Penumpang Komuter Nikmati Piza Percuma Domino’s Semasa Perjalanan Balik Kampung

Saturday, June 22, 2019 1 Comments A+ a-


Dalam semangat menyambut Hari Raya, Domino's Pizza menambahkan keseronokan balik kampung dengan mengedarkan lebih 1,000 keping piza di KTM KL Sentral, Terminal Bas Hentian Duta, Terminal Shah Alam dan Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Para penumpang yang menunggu untuk menaiki bas dan kereta api untuk pulang ke kampung halaman bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri gembira menerima pizza Domino’s yang lazat untuk berbuka puasa.

Penumpang Komuter Nikmati Piza Percuma Domino’s Semasa Perjalanan Balik Kampung

“Inisiatif hari ini seiring dengan janji jenama kami, ‘It’s All About You’. Di Domino’s, kami berhasrat untuk memberi kesan positif kepada rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat, dan musim perayaan adalah peluang yang terbaik untuk membawa kegembiraan kepada rakyat Malaysia, apabila mereka memulakan perjalanan ke kampung halaman masing-masing untuk merayakan Hari Raya dengan orang tersayang. Di samping itu, sempena bulan yang penuh berkat ini, kami ingin memberi piza kepada penumpang yang mungkin tidak dapat berbuka puasa kerana perlu bergegas untuk sampai ke destinasi mereka. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada KTM KL Sentral, Terminal Bas Hentian Duta, Terminal Shah Alam dan TBS atas sokongan padu mereka dalam memastikan inisiatif ini berjaya.” 
Linda Hassan, Naib Presiden Kanan, Pemasaran, Domino's Pizza Malaysia dan Singapura
Penumpang Komuter Nikmati Piza Percuma Domino’s Semasa Perjalanan Balik Kampung
Suasana di sekitar KTM KL Sentral, Hentian Duta, Hentian Shah Alam dan TBS kelihatan riuh rendah serta dipenuhi keseronokan dan kegembiraan apabila penghantar piza Domino’s tiba untuk menghantar beratus-ratus piza. Pasukan Penghantar Domino’s turut mengedarkan pizza panas kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur, memastikan mereka mendapat makanan untuk berbuka puasa ketika dalam perjalanan balik kampung. Selain menyediakan piza untuk para penumpang, Domino’s turut memberi piza kepada para pekerja yang bertugas di keempat-empat terminal.
 
Penumpang Komuter Nikmati Piza Percuma Domino’s Semasa Perjalanan Balik Kampung
“Kami sangat menghargai titik peluh para pekerja yang bertugas di hab-hab pengangkutan penting ini sepanjang bulan Ramadhan, dan juga semasa musim Hari Raya. Berpegang teguh kepada tradisi Domino’s, kami telah menyumbang piza sebagai tanda terima kasih dan penghargaan buat pasukan-pasukan ini terutamanya semasa tempoh perjalanan yang paling sibuk di negara ini.”Linda Hassan

Sebagai sebuah syarikat yang prihatin, Domino's Pizza terus mencari inisiatif untuk mendekatkan diri dengan rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat semasa pelbagai musim perayaan di seluruh negara.

Mengenai Domino’s Pizza
Dengan penghantaran lebih 1 juta piza sehari di seluruh dunia, Domino’s merupakan syarikat penghantaran piza paling pantas berkembang dan terkenal di dunia dengan komitmen untuk mempelopori industri dari segi kualiti produk dan kecemerlangan operasi. Domino’s Pizza, Inc. mengendalikan rangkaian global 14,000 cawangan miliknya dan francais di seluruh Amerika Syarikat dan lebih 85 pasaran. Di peringkat antarabangsa, Domino’s disenaraikan dalam kumpulan lima syarikat teratas dari segi transaksi dalam talian.

