Tuesday, 23 July 2019

Tuesday, July 23, 2019 4

Logo Baru Tahun Melawat Malaysia VM2020 Dilancarkan Lebih Menarik

Akhirnya logo VM2020 dilancarkan oleh Tun M.  Cantik dan kemas jer logo ciptaan Alfred Phua Hong Fook, pereka grafik berusia 23 tahun ni yang berasal dari Melaka


Image result for logo tahun melawat malaysia 2020

Logo yang melambangkan kepelbagaian budaya, warisan, flora dan fauna Malaysia dan sebagai destinasi percutian. Mau pening nak pilih rasanya sebab terdapat beratus-ratus penyertaan sejak awal tahun.  Logo baru VM 2020 ni menampilkan ciri-ciri yang sinonim dengan Malaysia antaranya burung kenyalang, bunga raya, pakis liar dan warna-warna jalur gemilang..

Sasaran kedatangan 30 juta pelancong luar dengan jumlah pendapatan RM100 bilion diharap dapat direalisasikan daan rekod tahun lepas Malaysia menerima kunjungan sebanyak RM25.8 dan bukan angka yang mudah sebenarnya untuk dicapai sebab saya sebagai tenaga kerja pelancongan tau ianya bukan mudah. Tapi tak cuba tak tahu kan

Apa pun usahama semua pihak termasuk pihak swasta, Malaysia Airlines, AirAsia memang diperlukan sangat bersama dengan agen pelancongan yang berdaftar untuk membawa masuk pelancong dari luar.

Image result for logo tahun melawat malaysia 2020

Logo yang lama tu memang  tak menarik langsung yang ada imej KLCC, Orang Utan dengan monyet bercermin mata dan penyu juga bercermin mata dan memang tak de kualiti tapi tetap dipertahankan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan ketika tu iaitu Mohamed Nazri Aziz dan katanya dibuat oleh kakitangannya tanpa bayaran.

Semoga tercapai sasaran 30 juta!
Tuesday, July 23, 2019 1

Bagasi.my Memudahkan Pencarian Penginapan Murah Di Kundasang

Dah lama berangan nak ke Sabah, satu-satunya negeri yang belum pernah dijejaki walau DH tu dah kira expert tentang Sabah rata ceruk dia dah jejak sampai ke pulau-pulau jugak. Tak adil? memang tak adil sebab bukan sekali dia ke sana. Bercerita pasal Sabah, tentulah Kundasang menjadi target utama dan saya dah siap senaraikan tempat untuk dilawat selain terbayangkan Gunung Kinabalu yang gah tinggi bagi menyentuh langit sebab Kundasang terletak 2000 meter dari aras laut memilik keindahan setaraf negara-negara Eropah.

Bagasi.my Memudahkan Pencarian Penginapan Murah Di Kundasang
Pic : diambil dari FB Nadzley Amn
Antara tempat menarik yang harus dijejaki di Kundasang dan sememangnya sekian dalam ada dalalm senarai semestinya seperti kat bawah ni..ehh kalau ada sesiapa nak bagi tambahan tu tolong la bagi tau kot-kot saya terlepas pandang sebab terlalu teruja. 
  • Pekan Nabalu
  • Kinabalu National Park
  • Pekan Kundasang
  • Desa Cattle Dairy Farm
  • War Memorial Park
  • Poring Hot Spring
  • Canopy Walkway
  • Tagal Fish Spa
  • Arnab Farm
  • Sabah Tea Garden
  • Sunset view
  • Sosodikon (Pyramid) Hill
  • Bulatan Todak - open seafood stall
Melalui seorang kawan, saya kenali portal Bagasi.my dan tadaaaaa saya dah jumpa pilihan untuk penginapan dengan 17 Hotel di Kundasang yang mesra bajet - bawah RM150 sehari! 

Naik juling jugak mencari dan tengok penginapan ni tapi sungguh portal Bagasi.my ni memang memudahkan saya dan dari 17 penginapan tu saya tertarik pada J Residence memandangkan ahli keluarga ada 8 orang tu tak termasuk adik beradik dan sepupu  sepapat yang mungkin berminat kan. Terletak di tempat tinggi (Kg Tinompok, Mile 35 Kinablu National Park, Nabalu  89300 Sabah) jadi rumah bungalow ni memang nampak cantik dan nyaman sekali juga terdapat restoran untuk merasai makanan tempatan yang sedap. Apa yang penting kemudahan yang terdapat di J Residence pun sudah memadai.

J Residence
Lagi satu penginapan yang menarik perhatian ialah Ayana Holiday Resort tapi nampaknya kena tempah awal sebab cepat penuh.  Mana taknya harga semurah RM80 semalam nampak selesa dengan kemudahan katil besar, TV skrin rata, WiFi, bilik air serta peralatan membancuh teh/kopi dan restoran Bayu terletak hanya 500 meter dari sini.


Jadi, tempahan pun dah dibuat cuma tunggu pengesahan dari pihak penginapan je lagi tapi kalau dah penuh kita masih ada 15 penginapan untuk ditempah. Cepat? ehh tak la untuk bercuti ke Kundasang ni atau mana-mana lokasi pun kena aturkan dengan segera kalau tak memang boleh gigit jari jer sebab penginapan tu penting kalau tak de..haihhh nak tidur mana?

Monday, 22 July 2019

Monday, July 22, 2019 1

Be Radiant With 1 + 1 Simplify Beauty Glamogenic

Be Radiant With 1 + 1 Simplify Beauty Glamogenic | This Australian skin care brand Glamogenic 1 + 1 Be Simplify Beauty was official launched on 16 July 2019 in Kuala Lumpur. The brand was created to allow everyone no matter male or female, to revive the skin, making everyone beautiful and radiant, thus increasing self confidence.

Be Radiant With 1 + 1 Simplify Beauty Glamogenic
"This is my honor to work with Glamogenic skin care brand.  Although I am a man but I am also pay attention to myh skin care! In particular, Glamogenic's Vitalize Soothing Mask effectively soothes my sensitive skin and fatique, and has a moisturizing effect that maeks me look refreshed.  Brassica Peeling Gel is a gentle exfoliating gel that is also suitable for my skin without irritation.  I was very excited about the 1+1 formula and combination when Glamogenic team proposed to me! The charm of this product and the seriousness of the work team have deeply attracted me and thanks for choosing me become the brand ambassador. I will try my best to recommend to my friends and fans, an inspiring everyone to gain beauty and confident.  Most importantly we must take good care and love ourselves in priority!" Brand Ambassador Nicholas Teo
Be Radiant With 1 + 1 Simplify Beauty Glamogenic
Our doctor has more than 30 years of experience in in beauty sector and skin care industry has developed the professional series skin care products.  Through the formula, the 1 + 1 method allows each consumer with different needs to find a unique face and body care series.

