Tuesday, 30 April 2019

Tuesday, April 30, 2019 7

Rangkaian SAFI DERMASAFE Sesuai Untuk Kulit Sensitif

Rangkaian SAFI DERMASAFE Sesuai Untuk Kulit Sensitif | SAFI DERMASFE merupakan kesinambungan produk kecantikan dari SAFI, jenama Halal No 1 Malaysia dan diperakui Tanpa Paraben, Tanpa Pewangi, Tanpa Pewarna, Tanpa Minyak Mineral, Tanpa Alkohol - Tidak Diuji keatas haiwan dan kesemua rangkaian produk ini mengandungi ekstrak Likuoris dan Chamomile.

Antara produk Safi yang cukup menarik iaitu Safi® Expert Solution, klik SINI

Rangkaian SAFI DERMASAFE ni didatangkan dengan 5 produk iaitu SAFI DERMASAFE Mild & Gentle Gel Cleanser, SAFI DERMASAFE Gentle Care Mousse Cleanser, SAFI DERMASAFE Hydrate & Refresh Booster Mist, SAFI DERMASAFE Soothe & Hydrate Day Moisturiser dan SAFI DERMASAFE Rehydrate & Recover Night Moisturiser.

Rangkaian inovasi kecantikan daripada SAFI adalah hasil komitmen berterusan di dalam penyelidikan dan pembangunan produk oleh SERI (SAFI Excellence in Research and Innovation) makmal produk HALAL terbesar di dunia.

Rangkaian SAFI DERMASAFE Sesuai Untuk Kulit Sensitif
Peningkatan usia bukan bermakna kita harus mengabaikan kesihatan kulit wajah kerana kulit wajah yang berseri akan menambahkan rasa keyakinan pada diri terutama bila kita perlu berinteraksi dengan orang ramai tapi pastikan kita menggunakan produk yang bersesuaian supaya kulit wajah kelihatan sekata, tidak kusam dan berseri. 

Peluang mencuba rangkaian pembersih wajah Safi Dermasafe ini memang cukup menarik dan sangat disyorkan buat mereka yang berkulit sensitif juga dan apa yang pasti harganya juga berpatutan. 


SAFI DERMASAFE Mild & Gentle Gel Cleanser 
Pembersih muka Gel Cleanser ditampilkan berbentuk gel pembersih dengan diperkaya dengan ekstrak Likurois dan Chamomile, membersihkan kulit secara mendalam sambil mengurangkan kemerahan dan kerengsaan pada wajah serta memberi keselesaan pada kulit. Secara keseluruhannya ia membantu mengekalkan keseimbangan dan kelembapan kulit agar kulit lebih sihat dan berseri.

Rangkaian SAFI DERMASAFE Sesuai Untuk Kulit Sensitif

Cara Penggunaan:
Picit sedikit ke tapak tangan dan gosok dengan sedikit air sehingga berbuih.  Urut muka dengan lembut sebelum membilas muka.  Bagi mendapatkan hasil yang optimum, lengkapkan rutin penjagaan kulit muka dengan menggunakan rangkaian produk penjagaan kulit muka SAFE DERMASAFE


SAFI DERMASAFE Gentle Care Mousse Cleanser
Pembersih muka dengan buih lembut dan sangat ringan. Diperkaya dengan ekstrak Likuoris dan Chamomile, pembersih muka ini membersihkan kulit dengan mendalam sambil mengurangkan kemerahan dan kerengsaan untuk memberi keselesaan pada kulit wajah.

Menariknya pembersih muka ini tidak menjadikan kulit kering dan anti pencemar ini membantu melindungi kulit dari pencemaran alam sekitar (Anti-PM2.5) disamping mengekalkan kelembapan kulit supaya kelihatan segar dan berseri.

Rangkaian SAFI DERMASAFE Sesuai Untuk Kulit Sensitif
Harga RM28.90 / 150ml

Cara Penggunaan:
Hanya perlu pam sekali ke tapak tangan dan dioles ke muka dengan cara mengurut lembut ke serata wajah dan kemudian dibilas dan pasti kita dapat rasai kelembapan kulit wajah.


SAFI DERMASAFE Booster Mist
Bertindak seperti toner dan pelembab, semburan booster ini dikenakan sebelum mengenakan solekan ke wajah.  Diperkaya dengan ekstrak Likouis dan Chamomile, booster mist ini mempunyai kebaikan 2 dalam 1 yang bertindak sebagai pemangkin dalam mengekalkan kelembapan pada wajah serta memperkuat struktur, melindungi kulit dari pencemaran dan membolehkan solekan kekal lama


Rangkaian SAFI DERMASAFE Sesuai Untuk Kulit Sensitif
Harga : RM39.90 / 100ml

Cara Penggunaan:
Pejamkan mata dan sembur ke wajah sebanyak 1 hingga 2 kali dan biarkan kering dengan sendirinya,  Penggunaannya adalah untuk memastikan solekan tahan lama serta memberikan rasa kesegaran segera. Bagi mendapatkan hasil yang optimum, lengkapkan ruitn penjagaan kulit mukda dengan menggunakan rangkaian produk penjagaan kulit muka SAFE DERMAFE



SAFI DERMASAFE Soothe Hydrate Day Moisturiser
Bagi mengekalkan kelembapan wajah di sianghari, SAFI DERMASFE Soothe Hydrate Day Moisuriser yang diperkaya dengan ramuan semulajadi ekstrak Likuoris dan Chamomile ini sememangnya amat menyegarkan, tidak berminyak dan mudah menyerap ke dalam kulit serta menjadikan kulit kekal lembap sepanjang 24 jam. Ianya turut diperkaya dengan Hyaluronic Acid untuk mengekalkan kelembapan dan kelembutan kulit sepanjang hari.


Rangkaian SAFI DERMASAFE Sesuai Untuk Kulit Sensitif
Harga : RM35.90 / 50g

Cara Penggunaan:
Picit sedikit dan oleskan ke wajah dan leher selepas dibersihkan.  Sapu dengan cara urutan perlahan dengan gerakan putaran.  Untuk hasil yang optium, disyorkan produk ini digunakan selepas membersihkan wajah dengan SAFI DERMASAFE Mousse Cleanser atau SAFI DERMASAFE Booster Hydrate & Refresh


SAFI DERMASAFE Night Moisturiser


enjagaan kulit bukan hanya di waktu sianghari tapi juga di malam hari dan bagi mengelakkan kulit menjadi kering ketika tidur, jadi sapulah pelembap malam SAFI DERMASAFE Night Moisturiser bagi mengelakkan kekeringan kulit terutama sewaktu tidur didalam bilik berhawa dingin.  Ekstrak dari Likuoris dan Chamomile yang terdapat didalam produk ini memang mudah meresap ke dalam kulit dan membantu merawat kulit tanpa meninggalkan kesan minyak terutama ketika kita sedang tidur.  Ianya juga diperkaya dengan Niacinamide untuk mengukuhkan dan mengawal struktur kulit. 

