Tuesday, 2 July 2019

Novel : Jangan Percaya - Syaida Ilmuna

entomophargy tabiat memakan serangga. 

Borderline Personality Disorder gangguan psikologi yang terjadi akibat ketidakstabilan emosi


Novel : Jangan Percaya - Syaida Ilmuna
Syaida Ilmuna
m/s : 512
Penerbit : Karangkraf

Ni novel kedua karya Sayida Ilmuna yang dibaca antaranay Dia Bukan Arissa masih tak sempat diblogkan..

Nak baca sinopsis lain, jengah SINI

SINOPSIS
PERTEMUAN pertama Bella Amira dan Kaylina sudah cukup membuatkan hatinya diasak seribu macam rasa. Saat tangan mereka bertaut, imbasan hitam putih mula menerjah ke minda Bella. Senyuman seorang wanita berbibir nipis hadir dan kelihatan sebilah pisau tajam bergerigi di tangannya. Pisau itu berlumuran darah!
“Bella Amira!” Rizqi cuba membawanya ke alam nyata.
Semenjak itu, kehidupan Bella tidak lagi serupa. Isteri baru bekas suaminya itu menyimpan seribu satu macam ulah dan suka bermuka-muka. Bermula dengan kematian anak sulungnya, Bella tahu Kaylina ada perkaitannya.

Namun begitu, siapa yang percayakan kata-katanya? Kaylina yang lebih manja digelar Kay itu seorang wanita yang lemah lembut, pandai memasak dan sayangkan kanak-kanak. Di hadapan Rizqi, pijak semut pun tak mati. Di belakangnya, anak-anak Bella menggelar dia raksasa maha jahat!

Bella pula sering ditimpa mimpi buruk semenjak mengenali wanita itu. Siapa Kaylina sebenarnya? Mampukah Bella membuatkant mereka percaya yang Kay bukanlah seperti yang mereka sangkakan? Jangan sampai nanti mereka semua mati dalam keadaan tidak percaya, sudahlah!

Ulasan
Selepas 2 tahun berpisah dengan Bella Amira, Rizqi mengahwini Kaylina, wanita muda berusia 25 tahun yang lemah lembut dan sukakan kanak-kanak. Bella Amira dipanggil Belle, bekas isteri tetap disayangi bekas ibu mertua dan Diana, si kakak sulung bekas suami apatah lagi kedua anaknya Bellina dan Riza dijaga dan akan dijemput pulang selepas Bella habis bekerja. Hubungan akrab Bella dengan mertua namun tidak dengan hubungan Belle dengan mamanya. Bekerja bersama bawah satu bumbung dalam bidang penyiaran membuatkan Belle dan Rizqi selalu bertembung apatah lagi Rizqi merupakan pegawai atasan dan kerja dalam bidang yang memerlukan ujibakat dengan model menyebabkan Rizqi sendiri juga terpalit dengan skandal kerana siapa tak jatuh hati kerana dia punya jawatan dan paras rupa yang kacak.

Belle seperti ibunya punya kelebihan deria keenam dan bukan suatu rahsia buat bekas suami dan mertua. Sebagai ibu, Zahlia pasti tak nak tengok menantunya ada kekasih selain anak sendiri dan disebabkan itu hubungan dia dan Belle dingin.

Bertemu kali pertama dengan bakal isteri bekas suami sekembali dari bercuti di rumah bekas mertua pun dah memberi bayangan yang menggerunkan pada Belle ketika dia bersalam dengan Kay hingga dia pengsan selepas sekian lama tak mengalami situasi sebegitu sekian lama.

Setelah menjadi isteri, Kay mencemburui Belle kerana dia tahu Rizqi masih ada hati pada bekas isterinya apatah lagi mereka selalu bertembung dek kerana tugasan. Tipu la kalau kata Rizqi telah hilang perasaan pada Belle tapi Rizqi ni memang sejenis yang sayang isteri apatah lagi Kay seorang surirumah yang rajin dan menyediakan segalanya untuk sisuami.