Glamogenic is not just about personal facial skin problems, but also concern the beauty and care of your overall body contours, as well as every detail of life.  This brand promises to keep every consumer who relied in Glamogenic skin care products bright and radiant at all times and to find their own beauty.

Glamogenic understand the requirements and the needs of consumers through market analysis, so it is unanimously determined to use the best raw materials for the skin, as well as to protect the skin and to have the effect of not damaging the skin.  The ingredients used in Glamogenic skin care products are suitable for each person's face to be formulated for each skin problem.  They also use only the best broccoli extract and with high-tech development, so that each product is suitable for people at different stages and it is a must for everyone in their skin care range.
"1+1 Be Simplify Beauty Glamogenic, I warmly welcome parties to join us and become our partners to achieve every desire to improve ourselves and restore in self-confidence. Today, our great honor to welcome Singer and Actor Nicholas Teo to be our brand ambassador, he looks great and match with our branding image! "I believe he can help to spread the goodness of the brand of Glamogenic and our products will be able to help everyone in their skin care concern and inspire you in achieving a better quality life.” Glamogenic Honorary Chairman Dato Dr. Wong Aik Loung said.

Be Radiant With 1 + 1 Simplify Beauty Glamogenic

Glamogenic was launched on 16 July with the attendence of the media and VIPs that include Honorary Chairman Dato Dr Wong Aik Loung, brand Ambassador Nicholas Teo, Profession AMU Prof Dato' Seri Dr Alex Ong, Malaysia Foochow Chamber of Commerce, Dato Sri Wong Ing Soon, Image ConsultantSimon Bindgen and Brand International Model Miss Tina Glamogenic is actively recruiting distributors in Malaysia and welcome your entrepreneurs to join in. The brand will provide the knowledge of using Glamogenic skin care products as well as the incentive travel and generous bonuses and anyone interested may call +6012 708 2198. 

Glamogenic is collaborating with Asia Metropolitan university in launching beauty coursed includes basic skin care clasess and advanced beauty courses.  All the courses are suitble for those students who are interested in beauty industries.  Each student who successfully complete the course will be granted a professional certificate from the university.  

Glamogenic skin care products can be purchased at the trusted online shopping platform Gladiz www.gladiz.com or you may visit Glamogenic Official Facebook for more details.Visit to their authorized kiosk in Sunway Giza Mall from 10 am to 10 pm or visit their website at www.glamogenic.com.

Sunday, 21 July 2019

Sunday, July 21, 2019 8

Masalah Kunci Kereta Patah Dalam Starter Memang Kena Guna Pakar !

Dah dua hari otak kusut dek kerana kereta Allahyarham Abah yang kini menjadi kegunaan Angah Ammar tak bergerak bukan sebab tak de minyak, bukan sebab masalah enjin tapi sebab kunci patah sewaktu nak start kereta untuk ke rumah mak pada hari Khamis lepas. Masalah bertimpa la pulak lepas ada perjumpaan mengejut kat ofis siang hari tu. Masalah apa? tak per biar je dulu sebab kalau nak cerita kat blog, kat social media tu memang tak kot sebab adalah sebaiknya menyimpan dan cheer up untuk waktu kegembiraan nanti kan.

Seperti biasa hari Khamis malam Jumaat memang tugasan untuk tidur kat rumah mak kan dan sekarang ni memang suka bawa kereta Kelisa yang comel tu sebab jimat minyak, senang nak parking dan tak jauh pun jarak dalam lebih kurang 10 min jer. Entah kat mana silap..masukkan kunci ke tak boleh start..buat lagi sekali tapi bila tarik kunci..ehhh dah hilang hujung...ahhhh suku bahagian kunci dah patah kat dalam! Malas nak fikir panjang, si hitam la yang kena bertugas nampaknya..mujur esok cuti..okey..tu cerita esok untuk selesaikan.

Mujur DH outstation dan Angah boleh pergi kerja naik motor jer dan lepas selesai masak dan kemas rumah serba sikit, terus tuju ke kereta Kelisa nak mencuba nasib. Pergi ala-ala pakar dengan pengepit panjang runcing yang dirasakan boleh tarik tapi lepas setengah jam..hampaaa. Bila sendirian senang nak atur jadual, jadi ingat lepas hantar Kak Yang ke A&W nak ke kedai kunci di Desa Setapak dan lepas tu jemput Acha dari sekolah tapi tutup pulak kedai tu..

Jadi, mencuba nasib lagi...hampa dan mujur sejak dah tua ni tahap kesabaran tu tinggi..Alhamdulilah. Dah mencuba nak tarik keluar kunci yang patah tapi tak berjaya jugak..geram sungguh dek kerana kecuaian diri sendiri walau memang selalu berhati-hati tapi tu la...benda nak ja. Dah bagi tau DH pun dia sarankan guan pengepit tu tapi memang tak boleh. Mujur kali ini dia tak membebel kalau tak memang stress..tau la orang lelaki kalau membebel ni memang kalah orang perempuan tau

Hari ketiga, terus pesan Ayong cari tukang kunci lepas dia hantar lauk kat rumah mak, risau gak berapa la nak kena dah la tengah bulan kan dan Alhamdulilah kata si tukang kunci dia minta RM120. Bajet? memang la lari tapi bila dah call tanya 2-3 tukang kunci yang di Google, harga diaorang RM150..tak banyak beza tapi masih jimat kan.

Masalah Kunci Kereta Patah Dalam Starter Memang Kena Guna Pakar !
Memang jenuh tengok dia kena buka penutup kat stereng tu dan kemudian keluarkan starter. Tapi diaorang ni memang pakar kunci kan

Masalah Kunci Kereta Patah Dalam Starter Memang Kena Guna Pakar !

Akhirnya bahagian yang memakan serpihan kunci tu dapat dikeluarkan..tu belum lagi keluarkan bahagian kunci yang patah dalam kelonsong yang kecik tu...huihh mata pun kena cerah gak kalau main hentam je mahu bahagian yang dalam tu rosak...

Masalah Kunci Kereta Patah Dalam Starter Memang Kena Guna Pakar !

Selepas 1 jam 30 minit selesai la tugasan selesai dan serpihan kunci berjaya dikeluarkan sampai hitam-hitam tangan di pakar kunci tu.  Alhamdulillah..lega sebab dah boleh pandu kereta comel ni balik walau melayang RM120 tu..


Pengajarannya...memang bila kunci patah kereta kita kena dapatkan khidmat pakar sebab kalau tak mungkin timbul pulak masalah yang lebih besar

Friday, 19 July 2019

Friday, July 19, 2019 3

Fast & Furious: Next-day Delivery for Electronics Purchases on Shopee

Shopee Mart which comes with a next-day delivery guarantee via its Shopee24 Express Delivery service, not only features groceries, health and beauty products, but also irresistible electronics deals that you will not want to miss! Popular models of mobile phones, accessories, computer peripherals, home appliances such as the Xiaomi Mi 9 SE, Morgan Rice Cooker and more are available at attractive prices and all with a 100% authenticity guarantee. 

