Thursday, 15 August 2019

Thursday, August 15, 2019 13

Segmen | Giveaway Up Traffic By Madam Caramel

Segmen | Giveaway Up Traffic By Madam Caramel | Dah lama tak join giveway gini dan rasanya ni yang pertama untuk tahun ni. 

Jom kitaaa



Syarat-syarat :

Follow blog ini.
Add Facebook MadamCaramel dan Like FB Page MadamCaramel
Subscribe Channel Youtube Madam Caramel (kalau takde salah satu, it's okay)
Follow Instagram Madam Caramel (jika ada Instagram)
Buat entri bertajuk 'Segmen | Giveaway UP Traffic by Madam Caramel '.
Copy banner di atas dan backlink ke entri ini.
Tinggalkan URL entri anda di ruang komen di bawah.
Setiap penyertaan akan dimasukkan ke dalam bloglist di Madam Caramel selama 3 bulan.

Jom kita sama-sama meriahkan segmen ini dengan mengajak rakan-rakan anda.

Itu sahaja untuk hari ini. Selamat berkenalan.

Tarikh penyertaan:
05 August 2019 - 30 August 2019

Tuesday, 13 August 2019

Tuesday, August 13, 2019 35

Berbelanja Dengan Hanya RM100 Dan Dapatkan Half Pay Back RM50 Di Lulu Hypermarket

Memang berbaloi kan bila kita berbelanja sebanyak RM100, kita akan dapat Half Pay Back bernilai RM50! Umpama membeli barang pada harga separuh bukan diskaun tau. Bukan auta tau tapi fakta sebab sekarang ni Lulu Hypermarket Kuala Lumpur ni sedang mengadakan promosi Half Pay Back dari 5 Ogos hingga ke 25 Ogos ini. 

Untuk lebih mudah, pengunjung boleh terus ke tingkat 1, Lulu Hypermarket Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Munshi Abdullah dan jangan risau sebab ruang meletak kereta pun banyak.

Antara barangan yang termasuk didalam promosi Half Pay Back ni adalah barangan di bahagian Fesyen, Kasut, Bag Tangan, Sari dan Churidas.  Buat pengetahuan semua, Sari dan Churidas tidak terdapat di Lulu Shamelin ya.

Berbelanja Dengan Hanya RM100 Dan Dapatkan Half Pay Back RM50 Di Lulu Hypermarket
Ruang yang luas dan pilihan kain sari yang pelbagai warna dan bersulam yang cukup menarik tapi jangan risau sebab ada sales assistant yang akan membantu kita

Berbelanja Dengan Hanya RM100 Dan Dapatkan Half Pay Back RM50 Di Lulu Hypermarket
Banyak sungguh pilihan sari dan churidars untuk wanita dan kanak-kanak yang boleh membuatkan kita rambang mata. Memang pening sebab warna semuanya menarik dan kalau sesiapa yang perlukan pakaian untuk Gala Dinner dengan tema Bollywood, cepat la ke sini sementara promosi masih berjalan.  Buat makluman, sari hanya terdapat di Lulu Hypermarket Kuala Lumpur ya bukan di Lulu Shamelin jadi jangan silap lokasi!


Berbelanja Dengan Hanya RM100 Dan Dapatkan Half Pay Back RM50 Di Lulu Hypermarket
Kalau dah perempuan tu kan, bahagian bag tangan pastinya antara tempat dituju dan tengok la tu, cantik bag tangan tu kan yang cuma sebahagian jer tau.

Berbelanja Dengan Hanya RM100 Dan Dapatkan Half Pay Back RM50 Di Lulu Hypermarket

Pelbagai rekabentuk bag tangan untuk diguna sewaktu menghadiri dinner date atau ke majlis rasmi yang boleh dipilih bersesuaian dengan tema mahupun \sedondon dengan pakaian kan.


Berbelanja Dengan Hanya RM100 Dan Dapatkan Half Pay Back RM50 Di Lulu Hypermarket
Pilihan fesyen buat wanita dan lelaki dari pelbagai jenama untuk pakaian ke pejabat hingga ke pakaian santai untuk dipilih.