Rangkaian SAFI DERMASAFE Sesuai Untuk Kulit Sensitif
RM48.90 / 50g

Cara Penggunaan:
Oleskan ke wajah dan leher setelah dibersihkan dengan mana-mana produk SAFE DERMAAFE Mousse Cleanser atau pembersih muka Gel Cleanser, diurut secara perlahan-lahan dengan gerak putaran.  Kemudian dibilas dengan air bersih dan boleh dirasai kesegarannya.


Rangkaian SAFI DERMASAFE Sesuai Untuk Kulit Sensitif

Rangkaian produk SAFE DERMASFE ini boleh didapati secara ekslusif di semua kedai WATSONS, - rangkaian farmasi dan toki produk penjaggan diri terbesar di Malaysia dan juga farmasi serta pasaraya di seluruh Malaysia.

Wednesday, 24 April 2019

Wednesday, April 24, 2019 4

Thailand Celebrates 4 Million Arrivals of Malaysian Tourists

Thailand Celebrates 4 Million Arrivals of Malaysian Tourists | Gala Dinner “Thanks 4 Million – Let’s Celebrate Songkran Festival” organized by Tourism Authority of Thailand recently at Mandarin Oriental Hotel Kuala Lumpur, to mark its success in welcoming 4 million Malaysians into Thailand in 2018, which generated revenue of 114,896 million Baht or approximately 14,730 million Ringgit to Thailand. This year, TAT continues to reposition Thailand as a Quality Leisure Destination that provides the utmost enjoyable experiences to suit all of Malaysians’ preferences. This event is presided over by H.E. Mr. Narong Sasitorn, Ambassador of Thailand to Malaysia.

Thailand Celebrates 4 Million Arrivals of Malaysian Tourists


Thailand Celebrates 4 Million Arrivals of Malaysian Tourists


Thailand Celebrates 4 Million Arrivals of Malaysian Tourists


“This event is organized to extend our thanks to our partners, namely Airlines, Media, Travel Agents and Car Clubs and everyone involved, for their kind contribution and on-going supports that made us achieve the 4 Million arrivals in 2018. This year, our objective is to position Thailand as a Quality Leisure Destination. Our current campaign ‘Open to the new shades’ portrays that Thailand has many to offer to tourists in terms of Culture, Arts & Crafts, Nature, Beach, Gastronomy and the way of life. Most importantly we would like to promote Thai local experiences, things like midnight Tuk Tuk food tour, local floating markets, night markets, and experiencing local way of life; these are the things that are uniquely Thai you can’t get anywhere else in the world. We believe that Thai people truly are what makes Thailand unique. Experiences that connect travelers with the locals create authentic and meaningful memories".
“As we are neighbors, Thai people shares many things in common with Malaysians. We are very content to see that Malaysians love Thai food. Research reported that 97.94% of Malaysians travel to Thailand for food. Hence, our wide variety of gastronomy choice suits many different tastes of Malaysians very well – from HALAL-Certified food, street food, fine-dining to Michelin Star restaurants”. Mr. Chattan Kunjara Na Ayudhya, Deputy Governor of TAT.
Thailand Celebrates 4 Million Arrivals of Malaysian Tourists

Thailand Celebrates 4 Million Arrivals of Malaysian Tourists

Songkran Festival which is Thai New Year falls on every April is a water festival in Thailand was showcased during the celebration with spectacular cultural performances and Yasmin Hani, the renowned celebrity also share her family memorable holiday experience in Thailand.

Malaysian who traveled frequently Thailand can now opt to new emerging cities like Mae Hong Son, Satun, Yala (Betong) and Chiang Rai that currently having direct flight from Kuala Lumpur.
Wednesday, April 24, 2019 8

Resepi | Wadai Kepeng Atau Putri Mandi

Masa berborak dengan mak tempohhari sambil dia menjamu selera dengan Kuih Badak Berendam Ekspress (baca SINI), sempat mak cakap lama tak makan Wadai Kepeng sambil mengunyah tu UF sambil bertanya apa bahan yang diperlukan.  Seingat UF memang pernah makan, tapi makan sebab tu hidangan yang dibuat untuk minum petang masa dulu dan UF bukanlah orang yang rajin bab memasak ni. Tapi bila terfikir mak ada sebut, terus terasa nak buat, lagipun bukan susah mana pun.


Resepi | Wadai Kepeng Atau Putri Mandi

Bahan-bahan
1 cawan tepung pulut
Secubit garam
Air secukupnya


Bahan untuk kuah
1 ketul gula gerek
2 cawan santan pekat
1 cawan air
sedikit garam


Cara membuatnya:

  • Tepung pulut dan garam digaul dengan air sedikit demi sedikit. Adunan diuli supaya menjadi doh yang tak melekat di tapak tangan (macam kita buat kuih buah melaka). Kemudian cubit doh, bulatkan dan tekan dibahagian tengah dan akan kelihatan seperti gambar dibawah ni
Resepi | Wadai Kepeng Atau Putri Mandi

  • Masukkan gula gerek, air, sedikit garam serta daun pandan yang telah disimpulkan ke dalam periuk dan buka api perlahan.  Bila gula gerek telah larut dan air mendidih, masukkan doh satu-satu supaya jangan melekat. Doh akan masak bila dah mula terapung.

  • Masukkan santan dan kacau perlahan hingga hampir mendidih, tutup api. Jangan masak terlalu lama supaya santan tak pecah minyak nanti tak sedap.


Selamat mencuba!


Wadai Kepeng ni nama kuih yang dipanggil oleh masyarat Banjar dan mak UF tahu masak ni pun sebab kampung mak di Kuala Kurau tu memang ramai orang Banjar tapi mak UF berdarah Jawa dan Siam. Macam mana boleh duduk di kawasan orang Banjar, hehe tak tahu la tapi kan dulu orang dulu-dulu kan merantau.

Kalau orang Kedah pasti akan panggil kuih ni pengat, serawa dan ada jugak kawan-kawan yang panggil kuih ni Putri Mandi yang hampir sama tapi tak serupa sebab kuih Putri Mandi tidak berkuah dan diselaputi dengan kelapa parut.  Kuih Wadai Kepeng ni lebih mirih kuih Butir Nangka Kelantan tapi tanpa bahan tambahan iaitu halba.