Setakat Suku 2, 2017, Domino’s Pizza Malaysia ialah pasaran Domino’s yang mencapai pertumbuhan paling pesat di Asia Tenggara dan kelima di Asia Pasifik. Ditubuhkan pada 1997, Domino’s Malaysia diuruskan oleh pemegang francais utama, Dommal Food Services Sdn Bhd. Sehingga ini, terdapat 240 cawangan Domino’s Pizza di negara ini.

Di Domino’s Pizza, kami BERBANGGA dengan komitmen kami untuk memperkaya kehidupan pelanggan kami, kakitangan kami, rakan niaga kami, pemegang saham kami dan juga masyarakat. Sebagai salah satu jenama paling digemari di Malaysia, kami akan melakukan lebih lagi untuk mengukir senyuman di wajah anda dan juga menegakkan budaya kami untuk ‘menjual lebih piza, mencetus lebih keseronokan’. Selaras dengan falsafah syarikat kami untuk berusaha secara bijak, Domino’s komited untuk memberikan pengalaman penghantaran piza yang tiada tandingan kepada pelanggan, dengan jaminan kepuasan produknya, jaminan penghantaran dalam masa 30 minit dan jaminan pesanan bawa pulang dalam masa 15 minit.

Melangkah maju sebagai syarikat e-dagang, Domino’s Pizza telah mencipta banyak pencapaian pertama dalam platform digital. Domino’s Pizza Malaysia telah menggunakan dunia digital dengan sebaik mungkin dan ini bermula apabila diiktiraf sebagai syarikat QSR pertama yang menyediakan platform pesanan dalam talian oleh Buku Rekod Malaysia dengan pelancaran laman webnya pada 2003. Platform pesanan dalam talian Domino’s Pizza Malaysia juga diberi penarafan #1 untuk kelajuan perkhidmatan dalam taliannya dalam industri QSR.

Domino’s Pizza Malaysia merupakan pemenang Anugerah Gold Franny 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2016, iaitu Anugerah Pencapaian yang disanjung tinggi daripada Persatuan Francais Antarabangsa di Perhimpunan Sedunia Domino’s Pizza. Berbekalkan keyakinan yang ditunjukkan oleh pengguna Malaysia, Domino’s Pizza telah memenangi Anugerah Gangsa dalam kategori “Restoran & Makanan Segera” di Anugerah Jenama Putra 2014, Perak pada 2015, Gangsa pada 2016, Perak pada 2017 dan Gangsa pada 2018.


Pelanggan boleh menghubungi Domino di 1-300-888-333 atau log masuk ke laman webnya di www.dominos.com.my untuk membuat pesanan mereka. Untuk maklumat terkini, sila lawati Facebook Domino's Pizza Malaysia di https://www.facebook.com/DominosMY/ atau Instagram di https://www.instagram.com/dominosmy/



Amalan Orang Melayu Yang Boleh Membawa Kepada Syirik Harus Dijauhkan

Friday, June 21, 2019 1 Comments A+ a-

Amalan Orang Melayu Yang Boleh Membawa Kepada Syirik Harus Dijauhkan  | Assalammualaiku, Salam Syawal buat semua.


Dah lama simpan topik yang dikongsi oleh abang ipar dan diharap memberi manafaaat buat kita semua supaya kita menjadi Muslim yang sebenar-benarnya.

Telah diterangkan dalam topik #SYIRIK terdahulu bahawa amalan demikian terbahagi kepada 3 cara:
A) Melalui ucapan
B) Melalui perbuatan
C) Niat dalam hati

Ucapan-ucapan yang biasa terdengar pada lisan sebahagian orang Melayu adalah:
1) “Minta Simpang Malaikat 44.”
2) “Nenek Datuk, cucu tumpang lalu..atau.. tumpang Kencing” jika melintas di tempat yang menggerunkan atau kencing di hutan atau terjumpa tapak/kesan kaki gajah atau lain-lain binatang buas.
-> Ucapan sebegini membawa maksud Isti’azah (memohon perlindungan) dengan makhluk ghaib dan ianya adalah SYIRIK AKBAR yang menjadikan penuturnya terkeluar daripada Islam - 'na’uzubillah min zalik'.
-> Mereka menganggap tempat 'keras' itu ada penunggu samada dari golongan jin syaitan.