Berbelanja Dengan Hanya RM100 Dan Dapatkan Half Pay Back RM50 Di Lulu Hypermarket
Bahagian akesesori ni sememangnya akan jadi tumpuan pelanggan perempuan dan anak gadis la.  Mujur cikapplepie tak ikut serta kalau tak memang penuh bakul dengan barangan untuk dia..hehe
Berbelanja Dengan Hanya RM100 Dan Dapatkan Half Pay Back RM50 Di Lulu Hypermarket
Pilihan pakaian kanak-kanak yang pelbagai saiz dan warna yang cukup menarik yang pasti membuat ibu bapa tak akan lepaskan peluang sebabnya Half Pay Back ni memang berbaloi-baloi.

Berbelanja Dengan Hanya RM100 Dan Dapatkan Half Pay Back RM50 Di Lulu Hypermarket
Buat bakal ibu bapa atau pun yang baru mendapat cahayamata, ni bahagian yang pasti akan dikunjungi.  Nasib la saya ni dah tak de anak kecil, kalau tak memang pasti akan ambil salah satu stroller baby ni tapi boleh juga kalau nak hadiahkan pada saudara mara kan.


Apakah syarat Half Pay Back ni?
Ala tak susah pun, hanya berbelanja dengan nilai RM100, pembeli akan mendapat shopping voucher bernilai RM50 tanpa nak perlu isi borang atau yang menrenyahkan TAPI shopping voucher ni boleh ditebusguna bagi pembelian barangan dalam kategori yang sama.  Mudah kan.

Tapi jangan lupa promosi ni sehingga 25 Ogos, jangan lupa dan jangan terlewat la yaa


Lawan sesawang : http://malaysia.luluhypermarket.com/MY/all
Facebook : https://www.facebook.com/LuluHypermarketKL
Instagram : https://www.instagram.com/luluhypermarketkl

Monday, 12 August 2019

Monday, August 12, 2019 8

Adakah Ada Penyelesaian Bila Link Blog Dinafikan di Facebook Dan Instagram ?

Adakah Ada Penyelesaian Bila Link Blog Dinafikan di Facebook Dan Instagram ? | Rasa teraniaya bila link blog tak boleh dikongsi di social media sendiri! Sakit hati! Geram yang tak terhingga! Entah la rasa dah fed up yang tak terkata bila dua minggu lepas cuba nak kongsi link posting blog terkini di Facebook mahupun di Instagram malahan direject kerana dikatakan bertentangan Community Standards!  

Kat bawah tu dikatakan kalau ianya tidak benar, sila beritahu! dan bagitau tapi hingga kini masih tak boleh kongsi..serius tertekan walau saya bukan rajin pun share link posting terkini di mana-mana group FB mahupun FB atau page sendiri.

Mencuba dan berusaha untuk kongsi link tapi akhir mendatangakan sakit hati dan tekanan

Adakah Ada Penyelesaian Bila Link Blog Dinafikan di Facebook Dan Instagram ?
Ada orang report? tak pasti sebab tak mungkin ada yang dengki sampai buat report kan sebab kita tak kacau orang jadi tiada sebab untuk orang lain dengki apatah lagi kita ni bukan blogger sensasi apalagi blogger terkenal.

Adakah Ada Penyelesaian Bila Link Blog Dinafikan di Facebook Dan Instagram ?

Ok, done report tapi betul kah pihak Facebook akan ambil perhatian? Hanya redha dan tawakkal!

Baru-baru ni sewaktu menghadiri event dengan rakan blogger, memang sesi bercerita perihal blog antara bual bicara, rupanya ada jugak yang mendapat masalah gitu..haru!  Dan bila blogger Hanny  menyarankan untuk cuba masukkan ke debug, terus terasa harapan hehe.

Tak pasti betul atau tidak link ni https://developers.facebook.com/tools/debug/ tapi rasa betul bila google menunjukkan link yang sama.  Tak rugi mencuba kan!


Adakah Ada Penyelesaian Bila Link Blog Dinafikan di Facebook Dan Instagram ?
 Teruja untuk mencuba dengan harapan menggebu..kah kah

Adakah Ada Penyelesaian Bila Link Blog Dinafikan di Facebook Dan Instagram ?