Tuesday, 23 April 2019

Tuesday, April 23, 2019 4

Bufet Ramadan Tradisional East Meet West Di Aroma D'AnCasa

Bufet Ramadan Tradisional East Meet West Di Aroma D'AnCasa  | Bahang Ramadan semakin membahang kan. Kerinduan untuk menikmati bulan puasa  bakal terubat sebab tak berapa hari lagi InsyaAllah kita akan dapat rasainya walau Ramadan kali ini memang berbeza dan pasti berbeza untuk UF apalagi untuk mak. Maaf teremosi pulak walhal nak cerita pasal sajian berbuka kan.

Baru-baru ni UF sekali lagi berkesempatan merasai sajian berbuka di AnCasa Resort & Spa Kuala Lumpur yang cukup sedap dan berbaloi harganya. Jom jengah apa yang disajikan dan boleh la masukkan dalam senarai lokasi berbuka awak semua.

Harga Bufet 
RM70.00 bagi dewasa
RM40.00 untuk kanak-kanak

Mulai sekarang hingga 30 April, pelanggan boleh membeli baucer berbuka dengan harga R60.00, jadi harga lebih murah kan.

Bufet Ramadan Tradisional East Meet West Di Aroma D'AnCasa 

Warong Kak Ana menampilkan ulam-ulaman Kampung, Kerabu Tauge Kerang dan Jelatah Timun, Begedil Ayam, Sambal Hijau, Sambal Hitam dan Sambal Tempoyak yang harus dicuba.

Bufet Ramadan Tradisional East Meet West Di Aroma D'AnCasa 

Bufet Ramadan Tradisional East Meet West Di Aroma D'AnCasa 

Add caption
Masak Lemak Cili Api Seafood disediakan panas-panas
Sajian utama Ayam Golek Berempah, Gulai Kawah Kambing, Sotong Sumbat Tiga Rasa dan Sambal Goreng Jawa.  The highlight Roasted Lamb yang di perap dengan ramuan rahsia dan dibakar hingga sempurna. Pais Ikan Patin dari Pekan dan Masak Lemak Cili Api Seafood dari Negeri Sembilan yang disediakan oleh Chef dari resepective AnCasa Hotel properties

Bufet Ramadan Tradisional East Meet West Di Aroma D'AnCasa 

Jangan ketinggalan mencuba sajian harian yang disediakan antaranya Gear Box Curry Mee, Rendnag Itik Minang, Sup Ayam Kampung disaji dengan Roti Benggali, PD Grilled Chicken, Opor Daging Pahang dan banyak lagi.

Bufet Ramadan Tradisional East Meet West Di Aroma D'AnCasa 

kuih Badak Kubang, Kuih Pena dan Puding Maharani dari negeri Pahang

Buat peminat kuih dari negeri Pahang, jangan ketinggalan mencuba kuih Badak Kubang, Kuih Pena dan Puding Maharani Pahang yang cukup sedap dan selain tu ada Serawa Durian, Kuih Ketayap, Lempeng Kelapa, Kole Kacang dan pelbagai jenis hidangan termasuk pencuci mulut antarabangsa, ada kurma, buah-buah segar, Teh Tarik dan banyak lagi. Pastikan tidak ketinggalan untuk mencuba "Tandoori Chai" Teh yang disediakan dengan istimewa bersama rempah rahsia yang memberi aroma istimewa dan rasa yang pasti tak mungkin dilupai.

Bagi yang nak bersolat Maghrib, usah risau sebab terdapat surau yang terletak di aras Mezzanine untuk kita mengerjakan solat dengan kelengkapan yang diperlukan.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi 03-2026 6060 ext 7703

Sajian berbuka puasa juga boleh didapati di AnCasa Residences, Port Dickson dan AnCasa Royale di Pekan, Pahang yang turut menyajikan sajian untuk dibuat pilihan dan dapatkan harga early bird dengan pembelian baucer lebih awal sebelum 30 April 2019 ni.


AnCasa Royale, Pekan, Pahang
RM70.00 bagi dewasa
RM40.00 bagi kanak-kanak (5 - 12 tahun)
Early bird - RM58.00

AnCasa Residences, Port Dickson
RM55.00 bagi dewasa
RM30.00 bagi kanak-kanak (5-13 tahun)
Early bird - RM45.00

Sekiranya ada yang berhasrat untuk mengadakan Buka Puasa secara persendirian, pihak AnCasa juga menawarkan rangkaian sajian bermula dari RM90.00 seoranga dengan minima 80 orang untuk setiap tempahan.

#AnCasa #BufetRamadan #Review #SajianBulanRamadan

Sunday, 21 April 2019

Sunday, April 21, 2019 4

Keputusan Pemenang AME 2019 Anugerah Meletop Era

Tahniah buat pemenang AME 2019 yang sememangnya pemenang ini semua punya peminat mereka yang tak henti-henti mengundi dan menyokong.  Gandingan pengacara yang cukup hebat dan serasi tak lain dan tak bukan, Nabil Ahmad, Neelofa dan Jihan Muse dalam acara yang cukup gilang gemilang ni yang bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Tak berapa mengikuti tapi telinga tetap dipasang sesambil sesekali tengok rancangan ni, persembahan Ella, Akim and the Majisttrate  serta Hael Husaini, Suffian Suhaimi, Haqiem Rusli dan ramai lagi cukup menghiasi halwa telinga walau Hael terlupa lirik hehee dan Ella pulak seakan tak boleh tarik suara..ahh komen jer pandai kan..



pic dari Harian Metro

Pemenang Top Top Meletop Lelaki : AME 2019 
Khai Bahar

Pemenang Top Top Meletop Wanita AME 2019 
Siti Nordiana

Anugerah Khas Meletop 
Dato M Daud Kilau


16 kategori yang dipertandingkan sudah pun dimenangi dan tahniah kepada semua pemenang

Lagu Meletop 
Jatuh Bangun - Haqiem Rusli

Filem Meletop
Munafik 2

Hos Meletop
Siti Nordiana

Fesyen Meletop 
Syafiq Kyle

Penyanyi Meletop 
siti Nordiana

Bintang Filem Meletop
Syafiq Kyle

Si Cilik Meletop
Yusof Qardawi

Pelakon TV Meletop
Syafiq Kyle

Program Meletop
Sepahtu Reunion Live A Puasa

Artis Baharu Meletop 
Eyra Hazali

Couple Meletop
Fazura & Fattah Amin

Artis Lawak Meletop
Jep Sepahtu

Penyampai Radio Meletop 
Johan

Duo Meletop
Hael Husain & Dayang Nurfaizah

Drama Meletop
Lelaki Kiriman Tuhan

Program Radio Meletop
Johari Pagi Era



Saturday, 20 April 2019

Saturday, April 20, 2019 10

Resepi : Bengkang Pisang Bakar

Resepi : Bengkang Pisang | Mungkin kedengaran agak pelik bila baca Bengkang Pisang..eh apa tu? Kalau orang KL atau negeri-negari lain akan sebut Bingka Pisang Bakar, tapi sebutan Bengkang tu  digunakan oleh orang sebelah Utara. Memang UF anak jati KL tapi mak abah dan DH berasal dari utara kan.