Yang sahih bacalah doa yang diajar Nabi:

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
Maksudnya: “Aku berlindung dengan kalimat-kalimat ALLAH yang sempurna daripada kejahatan apa yg Dia ciptakan” [HR Muslim].

Mereka juga mengganggap makhluk ciptaan Allah ada kuasa ghaib, seperti:
• Burung hantu - apabila ia berbunyi di malam hari menandakan ada orang berdekatan akan mati.
• Rama2 - apabila ada rama2 memasuki rumah, akan ada tetamu yang akan berkunjung.

Atau petanda-petanda pelik boleh meramal kejadian, seperti:
• Gatal tapak tangan - tanda akan dapat duit.
• Gerak kelopak/kening mata kiri - akan menangis kerana kehilangan seseorang/sesuatu.
• Gerak kelopak/kening mata kanan - akan berjumpa dengan seseorang.
• Ular/biawak masuk rumah - sesuatu perkara sial akan berlaku.
• Terpele'ok kaki...masa nak ke mana2 - petanda sesuatu yang buruk bakal berlaku di perjalanan.

Sekiranya kita percaya dengan sepenuh hati kepada salah satu perkara di atas, maka akibatnya akan jatuh SYIRIK lah ia.

-> HENDAKLAH SEGERA MEMOHON KEMAAFAN, BERTAUBAT, TIDAK MENGULANGI LAGI DOSA ITU DAN MENGUCAPKAN SEMULA KALIMAH SYAHADAH.

Nabi SAW sendiri tidak tahu tentang ilmu ghaib kecuali melalui wahyu.

قل أوحي إلي أنه استمع نفر من الجن فقالوا إنا سمعنا قرآنا عجبا

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!"
[Surah al Jinn 72:1]

قل إن أدري أقريب ما توعدون أم يجعل له ربي أمدا

"(Kalau ditanya bilakah azab itu?) Maka katakanlah: "Aku tidak mengetahui samada (azab) yang dijanjikan kepada kamu itu sudah dekat, atau Tuhanku menentukan bagi kedatangannya satu tempoh yang lanjut."

[Surah al Jinn 72:25]

*Jelas dua ayat di atas, Nabi SAW tidak tahu menahu akan perihal jin mendengar bacaan Nabi SAW dan hal ghaib...

Jin juga tidak tahu ilmu ghaib,

وأنا لا ندري أشر أريد بمن في الأرض أم أراد بهم ربهم رشدا

"Dan bahawa sesungguhnya kami tidak mengetahui adakah (dengan adanya kawalan langit yang demikian) hendak menimpakan bala bencana kepada penduduk bumi, atau pun Tuhan mereka hendak melimpahkan kebaikan kepada mereka?"
[Surah al Jinn 72:10]

Ilmu ghaib yang Nabi SAW tahu hanyalah Ilmu Syariat & berita wahyu sahaja.

عالم الغيب فلا يظهر على غيبه أحدا

"Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun, -

[Surah al Jinn 72:26]

إلا من ارتضى من رسول فإنه يسلك من بين يديه ومن خلفه رصدا

"Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redhaiNya (untuk mengetahui sebahagian dari perkara ghaib yang berkaitan dengan tugasnya; apabila Tuhan hendak melakukan yang demikian) maka Ia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib itu selamat sampai kepada yang berkenaan).