Enjoy additional perks such as a 15-day hassle free return policy, free shipping, 0% Shopee installment plan and also earn Shopee Coins (a Shopee currency) along the way. With Shopee Guarantee, shoppers can have peace of mind when shopping on the platform as Shopee holds the money from all purchases in escrow and only releases the payment to sellers after buyers have confirmed receipt of product. Should the user feel that there are any problems or dissatisfaction with regards to their products, they can request for a refund from our friendly customer service crew.





Put in your order by 2pm (excluding Sunday and public holidays) to ensure that you receive your products the next day or your next shipment will be on Shopee. Presently available for users within Klang Valley, Shopee24 serves to answer the call of consumers for speedy fulfillment when shopping online.

For further savings from now till 21 July 2019, apply the code SMLEMA5 to receive a RM5 rebate with a minimum spend of RM100.

Don’t miss out on the limited-time only special electronics deals available on Shopee Mart:


Thursday, 18 July 2019

Thursday, July 18, 2019 4

Barangan Basah Di SEGI FreshMart Subang Segar Dengan Harga Murah

Rutin mingguan semestinya cari barangan dapur basah di Pasar tak boleh tidak sebab kalau tidak memang tak berasap la sepanjang minggu dan pastinya kelaparan la cikapplepie nanti. Kali ni bukan Pasar Dato Keramat yang kami terjah tapi SEGI FreshMart kat Subang nun.  Jauh kan tapi seriously memang berbaloi sebab ramai dok kata barangan basah kat situ segar dan murah.  

Kat sini memang selalu rupanya ada promosi dan waktu sampai tu ramai sungguh orang membeli..eh memborong sakan mungkin untuk buat kenduri tapi kalau kalau sesiapa yang buat katering tu memang la korang patut datang sini..jangan cakap kita tak bagi tau tau!

So, moh ler layan rambang mata dan keterujaan saya membeli belah kat sini..
Barangan Basah Di SEGI FreshMart Subang Segar Dengan Harga Murah
Salmon! Tau dak harga dia memang murah giler tu yang ambil dekat 10 potongan sesambil kat otak ni dok fikir nak masak Asam Pedas, Gulai Salmon, Grill ehh...nanti saya kongsi gambar dan resepi yang dah buat diri sendiri telan air liur sampai sengih sampai ke telinga..hehee

Barangan Basah Di SEGI FreshMart Subang Segar Dengan Harga Murah
Peminat seafood memang sah-sah tak akan tengok jer dengan pelbagai jenis sotong, ketam, udang dan ikan yang sah-sah buat juling mata

Barangan Basah Di SEGI FreshMart Subang Segar Dengan Harga Murah
 Ayam segar! balik terus boleh grill tak pun buat masak lemak cili api...haishh la.  Kalau ke pasar memang macam ni..sesambil pilih memilih tu terfikir resepi jugak tau

Barangan Basah Di SEGI FreshMart Subang Segar Dengan Harga Murah
Sekian lama mencari sotong basah ni tapi tak pernah jumpa sebab dah dikeringkan jadi bila nampak tu memang teruja sungguh dan yeahh tak sabar nak sambal tumis. Perasaan tu macam mana? kembang semacam kembangnya sotong ni..hehee

Barangan Basah Di SEGI FreshMart Subang Segar Dengan Harga Murah
Bila tengok ikan Mabong ni. memang buat ikan bakar jer la yang ada dalam kepala. Boleh terliur walau tak letak atas api lagi sesambil terbayang kemanisan dan kepedasan air asam yang bakal dibuat tu..hehee
Barangan Basah Di SEGI FreshMart Subang Segar Dengan Harga Murah
Berjalan ke arah sayuran ni memang pasti tak de sesiapa yang tak teruja, segar dan hijau sampai terasa macam nak balik masak sekarang jugak hehee

Barangan Basah Di SEGI FreshMart Subang Segar Dengan Harga Murah
kalau kat rumah stok daun bawang ni satu kemestian sebab kalau buat nasi goreng yang sentiasa menjadi menu makan malam memang tak sah kalau tak de taburan daun bawang ni dan kalau buat telur dadar pun kena letak daun bawang ni..mandatori! 

Barangan Basah Di SEGI FreshMart Subang Segar Dengan Harga Murah

Memang serba serbi ada kat sini, semua cukup segar, murah dan sememangnya banyak pilihan sampai semuanya kita akan pilih tau..

Barangan Basah Di SEGI FreshMart Subang Segar Dengan Harga Murah

Buat kaki borong dan punya ramai anak ramai, memang kat sini la korang patut datang dan memborong apatah lagi kalau peniaga kecil-kecilan atau yang punya kedai runcit tu sebab Segi Fresh Mart ni dibuka seawal jam 8 pagi hingga 10 malam setiap hari!

Ok, kalau sesiapa yang nak rasai keterujaan dan rambang mata dengan kesegaran sayuran dan barangan basah kat sini, saya kongsilah alamat ni. 

Alamat :
Pasaraya SEGI FreshMart, PT 17920, Seksyen U9,, Subang Sejahtera, 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia

#segifreshmarket #segifresh  #barangbasahsegarsegi
#janjisegar #janjisegi

Saturday, 13 July 2019

Saturday, July 13, 2019 13

Suamiku Milik Wanita Lain

Suamiku Milik Wanita Lain | Memula nampak artikel ni rasa seram la jugak kan. Jangan melatah teruskan membaca sebab artikel ni memang buat rasa sebak dan beri kesedaran dan perkongsian buat semua gadis yang bakal mendirikan rumahtangga, yang baru berumahtangga, yang sedang melayari alam perkahwinan dan buat semua wanita yang bergelar isteri. 

Menerima ibu mertua dan diterima ibu mertua seperti ibu sendiri kekadang tu memang payah kerana terkadang kita sendiri tidak diterima baik oleh mertua tapi kalau kita sabar dan ikhlas, InsyaAllah pasti si ibu mertua akan menerima kita. Kehidupan rumahtangga setiap kita berbeza tapi yang penting kita perlu ikhlas, jujur dan bertolak ansur, selebihnya guna akal dan bukan nafsu. Wallahualam

Antara kenangan sewaktu Allahyarhamah ibu mertua sanggup datang ke Kuala Lumpur bagi menjaga makan pakai si anak dan cucu-cucu kerana saya harus ke Dubai atas urusan kerja. Rindu? memang rindu kerana dia ibu mertua yang baik.  Al Fatihah buat Allahyarhamah Hajah Harison Bt Lebai Mat.

