Di Tovista KL Eco City

Makanan Western Dengan Harga Berpatutan Di Tovista KL Eco City
Ni la dia banner yang terletak kat tepi dan depan cafe Tovista ni untuk dipilih dan selain dari tu boleh jugak makan ala carte.

Jadi sesiapa nak ke sini, naik LRT arah Kelana Jaya dan turun di stesen Abdullah Hukum dan cafe ni terletak didalam bangunan KL Ecocity Mall dan di KL Gateway Mall.




8 comments:

  1. Wahhh... Tak pernah LeYa sampai dan makan kat sini. Ermm... Biasa la tu kan.. Ade yg sedap ditekak kita tapi xsedap di pihak orang. Citarasa org kan berbeza. Mungkin bokeh dicuba dan rasa apa yg menarik buat LeYa pulak nanti

    ReplyDelete
  2. wah wah wah... tgk presentation the foods menarik sgt

    ReplyDelete
  3. wow sedapppnya..menyelerakan tu..lapar pulak malam2 ni tgk entry makanan

    ReplyDelete
  4. Tengok ratting akak bagi cantik. Bererti best setiap menu yang dipesan.

    ReplyDelete
  5. Grilled Lamb dia menngancam betul! huhu

    ReplyDelete
  6. wow menariknya boleh try la nanti

    ReplyDelete
  7. fuhhhhh lapaq terus kami kat sini yg dok tengok gambaq ni. hahahahaha

    ReplyDelete
  8. Mak ai semua nampak mengancam UF oi. Lagi2 grilled lamb dia. Ngences kita. Harga pun murah je.

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!