Resepi | Masak Asam Pedas Ikan Senangin

Tuesday, April 09, 2019 11 Comments A+ a-

Resepi mudah semudah 1, 2 dan 3 dengan bahan yang cukup mudah dan pasti ada kat rumah la.  Kalau bulan puasa, resepi mudah ni boleh dibuat waktu makan sahur atau soq bak kata orang Utaqa. Dengan nasi panas atau nasi diperangat tapi pastinya kuah yang rasa masam-masam ni memang cukup menyelerakan.  Tak percaya, meh la cuba

Juadah ni dibuat atas permintaan cikapplepie dan alang-alang dah ada ikan senangin dibeli tempohhari, jadi zasss dibuat sampai tukang masak pun kembang kempis terliur dengan bau nasi yang sedang masak..ahhh dugaan sungguh.  Mujur dah nak pergi kerja, rasanya kalau duduk kat rumah mau pepagi ni dah selamat masuk dalam perut..hehe

Resepi | Masak Asam Pedas Ikan Senangin

Bahan-bahan:

  • ikan senangin atau ikan parang
  • 1 camca rempah kari ikan
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji kacang bendi atau tomato 
  • 2 keping asam keping
  • ½ sudu serbuk kunyit
  • 1 batang serai, diketuk
  • 2 batang cili kering, dikerat dua 
  • 2 cawan air putih
  • Garam secukup rasa
Memandangkan tiada daun kesum, jadi tak de la dalam masakan ni.

Nak resepi ikan yang ringkas dan mudah, baca SINI

Cara membuatnya :

  • Masukkan air, bawang merah, bawang putih yang telah dihiris, serai yang telah diketuk berserta rempah kari ikan dan asam keping didalam periuk, renihkan hingga mengelegak.  
  • Masukkan ikan, biarkan dalam 5 minit dian di terbalikkan dalam 5 minit dan kemudian masukkan cili kering, bendi atau tomato (atau kedua-dua sekali) dan biarkan mendidih dalam 5 - 7 minit.
  • Tutup api, masukkan garam secukup rasa dan boleh dimakan dengan nasi panas-panas.


Selamat mencuba

11 Comments

Write Comments
PeRdU cINta
AUTHOR
9 April 2019 at 09:19 delete

Hirup kuahnya sedap ni..lagi ada tomato tu..

Reply
avatar
Cik Nor
AUTHOR
9 April 2019 at 11:42 delete

sdapnya..thanks sharing resepi..:)

Reply
avatar
9 April 2019 at 16:41 delete

sedap !! ni kalo tekak x brapa best ke demam2 ke sedap ni. nak gain appetite balik =D

Reply
avatar
mamapp
AUTHOR
9 April 2019 at 17:29 delete

sedapnya tetiba terasa nak cari pekasam pula

Reply
avatar
Atikah Tahir
AUTHOR
10 April 2019 at 14:00 delete

Tetibe rindu masakan ibu.. sob sob

Reply
avatar
Fuzy Hamid
AUTHOR
12 April 2019 at 16:18 delete

sungguh PC...mmg sedap dihirup kuah yg masam2 tu..

Reply
avatar
Fuzy Hamid
AUTHOR
12 April 2019 at 16:19 delete

sama-sama. Resepi mudah dan cepat tapi sedap hehe

Reply
avatar
Fuzy Hamid
AUTHOR
12 April 2019 at 16:20 delete

betul SYM...rasa2 tak sedap badan, masak ni dengan nasi panas2..mmg 2 pinggan jugak la hehe

Reply
avatar
Fuzy Hamid
AUTHOR
12 April 2019 at 16:21 delete

hehee...pekasam dengan nasi panas2...ahhh syadhu tu

Reply
avatar
Fuzy Hamid
AUTHOR
12 April 2019 at 16:22 delete

moh cuba resepi ni...hehee

Reply
avatar
Sha Mohamed
AUTHOR
16 April 2019 at 18:40 delete

Mudah je masakan nie..

Reply
avatar

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!