Pagi2 lagi, Sarah mengetuk pintu rumah ibunya. Dia menggendong anaknya dan bawa tas besar.
Dari matanya yang bengkak dan merah, ibunya sudah tahu yang Sarah bertengkar lagi dengan suaminya.
Meskipun hairan, kerana biasanya Sarah hanya setakat telefon sambil menangis jika bergaduh dengan suaminya. 
Ayah Sarah yang kehairanan, tanya masalahnya.
Sarah ceritakan dari mula pertengkarannya dengan suaminya malam tadi.
Sarah kecewa kerana suaminya telah membohongi Sarah selama ini.
Sarah terjumpa buku bank suaminya terjatuh di dalam kereta.
Sarah baru tahu yang suaminya selalu mengeluarkan sejumlah wang setiap bulan pada tarikh yang sama.
Sarah juga perasan, wang yang dia terima jumlah yang sama.
Bererti sudah 1 tahun lebih, suaminya membahagi wangnya, setengah untuk dia, setengah untuk yang lain. 
Jangan2 ada wanita lain??
Ayah Sarah hanya menghela nafas, wajah bijaksananya tidak menampakkan rasa panik atau pun marah.
"Sarah. Yang pertama, langkahmu datang ke rumah ayah sudah melawan Firman Allah kerana meninggalkan rumah tanpa izin suamimu".
Kalimat ayah membuat Sarah kebingungan. Sarah menyangka dia akan dapat sokongan dari ayahnya.
"Yang kedua, mengenai wang suamimu, kamu tidak berhak tahu. Hakmu hanyalah wang yang diberikan suamimu. Itu pun untuk keperluan rumah. Jika kamu membelanjakan wang itu tanpa izin suamimu, meskipun itu untuk sedekah, itu tak boleh".
Ayahnya meneruskan. "Sarah, suamimu menelefon ayah dan mengatakan bahawa sebenarnya wang itu memang diberikan setiap bulan untuk seorang wanita.
Suamimu tidak menceritakannya padamu, kerana kamu tidak suka wanita itu sejak lama.
Kamu sudah mengenalinya dan kamu rasa setelah berkahwin dengan suamimu, hanya kamulah wanita yang memilikinya".
"Suamimu meminta maaf kepada ayah kerana dia hanya berusaha menghindari pertengkaran denganmu. Ayah faham kerana ayah pun sudah mengenal watakmu".
Mata ayah mulai berkaca-kaca. 
"Sarah, kamu kena tahu, setelah kamu kahwin, yang wajib kamu taati adalah suamimu. Jika suamimu redha padamu, Allah pun redha.
Sedangkan suamimu, dia wajib taat kepada ibunya.
Begitulah Allah mengatur lelaki untuk taat kepada ibunya.
Jangan sampai kamu menjadi penghalang bakti suamimu kepada ibunya".
"Suamimu dan harta suamimu adalah milik ibunya".
Ayah berkata dengan linangan air mata. Seorang ibu melahirkan anaknya dengan susah payah dan kesakitan. 
• Kemudian dia membesarkannya hingga dewasa hingga anaknya berkahwin, dia melepasnya begitu saja.
• Kemudian anak  itu akan sibuk dengan kehidupan barunya.
• Bekerja untuk keluarga barunya.
• Mengerah tenaga  untuk isteri dan anak2nya.
• Anak hanya guna sedikit waktu untuk sesekali berjumpa dengan ibunya sebulan sekali, atau hanya setahun sekali dimusim perayaan.
"Kamu yang sejak awal berkahwin tidak suka dengan ibu mertuamu. Mengapa?
Kerana rumahnya kecil dan sempit? Sehingga kamu mengadu kepada suamimu bahawa kamu tidak betah tidur disini.
Anak-anakmu pun tidak akan betah disana.
Sarah, mendengar ini ayah sakit sekali.
Jika kamu merasa tidak sedap tidur di sana, bagaimana dengan ibu mertuamu yang dibiarkan saja untuk tinggal di sini?"
Wang itu diberikan untuk ibunya. Suamimu ingin ayah berhenti menjaja makanan kerana sudah semakin uzur.
Dari wang itu ibu suamimu hanya guna secukupnya saja, selebihnya  dibahagikan kepada anak-anak yatim dan orang2 yg tidak berkemampuan untuk saham akhirat.
Sarah membungkam dalam hati, dia sering merungut wang pemberian suaminya tidak mencukupi.
Sarah banyak membeli pakaian untuk ditukar-tukar semasa menghantar dan mengambil anak-anak disekolah. Dia tidak mahu orang tengok berpakaian sama setiap hari.
Sarah juga menjaga penampilannya dengan merawat wajah dan tubuhnya mengunjungi spa.
Berkumpul dan beramah mesra dengan rakan-rakan di restoran atau cafe, kemudian berjalan-jalan di pasaraya, kalau tak membeli pun hanya 'window shopping'.
Dalam hidupnya hanya nak bergaya dan popular, langsung tak ingat saham akhirat.
Sarah menyesali sikapnya yang tidak mahu berbaik-baik dengan ibu mertuanya yang hanya menjual goreng pisang yang telah berjaya;
• Menjadikan suaminya seorang sarjana.
• Mendapat kerja yang di impikan ramai orang.
• Berjaya berdikari, hingga Sarah boleh menduduki rumah yang besar dan selesa dgn kereta Merz yg agak mewah.
"Ayaaah, maafkan Sarah", tangis sarah meletus.  Ibunya yang sejak tadi membisu memeluk Sarah.
"Sarah, kembalilah kepada suamimu, dia orang baik, bantulah suamimu berbakti kepada ibubapanya dan kami. Bantu suamimu mencapai syurga dan dengan sendirinya, ketaatanmu kepada suamimu boleh ke syurga.
Ibunya membisikkan kalimat itu ke telinga Sarah.
Sarah hanya menjawabnya dengan anggukan, dia menahan tangisnya. Bathinnya sakit, menyesali sikapnya.
Dia pun pulang mendapatkan suaminya dan sambil menangis memohon maaf atas buruk sangka selama ini.
Dia ajak suaminya segera pergi menemui ibu mertuanya untuk memohon maaf atas ketelanjurannya selama ini.
Suaminya menitiskan air mata menatap isterinya yg selama ini agak sombong dan sering muncung bila diajak pulang ke rumah mertuanya.
Suaminya mendapati isterinya telah membeli banyak barang keperluan dapur, sedangkan mereka baru saja berbelanja.
Antara yang dibeli seperti susu, telur, biskut, sardin, beras Serindit dan berbagai lagi termasuk 5 botol minyak masak yg 5 liter setiap 1.  Isterinya beritahu semua itu untuk dibawa kerumah mertuanya, ibu kandung lakinya.
Air mata suami bercucuran bukan kerana barang2 keperluan dapur, tapi kerana perubahan isterinya yg senang dan nampak ikhlas hendak menemui ibu mertuanya yg selama ini dipandang hina.
Seterusnya Sarah berjanji dalam hatinya, untuk menjadi isteri yang taat pada suami.
Sesekali, Sarah bukan mengajak suaminya ke pasaraya tapi mengunjungi mertuanya dan ibubapanya dgn membawa apa2 buah tangan.