Dipaksa menyertai misi membantu mangsa banjir Belle mendapat bayangan hingga dia pengsan dan dihantar pulang ke Kuala Lumpur dan sekali lagi Belle pengsan selepas mendakap anak-anaknya yang kemudian diketahui anak-anaknya takut dengan si ibu tiri. 

Hubungan Belle dan mamanya kembali pulih kerana mamanya tidak jemu mencuba berbaik apatah lagi selepas Belle seakan berkecil hati di hari lahir bekas ibu mertuanya.

Demi untuk memperbaiki perhubungan sekeluarga, ibu mertuanya mengajak Belle bercuti di rumah percutian keluarga di Fraser's Hill seperti tahun-tahun ketika dia masih menjadi isteri Rizqi termasuk mamanya Zahlia yang juga sahabat baik Fauziah bekas ibu mertuanya.  Percutian yang sepatutnya mengembirkan tapi berakhir dengan kesedihan bila anak bila anaknya Belina menemui ajal.

Selepas majlis pengkebumian Belina, bekas ibu mertuanya pula ditemui meninggal dunia. Zahlia yang merasa seperti ada yang tidak kenal dan bersama Belle mereka menjumpai gelang tangan emas di bilik tidur Fauziah yang pasti milik si pembunuh dan pasti bukan milik Diana.

Kemunculan Amir Bin Daniyal menampakkan sisi Rizqi yang cemburu dan Amir jatuh hati dengan Belle yang masih cantik walau telah berusia 35 tahun dan perbezaan 9 tahun tidak menghalang dia jatuh sayang walau Belle berstatus janda. Amir tanya jemu mendekati Belle dan seterusnya membuka cerita tentang gadis yang dilihatnya seakan adiknya Aira yang menghilangkan diri dari pusat jagaan sakit jiwa.  
you know, we...can save our marriage if you forgive me, right? - Rizqi
Penampilan Belle yang berhijab cukup menarik sekembali bertugas selepas bercuti seminggu selepas kematian bekas ibu mertua dan Rizqi jelas nampak cemburu melihatkan Belle bersama Amir. Bukan Rizqi tak pernah melamar Belle kembali tapi mana mungkin Belle menjadi isteri kedua  dan yang pasti akan teruk perang besar dengan Kaylina. Belle masih punya perasaan dengan bekas suaminya!
"when your legs don't work like it used to before. And I cant't sweep off you feet"
sweet sungguh Amir menyanyi kemudian melamar Belle sewaktu di Ballroom bukan semata desakan Aira tapi kerana dia sememangnya sudah jatuh cinta dengan Belle. Bagi Aira bila Amir mengahwini Belle tiada lagi peluang Rizqi untuk kembali kepada Belle. Sebelum pengumuman dibuat, Rizqi menarik Belle ke belakang kerana dia sendiri terpesona dengan penampilan bekas isterinya namun lain yang diaju lain pula dia mendapat bila Belle menunjukkan gelang emas yang dijumpai.

Banyak yang berlaku bila Rizqi dimasukkan ke hospital bila mendapat pengsan kerana alahan yang Belle pasti kerana kucing.  Mana taknya Kay dah memasakkan daging kucing buat juadah si suami.  Gila tak? Dah la dia sendiri makan rama-rama dan bila membaca Kay menjilat sisa hancuran belalang yang dilenyekkan di tapak tangan memang rasa geli dan memang tabik spring kat penulis sebab mampu buat masuk dalam penceritaan.

Kematian ketiga menambahkan kesedihan Belle apabila bakal suami dikatakan membunuh diri di malam hari sebelum pernikahan.  Saat pihak polis tampil menemuinya, bayangan bagaimana Amir dibunuh terlayang hingga Belle lemah dan menyangkal bahawa Amir membunuh diri kerana malam disebelah malamnya dia masih berbicara dengan Amir yang tak sabar untuk menjadi suaminya.