Memang menyedihkan! Harapan menggebu bertukar menjadi ala gunung berapi alkisahnyaa..

Adakah Ada Penyelesaian Bila Link Blog Dinafikan di Facebook Dan Instagram ?

Tapi dicuba juga untuk letak link blog dan seakan ada yang positif, mungkin sebab dah bagitau yang link tu. Tarik nafas, hembus dan relax!

Monday, August 12, 2019 3

Kacang Kuda Rebus Hidangan Hari Raya Rupanya Baik Untuk Diet!

Terkenang zaman kanak-kanak dulu, kacang kuda rebus antara sajian yang mak sediakan setiap hari raya selain nasi impit yang tanak dan diletakkan didalam besen kemudian di letakkan batu giling untuk memampatkan nasi.  Saya cuma pemerhati dan tukang makan jer sebab sebagai adik perempuan bongsu, banyak benda yang saya tak buat sebab adanya empat orang kakak yang semestinya membantu mak tapi sekarang ni bila dah jadi seorang ibu dan usia makin meningkat kenangan tu menjelma balik dan keinginan untuk makan makanan yang kita dok teringat tu tak perlu tunggu orang lain buatkan tapi buat sendiri lebih seronok.  Mana la tahu kot tiba masa anak-anak dah berumahtangga dan mereka pun mungkin boleh buatkan untuk kita pulak kan.

Kacang Kuda Rebus Hidangan Hari Raya Rupanya Baik Untuk Diet!

Bahan-bahan
1 kg kacang tanah kering
1 tangkai daun kari
1 sudu teh biji sawi
2 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar, dihiris
2 tangkai cili kering, dikerat sepanjang 1 inci
1 sudu minyak masak
garam secukup rasa

Kacang Kuda Rebus Hidangan Hari Raya Rupanya Baik Untuk Diet!


Cara membuatnya
  • Kacang kuda dibasuh dan direndam selama 10 jam atau lebih supaya dia kembang.  
  • Rebus kacang kuda hingga benar-benar kembang dan lembut.  Toskan air dan biarkan didalam penapis hingga betul-betul kering
  • Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis bawang merah hingga kekuningan, masukkan biji sawi, daun kari dan kemudian akhir sekali kacang kuda. Kacau dengan cermat supaya kacang kuda tidak hancur. Masak dalam 5 -7 min sudah memadai.
  • Tutup api dan masukkan sedikit garam secukup rasa

Selamat mencuba!


Kebaikan Dan Keburukan Kacang Kuda 

Sewaktu mencari photo kacang kuda yang masih kering dan mentah, saya terjumpa artikel tentang kebaikan kacang kuda ni https://www.bidadari.my/khasiat-kacang-kuda/



Kacang Kuda atau Chickpea juga dipanggil kacang garbanzo sejenis tanaman tertua di dunia dan paling menarik ia menjadi sebahagian diet tradisional selama lebih 7500 tahun. Kacang kuda mengandungi banyak khasit pada kesihatan sebab tu kacang kuda merupakan kacang yang banyak ditanam dan dimakan seluruh dunia selepas kacang soya

Antara kebaikan kacang kuda adalah meningkatkan penghadaman, mengekalkan kestabilan tahap gula dalam darah, meningkatkan perlindungan terhadap sindorm metabolik dan penyakit jantung, mengandungi protein, vitamin dan mineral yang tinggi sebab tu ianya termasuk dalam diet Ayurveda dan diet Mediterranean

Fakta Nutrisi Kacang Kuda
Kacang kuda adalah sumber utama protein bagi tumbuhan, selain serat, zat besi, zink, fosforus, vitamin B dan banyak lagi. Kacang boleh dikategorikan dalam kumpulan karbohidrat dan juga protein. Ini kerana, kekacang adalah makanan yang kaya dengan nutrien dan unik kerana ia mengandungi gabungan protein, kanji, serat dan mineral. Malah ia juga rendah kalori.

Kacang kuda juga boleh dianggap sebagai karbohidrat yang baik kerana kanji yang terdapat dalam kacang kuda dicerna perlahan-lahan dan menyokong tahap gula dalam darah yang lebih stabil. Kacang kuda juga turut mengandungi vitamin A, C, E dan niasin.