Kadang2 tu makanan dan buah2an yg mahal yg tiada di kampung, yg jarang sekali mertua dan ibubapanya merasai spt prunes, anggur, kfc, pizza, mentega dan seumpamanya. Selama ini mereka nikmati itu semua tanpa igt orang tuanya yg hanya makan roti kering dan makan nasi dgn ikan kering dan pucuk ubi cicah budu, sambal belacan, cincalok dan tempoyak.

Kirimkan kisah ini ke semua sahabat anda, siapa tahu ada orang yang mahu ambil manfaat dan pengajaran darinya, sehingga anda pun dapat pahala 

@sahabat syurga@

Tuesday, 9 July 2019

Tuesday, July 09, 2019 10

Domino's Perkenalkan Kad Ekspres Terbaru Dengan Penjimatan Sehingga 50%

Berpegang kepada slogan, It's All About You, Domino's Pizza memperkenalkan Kad Ekspress berwajah baharu pada harga yang amat menakjubkan!


Kad Ekpres Fasa 2 yang berwajah baru ini telah dilanjutkan tarikh luputnya yang kini sah sehingga 31 Julai 2020 bukan  31 Disember 2019. Kad ini boleh didapati dengan potongan harga 50% bagi tempoh yang terhad dan boleh didapati pada harga RM30 bukan RM60! Lebih menarik bagi pemegang Kad Ekspres sedia ada boleh memperbaharui kad hanya dengan RM15 bukan RM30

Dengan Kad Ekspres Domino’s Fasa 2 ini, peminat piza boleh mendapat pelbagai tawaran VIP di Domino’s sepanjang tahun! Manfaat VIP termasuk tawaran beli 1 percuma 1 piza, beli 1 percuma 1 sajian sampingan terpilih, tawaran istimewa sempena hari lahir, dan tawaran bulanan eksklusif khusus untuk pemegang Kad Ekspres. Untuk tawaran masa terhad bulan ini, tawaran Beli 1 Percuma 1 Piza juga boleh didapati untuk penghantaran, bermula dari 1 Julai hingga 31 Julai 2019. Di samping itu, pelanggan Kad Ekspres berpeluang membeli piza a la carte dengan potongan harga sebanyak 50% untuk piza saiz Regular, Large dan Xtra Large, tertakluk kepada terma dan syarat. Sebaik sahaja Kad Ekspres diaktifkan dalam talian, pelanggan akan menerima 1 e-Kupon Piza saiz Regular scara percuma, bernilai RM29.90.
“Di Domino’s, pelanggan sentiasa menjadi keutamaan dalam operasi kami  dan kami berhasrat untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang bermakna kepada pelanggan kami. Selaras dengan itu, kami dengan sukacitanya melancarkan Fasa 2 Kad Ekspres kami untuk memberi ganjaran kepada pelanggan kami kerana sokongan dan kesetiaan mereka yang berterusan kepada Domino’s Pizza. Kami benar-benar berharap rakyat Malaysia akan merebut peluang ini untuk menikmati piza kegemaran mereka bersama keluarga dan kawan-kawan. Seperti biasa, kami amat komited untuk memberikan nilai yang sebaik mungkin kepada pelanggan setia kami, di samping terus menawarkan produk baharu dan menarik.” Linda Hassan, Naib Presiden Kanan, Pemasaran, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura
Untuk merebut tawaran hebat ini, pelanggan boleh membeli atau memperbaharui Kad Ekspres mereka di mana-mana cawangan Domino’s, menghubungi talian Domino’s di 1-300-888-333, atau mengunjungi laman web Domino’s, sehingga 30 Julai 2019. 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Kad Ekspres Dominos's Pizza Malaysia dan juga promosi yang sedang berjalan, jengah ke https://www.dominos.com.my


Monday, 8 July 2019

Monday, July 08, 2019 0

Kempen Serikan Diri Di Aidilfitri Dengan Garnier Bagi Memperkasa Wanita Berjaya Mengumpul RM15,000

Eid Fitri atau Hari Raya Aidilfitri bukan setakat meraikan bersama orang tersayang tetapi juga bila kita sangat teruja untuk bersedekah terutama kepada mereka yang memerlukan bantuan.  Gardnier Malaysia, tahun ini membawakan makna yang baharu bagi sambutan Hari Raya menerusi kempen Serikan Diri Di Aidilfitri, menerusi kerjasama dengan rakan peruncit MYDIN menyumbang kepada masyarakat menerusi usaha memperkasa wanita.

Garnier Malaysia mengumumkan bahawa kolaborasi dengan MYDIN akan memberi manfaat kepada TechForGood dalam dua cara iaitu bagi setiap produk Garnier yang dijual di MYDIN pada Bulan Ramadan, RM0.20 disumbangkan kepada progam dan bagi setiap perbelanjaan RM30 dan keatas untuk produk Garnier yang dibeli sewaktu roadshow MYDIN antara 24-30 Jun 2019, pembeli menerima beg tote buatan tangan atau beg pouch yang boleh diguna semula yang telah dijahit oleh para wanita di bawah program ini.

Kempen Serikan Diri Di Aifilfitri Dengan Garnier Bagi Memperkasa Wanita Berjaya Mengumpul RM15,000
"Kami tidak melihat tanggungjawab sosial kami sebagai terpisah daripada aktivit perniagaan - kami menggabungkan kedua-duanya secara lancar di bawah strategi kemapanan kami.  Sebagai program yang membantu masyarakat dengan meningkatkan kemahiran keusahawanan mereak, visi TechForGood adalah selaras dengan komitmen kami, iaitu membantu komunit setempat yang memerlukan"
"Sepanjang kempen Serikan Diri Di Aidilfitri yang berlangsung pada bulan Ramadan, sebanyak 48,000 barangan hadiah yang dibuat sendiri oleh para wanita di bawah program ini diberikan secara percuma para pembeli.  Kami amat berbesar hari untuk mengumukan bahawa sejumlah RM15,000 telah dikumpulkan dengan kerjasama MYDIN untuk menyokong TechForGood yang akan menyumbang kepada kemajuan program ini dan membantu memberi manfaat kepada lebih ramai ahlinya" Ian Cheng, Pengurus Pemasaran Garnier Malaysia

TechForGood, sebuah program di bawah Global Entrepreneurship Movement Association (GEMA) merupakan inisiatif yang meningkatkan dan memperkasakan komuniti mikro di Malaysia dengan memudahkan pembelajaran kemahiran baru dan meningkatkan pendapatan mereka menerusi bantuan teknologi.  Sejak penubuhannya pada 2019, TechForGood telah membantu seramai kira-kira 500 ahlinya.


