Review Novel | Lelaki Terakhir Untukku - Cik Fara Haniey

Ni antara novel yang diletakkan dalam senarai novel untuk dibeli pada kali pertama menjejak kaki ke PBAKL2019.  Bila baca teaser dari si penulis, hati tak keruan untuk dapatkan novel untuk dijadikan koleksi.



Novel : Lelaki Terakhir Untukku
Penulis : Cik Fara Haniey
bil m/s : 524
Penerbit : Love Novel Publication

SINOPSIS

Dia hadir membawa sejuta rasa
Tia Zahara... kegagalan perkahwinannya membuatkan dia membawa diri. 5 tahun berlalu dan dia selesa dengan kehidupan baharunya. Namun segalanya musnah apabila muncul seorang lelaki yang telah membuatkan hidupnya huru-hara.
Erfan Rayyan... dia muncul dengan status duda kematian isteri. Kacak dan penuh pesona. Tapi sayang, kedinginan yang ditonjolkannya menyebabkan dirinya kesepian. Namun segalanya berubah setelah dia dipertemukan dengan Tia. Terdesak untuk kepentingan diri, gadis itu dilamar.
“Macam mana dengan lamaran I? Dah fikir?”- Erfan
Tia terkejut. Mahu sahaja dia tolak. Tapi dek satu alasan, akhirnya mengikat dia menjadi isteri Erfan.
“... mama takkan tinggalkan Fateh, kan?”- Fateh
Fateh Iqram...itu alasan Tia dan Erfan terjebak dalam ikatan perkahwinan. Erfan itu duda dan Tia pula janda, bolehkah mereka beriringan apabila masing-masing sudah punya pengalaman dalam rumah tangga?
“Tia hanya layak untuk Fateh. Bukan abang. Untuk abang, Tia cuma seorang ibu kepada Fateh.”- Erfan
Dek kenyataan itu, Tia nekad meraih cinta si suami. Bersabar. Akhirnya hati Erfan dimiliki. Lantas, membuatkan kebahagiaan hadir dalam hidup mereka berdua.Tapi siapa sangka, kebahagiaan yang mereka kecapi cuma seketika. Tia nanar dalam rasa cinta buat Erfan.
“Cakap dengan saya, abang! Siapa saya dalam hidup abang? Siapa Har dalam hati abang?”- Tia
“Cukup, Tia! Abang takkan jawab soalan Tia. Dan berhenti persoalkan siapa Tia dan Har dalam hidup abang.”- Erfan
Satu kebenaran terbongkar dan rasa bahagia Tia serta-merta lebur. Erfan ditinggalkan tanpa kata. Bella yang hadir menjadi nasi tambah semakin membebankan bahunya. Jadi,mampukahTia menjadi seorang isteri yang penyabar? Dan kebenaran apakah yang mendorong Tia terlupa hakikat dirinya seorang isteri? Benarkah kesabaran yang ditanam ini bakal membuahkan hasil? Dan adakah Erfan Rayyan itu lelaki terakhir yang dijadikan untuk seorang TiaZahara?


Ringkasan/Komen 

Kisah Tia Zahara, anak yatim piatu yang hidup menjanda selepas rumahtangga yang dibina atas dasar percintaan dengan Herman berakhir akibat campur tangan ibu mertua. Tia memilih untuk hidup bersendirian walau setelah5 tahun dan dia hanya ada Aunie, teman serumah yang juga teman sekerja.

Kehadiran Erfan yang dipindahkan dari cawangan syarikat sebagai pegawai atasan Tia membuatkan hidup agak kucar-kacir. Mana taknya, hari pertama Erfan pun dah membuli Tia..geram sambil senyum baca part ni.  Ada saja Erfan bagai bayangan, caring sampai Tia terasa perasaan yang lain macam.

Sikap mengambil berat pada Tia memang sweet tapi ada satu situasi dimana Tia hampir dilanggar akibat kecuaian sendiri, Erfan berkata  "Har, are you okay? membuatkan Tia terkejut, UF pun turut terkejut sambil kepala berfikir...ahh apa hal la pulak si Erfan ni..memang buat tertanya-tanya tau.