  • Stabilkan bacaan gula dalam darah

Kacang kuda sangat tinggi serat. Kajian telah menunjukkan bahawa pesakit diabetes jenis 1 yang mengamalkan diet serat tinggi mempunyai tahap glukosa darah yang lebih rendah. Bagi pesakit diabetes jenis 2, pengambilan serat yang lebih tinggi dapat meningkatkan kadar gula darah, lipid, dan insulin.

Garis Panduan Pemakanan untuk Amerika mengesyorkan sekurang-kurangnya 21 hingga 25 gram serat setiap hari untuk wanita dan 30 hingga 38 g sehari untuk lelaki.

Selain itu, kacang kuda merupakan karbohidrat baik kerana kanji yang terdapat dalam kacang kuda dicerna perlahan-lahan dan menyokong tahap gula dalam darah yang lebih stabil. Maka, ia sesuai diamalkan oleh pesakit diabetes.


  • Kesihatan Jantung 

Kacang kuda kaya dengan serat, potassium, vitamin C, dan vitamin B6. Nutrien ini semuanya menyokong kesihatan jantung. Kacang kuda mengandungi sejumlah besar serat, yang membantu mengurangkan jumlah kolesterol dalam darah, secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.

Dalam satu kajian, mereka yang menggunakan 4,069mg kalium setiap hari mempunyai 49% risiko kematian yang lebih rendah daripada penyakit jantung iskemik berbanding dengan mereka yang menggunakan kurang kalium (kira-kira 1,000 mg sehari).


  • Tulang Yang kuat

Zat besi, fosfat, kalsium, magnesium, mangan, zink, dan vitamin K dalam kacang kuda menyumbang kepada pembinaan dan penyelenggaraan struktur dan kekuatan tulang.

Walaupun fosfat dan kalsium keduanya penting dalam struktur tulang, keseimbangan antara kedua-dua mineral ini diperlukan untuk mineralisasi tulang yang betul. Penggunaan terlalu banyak fosforus dengan pengambilan kalsium yang terlalu kecil boleh mengakibatkan kerapuhan tulang.

Pembentukan tulang memerlukan mineral seperti mangan, besi dan zink memainkan peranan penting dalam pengeluaran dan pematangan kolagen.

Penggunaan vitamin K yang mencukupi adalah penting untuk kesihatan tulang yang baik kerana ia meningkatkan penyerapan kalsium dan dapat mengurangkan mendapan kalsium dalam kencing, memastikan kalsium yang cukup untuk membina dan memperbaiki tulang. Kekurangan vitamin K dikaitkan dengan risiko keretakan tulang yang lebih tinggi.

  • Mengelak risiko kanser

Kacang kuda mengandungi mineral selenium. Ia membantu enzim hati untuk berfungsi dengan baik dan menyahtoksik beberapa sebatian penyebab kanser di dalam badan. Selain itu, selenium menghalang keradangan dan menurunkan kadar pertumbuhan tumor.

Kacang kuda juga mengandungi folat, yang memainkan peranan dalam sintesis dan pembaikan DNA, dan seterusnya membantu mencegah pembentukan sel-sel kanser daripada mutasi dalam DNA. Saponin, phytokimia yang terdapat dalam kacang kuda dapat mencegah sel-sel kanser daripada membiak dan menyebar ke seluruh badan.

Pengambilan serat tinggi daripada kacang kuda, bijirin, buah-buahan, dan sayur-sayuran dikaitkan dengan risiko menurunkan kanser kolorektal. Selain itu, vitamin C juga berfungsi sebagai antioksidan yang kuat dan membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan radikal bebas.


  • Menurunkan Berat Badan

Diet serat berfungsi sebagai “ejen bulking” dalam sistem pencernaan. Kompaun ini meningkatkan rasa kenyang dan mengurangkan selera makan, Hal ini menjadikan orang berasa kenyang lebih lama dan dengan itu menurunkan pengambilan kalori secara keseluruhan.