Kempen Serikan Diri Di Aifilfitri Dengan Garnier Bagi Memperkasa Wanita Berjaya Mengumpul RM15,000

"Untuk kerjasama Garnier Malaysia dengan TechForGood, kami telah meningkatkan kemahiran 50 ahli wanita program yang memepunyai minat atau latar belakang dalam menjahit.  Melalui pembelajaran digital dan bengkel, emereka dapat meningkatkan kemahirna menjahit yang diperlukan untuk membuat beg dan be galas yang boleh diguna semula, pada masa yang sama mendapat pendapatan tambahan.  Kami sangat bersyukur datas sokongan Garnier Malaysia, dan kami yakin ini akan mewujudkan momentum bagi syarikat-syarikat lain untuk menyertai kami dalam membawa perubahan kepada koumiti mikro lain di seluruh negara" Deborah Melissa Bottreau, Presiden GEMA
Kempen Serikan Diri Di Aifilfitri Dengan Garnier Bagi Memperkasa Wanita Berjaya Mengumpul RM15,000
Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira (Dr) Hj Ameer Ali Bin Mydin bersama isteri Datuk Dr Siti Hawa Mohd (Pengarah Mydin Mohamed Holdings Berhad) beserta Cik Deborah Melissa Bottreau (Presiden GEMA) bersama barisan artis Syafiq Kyle, Amyra Rosli dan Azira Shafinaz yang merupakan pelakon drama siri mini Serikan Hatimu.



Nanti tonton drama siri mini Serikan Hatimu, sila klik 


Kalau nak tahu lebih lanjut tentang kempen Serikan Diri di  Aidilfitri sila layari

Wednesday, 3 July 2019

Wednesday, July 03, 2019 4

Domino’s Perkenalkan Manisan Saranghae-ny Stix Serta Lancarkan Sajian Terbaru di Tayangan Perdana K-Filem

Peminat K-Drama pasti teruja dengan pelancaran produk terkini daripada Domino’s Pizza, Saranghae-ny Stix yang serba baharu! Sebagai sebahagian daripada kempen ‘So Spicy, So Drama’, Domino’s Pizza menganjurkan malam yang tidak dapat dilupakan dengan menjamu semua tetamu jemputannya dengan peminat Korea, tetamu dihiburkan dengan hari pertama tayangan filem seram ‘0.0MHz’ yang mendebarkan, selepas mereka menjamu selera dengan produk lazat terkini Domino’s.
Saranghae-ny StixDomino’s dihidangkan secara eksklusif kepada para tetamu sebelum tayangan filem. Dibakar di dalam ketuhar sehingga perang keemasan, pencuci mulut lazat ini penuh berperisa dengan titisan mentega madu dan sos karamel masin. Sajian ini pasti menambat selera dan membuatkan anda nak lagi! Manisan menyelerakan ini dilancarkan sebagai sajian sampingan kepada pedas yang baru-baru ini kembali masuk menu untuk memenuhi cita rasa rakyat Malaysia yang menggemari makanan pedas.

Domino’s Perkenalkan Manisan Saranghae-ny Stix  Serta Lancarkan Sajian Terbaru di Tayangan Perdana K-Filem 


Majlis khas ini dihadiri oleh lebih seratus tetamu, termasuk pelanggan setia Domino’s yang telah memberikan sokongan padu kepada Domino’s selama ini. Oleh itu, majlis ini merupakan cara Domino’s menunjukkan penghargaan kepada mereka. Wakil media dan juga influencer media sosial turut hadir untuk memeriahkan majlis ini. Langkah memperkenalkan Saranghae-ny Stix di MBO The Starling sebelum tayangan filem Korea seram penuh drama ini mencerminkan komitmen Domino's untuk terus membawakan pengalaman yang unik lagi menarik kepada semua.

Domino’s Perkenalkan Manisan Saranghae-ny Stix  Serta Lancarkan Sajian Terbaru di Tayangan Perdana K-Filem 

“Sejajar dengan janji kami, ‘It’s All About You’, kami memberikan komitmen penuh untuk mencipta produk dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan dan kehendak para pelanggan kami. Justeru, kami sukacita untuk memperkenalkan Saranghae-ny Stix serba baharu sebagai sajian unik kepada pelanggan, lebih-lebih lagi ia menjadi pelengkap kepada Piza Ssamjeang dan Ayam Haseyo yang kini kembali untuk memenuhi rindu peminat. Diilhamkan oleh minat rakyat Malaysia yang gemar menjamu selera, Piza Ssamjeang terbukti sangat laris tahun lepas, dan kami teruja untuk membawakannya kembali tahun ini, bersama Saranghae-ny Stix yang lazat. Kami yakin bahawa pengguna kami, terutamanya peminat Korea pasti teruja dengan manisan terbaru ini yang merupakan gandingan sempurna kepada Piza Ssamjeang kegemaran mereka!” - Puan Linda Hassan, Naib Presiden Kanan, Pemasaran, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura

Piza Ssamjeang boleh didapati dalam tiga pilihan, iaitu Piza Daging Ssamjeang, Piza Ayam Ssamjeang dan Piza Tuna Ssamjeang. Rahsia kepada produk lazat Domino’s ialah sos pedas Korea yang dicipta khas oleh Domino’s sebagai dasar bagi Ssamjeang Pizza. Sos Ssamjeang unik menampilkan adunan menarik rasa manis dan pedas yang pasti menghangatkan selera anda.

Domino’s Perkenalkan Manisan Saranghae-ny Stix  Serta Lancarkan Sajian Terbaru di Tayangan Perdana K-Filem 

“Sebagai sebahagian daripada kempen ‘So Spicy, So Drama’, kami menganjurkan malam K-Drama untuk para pelanggan utama, peminat piza, wakil media dan influencer media sosial. Langkah menganjurkan tayangan filem ‘0.0MHz’ merupakan cara unik kami memperkenalkan Saranghae-ny Stix sambil memberikan sentuhan aksi K-Drama yang menarik. Dalam segala yang kami lakukan, kami berusaha untuk memastikan bahawa pengguna dan tetamu kami menikmati pengalaman yang sukar dilupakan bersama produk lazat dan berkualiti pada nilai hebat.”

Rebutlah peluang untuk menikmati tawaran nilai hebat dalam kempen ‘So Spicy, So Drama’, dengan promosi seperti Ssamjeang Buddy Combo yang menawarkan 1 Piza Ssamjeang saiz biasa (Regular), 1 Saranghae-ny Stix 1 Ayam Haseyo dan 2 tin minuman ringan pada harga hanya RM39.90, iaitu dengan penjimatan RM25.60. Pelanggan juga boleh membeli Ssamjeang Super Combo, yang menawarkan 1 Piza Ssamjeang saiz biasa (Regular), 1 Piza Saiz Biasa (Regular), 1 Saranghae-ny Stix 1 Ayam Haseyo dan 1 botol minuman ringan pada harga hanya RM54.90, dan menjimatkan RM37.60.