Dah lama teringin nak buat tapi asyik tertangguh jer dan kali ni memang nekad..hehe nak buat juga sebab boleh dimakan sewaktu minum petang nanti sebabnya bukan payah pun dan bahan-bahan memang ada dalam simpanan

 Resepi : Bengkang Pisang Bakar


Bahan-Bahan:
10 biji pisang rastali
1 cawan gula perang
½ sudu teh garam
1 kotak santan Ayam Brand
1½ cawan air (dicampur dengan santan)
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
½ sudu teh esen pisang/vanilla
¼ cawan minyak Ayam Brand (sapu pada loyang)

Nota : UF mengunakan minyak kelapa Ayam Brand sebab Ayong kan sangat cerewet pasal minyak masak dan dia memang seboleh-bolehnya hanya nak guna minyak kelapa, minyak zaitun untuk setiap makanan dia. Kalau tak nak letak minyak masak, boleh la digantikan dengan margerin ya.


Cara membuatnya:

  • Masukkan pisang, santan yang telah dicampurkan dengan air, gula perang, telur, tepung gandum, garam serta esen pisang/vanilla ke dalam mesin pengisar dan dikisar hingga halus.
  • Sapu loyang dengan minyak atau margerin dan tuang adunan ke dalam loyang
  • Bakar dalam oven 190⁰ selama 1 jam dan pastikan api atas bawah.
  • Kemudian bakar menggunakan api bahagian atas untuk 10 minit terakhir supaya atasnya garing berkerak
  • Keluarkan dari oven dan tunggu sejuk sebelum dipotong dan bolehlah diminum dengan nescafe panas untuk minum petang.

Selamat mencuba

Thursday, 18 April 2019

Thursday, April 18, 2019 2

Sukarelawan Nestlé Ceriakan Kanak-Kanak Autistik

Sempena Bulan Kesedaran Autisme April ini, Nestlé Malaysia baru-baru ini bekerjasama dengan Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) untuk menceriakan seramai 50 kanak-kanak dalam sesi sukaneka, sebagai sebahagian daripada Program Sukarelawan Kakitangan Nestlé Malaysia yang dikenali sebagai Nestle ROCKS (Reaching Out to Community and Kids)



Aktiviti tersebut bersama sukarelawan Nestlé, yang lebih mesra dikenali sebagai ROCKers, bertujuan untuk menggalakkan mereka menyertai aktiviti yang menyeronokkan serta membantu meningkatkan integrasi sensori, komunikasi dan kemahiran interaksi sosial mereka. Sesi sukaneka itu meliputi pelbagai aktiviti interaktif seperti permainan kerusi berirama dan permainan bola yang dipertingkatkan untuk menggalakkan kanak-kanak belajar menerusi pengalaman.






“Usaha menyokong masyarakat adalah sesuatu yang dekat di hati kami dan kami teruja kerana dapat bekerjasama dengan NASOM untuk menganjurkan hari yang menyeronokkan bersama kanak-kanak ini dan keluarga mereka. Kami gembira kerana berpeluang untuk membantu meningkatkan kesedaran orang ramai, dengan matlamat untuk memberi lebih kefahaman dan sokongan kepada masyarakat autistik"
Puan Nirmalah Thurai, Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Kumpulan, Nestlé Malaysia, 

“Kami terharu melihat sebuah syarikat terkenal seperti Nestlé Malaysia mencurahkan masa dan tenaga untuk menyokong perjuangan kami. Kanak-kanak ini seronok dapat berinteraksi dengan ROCKers Nestlé dan aktiviti ini juga menyokong pembangunan peribadi dan kemahiran komunikasi serta meningkatkan keyakinan mereka. Kami berharap untuk meneruskan kerjasama dengan Nestlé Malaysia bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia.Selain sesi sukaneka, Nestlé Malaysia menyumbangkan barangan bernilai RM13,000 kepada pusat NASOM untuk keperluan pentadbiran mereka, termasuk mesin perlaminaan, papan putih dan projektor LCD. Mereka juga menyumbangkan produk-produk seperti MILO, NESTUM dan bijirin sarapan Nestlé" Puan Felina Feisol, Pengerusi NASOM


Mengenai Nestlé Malaysia
Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Beribu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di 189 buah negara di seluruh dunia, dan seramai 328,000 orang kakitangan kami komited terhadap matlamat Nestlé, iaitu untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan serta memainkan peranan untuk membina masa depan yang lebih sihat. Prestasi kami dipacu oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami.  Menjana khasiat rakyat Malaysia sejak 1912, Nestlé telah meraih kepercayaan para pengguna kami menerusi jenama dan produk kami yang bermutu tinggi. Kami juga komited untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan masyarakat di mana kami beroperasi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan ketelusan produk Halal kami. Ini sejajar dengan janji kami untuk menawarkan GOOD FOOD, GOOD LIFE kepada semua. Untuk ketahui lebih lanjut tentang usaha kami menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad, sila layari www.nestle.com.my atau kunjungi laman Facebook kami di http://www.facebook.com/NestleMalaysia 

Wednesday, 17 April 2019

Wednesday, April 17, 2019 1

Jason Mraz Brings Good Vibes to Kuala Lumpur in May 2019

Multiple GRAMMY® Award winner JASON MRAZ will be bringing his Good Vibes Tour to Malaysia, on 13 May (Monday), 8.30pm at Axiata Arena.
Photo Credit Justin Bettman