Banyak kajian menunjukkan bahawa mengamalkan makanan tumbuhan seperti kacang kuda dapat mengurangkan risiko obesiti, diabetes, penyakit jantung, menggalakkan kulit yang sihat, rambut yang sihat, meningkatkan tenaga, dan berat badan secara keseluruhan lebih rendah.

Risiko
Kekacang mengandungi oligosakarida yang dikenal sebagai galactans, atau gula kompleks. Tubuh tidak dapat mencerna gula komples ini kerana tidak mempunyai enzim alpha-galactosidase. Enzim ini diperlukan untuk memecahkan gula-gula ini.

Akibatnya, pemakanan kekacang seperti kacang kuda akan menyebabkan beberapa masalah gas di bahagian usus dan ketidakselesaan.

Bagi mereka yang mengalami gejala ini ketika memakan kekacang harus mengamalkan kekacang secara perlahan-lahan. Tidak boleh makan kekacang dalam kuantiti yang banyak sekali gus.

Cara lain untuk atasi masalah ini ialah dengan mengalirkan air ketika merendam kekacang kering. Ini bertujuan membuang oligosakarida, raffinose dan stachyose. Hal ini dapat mengelakkan beberapa masalah pencernaan.

Kesimpulan
Kacang kuda antara kacang yang mudah didapati dan murah. Khasiatnya sangat banyak untuk kesihatan kerana ia mengandungi serat yang tinggi. Selain itu, ia juga adalah karbohidrat baik yang kerana tercerna secara perlahan-lahan dan dapat menstabilkan paras gula dalam darah. Malah ia juga rendah kalori.

Daripada makan makanan ringan atau makanan yang terproses, kacang kuda adalah lebih ideal dijadikan sebagai kudapan harian anda.

Sumber rujukan :

Saturday, 10 August 2019

Saturday, August 10, 2019 5

RealMe C2 Menjadi Pilihan Sewaktu Jualan Shopee Brands Festival

RealMe C2 Menjadi Pilihan Sewaktu Jualan Shopee Brands Festival ● Sokongan yang menggalakkan daripada rakyat Malaysia pada ‘realme Day’ ● 1000 unit realm C2 dijual pada 5 Ogos sahaja.

RealMe C2 Pilihan Menjadi Pilihan Sewaktu Jualan Shopee Brands Festival

Untuk meraikan bulan Merdeka, realme Malaysia bersama Shopee Malaysia menawarkan jualan telefon pintar eksklusif pada Hari realme atau ‘realme Day’ semalam. Jualan realme Malaysia telah mencapai keputusan terbaik di mana 1000 unit realm C2 telah dijual semalam di mana 500 unit dijual dalam masa 30 minit sahaja. 

"Kami di realme Malaysia sangat berterima kasih kepada rakyat Malaysia di mana senantiasa menyokong produk kami. Rakyat Malaysia tidak sabar-sabar untuk membeli dan mendapatkan telefon pintar dengan harga berpatutan. Kami yakin bahawa realme Malaysia akan terus melangkah ke hadapan dengan mengeluarkan pelbagai jenis telefon pintar.. Kami juga gembira dapat bekerja dengan Shopee atas peluang ini untuk rakyat Malaysia” -kata Tiffany Teh, Brand Manager, realme Malaysia. 

RealMe C2 Pilihan Menjadi Pilihan Sewaktu Jualan Shopee Brands Festival

realm C2 
Rakyat Malaysia dapat membeli telefon pintar realm C2 (2 + 16GB) pada harga yang berpatutan iaitu RM349. Lima puluh pelanggan pertama juga bakal menerima kad SD dan barang ‘merchandise’ realme.