Untuk nilai yang lebih hebat, pesan 2 Pizza Deals dan nikmati Piza Ssamjeang dengan keju tambahan. Tawaran ini boleh dinikmati pada harga RM35.90 untuk dua Piza saiz biasa (Regular), RM56.90 untuk dua Piza saiz besar (Large) dan RM77.90 untuk dua Piza ekstra besar (Xtra Large). Di samping itu, Piza Ssamjeang saiz peribadi (Personal) boleh dipesan menerusi tawaran Super Tuesday pada setiap Selasa dari harga serendah RM3.90 untuk pesanan bawa pulang dalam talian dan RM4.90 untuk pesanan menerusi kaunter. Piza Ssamjeang juga sebahagian daripada tawaran hebat setiap hari yang bermula daripada harga serendah RM5.00 untuk setiap piza peribadi tertakluk kepada terma dan syarat.

Saranghae-ny Stix baharu dibakar segar di dalam ketuhar dan dihidangkan panas-panas setiap hari di cawangan Domino’s Pizza di seluruh negara dan boleh didapati untuk tempoh terhad sahaja, pada harga pengenalan hanya RM7.90. Rebut tawaran mulai 17 Jun, kunjungi cawangan kami, buat pesanan dalam talian di http://www.dominos.com.my, atau menerusi telefon 1300-888-333.

Ambil kesempatan ini untuk berkongsi gambar dan video detik pedas lagi manis bersama Saranghae-ny Stix dan Piza Ssamjeang Domino’s di media sosial dan tag kami seperti berikut @dominosMY, #dominosMy, #DominosSsamjeang, #SoSpicySoDrama and #ItsAllAboutYou!

Tuesday, 2 July 2019

Tuesday, July 02, 2019 1

Novel : Jangan Percaya - Syaida Ilmuna

entomophargy tabiat memakan serangga. 

Borderline Personality Disorder gangguan psikologi yang terjadi akibat ketidakstabilan emosi


Novel : Jangan Percaya - Syaida Ilmuna
Syaida Ilmuna
m/s : 512
Penerbit : Karangkraf

Ni novel kedua karya Sayida Ilmuna yang dibaca antaranay Dia Bukan Arissa masih tak sempat diblogkan..

Nak baca sinopsis lain, jengah SINI

SINOPSIS
PERTEMUAN pertama Bella Amira dan Kaylina sudah cukup membuatkan hatinya diasak seribu macam rasa. Saat tangan mereka bertaut, imbasan hitam putih mula menerjah ke minda Bella. Senyuman seorang wanita berbibir nipis hadir dan kelihatan sebilah pisau tajam bergerigi di tangannya. Pisau itu berlumuran darah!
“Bella Amira!” Rizqi cuba membawanya ke alam nyata.
Semenjak itu, kehidupan Bella tidak lagi serupa. Isteri baru bekas suaminya itu menyimpan seribu satu macam ulah dan suka bermuka-muka. Bermula dengan kematian anak sulungnya, Bella tahu Kaylina ada perkaitannya.

Namun begitu, siapa yang percayakan kata-katanya? Kaylina yang lebih manja digelar Kay itu seorang wanita yang lemah lembut, pandai memasak dan sayangkan kanak-kanak. Di hadapan Rizqi, pijak semut pun tak mati. Di belakangnya, anak-anak Bella menggelar dia raksasa maha jahat!

Bella pula sering ditimpa mimpi buruk semenjak mengenali wanita itu. Siapa Kaylina sebenarnya? Mampukah Bella membuatkant mereka percaya yang Kay bukanlah seperti yang mereka sangkakan? Jangan sampai nanti mereka semua mati dalam keadaan tidak percaya, sudahlah!

Ulasan
Selepas 2 tahun berpisah dengan Bella Amira, Rizqi mengahwini Kaylina, wanita muda berusia 25 tahun yang lemah lembut dan sukakan kanak-kanak. Bella Amira dipanggil Belle, bekas isteri tetap disayangi bekas ibu mertua dan Diana, si kakak sulung bekas suami apatah lagi kedua anaknya Bellina dan Riza dijaga dan akan dijemput pulang selepas Bella habis bekerja. Hubungan akrab Bella dengan mertua namun tidak dengan hubungan Belle dengan mamanya. Bekerja bersama bawah satu bumbung dalam bidang penyiaran membuatkan Belle dan Rizqi selalu bertembung apatah lagi Rizqi merupakan pegawai atasan dan kerja dalam bidang yang memerlukan ujibakat dengan model menyebabkan Rizqi sendiri juga terpalit dengan skandal kerana siapa tak jatuh hati kerana dia punya jawatan dan paras rupa yang kacak.

Belle seperti ibunya punya kelebihan deria keenam dan bukan suatu rahsia buat bekas suami dan mertua. Sebagai ibu, Zahlia pasti tak nak tengok menantunya ada kekasih selain anak sendiri dan disebabkan itu hubungan dia dan Belle dingin.

Bertemu kali pertama dengan bakal isteri bekas suami sekembali dari bercuti di rumah bekas mertua pun dah memberi bayangan yang menggerunkan pada Belle ketika dia bersalam dengan Kay hingga dia pengsan selepas sekian lama tak mengalami situasi sebegitu sekian lama.

Setelah menjadi isteri, Kay mencemburui Belle kerana dia tahu Rizqi masih ada hati pada bekas isterinya apatah lagi mereka selalu bertembung dek kerana tugasan. Tipu la kalau kata Rizqi telah hilang perasaan pada Belle tapi Rizqi ni memang sejenis yang sayang isteri apatah lagi Kay seorang surirumah yang rajin dan menyediakan segalanya untuk sisuami.

Dipaksa menyertai misi membantu mangsa banjir Belle mendapat bayangan hingga dia pengsan dan dihantar pulang ke Kuala Lumpur dan sekali lagi Belle pengsan selepas mendakap anak-anaknya yang kemudian diketahui anak-anaknya takut dengan si ibu tiri. 

Hubungan Belle dan mamanya kembali pulih kerana mamanya tidak jemu mencuba berbaik apatah lagi selepas Belle seakan berkecil hati di hari lahir bekas ibu mertuanya.

Demi untuk memperbaiki perhubungan sekeluarga, ibu mertuanya mengajak Belle bercuti di rumah percutian keluarga di Fraser's Hill seperti tahun-tahun ketika dia masih menjadi isteri Rizqi termasuk mamanya Zahlia yang juga sahabat baik Fauziah bekas ibu mertuanya.  Percutian yang sepatutnya mengembirkan tapi berakhir dengan kesedihan bila anak bila anaknya Belina menemui ajal.

Selepas majlis pengkebumian Belina, bekas ibu mertuanya pula ditemui meninggal dunia. Zahlia yang merasa seperti ada yang tidak kenal dan bersama Belle mereka menjumpai gelang tangan emas di bilik tidur Fauziah yang pasti milik si pembunuh dan pasti bukan milik Diana.