In 2002, Jason Mraz shot to flame with his debut album Waiting For My Rocket To Come and since then Jason Mraz has amassed a diverse fan-base around the globe, bringing his positive message and folk-pop sound to rapt audiences through his vibrant recordings, humorous live performances, and philanthropic efforts.
LIVE IMG_4485 (Eric Morgensen)
Jason Mraz has earned numerous platinum and awards for his various releases, made pop history with his record-breaking singles, “I’m Yours” and “I Won’t Give Up”, won two Grammy Awards, received the prestigious Songwriter Hall of Fame Hal David Award, and sold out amphitheaters and arenas across the globe (including sell-outs at The Hollywood Bowl, Madison Square Garden, and London’s O2 Arena).
Jason Mraz first performed in Malaysia in 2009, followed by Tour Is A Four Letter Word in 2012. On playing for his Asian fans, Jason says: “I enjoy traveling to and performing for listeners in Asia. I feel a sense of gratitude and enthusiasm unlike anywhere else in the world, which makes a performance feel more like an event than a recital. The audience participation in Asia is harmonic and supersonic. I am thrilled to return, reconnect and re-experience the joy.” The Good Vibes Tour announcement follows the release of Jason’s sixth studio album KNOW. on August 10th 2018, becoming his fifth consecutive studio album to debut in the Top 10 of the Billboard 200.
Know. was produced by Andrew Wells, who brings an organic and groovy feel to the album’s classic, acoustic rock sound. “I see it as a sonic evolution from my last album, YES!”, Mraz says. “It’s just got a bit more caffeine, whereas my last album was a bit more herbal tea.” Know. reteams Mraz with his longtime collaborators, Raining Jane. “We thought it’d be fun to make ‘No’ as the follow -up to YES!, but instead of ‘N-O,’ the negative, it’d be the positive, ‘K-N-O-W.’”
Catch Jason Mraz in Kuala Lumpur this May 2019
The Good Vibes Tour started in North America last summer. This tour continues in Asia where Jason Mraz will perform in Manila, Singapore, Shanghai, Hong Kong, Bangkok and Taipei in May 2019.
Here are the details to catch Jason Mraz in Kuala Lumpur this May:
Date : 13 May (Monday)
Tiem : 8:30pm
Venue : Axiata Areana, Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Ticket prices: RM198, RM298, RM398, RM598, RM698 (VIP)
Tickets are available NOW on www.mytickets.asia
Feeling Lucky? You might just win tickets to Jason Mraz Good Vibes Tour in Kuala Lumpur!
Come join ‘Love Is Still The Answer’ Snap & Win Photo Contest and you might stand a chance to win a pair VIP Tickets (worth RM698 each ticket).
All you have to do is upload a photo of what love means to you on social media and don’t forget to hashtag #LoveIsStillTheAnswerPhotoContest #JasonMrazLiveInMalaysia
Hurry! Only 12 pairs VIP tickets to be won and you could be one of the winners!
For more details, kindly visit https://www.facebook.com/ACOmediaMY.
Jason Mraz Good Vibes Tour 2019 in Kuala Lumpur is presented by Great Eastern Life Malaysia in collaboration with Aco Media Sdn Bhd and The Rock Promotions.
Wednesday, April 17, 2019 2

Fisherman's Friend Blackcurrant Kini Di Malaysia

Fisherman's Friend Blackcurrant Kini Di Malaysia | Pasti ramai yang teruja bila tahu Fisherman's Friend Blackcurrant dah ada dalam pasaran Malaysia. Perisa anggur hitam yang menyegarkan kini ada terdapat pada lozeng baharu Fisherman's Friend Blackcurrant yang menggabungkang perisa mentol yang menjadi lambang keunggulan Fisherman's Friend dengan sentuhan kesegaran buah anggur hitam, lozeng terbaru ni pasti mendapat sambutan hebat kan.

Fisherman's Friend Blackcurrant Kini Di Malaysia


Lozeng Fisherman's Friend digemari oleh rakyat Malaysia dan terkenal kerana keupayaannya memberikan kesan kelegaan dan kesegaran nafas.  Setiap pek lozeng Fisherman's Friend membawa ciri inovatif "Zip & Lock" (penutup zip), untuk memastikan setiap lozeng segar hingga yang terakhir! Payahkan kalau dulu kita makan lozeng ni, pastu kena cari getah utk ikat plastik supaya lozeng yang tak di makan habis tu tak masuk angin.

Siapa tak kenal Fisherman's Friend yang telah memperkenalkan pelbagai produk untuk disesuaikan dengan keperluan pengguna, termasuk lozeng tanpa gula.  Tambahan terbaharu ini juga tidak mengandungi gula dan merupakan alternatif yang selsuai untuk mereka yagn mahukan pilihan produk tanpa gula.

Fisherman's Friend Blackcurrant Kini Di Malaysia

"Sebagai jenama yang terkenal dan mempunyai kedudukan global yang kukuh, kami komited untuk menawarkan produk yang segar dan menarik kepada pengguna.  Dengan tambahan lozeng terbaharu kami, pelanggan boleh menikmati manisan rasa buah-buahan yang segar dna juga mendapat kelegaan segera daripada kerengsaan tekak dan batuk.  Sesungguhnya anggur hitam digemari oleh rakyat Malaysia, dan itulah sebabnya produk ini cepat menjadi kegemaran ramai"
Mohan Alagappar, Pengurus Besar GBA Corporation Sdn Bhd

Keluaran lozeng Fisherman;' Friend yang melebihi lima bilion setiap tahun di seluruh dunia dengnan sentuhan kesegaran lozeng anggur hitam baharu masih didambakan sama seperti lozeng Original Fisherman;s Friend yang pertama dicipta di England pada 1865.

Terdapat 10 jenis lozeng mentol berperisa dari Fisherman;' Friend ni. Siapa pernah rasa kesemuanya? 

Fisherman;' Friend Blackcurrant
Fisherman;' Friendsweet Liquorice
Fisherman;' Friend Cherry
Fisherman;' Friend Lemon
Fisherman;' Friend Liquiorice
Fisherman;' Friend Mint
Fisherman;' Friend Original Extra Strong
Fisherman;' Friend Original Sugar Free
Fisherman;' Friend Spearmint
Fisherman;' Friend Aniseed

Lozeng Fisherman's Friend Blackcurrant boleh didapati di semua pasaraya hiper, pasar raya, kedai serbaneka, kios stesen minyak dan kedai farmasi di seluruh Malaysia pada harga RM4.20 untuk pek 25g.

Apa yang penting dan tanpa keraguan semua produk Fisherman's Friend disahkan HALAL.


Tuesday, 16 April 2019

Tuesday, April 16, 2019 6

Review Novel | Lelaki Terakhir Untukku - Cik Fara Haniey

Ni antara novel yang diletakkan dalam senarai novel untuk dibeli pada kali pertama menjejak kaki ke PBAKL2019.  Bila baca teaser dari si penulis, hati tak keruan untuk dapatkan novel untuk dijadikan koleksi.