[Surah al Jinn 72:27]

Bab syirik Akbar (syirik besar).
Perlindungan pada selain Allah seperti:

- menggantung ayat suci al quran seperti 3 qul atau ayat kursi dengan niat sebagai perlindungan rumah/diri 

- membawa yassin/kitab al quran ke mana-mana atau diletakkan di dalam kereta dengan niat supaya perlindungan diri dr kejahatan jin/syaitan

- kepercayaan khurafat seperti membawa paku.. meletakkan gunting bawah bantal.. menggantung tahi besi di rumah.. menabur garam dan lada hitam di sekeliling rumah.. membela ikan puyu dengan niat sebagai perlindungan.. semua ini yang bersangkut paut dengan perlindungan selain Allah adalah syirik Akbar ...

- percaya kepada ramalan yang membawa kepada sial seperti feng shui cina.. percaya cermin pecah dan lalu bawah tangga akan jadi sial kepada diri.. percaya sapu rumah waktu malam sial akan dtg.. apa-apa kepercayaan yang membawa kepada sial seperti itu membawa kepada syirik akbar...

Cara-Cara Untuk Menjejaki Courier Kiriman Pos Laju Yang Sangat Mudah

Thursday, June 20, 2019 1 Comments A+ a-

Salam Syawal 1440H.  Sejak menggila membeli novel dan join group Whatsapp untuk preloved novel ni, hampir setiap hari courier sampai rumah..aduhaii kalau tau dek en suami mau bising dia sebab tak tahu nak letak mana dah novel ni semua.  Dok terbayang alangkah bahagia kalau dapat buat satu bilik penuh buku dan jadi tempat mengerahkan otak untuk blogging...berangan jer la boleh kan.

Bagi para pembeli yang nak tahu macam mana nak track kat mana courier you all tu, tak payah susah nak call Pejabat Pos bagai, cuma jejak di https://www.pos.com.my/postal-services/quick-access/?track-trace


Cara-Cara Untuk Menjejaki Courier Kiriman  Pos LajuYang Sangat Mudah

  • Masukkan nombor tracking yang sender tu bagi.  Pastikan no yang dimasukkan tu betul dan kalau pengirim bagi waktu pagi dan bagitahu courier dah diserah ke Pejabat Pos, boleh la track tapi kalau tak ada hari yang sama, cuba lagi esoknya.


Cara-Cara Untuk Menjejaki Courier Kiriman Pos Laju Yang Sangat Mudah

  •  Nanti akan keluar di mana lokasi terakhir serta tarikh serta masa courier yang dicari tu

Cara-Cara Untuk Menjejaki Courier Kiriman Pos Laju Yang Sangat Mudah


  • Akhirnya, novel yang ditunggu pun tiba! Lambat sebab semasa dihantar tu lagi seminggu nak Hari Raya tu yang sangkut lama tu.

Mudah kan! apa pun yang penting kalau nak beli novel atau apa sahaja, sila beli trusted seller.

Resepi : Lontong Kuah Lodeh

Thursday, June 20, 2019 2 Comments A+ a-

Sekian lama nak buat dan akhirnya dapat buat jugak. Masakan yang paling mudah dan sedap tapi kalau nak buat kena cukup korum, kalau tak memang seminggu tak habis. Mana taknya, letak sayuran serba sedikit pun dah jadi banyak dan bila anak-anak semua ada terutama yang girls ada, memang tak rugi buat pun sebab ni kesukaan diaorang kecuali cikapplepie.

Resepi : Lontong Kuah Lodeh
Buat sesiapa yang nak buat rumah terbuka, lontong ni memang menjadi kegemaran tuan rumah sebab sangat mudah nak memasaknya dan lebih sihat rasanya dan semestinya mengenyangkan.