Kemunculan Amir Bin Daniyal menampakkan sisi Rizqi yang cemburu dan Amir jatuh hati dengan Belle yang masih cantik walau telah berusia 35 tahun dan perbezaan 9 tahun tidak menghalang dia jatuh sayang walau Belle berstatus janda. Amir tanya jemu mendekati Belle dan seterusnya membuka cerita tentang gadis yang dilihatnya seakan adiknya Aira yang menghilangkan diri dari pusat jagaan sakit jiwa.  
you know, we...can save our marriage if you forgive me, right? - Rizqi
Penampilan Belle yang berhijab cukup menarik sekembali bertugas selepas bercuti seminggu selepas kematian bekas ibu mertua dan Rizqi jelas nampak cemburu melihatkan Belle bersama Amir. Bukan Rizqi tak pernah melamar Belle kembali tapi mana mungkin Belle menjadi isteri kedua  dan yang pasti akan teruk perang besar dengan Kaylina. Belle masih punya perasaan dengan bekas suaminya!
"when your legs don't work like it used to before. And I cant't sweep off you feet"
sweet sungguh Amir menyanyi kemudian melamar Belle sewaktu di Ballroom bukan semata desakan Aira tapi kerana dia sememangnya sudah jatuh cinta dengan Belle. Bagi Aira bila Amir mengahwini Belle tiada lagi peluang Rizqi untuk kembali kepada Belle. Sebelum pengumuman dibuat, Rizqi menarik Belle ke belakang kerana dia sendiri terpesona dengan penampilan bekas isterinya namun lain yang diaju lain pula dia mendapat bila Belle menunjukkan gelang emas yang dijumpai.

Banyak yang berlaku bila Rizqi dimasukkan ke hospital bila mendapat pengsan kerana alahan yang Belle pasti kerana kucing.  Mana taknya Kay dah memasakkan daging kucing buat juadah si suami.  Gila tak? Dah la dia sendiri makan rama-rama dan bila membaca Kay menjilat sisa hancuran belalang yang dilenyekkan di tapak tangan memang rasa geli dan memang tabik spring kat penulis sebab mampu buat masuk dalam penceritaan.

Kematian ketiga menambahkan kesedihan Belle apabila bakal suami dikatakan membunuh diri di malam hari sebelum pernikahan.  Saat pihak polis tampil menemuinya, bayangan bagaimana Amir dibunuh terlayang hingga Belle lemah dan menyangkal bahawa Amir membunuh diri kerana malam disebelah malamnya dia masih berbicara dengan Amir yang tak sabar untuk menjadi suaminya.

"Saya yakin awak takkan bersanding seorang. Kalau tak saya yang sanding dengan awak..mungkin ada org lain  yang lebih layak. awak doakan jodoh kita berkekalan. InsyaAllah. Good night" - Amir
Banyak kejadian yang Kay naik angin dengan parang tapi sayangnya pada Rizqi juga membuat dia lemah bila dan kasih Rizqi padanya semakin bertambah bila Kay mengandung dan berita ini memang membuat Belle berkecil hati. Tapi Rizqi meminta pandangan Belle dek tabiat Kay buat Belle rasa geram.  Sayang sungguh Rizqi pada isteri hingga apa yang diceritakan perihal Kay, dia nafikan tapi bila suatu hari dia melihat sendiri apa didalam bili rahsia Kay yang dipenuhi dengan serangga yang cukup menakutkan membuat dia terfikir.
keep your friends close but keep your enemies closer
Kegilaan Kay ingin menghapuskan Belle tiba dikemuncak bila dia menelefon Belle mengatakan dia tidak sihat. Walau mendapat bayangan Belina yang dia Jangan Percaya, Belle tetap pergi ke rumah Rizqi apatah lagi Rizqi meminta pertolongan kerana berada di luar daerah. Belle terpaksa bertarung dengan perempuan mengandung yang cukup lincah demi menyelamatkan anaknya dan mujur Rizqi muncul. Fuhh

Akhirnya Kay berjaya ditangkap kerana mengalami pertumpahan darah dek kelakuan dan niat untuk melenyapkan Belle tapi dia menghilangkan diri tanpa dikesan.

Watak Kaylina saya bayangkan orangnya cantik, kurus tinggi lampai tapi punya sisi yang keras dengan penyakit Borderline Personality Disorder tu cukup menyeramkan. Bak pesakit mental yang boleh menyerang bila-bila masa

Penceritan yang terperinci memang cukup membuat saya teruja untuk tahu apa kesudahannya dapat rasa seram dengan tingkah Kay dan rasa nak sepak si Rafiqi.

Part yang saya dok terfikir siapakah yang dilihat Belle terhendap di kawasan perumahannya, Kay?

Happy ending? so far memang happy ending tapi tak tahu la kot nanti kot ada Jangan Percaya 2 sebab Kay tidak dapat dijejaki

Memang terbaik dan memang tak rugi miliki naskah ni dan semestinya ****

Recommended! walau mula tu agak risau nak ambil novel ni masa kunjungan pertama di PBAKL lebih-lebih memang penat sangat masuk dari satu dewan ke satu dewan.  Bila berkunjung ke PBAKL kali kedua baru la novel ni dicapai dan kekal di tangan tanpa ragu. Nak membaca sesuatu yang lain dari kebiasaan walau cuak bimbang ceritanya berat bagi seseorang yang makin berusia macam saya ni. Nak jadi rezeki ke PBAKL kali kedua selepas selesai event di Matrade dan dapat pulak GRAB dengan harga discount tapi kalau tahu ada shuttle percuma dari Matrade memang naik yang free je la kan.

Borderline Personalit Disorder merupakan gangguan psikologi yang terjadi akibat ketidakstabilan emosi pesakit yagn diikuti dengan serangan depresi, kecemasan atau amarah yang terlaluan dan kadang-kadang tidak masuk akal.  Lebih terperinci, Borderline Personality Disorder merupakan gangguan keperibadian dalam menjalankan hubungan dengan orang lain mengenal perasaan sendiri dan kegagalan dalam mengawal emosi dan perilaku
Masalah yang paling gmenonjol pada penderitaan ganguan keperibadian ini adalah adanya dorongan untuk membunuh diri atau perilaku-perilaku untuk mencederakan diri sendiri.  Simptom-simptom seperti ketidakstabilan dalam mempertahankan hubungan interpersonal, gambaran diri , emosi dan perilaku merupakan gangguan nyata pada gagguan keperibadian ini.  Akibat besar pada perilaku ini adalah kesannya pada lingkungan sosial pesakit
Gangguan keperibadian ini disebut sebagai gangguan keperibadian pertengahan ataupan borderline kerana ia berada di antara gangguan neourotik dan schizofrentia. Gangguan ini biasanya terjadi pada tingkat awal dewasa atau remaja dan kebanyakannya terjadi pada wanita