Novel : Lelaki Terakhir Untukku
Penulis : Cik Fara Haniey
bil m/s : 524
Penerbit : Love Novel Publication

SINOPSIS

Dia hadir membawa sejuta rasa
Tia Zahara... kegagalan perkahwinannya membuatkan dia membawa diri. 5 tahun berlalu dan dia selesa dengan kehidupan baharunya. Namun segalanya musnah apabila muncul seorang lelaki yang telah membuatkan hidupnya huru-hara.
Erfan Rayyan... dia muncul dengan status duda kematian isteri. Kacak dan penuh pesona. Tapi sayang, kedinginan yang ditonjolkannya menyebabkan dirinya kesepian. Namun segalanya berubah setelah dia dipertemukan dengan Tia. Terdesak untuk kepentingan diri, gadis itu dilamar.
“Macam mana dengan lamaran I? Dah fikir?”- Erfan
Tia terkejut. Mahu sahaja dia tolak. Tapi dek satu alasan, akhirnya mengikat dia menjadi isteri Erfan.
“... mama takkan tinggalkan Fateh, kan?”- Fateh
Fateh Iqram...itu alasan Tia dan Erfan terjebak dalam ikatan perkahwinan. Erfan itu duda dan Tia pula janda, bolehkah mereka beriringan apabila masing-masing sudah punya pengalaman dalam rumah tangga?
“Tia hanya layak untuk Fateh. Bukan abang. Untuk abang, Tia cuma seorang ibu kepada Fateh.”- Erfan
Dek kenyataan itu, Tia nekad meraih cinta si suami. Bersabar. Akhirnya hati Erfan dimiliki. Lantas, membuatkan kebahagiaan hadir dalam hidup mereka berdua.Tapi siapa sangka, kebahagiaan yang mereka kecapi cuma seketika. Tia nanar dalam rasa cinta buat Erfan.
“Cakap dengan saya, abang! Siapa saya dalam hidup abang? Siapa Har dalam hati abang?”- Tia
“Cukup, Tia! Abang takkan jawab soalan Tia. Dan berhenti persoalkan siapa Tia dan Har dalam hidup abang.”- Erfan
Satu kebenaran terbongkar dan rasa bahagia Tia serta-merta lebur. Erfan ditinggalkan tanpa kata. Bella yang hadir menjadi nasi tambah semakin membebankan bahunya. Jadi,mampukahTia menjadi seorang isteri yang penyabar? Dan kebenaran apakah yang mendorong Tia terlupa hakikat dirinya seorang isteri? Benarkah kesabaran yang ditanam ini bakal membuahkan hasil? Dan adakah Erfan Rayyan itu lelaki terakhir yang dijadikan untuk seorang TiaZahara?


Ringkasan/Komen 

Kisah Tia Zahara, anak yatim piatu yang hidup menjanda selepas rumahtangga yang dibina atas dasar percintaan dengan Herman berakhir akibat campur tangan ibu mertua. Tia memilih untuk hidup bersendirian walau setelah5 tahun dan dia hanya ada Aunie, teman serumah yang juga teman sekerja.

Kehadiran Erfan yang dipindahkan dari cawangan syarikat sebagai pegawai atasan Tia membuatkan hidup agak kucar-kacir. Mana taknya, hari pertama Erfan pun dah membuli Tia..geram sambil senyum baca part ni.  Ada saja Erfan bagai bayangan, caring sampai Tia terasa perasaan yang lain macam.

Sikap mengambil berat pada Tia memang sweet tapi ada satu situasi dimana Tia hampir dilanggar akibat kecuaian sendiri, Erfan berkata  "Har, are you okay? membuatkan Tia terkejut, UF pun turut terkejut sambil kepala berfikir...ahh apa hal la pulak si Erfan ni..memang buat tertanya-tanya tau.

"Kenapa you perlu buat I bertindak sejauh ini, Tia? Erfan
"Hati I tak dapat  lupakan you walau sesaat. Fikiran I asyik terganggu selagi I tak nampak you. Kenapa Tia? Kenapa perlu sulitkan keadaan I?
"Tolong jadi isteri I"

Eh, mula nak marah jugak dekat Erfan sebab bukan Tia sejenis yang suka mengedik bagai, dia yang terhegeh-hegeh muncul macam bayang pada Tia, boleh pulak dia kata Tia sulitkan keadaan..bukan UF marah tapi marah-marah sayang kembang kuncup jer..hehe

Siapa tak terasa hati kalau dilamar untuk memenuhi permintaan Fateh dan Erfan pulak macam sejenis yang tidak berputus asa meminta Tia untuk berkahwin dengannya..serius bersahaja je dia lamar... serius bila membaca watak Erfan pasti buat pembaca melting habis, senyum sengih sampai ke telinga.

Bingung untuk menerima lamaran berkali-kali dan di hati Tia sendiri dia pun dah jatuh hati dan juga atas rasa kasih pada Fateh, akhirnya Tia bersetuju dengan bersyarat antaranya untuk tidak sebilik dengan Erfan tapi diterima seakan sambil lewa oleh Erfan. Usai pernikahan, Tia menuntut syaratnya dan alasan Tia mandul Tia tak diambil pusing langsung oleh Erfan..(memang sengih panjang baca part ni..hehe)

"Tapi uji kaji kita macam mana?"
"To make you pregnant as soon as possible." - Erfan

Antara novel yang mungkin berhasrat dimiliki, baca review di SINI

Sungguh pedih bila si suami tidak dapat melayan isteri sepenuhnya dek kerana ingatan cinta pada arwah isteri walau perkahwinan tak pernah terlintas di fikiran Tia tapi Tia menerimanya kerana dia sendiri sudah jatuh sayang dengan Fateh. Kesian Tia, memang payah nak bersaing dengan orang yang telah tiada tapi sentiasa ada dalam hati suaminya. 

"For you, I was a chapter, For me, you were the book"

Watak Tia memang cukup matang dan pengalaman berkahwin mungkin penyebab dia masih berdiplomasi dan Erfan yang cukup romantis dan penyayang tapi masih dibayangi kecintaan terhadap arwah isteri Hardiba dan Tia yang  mirip arwah isterinya membuat dia sendiri tak keruan sebenarnya. Tapi sikap Erfan yang enggan bercerita dan menutup rapi rahsia arwah isteri membuat Tia jadi tidak menentu.

Kelakar jugak bila Erfan yang kerap macam kucing siam nak mengawan bak kata Tia. Maklumlah ni perkahwinan kedua bagi Erfan yang mungkin tak puas berkasih sayang dengan arwah isterinya tapi Tia pulak pemalu walau ini adalah perkahwinan kedua dia jugak.

Berdepan dengan ibu mertua yang ingin menjodohkan Erfan dengan sepupunya Bella membuat Tia tak selesa tapi mujur atas kesabaran Tia, Datin Yunani berubah tapi Bella tak boleh move on dan kesempata diambil Bella hampir mencederakan Tia yang telah berbadan dua tapi mujur Erfan tiba tapi Erfan pulak tercedera.