Kalau dah makan lontong ni tak sah kalau tak makan dengan kuah kacang kan, boleh cuba resepinya kat SINI


Bahan-bahan
3 keping tempe - potong dadu dan digoreng
3 keping tauhu - digoreng dan dipotong
¼ biji sengkuang, dipotong panjang*
½ kobis, dihiris memanjang
2 batang carrot - dipotong
8 batang kacang panjang, dipotong 1 inci
2 biji terung*
1 biji kentang, dipotong*
1 ikat soo hoon, direndam dan dipotong
3 keping fucuk, jenis tebal - rendam dan potong kecil
2 batang serik, diketuk
10 ekor udang hidup*
4 ketul ayam, dipotong
½ kilo santan segar
2 biji cili merah, dihiris panjang
Air
Garam secukup rasa
Serbuk kunyit
3 biji telur, direbus*

* tak ada stok, jadi tak ada dalam masakan kali ni


Bahan untuk dikisar
7 batang cili api - diketuk, kalau suka pedas
1 inci kunyit hidup
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 cawan udang kering

Resepi : Lontong Kuah Lodeh

Cara membuatnya:

  • Masukkan bahan kisar, serta cili api dan serai yang diketuk ke dalam periuk dan air hingga mendidih dan masukkan udang atau ayam, dikacau hingga sebati
  • Tambah air dan biarkan kuah mereneh hingga betul-betul mendidih
  • Masukkan semua bahan serta sayuran yang keras dan biar dalam 3 minit baru masukkan sayuran yang lembut
  • Masukkan santan dan dikacau.  Pastikan dengan api sederhana supaya kuah tidak mendidih  dan pecah minyak
  • Masukkan tempe, tauhu, fucuk, soohoon, cili merah dan sebuk kunyit untuk mencantikkan warna kuah.  Kacau kuah, biarkan dalam 5 minit dan tutup api.  Akhir sekali masukkan garam secukup rasa.
Resepi : Lontong Kuah Lodeh

Kalau ikut selera, lontong ni sedap ditambah dengan sambal ikan bilis, telur rebus, sambal sotong kering dan kelapa goreng.  Baru makan sampai sengkak perut..hehe


Aidil Fitri 2019 Pertama Kali Tanpa Abah Menggamit Kenangan Bersama Abah

Tuesday, June 11, 2019 8 Comments A+ a-

Salam Aidil Fitri! Rasanya masih belum terlambat nak ucapkan pada sahabat dan pembaca blog ni.  Sekian hari entri ni dalam draft, dan hari ni berpeluang untuk publish sebab entah kenapa rasa sarat dan terlalu banyak yang nak dicerita sampai tak terluah.

Aidil Fitri 2019 Pertama Kali Tanpa Abah Menggamit Kenangan Bersama Abah

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2019 ni pertama tanpa Abah!  Kenangan pagi Aidil Fitri 2018 yang mana abah kehilangan  kederat dan detik abah tidak mampu makan dengan sendiri dan dipasangkan tiub di hidung masih di ingatan dan bila hati merelakan Abah pergi tak terasa bebanan di dada. Rindu? Sangat rindu dengan gurauan dan nak berborak dengan abah. Semoga abah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, ditempatkan di Jannah dan semoga boleh bertemu abah nanti.

Kenangan yang tak sempat dinukilkan disini tahun lepas walau hati nak sangat mencatatkan untuk kenangan dan bacaan anak cucu kemudian hari.


Hari Jumaat, 15 Jun 2018 akhir Ramadhan 1439H

Hari Khamis, usai selesai tugasan merendang ayam, menggulai daging dan dan mengetupat palas rutin mingguan giliran menginap di rumah mak pada setiap malam Rabu dan malam Jumaat tak boleh diabaikan walau malam Jumaat tu hari umat Islam menyambut 1 Syawal 1439H!   Sejak sebelum Ramadan, Abah tak berapa sihat dan kurang makan, tak lalu makan walau kuih kegemaran disua dan bila makan je dia batuk.  Abah masih boleh berjalan, tapi kena diperhati sebab dia kerap jatuh. Seperti biasa lepas berborak dengan mak sampai jam 11 malam, kena tidur sebab esoknya nak balik awal untuk siap apa yang perlu sebelum en suami ke masjid untuk solat Aidil Fitri.  Abah? dah jarang duduk berborak sebab nampak tak sihat dan hanya berbaring malah Abah guna lampin pakai buang lebih kurang 2 bulan sebab dia kerap jatuh. Bila tiba waktu subuh, saya bergegas balik ke rumah dan berjanji dengan mak yang saya akan datang pagi esok selepas menyediakan juadah untuk suami dan anak untuk memandikan Abah.

