Saturday, 20 April 2019

Resepi : Bengkang Pisang Bakar

Resepi : Bengkang Pisang | Mungkin kedengaran agak pelik bila baca Bengkang Pisang..eh apa tu? Kalau orang KL atau negeri-negari lain akan sebut Bingka Pisang Bakar, tapi sebutan Bengkang tu  digunakan oleh orang sebelah Utara. Memang UF anak jati KL tapi mak abah dan DH berasal dari utara kan.

Dah lama teringin nak buat tapi asyik tertangguh jer dan kali ni memang nekad..hehe nak buat juga sebab boleh dimakan sewaktu minum petang nanti sebabnya bukan payah pun dan bahan-bahan memang ada dalam simpanan

 Resepi : Bengkang Pisang Bakar


Bahan-Bahan:
10 biji pisang rastali
1 cawan gula perang
½ sudu teh garam
1 kotak santan Ayam Brand
1½ cawan air (dicampur dengan santan)
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
½ sudu teh esen pisang/vanilla
¼ cawan minyak Ayam Brand (sapu pada loyang)

Nota : UF mengunakan minyak kelapa Ayam Brand sebab Ayong kan sangat cerewet pasal minyak masak dan dia memang seboleh-bolehnya hanya nak guna minyak kelapa, minyak zaitun untuk setiap makanan dia. Kalau tak nak letak minyak masak, boleh la digantikan dengan margerin ya.


Cara membuatnya:

  • Masukkan pisang, santan yang telah dicampurkan dengan air, gula perang, telur, tepung gandum, garam serta esen pisang/vanilla ke dalam mesin pengisar dan dikisar hingga halus.
  • Sapu loyang dengan minyak atau margerin dan tuang adunan ke dalam loyang
  • Bakar dalam oven 190⁰ selama 1 jam dan pastikan api atas bawah.
  • Kemudian bakar menggunakan api bahagian atas untuk 10 minit terakhir supaya atasnya garing berkerak
  • Keluarkan dari oven dan tunggu sejuk sebelum dipotong dan bolehlah diminum dengan nescafe panas untuk minum petang.

Selamat mencuba

10 comments:

  1. sedapnya kak. Bengkang ni tak pernah try lagi. Biasa makan bengkang pandan tu je

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa Kinah..sila buat..mudah kan resepi tu..yg pasti sedap..hehe

      Delete
  2. Sedap tu... boleh la cuba nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedap (ehh puji diri), sila la cuba, cuba sekali mesti nak buat berkali2 tau

      Delete
  3. nampak sedap dan agak mudah juga boleh cuba nanti

    ReplyDelete
  4. Tak tahu pula ada minyak kelapa Ayam Brand. Pisang tu memang kena guna pisang rastali ye?
    Nanti boleh try buat ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh ye ke...dah banyak di pasaran minyak kelapa Ayam Brand nii

      Delete
  5. Saya pun orang utara.. Panggil bengkang jer :)

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!