Pengakhiran cerita yang cukup manis bila Tia selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Hail Anaqi..ahh sweet dan ibu mertua pula sudi menjaga dia dalam pantang. Erfan pun dah move on dan mencintai Tia bukan kerana paras rupa Tia seperti Har tapi dia sendiri perlu kasih sayang dari Tia. Bukan Tia jer yang senyum bahagia tapi UF pun tersenyum lebar sampai ke telinga. Membaca kisah Tia dan Erfan ni memang buat hati libang libu dan boleh bayangkan betapa kacak dan manly si Erfan..ahhh maniss dan paling suka sifat Erfan yang protective tu...sentiasa ada dan tersangat loving dan caring...ahh melting sungguh

Rating *****

Komen buat Penulis
Tak ada disentuh atau langsung tiada kisah bekas suami Tia walau Tia dan suaminya berkahwin atas dasar cinta tapi rumahtangganya menemui kegagalan. Tak ada pun kira ok jugak kalau tak mau konflik membebankan jiwa Tia kan.

Yang menjadi kemusykilan siapa gerangan manusia yang terhendap-hendap di halaman sewaktu Erfan dan Fateh keluar berjogging, adakah Herman,bekas suaminya?

Memang nak cari naskah lain dari Cik Fara Haniey ni bila dah settle novel-novel yang lain dan review yang lain sebab kalau UF layan novel memang blog tolak tepi, soc media pun tolak tepi tapi bab makan tak boleh lagi..haha

Ok, you all kena dapatkan novel ni yang buat hati melting berdeting-deting, berdetak-detak dengan tingkah Erfan, almaklumlah duda kan..duda hot kisahnya


Monday, 15 April 2019

Monday, April 15, 2019 6

Antioxidant Serum by Sanny & Joleen Lifestyle

Turning 50 this in few more months this year makes me nervous, not because of the age but more concern on my skin health..arghh seriously I have noticed that my skin is getting dull, pigmentation starts appearing..I am so stressed out. While not good in choosing product, I'm the type who is so lazy to apply it on especially those need to apply 2-3 items..hehe

Opportunity knocks my door and I was given the chance to try the Antioxidant Serum by Sanny & Joleen Lifestyle for 2 weeks to see the result.



The Product
When I first try the drop on my face, surprise to see the color is not transparent like other serum but its kind of cloudy white. No fragrance, cooling and non oily.  It absorb well onto the skin.  The packaging is so simple and very direct.  The product comes in 2 sizes which is 30ml for RM97.00 and 10ml for RM49.00.



About Antioxidant Serum by Sanny & Joleen LifestyleSanny & Joleen Lifestyle Skin care look into natural and gentle ingredients, without harsh chemicals like Sodium Laureth Sulphate (SLS), paraben, animal derivatives, artificial coloring and son on.  We carefully selected the skin loving ingredient as antioxidants to nourish and keep the skin healthy.
The ingredients < Aqua, Niacinamide, Glycerin, Aminomethyl Propanediol, Citrus Reticulata (Tangerine) Peel Extract, Yeast beta glucan, Sodium Acrylates Copolymer, Sorbitan Caprylate, Panthenol, 3-0 Ethyl Ascorbic Acid, Olea Europaea (Oilve) Fruit Oil, Lecithin, Tocotrienols, Propanediol, Benzoic Acid, Tetrasodium Glutamate Diacetate.
Antioxidant Serum by Sanny & Joleen Lifestyle

Breakthough ingredient : Tocotrienol
Tocotrienol and tocopherols are members of the Vitamin E family.  However, Tocotrienol are proven to be 40-60 times more potent as an antioxidant as compared to ordinary Vitamain E (alpha-tocopherol).  Tocotrienol is a powerful antioxidant that protects against ultraviolet light, radiation and ozone.  It helps to prevent skin aging & improves skin elasticity by stimulating collagen synthesis by reducing MMPs activity, potentially effective in skin regeneration & smoothing effect.  Tocotrienol promote skin whitening by reducing tyrosinase activity and decrease melanin content.  It is so effective in reducing acne, inflammation and skin redness.
Other than that, this serum contains other skin food such as pantheons (pro vitamin B5, niacinamide (vitamin B3), calendula and olive oil as well benzoyl acid.  Do you that these help the skin stay mosturized and preventing breakout.
Cooling & Non-Oily Formula - contains Tocotrienol (Vit E), Panthenol (Pro-vitamin B5), Niacinamide (Vit B3), Calendula & Olive Oil

Rest assure this serum contains ❌No Sodium Lauryl Sulfate ❌No Sodium Laureth Sulfate ❌No Paraben ❌No Animal Derivatives ❌No Mineral Oil ❌No Alcohol ❌No Harsh Detergent ❌No Artificial Colors ❌No EDTA ❌No Propylene Glycol ❌No Synthetic Fragrance


How to use
I apply twice (2x) daily after face wash everyday once in the morning and another at night before going to sleep. The best is that this serum can be use on our body to lighten pigmentation, to fade acne scars, reduce the effect of sunburn and to fade stretch marks.  Isn't that awesome! Long term usage of Antioxidant Serum promotes healthy skin which definately what I want.

Antioxidant Serum by Sanny & Joleen Lifestyle

The Result
After 2 weeks using the serum, I can feel that my skin more radiant. the pigmentation on my face are almost fading . The serum does not dehydrate my skin, It absorbs easily into my skin, very lightweight, no scent and once apply on the face its cooling and my hands don't even feel sticky or oily at all.  It is really gentle and making my skin healthier than before. Even my siblings commented that my skin looks much brighter too.

And why I am so fond of this product is because this product is made in Malaysia. Established in 2014 and is expanding its market to Thailand, Indonesia and Singapore.


This Antioxidant Serum by @sannyjoleen is now 15% when purchase on www.sannyjoleen.com. Save additional 15% storewide with code UMIFUZY. Free shipping in Malaysia, code valid till 20 May 2019

PROMO CODE: UMIFUZY
CUSTOMER GET DISCOUNT: 15% storewide
VALID TILL 20 MAY 2019
WEBSITE: www.sannyjoleen.com


To know more about this product


You can also get this serum at the following pharmacy http://sannyjoleen.com/stores

Sunday, 14 April 2019

Sunday, April 14, 2019 4

Bufet Ramadan 2019 "Juadah Warisan" di Pacific Regency Hotel Suites

Bufet Ramadan 2019 "Juadah Warisan" di Pacific Regency Hotel Suites | Pacific Regency bakal menyemarakkan bulan Ramadan dengan sajian untuk Bufet Ramdan bagi tahun ketiga berikutan maklum balas yang cukup memberangsangkan.