Lebih kurang jam 8.30 pagi, selesai tugasan di rumah, terus cergas ke rumah mak dan pimpin Abah ke bilik air. Selesai Abah mandi, pimpin Abah balik ke bilik yang berjarak dalam kurang 20 langkah jer, tetiba abah tak boleh balancekan diri dan melorot jatuh,..ahhh walau abah dah kurus tapi bila dia tiada kederat kita memang tak boleh nak buat apa...abah melorot sampai melutut..mujur Abang Teh sampai dan bantu memapah abah ke bilik. Abah memang lemah, terlalu lemah!

Selesai tukarkan diapers and pakaikan baju, saya bagi abah makan tapi abah tak berselera.  Mujur Kak Lang pun dah ada dan Kak Lang yang membantu untuk menyediakan juadah raya dan saya pulak balik ke rumah untuk bersiap untuk mandi dan pakai baju raya dan pastinya akan datang balik untuk beraya dengan mak dan abah bersama dengan anak-anak.

Rancangan bertukar! En suami balik ke rumah dari Masjid dan bagi cadangan kami beraya di Rembau dengan keluarga abangnya memandangkan dia dah lama tak jumpa abang dia kan yang menetap di Skudai. Ok, no problem, bukan nak tidur pun lagipun adik-beradik saya akan tiba di rumah mak lewat petang dan kami selalunya lepak sampai malam.  So its fair kan.

Memang tak sangka jalanraya punya la sesak dan perjalanan ke Rembau yang memakan masa 45 min jadi 3 jam..hehe memang stress tapi dek sebab peluang untuk photoshot raya dengan suasana kampung, bertabah la kan. 

Balik dari Rembau hari pun dah agak lewat petang, terus singgah ke rumah abah dan abah semakin lemah dan tak ada selera untuk makan. Bila makan jer dia batuk dan kami adik beradik bersepakat nak hantar abah ke Hospital Angkatan Tentera Tunku Mizan (HATTM) dan mujur Kak Uda bekerja dengan JPAM, jadi dapatlah Ambulance dengan agak cepat la jugak tapi dekat hampir waktu Maghrib.

Aidil Fitri 2019 Pertama Kali Tanpa Abah Menggamit Kenangan Bersama Abah
HATTM bukan asing sebab memang acap kali Abah masuk tu tak termasuk sebagai pesakit luar memandangkan Abah pesara tentera. Mulanya ingat Abah akan diberikan drip dan akan kembali pulih tapi selepas diperiksa dan sesi temuduga oleh doktor bertugas, Abah akhirnya dimasukkan ke dalam wad kerana jangkitan kuman di paru-paru! Patutlah Abah batuk bila makan walau sikit sebab makanan tak masuk ke perut tapi ke paru-paru. 

Dokor Pakar memberitahu, supaya kami bersiap sedia dengan segala kemungkinan dan mereka akan buat yang terbaik untuk Abah dan bermula la episod Abah minum dan makan melalui tiub yang dipasang. Abah dah terlalu berusia dan kalau dia gagal bernafas dengan sendiri, tiada mesin hayat dan Doktor tak akan gunakan alat untuk kejutkan jantung dia. Kami pasrah, kami menyerah dan berita diwar-warkan pada semua adik beradik yang kemudian datang menjengah walau dah tengah malam kerana Doktor sedang berusaha apa yang boleh.