"Saya yakin awak takkan bersanding seorang. Kalau tak saya yang sanding dengan awak..mungkin ada org lain  yang lebih layak. awak doakan jodoh kita berkekalan. InsyaAllah. Good night" - Amir
Banyak kejadian yang Kay naik angin dengan parang tapi sayangnya pada Rizqi juga membuat dia lemah bila dan kasih Rizqi padanya semakin bertambah bila Kay mengandung dan berita ini memang membuat Belle berkecil hati. Tapi Rizqi meminta pandangan Belle dek tabiat Kay buat Belle rasa geram.  Sayang sungguh Rizqi pada isteri hingga apa yang diceritakan perihal Kay, dia nafikan tapi bila suatu hari dia melihat sendiri apa didalam bili rahsia Kay yang dipenuhi dengan serangga yang cukup menakutkan membuat dia terfikir.
keep your friends close but keep your enemies closer
Kegilaan Kay ingin menghapuskan Belle tiba dikemuncak bila dia menelefon Belle mengatakan dia tidak sihat. Walau mendapat bayangan Belina yang dia Jangan Percaya, Belle tetap pergi ke rumah Rizqi apatah lagi Rizqi meminta pertolongan kerana berada di luar daerah. Belle terpaksa bertarung dengan perempuan mengandung yang cukup lincah demi menyelamatkan anaknya dan mujur Rizqi muncul. Fuhh

Akhirnya Kay berjaya ditangkap kerana mengalami pertumpahan darah dek kelakuan dan niat untuk melenyapkan Belle tapi dia menghilangkan diri tanpa dikesan.

Watak Kaylina saya bayangkan orangnya cantik, kurus tinggi lampai tapi punya sisi yang keras dengan penyakit Borderline Personality Disorder tu cukup menyeramkan. Bak pesakit mental yang boleh menyerang bila-bila masa

Penceritan yang terperinci memang cukup membuat saya teruja untuk tahu apa kesudahannya dapat rasa seram dengan tingkah Kay dan rasa nak sepak si Rafiqi.

Part yang saya dok terfikir siapakah yang dilihat Belle terhendap di kawasan perumahannya, Kay?

Happy ending? so far memang happy ending tapi tak tahu la kot nanti kot ada Jangan Percaya 2 sebab Kay tidak dapat dijejaki

Memang terbaik dan memang tak rugi miliki naskah ni dan semestinya ****

Recommended! walau mula tu agak risau nak ambil novel ni masa kunjungan pertama di PBAKL lebih-lebih memang penat sangat masuk dari satu dewan ke satu dewan.  Bila berkunjung ke PBAKL kali kedua baru la novel ni dicapai dan kekal di tangan tanpa ragu. Nak membaca sesuatu yang lain dari kebiasaan walau cuak bimbang ceritanya berat bagi seseorang yang makin berusia macam saya ni. Nak jadi rezeki ke PBAKL kali kedua selepas selesai event di Matrade dan dapat pulak GRAB dengan harga discount tapi kalau tahu ada shuttle percuma dari Matrade memang naik yang free je la kan.

Borderline Personalit Disorder merupakan gangguan psikologi yang terjadi akibat ketidakstabilan emosi pesakit yagn diikuti dengan serangan depresi, kecemasan atau amarah yang terlaluan dan kadang-kadang tidak masuk akal.  Lebih terperinci, Borderline Personality Disorder merupakan gangguan keperibadian dalam menjalankan hubungan dengan orang lain mengenal perasaan sendiri dan kegagalan dalam mengawal emosi dan perilaku
Masalah yang paling gmenonjol pada penderitaan ganguan keperibadian ini adalah adanya dorongan untuk membunuh diri atau perilaku-perilaku untuk mencederakan diri sendiri.  Simptom-simptom seperti ketidakstabilan dalam mempertahankan hubungan interpersonal, gambaran diri , emosi dan perilaku merupakan gangguan nyata pada gagguan keperibadian ini.  Akibat besar pada perilaku ini adalah kesannya pada lingkungan sosial pesakit
Gangguan keperibadian ini disebut sebagai gangguan keperibadian pertengahan ataupan borderline kerana ia berada di antara gangguan neourotik dan schizofrentia. Gangguan ini biasanya terjadi pada tingkat awal dewasa atau remaja dan kebanyakannya terjadi pada wanita

1 comment:

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!