Sajian bufet Ramadan Juadah Warisan di Pacific Regency Hotel Suites akan bermula pada 10 Mei hingga 31 Mei 2019. Perancangan sajian akan diketuai oleh Chef Firdaus Mat Yusoff bersama chef-chef yang sangat berpengalaman dan telah memenangi anugerah yang telah bersiap sedia untuk memastikan penyediaan lebih 150 jenis pelbagai juadah autentik dan bercirikan tradisional Malaysia.  

Bufet Ramadan 2019 "Juadah Warisan" di Pacific Regency Hotel Suites

Harga sajian bufet Ramadan

Dewasa : RM108.00
Kanak-kanak & warga emas : RM58.00

Istimewa untuk tempahan awal (early bird) telah dibuka dari  1 April hingga 9 Mei 2019
Dewasa : RM78.00
Kanak-kanak & warga emas : RM42.00

Bufet Ramadan 2019 "Juadah Warisan" di Pacific Regency Hotel Suites
Tawaran Bufet Ramadan di Putra World Trade Center (PWTC), baca SINI

Bufet Ramadan 2019 "Juadah Warisan" di Pacific Regency Hotel Suites

Bufet Ramadan 2019 "Juadah Warisan" di Pacific Regency Hotel Suites

Bufet Ramadan 2019 "Juadah Warisan" di Pacific Regency Hotel Suites

Bufet Ramadan 2019 "Juadah Warisan" di Pacific Regency Hotel Suites
Kuetiaw yang menjadi pilihan yang bukan hanya menyelerakan tapi cukup lazat dengan serba cukup terasa, tak pedas pun kalau untuk dimakan oleh anak-anak kecil.

Bufet Ramadan 2019 "Juadah Warisan" di Pacific Regency Hotel Suites

Seafood on Ice dengan pelbagai makanan hasil laut yang cukup segar antaranya sotong, kepah, ketam dan banyak lagi dengan pelbagai sos untuk digabungkan mengikut citarasa para pengunjung nanti.


Bufet Ramadan 2019 "Juadah Warisan" di Pacific Regency Hotel Suites
 Antara makan yang sempat UF rasa pastinya mee kari yang cukup rasa baik dari segi kuah dan bahan-bahan, jadi kalau sesiapa ke sini untuk berbuka, pastikan cuba mee kari ni ya

Bufet Ramadan 2019 "Juadah Warisan" di Pacific Regency Hotel Suites

Memang puashati dapat makan ABC ni yang cukup segalanya, condiment yang cukup banyak untuk dipilih dan yang pasti kalau makan ABC tak kecewa bila bahan yang penting dalam ABC sedia ada untuk kita pilih.

KH Tower, Jalan Punchak
Off Jalan P. Ramlee
50250 Kuala Lumpur



Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau tempahan boleh hubungi 603-2332 7788 atau email kepada fnbdamin@pacific-regency.com

Saturday, 13 April 2019

Saturday, April 13, 2019 2

Resepi | Kuih Badak Berendam Ekspress

Resepi | Kuih Badak Berendam Ekspress | Lain macam jer nama diberi kannn..hehe.  Nak tahu kenapa, sila baca sampai habis bahan-bahannya. Tetiba mood buat dessert untuk minum petang menjelma hari minggu hari tu, terasa nak makan sesuatu yang manis tapi mudah tambahan lagi memang stok tepung pulut memang sentiasa ada dan daun pandan cuma kat belakang rumah jer tapi kelapa parut tak ada...maka jadilah kuih ala badak berendam ni versi buah melaka berintikan gula gerek yang dipotong dengan saiz kecil.

Tapi UF nak kongsi la jugak resepi sebenar kuih badak berendam ni walau tak tau kenapa dipanggil badak berendam tapi rasanya sebab kuih ni asalnya saiz bulatan dia memang besar dan direndam dalam sos/kuah, itu la gamaknya hehe


Bahan-bahan:
2 cawan tepung pulut
11/2 cawan air daun pandan - daun pandan dikisar dan diambil airnya
1/2 sudu kecil garam

Bahan inti
kelapa parut muda, ambil bahagian putih
2 keping gula gerek atau 1 cawan gula merah
1 helai daun pandan
1 cawan air

Untuk kuih badam berendam ekspress ni, Umi cuma guna gula gerek yang dipotong dadu, disumbat dalam doh dan ke rebus supaya masak.  Bukan ekspress ke gitu. Dah malas nak keluar beli kelapa parut dan tak nak berlama kat dapur tu la penyebabnya.

Bahan untuk kuah
1 2/2 cawan santan Ayam Brand
2 sudu besar tepung beras
1/2 sudu kecil garam
3 helai daun pandan
1 sudu gula (jika suka)

Resepi | Kuih Badak Berendam Ekspress
Nak cuba lain-lain Dessert, klik SINI

Cara membuat inti
Masukkan air, gula gerek, daun pandan dan dimasak hingga larut.  Sejukkan dan ditapis.  Masukkan kembali ke dalam periuk bersama kelapa parut dan dikacau hingga kering dan letakkan secubit garam (kalau tak suka, tak payah letak ya).  Padamkan api dan biarkan ia sejuk.

Bila dah sejuk, inti ni boleh la dibulatkan sebesar guli dan diletakkan tepi untuk dimasukkan kedalam doh nanti.

Nota : kalau guna gula merah, pastikan air gula di tapis sebelum di masukkan kelapa parut untuk mengelakkan pasir yang selalunya ada dalam gula merah.


Cara membuat doh
Masukkan air pandan didalam besen adunan, masukkan tepung dan garam serta diuli menjadi doh yang boleh dibentuk tanpa melekat di tangan.

Ambil doh, dibulat-bulatkan dan dileperkan serta masukkan inti kelapa yang telah dibulatkan dan kemudian bulatkan kembali doh tersebut.

Dalam waktu yang sama, masukkan air di dalam periuk dan bila air sudah mendidih, masukkan kesemua doh yang telah diletakkan inti ke dalam periuk.  Doh yang telah masak akan timbul, gunakan senduk dan toskan doh tersebut


Cara membuat kuah
Dalam periuk yang berlainan, masukkan santan, daun pandan serta gula ke dalam periuk, di kacau hingga pekat dalam lebih kurang 7 - 10 minit, tutup api dan masukkan garam, dibiarkan.

Doh yang telah selesai di masak dimasukkan ke dalam periuk berisi kuah dan pastikan sos meliputi doh.  Tunggu sejuk dan boleh la di makan.