Masih panjang perjalanan Abah masuk, keluar dan masuk balik ke HATTM dan InsyaAllah akan disambung nanti. Mak pulak, pastinya tak rasa tenang dan saya pulak mengambil tugasan dan melaporkan dari hospital memandangkan rumah pulak memang terlalu dekat dengan hospital.  Anak-anak dan anak buah? haishh dah jadi macam hotel pulak hospital tu sebab kami boleh masuk sesuka hati.

- to be continued -


Jus Marqeesha Membantu Masalah Pencernaan Dan Kesihatan Usus

Tuesday, June 04, 2019 4 Comments A+ a-

Isu pencernaan berkait rapat dengan kesihatan dan usus tanpa mengira usia apatah lagi bila semakin meningkat usia. Faktor pemakanan kita sememangnya penyebab akan masalah pencernaan yang pastinya menggangu kehidupan seharian. Mana taknya kalau kita kerap sembelit, angin dan merasa sebu setiap hari, pasti membuat fikiran kusut dan tertekan. 

Umum kita tahu kesihatan usus sangat penting untuk memastikan kita nutrien penting diserap dari makanan dan kesihat usus yang baik juga menjamin sistem imun yang baik serta mencegah penyakit serius antaranya kanser usus (kolon).

Jus Marqeesha Membantu Masalah Pencernaan Dan Kesihatan Usus

Menurut pengasas Nadeera Beauty & Health, Encik Mohd Kusyairi, beliau mendapat idea untuk mengeluarkan produk kesihatan Jus Marqeesha ini setelah beliau sendiri pernah mengalami masalah pencernaan hingga beliau dan isterinya Puan Nor Nadira yang juga pengasas bersama turut membuat kajian mengenai kebaikan dan khasiat buah markisa yang menjadi bahan utama Jus Marqeesha ini.
Jus Marqeesha Membantu Masalah Pencernaan Dan Kesihatan Usus

Kandungan Jus Marqeesha
  • Ektrak buah markisa kaya Antioksidan & merupakan sumber yang kaya dengan pro-vitamin A, vitamn C, niasin dan riboflavin
  • Gum Arabic mengandung khasit prebiotik semulajadi tinggi seperti kalsium dan fiver
  • Garcinia Cambogia terdapat beberapa jenis asid didalamnya yang berguna untuk mengikat pelbagai jenis logam berbaya yang sering terdapat dalam makan yang terdedak kepada pencemaran seperti makanan laut.
  • Senna leaves mengandungi tidak kurang dari 2.5 peratus antraquione glucosides & Sennoside (merupaka derivatif anthraquinone)
  • Habbatussauda mengandungi Fixed Oil (saturated and unsaturated), Minyak Asa (sterol, thymohydroguinone, carvone, limonine, cyeme), Alkaloids, Saponin serta kandungan Asid Amino
  • Madu mengandungi Vitamin C, Kalsium, Zat Besi bersifat Anti Bakteria and Prebiotik

Mengenai Jus Marqeesha
Jus Marqeesha adalah minuman kesihatan Botani campuran dengan gabungan buah-buahn yang paling berkhasiat yang dapat membantu mengekalkan tubuh kita sentiasa aktif dan kuat.  Ianya membantu membersihkan usus kotor, tersumbat dan mengatasi masalah gastrik serta pedih ulu hati.  Selain dari itu, ia bertindak mengatasi masalah darah tinggi, serangan jantung, insomnia serta bertindak mengurangkan paras kolesterol dalam badan.

Bagi mereka yang mengalami masalah sembelit dan buasir, jus ini juga membantu melancaarkan usus dan penghadaman, mengurangkan sindrom migrain dan alergik serta melancrkan peredaran darah. Selain dari itu, jus ini merupakan penggalak susu (milk booster) serta membekalkan tenaga serta mencantikkan kulit kita.