"Pembeli hari ini membeli telefon bimbit dalam talian(online) kerana mereka dapat memilih dari pelbagai model yang sesuai dengan keperluan dan keinginan mereka dari keselesaan rumah mereka. Keyakinan mereka untuk membeli telefon pintar di Shopee adalah bukti bahawa platform kami adalah dipercayai dan selamat. Yang menggembirakan lagi apabila pembelian dibuat tiada caj penghantaran. Ianya di hantar secara percuma. Kami gembira dapat menawarkan pelbagai promosi di platform kami untuk pengguna Shopee, yang pada masa ini berjumlah kira-kira 20 juta,sambil menganjurkan kempen seperti Hari realme atau ‘realme Day’. Kami ingin mengucapkan tahniah kepada realm mengenai jualan yang mengagumkan dan menantikan lebih banyak kerjasama dengan mereka, " -kata Marianne Chuo, Marketing Lead, Shopee Malaysia. 
Sesuatu yang membanggakan buat realme di mana hari ini berjaya mencatat penjualan sebanyak 500 unit realme C2 yang dijual dalam 30 minit dengan harga RM349. Sungguh memberangsangkan !!!

RealMe C2 Pilihan Menjadi Pilihan Sewaktu Jualan Shopee Brands Festival

realme Day 
Hari realme atau lebih dikenali dengan ‘realme Day’ adalah sempena dengan Shopee Brands Festival.Ianya berlangsung dari sekarang hingga 18 Ogos di mana pengguna yang berbelanja di Shopee Mall bakal menerima tawaran dan promosi menarik. 

Anda bakal menikmati tawaran dari serendah RM1 setiap hari untuk jenama kegemaran anda semasa ‘Shocking Sale’. Dapatkan baucar Surprise Hour 50% diskaun dan hadiah apabila membeli produk terpilih. Pembelian melalui Shopee Mall hadir dengan pulangan percuma selama 15 hari, jaminan keaslian 100%, dan penghantaran percuma. Tertakluk kepada terma dan syarat. 

Untuk mengetahui promosi dan maklumat lanjut layari http://bit.ly/realmeshp.

Facebook : @realmemalaysia

#realmeMalaysia #Journeywithrealme #daretoleap


Friday, 9 August 2019

Friday, August 09, 2019 4

Menyambut Hari Arafah

Image result for hari arafah

1⃣ Mulai Takbir Muqayyad Selepas Solat 5 Waktu Sejak slps Subuh Hari Arafah.

Mengucapkan Takbir:
"Allaahu Akbar Allaahu Akbar Laa Ilaaha Illallah, Wallaahu akbar allaahu akbar wa lillaahil hamd" selepas solat 5 waktu dari  slps Subuh Hari Arafah (9 zulhijjah) sehingga Asar akhir hari tasyriq (13 Dzulhijjah)

عَنْ عَلِيٍّ ؛ أَنَّهُ كَانَ يُكَبِّرُ مِنْ صَلاَةِ الْفَجْرِ يَوْمَ عَرَفَةَ إِلَى صَلاَةِ الْعَصْرِ مِنْ آخِرِ أَيَّامِ التَّشْرِيق

Dari Ali (bin Abi Thalib), bahawasanya beliau bertakbir sejak (setelah selesai solat) Subuh hari Arafah sehingga solat Asar di akhir hari tasyriq (riwayat Ibnu Abi Syaibah).

عَنْ شَرِيكٍ ،قَالَ قُلْتُ لأَبِي إِسْحَاقَ : كَيْفَ كَانَ تَكْبِيرُ عَلِيٍّ ، وَعَبْدِ اللهِ ؟ فَقَالَ : كَانَا يَقُولاَنِ : اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Dari Syarik beliau berkata: Aku berkata kepada Abu Ishaq: Bagaimana takbir Ali dan Abdullah (bin Mas’ud)? Beliau berkata: Keduanya mengucapkan: "Allaahu Akbar Allaahu Akbar Laa Ilaaha Illallah, Wallaahu akbar allaahu akbar wa lillaahil hamd." (riwayat Ibnu Abi Syaibah).

2⃣ Berpuasa di Hari Arafah Bagi Kaum Muslimin yang Tidak Berada di Arafah (Selain Jamaah Haji)

وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ فَقَالَ يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ

Dan Nabi ditanya tentang puasa pada hari Arafah, beliau mengatakan: "Itu menghapus (dosa) setahun lalu dan setahun yang akan datang." (H.R Muslim dari Abu Qotadah)

Apakah maksud menghapus dosa setahun yang akan datang? Maksudnya adalah ada 2 kemungkinan makna:
▫ Pertama: Ia diberi taufiq untuk tidak mengerjakan dosa.
▫ Kedua: Jika ia terjatuh dalam suatu dosa, ia diberi taufiq untuk melakukan hal-hal yang biasa menghapus dosa itu. (Penjelasan al-Imam as-Shanaaniy dalam Subulus Salam syarh Bulughil Maram (2/166)).