"Kenapa you perlu buat I bertindak sejauh ini, Tia? Erfan
"Hati I tak dapat  lupakan you walau sesaat. Fikiran I asyik terganggu selagi I tak nampak you. Kenapa Tia? Kenapa perlu sulitkan keadaan I?
"Tolong jadi isteri I"

Eh, mula nak marah jugak dekat Erfan sebab bukan Tia sejenis yang suka mengedik bagai, dia yang terhegeh-hegeh muncul macam bayang pada Tia, boleh pulak dia kata Tia sulitkan keadaan..bukan UF marah tapi marah-marah sayang kembang kuncup jer..hehe

Siapa tak terasa hati kalau dilamar untuk memenuhi permintaan Fateh dan Erfan pulak macam sejenis yang tidak berputus asa meminta Tia untuk berkahwin dengannya..serius bersahaja je dia lamar... serius bila membaca watak Erfan pasti buat pembaca melting habis, senyum sengih sampai ke telinga.

Bingung untuk menerima lamaran berkali-kali dan di hati Tia sendiri dia pun dah jatuh hati dan juga atas rasa kasih pada Fateh, akhirnya Tia bersetuju dengan bersyarat antaranya untuk tidak sebilik dengan Erfan tapi diterima seakan sambil lewa oleh Erfan. Usai pernikahan, Tia menuntut syaratnya dan alasan Tia mandul Tia tak diambil pusing langsung oleh Erfan..(memang sengih panjang baca part ni..hehe)

"Tapi uji kaji kita macam mana?"
"To make you pregnant as soon as possible." - Erfan

Antara novel yang mungkin berhasrat dimiliki, baca review di SINI

Sungguh pedih bila si suami tidak dapat melayan isteri sepenuhnya dek kerana ingatan cinta pada arwah isteri walau perkahwinan tak pernah terlintas di fikiran Tia tapi Tia menerimanya kerana dia sendiri sudah jatuh sayang dengan Fateh. Kesian Tia, memang payah nak bersaing dengan orang yang telah tiada tapi sentiasa ada dalam hati suaminya. 

"For you, I was a chapter, For me, you were the book"

Watak Tia memang cukup matang dan pengalaman berkahwin mungkin penyebab dia masih berdiplomasi dan Erfan yang cukup romantis dan penyayang tapi masih dibayangi kecintaan terhadap arwah isteri Hardiba dan Tia yang  mirip arwah isterinya membuat dia sendiri tak keruan sebenarnya. Tapi sikap Erfan yang enggan bercerita dan menutup rapi rahsia arwah isteri membuat Tia jadi tidak menentu.

Kelakar jugak bila Erfan yang kerap macam kucing siam nak mengawan bak kata Tia. Maklumlah ni perkahwinan kedua bagi Erfan yang mungkin tak puas berkasih sayang dengan arwah isterinya tapi Tia pulak pemalu walau ini adalah perkahwinan kedua dia jugak.

Berdepan dengan ibu mertua yang ingin menjodohkan Erfan dengan sepupunya Bella membuat Tia tak selesa tapi mujur atas kesabaran Tia, Datin Yunani berubah tapi Bella tak boleh move on dan kesempata diambil Bella hampir mencederakan Tia yang telah berbadan dua tapi mujur Erfan tiba tapi Erfan pulak tercedera.

Pengakhiran cerita yang cukup manis bila Tia selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Hail Anaqi..ahh sweet dan ibu mertua pula sudi menjaga dia dalam pantang. Bukan Tia jer yang senyum bahagia tapi UF pun tersenyum lebar sampai ke telinga. Membaca kisah Tia dan Erfan ni memang buat hati libang libu dan boleh bayangkan betapa kacak dan manly si Erfan..ahhh maniss

Rating *****

Komen buat Penulis
Tak ada disentuh atau langsung tiada kisah bekas suami Tia walau Tia dan suaminya berkahwin atas dasar cinta tapi rumahtangganya menemui kegagalan. Tak ada pun kira ok jugak kalau tak mau konflik membebankan jiwa Tia kan.

Yang menjadi kemusykilan siapa gerangan manusia yang terhendap-hendap di halaman sewaktu Erfan dan Fateh keluar berjogging, adakah Herman,bekas suaminya?

Memang nak cari naskah lain dari Cik Fara Haniey ni bila dah settle novel-novel yang lain dan review yang lain sebab kalau UF layan novel memang blog tolak tepi, soc media pun tolak tepi tapi bab makan tak boleh lagi..haha

Ok, you all kena dapatkan novel ni yang buat hati melting berdeting-deting, berdetak-detak dengan tingkah Erfan, almaklumlah duda kan..duda hot kisahnya


4 comments:

  1. I did'nt know this book 😊 thanks for your sharing 😊

    ReplyDelete
  2. amboi baca sinopsis dia pun sambil tersengih sorang2..haha...#gatal...

    ReplyDelete
  3. Macam menarik lak baca komen sis nie.. hehehe..

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!

Journey

Interesting News