Jus Marqeesha Membantu Masalah Pencernaan Dan Kesihatan Usus
Pelbagai khasiat Jus Marqeesha
  • membantu membersihkan sistem usus
  • mengatasi masalah gastrik dan pedih ulu hati
  • mengelakkan risiko serangan kanser
  • mengatasi masalah darah tinggi dan serangan jantung
  • mampu menghilangkan keletihan/kelesuan
  • memberi sumber tenaga pada tubuh
  • mengatasi masalah sembelit dan buasir
  • meningkatkan metabolisme tubuh dan menurunkan nafsu makan
  • meningkatkan jumlah sel darah merah
  • mengatasi masalah sukar tidur/insomnia
  • mengubati masalah penyakit GERD/Pencernaa
  • Melancarkan peredaran darah
  • memulihara sistem saraf
  • mengatasi maslah penuaan dan mencantikkan wajah
  • mencegah hipertensi
  • baik bagi merasa Asma
  • menguatkan sistem imune dalam badan
  • mengawal gula dalam darah
  • mengawal kolestrol dalam darah
  • Penggalak susu (milk booster) semulajadi
  • Mengurangkan sindroom migrain
  • mengurangkan simptom alergik

Bagaimana Jus Marqeesha membantu

Jus ini dapat mengatasi masalah dengan membantu membersihkan sistem usus yang kotor.  Usus yang bersih akan melancarkan sistem penghadaman dan seterusnya mengelakkan penyakit gastrik dna pedih ulu hati.  


Cara pengambilan:
Ambil 2 sudu selepas makan malam setiap hari.
Jus ini sesuai untuk anak-anak berusia 12 tahun dan keatas dan tiada kesan sampingan


Harga : 
RM90 sebotol bagi Semenanjung Malaysia dan RM100 bagi Sabah dan Sarawak (termasuk caj penghantaran)

Untuk maklumat lanjut atau berminat untuk menjadi stokis, sila layari atau hubungi no yang tertera dibawah:

Website : www.jusmarqeesha.com
Facebook : jusmarqeesha
Instagram : @jusmarqeesha
Telefon : 011-2719 4953 (Mohd Kusyairi) / 018-371 0988 (Nor Nadira)


Resepi : Daging Masak Kicap Daun Selasih

Saturday, June 01, 2019 3 Comments A+ a-

Dah lama tak makan daging, jadi tiga hari lepas sempat la buat Daging Masak Kicap Daun Selasih yang cukup sedap dan mudah buat orang yang kurang rajin macam saya ni. Daun selasih atau dipanggil daun Kemangi ni memang sedap dimasukkan dalam daging atau ayam tambahan pula baunya memang sangat menyegarkan..wangi!

Masakan Daging Masak Kicap Daun Selasih ni sebenarnya ikut pandai-pandai sendiri jer dan daun selasih ni sering digunakan oleh orang Thailand didalaml masakannya dan bila dimasak, memang terasa keenakan lauk tu samada daging mahupun ayam.

Resepi : Daging Masak Kicap Daun Selasih
Bahan-bahan:
350gm daging pejal atau batang pinang
1 labu bawang kuning (bawang holland)
1 sudu serbuk jintan putih
1 sudu serbuk jintan manis
2 ulas bawang putih
1 cekak daun selasih
10 biji cili api, diketuk
1 sudu besar sos tiram
2 sudu kicap manis


Cara membuatnya:
  • Perap daging dengan serbuk jintan manis dan jintan putih, sos tiram, kicap manis dan bawang putih yang telah ketuk dalam ½ jam.
  • Panaskan minyak, tumis bawang putih yang diketuk hingga naik bau dan kekuningan
  • Masukkan daging yang diperam hingga agak garing dan kemudian masukkan cili api dan sos cili, pastikan dengan api sederhana.
  • Kemudian masukkan daun selasih, digaul hingga layu.
  • Masukkan bawang kuning yang dipotong taji hingga layu dan padamkan api
  • Masukkan garam secukup rasa.