🚫 Sedangkan bagi para Jamaah Haji yang sedang wukuf di Arafah, tidak disunnahkan bagi mereka berpuasa, kerana  saat Nabi wukuf di Arafah tidak berpuasa.

عَنْ أُمِّ الْفَضْلِ بِنْتِ الْحَارِثِ أَنَّ نَاسًا تَمَارَوْا عِنْدَهَا يَوْمَ عَرَفَةَ فِي صِيَامِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ بَعْضُهُمْ هُوَ صَائِمٌ وَقَالَ بَعْضُهُمْ لَيْسَ بِصَائِمٍ فَأَرْسَلْتُ إِلَيْهِ بِقَدَحِ لَبَنٍ وَهُوَ وَاقِفٌ عَلَى بَعِيرِهِ بِعَرَفَةَ فَشَرِبَهُ

Dari Ummul Fadhl binti Haarith – semoga Allah meredhainya- bahawasanya manusia berselisih pendapat di sisinya pada hari Arafah tentang apakah Rasulullah saw berpuasa (atau tidak)? Sebahagian mereka berkata: Beliau berpuasa. Sebahagian lagi berkata: Beliau tidak berpuasa. Kemudian aku mengirimkan kepada baginda segelas susu pada ketika baginda sedang berdiri di atas unta baginda di Arafah, kemudian beliau meminumnya. (H.R Muslim)

3⃣ Memperbanyak zikir dan Doa pada Hari Arafah.

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ وَخَيْرُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِي لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Doa yang terbaik adalah doa pada hari Arafah dan sebaik-baik ucapanku dan ucapan para Nabi sebelumku adalah: Laa Ilaaha Illallah wahdahu laa syariika lah lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘alaa kulli syai-in qodiir (H.R atTirmidzi, hasan )

4⃣ Memperbanyak doa terutama di akhir siang hari Arafah (sejak zohur hingga terbenam matahari), kerana itu adalah saat-saat mustajabahnya doa.

5⃣ Memperbanyakan zikir dengan lafaz tersebut dalam hadis itu dan berdoa di hari Arafah berlaku bagi kaum muslimin yang mengerjakan haji ataupun yang tidak mengerjakan haji, sebagaimana dijelaskan dalam fatwa Syaikh Shalih al-Fauzan.

Tuesday, 6 August 2019

Tuesday, August 06, 2019 4

Shopee, SimplySiti Dan CIMB Islamic Umum Kolaborasi

Siapa yang tidak mengenali Dato Sri Siti Nurhaliza Tarudin yang punya suara lemak merdu serta bersopan santun serta berbudi bahasa yang membuatkan beliau menjadi idola orang ramai.  Beliau mula mencipat nama pada usia 16 tahun, anak jati Pahang kelahiran Temerloh yang telah lebih menghasilkan lebih 20 album, menggubah lagu dan pernah membuat persembahan di persada antarabangsa termasuk di Royal Albert Hall London dalam maa hanya dua dekad.


Penyanyi yang telah memenangi berbilang anugerah ini menjadi inspirasi kepada ramai, bukan sahaja kerana beliau seorang penyanyi, penerbit muzik dan kini seorang ibu, tetapi juga kerana kewibawaannya sebagai seorang ahli perniagaan. Sembilan tahun dahulu, beliau mengasaskan rangkaian produk penjagaan kulit, kosmetik dan wangiannya sendiri, SimplySiti, untuk menawarkan pelbagai pilihan produk mekap, daripada produk pemutihan kepada krim rawatan kulit dan pemerah pipi hingga lipstik, yang disahkan Halal. Perniagaan yang diceburi ini telah mencatat pertumbuhan yang menakjubkan; hingga membolehkan pasaran diperluaskan ke Indonesia, Singapura dan juga Asia Barat.

Untuk mengekalkan popularitinya dalam kalangan pengguna teknologi digital, SimplySiti meluaskan tapak digitalnya dan melancarkan kedai rasmi SimplySiti di Shopee hampir tiga tahun dahulu. Siti Nurhaliza merupakan perintis Shopee Selebriti Skuad apabila platform e-dagang ini melancarkan portal dalam aplikasi khusus untuk pilihan produk selebriti. Menerusi platform ini, peminat juga berpeluang untuk menyertai sesi bertemu mesra dan acara yang dianjurkan oleh Shopee.

Kini, SimplySiti meluaskan kerjasamanya dengan Shopee bersama CIMB Islamic untuk memacu jenama ke mercu jaya yang lebih tinggi. Kerjasama ini akan memberi manfaat kepada peminat Dato’ Sri Siti Nurhaliza menerusi tawaran menarik produk SimplySiti, konsert mininya dan juga peluang untuk minum teh bersama bintang pop.



“Sejak menyertai Shopee, perniagaan dalam talian kami telah meningkat lebih 100%. Pertumbuhan ini adalah hasil daripada acara-acara media eksklusif, sesi bertemu peminat dan kempen yang dianjurkan oleh Shopee seperti Shopee Brands Festival yang akan diadakan tidak lama lagi. Bagaimanapun, ini adalah kali pertama kami bersama-sama akan menganjurkan Super Brand Day, konsert mini dan jamuan minum teh untuk peminat saya! Saya teruja dengan pakatan perkongsian ini dan melihat perkembangan jenama saya yang boleh dilanggani oleh semakin ramai pengguna Shopee yang kini mencecah hampir 20 juta,” Siti Nurhaliza, Pengasas, SimplySiti 
“Kami memang sentiasa meminati Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Bila SimplySiti memutuskan untuk membuka kedai rasminya di Shopee, usia kami belum mencecah satu tahun. Kami gembira dan pada masa yang sama kami rasa terharu kerana Ratu Pop Malaysia memberi kepercayaan kepada kami dan menyokong kami. Ini sangat besar ertinya bagi platform e-dagang yang baru diasaskan! Pada hari ini, kami telah ditugaskan untuk memacu pertumbuhan jenama SimplySiti ke tahap seterusnya dengan meluaskan kerjasama di luar platform digital. Ia bukan sekadar jualan, tetapi merupakan sebahagian daripada langkah kami untuk memberikan pengalaman menyeluruh kepada pengguna kami dan ini termasuk aspek hiburan dan pendekatan gamifikasi di dalam dan luar platform.” Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee
“PKS merupakan tunggak ekonomi Malaysia. Sebagai Bank Islam serantau yang terkenal, CIMB Islamic teruja untuk menyokong dan memperkasakan PKS bagi membolehkannya membesar di dalam dan luar Malaysia, khususnya menerusi inisiatif Koridor Halal CIMB. Dan sekarang, dengan PKS Malaysia seperti SimplySiti di platform berbilang saluran Shopee, disertakan dengan diskaun hebat dan tawaran untuk pemegang kad CIMB, pengguna akan mendapat manfaat dari segi kesenangan dan pembelian produk yang berkualiti. Sesungguhnya jenama seperti SimplySiti memperlihatkan peranan CIMB – menerusi tawaran kewangan dan perkongsiannya yang luas – boleh membantu PKS mengembangkan perniagaan mereka dalam persekitaran runcit yang sangat kompetitif.” - Rafe Haneef, Ketua Pegawai Eksekutif, CIMB Islamic Bank Berhad

SimplySiti Super Brand Day
Super Brand Day di Shopee akan berlangsung dari 2 hingga 7 Ogos 2019, membolehkan pengguna mendapat potongan harga sehingga 60% manakala Pemegang Kad Kredit CIMB Islamic akan mendapat potongan harga tambahan RM15 dengan perbelanjaan minimum RM70 untuk produk SimplySiti. Pemegang kad Debit, Kredit dan Prabayar CIMB akan mendapat potongan RM10 dengan perbelanjaan minimum RM70. Pada 5 Ogos, peminat boleh mengikuti siaran langsung Shopee Live menerusi aplikasinya dan menyaksikan Siti Nurhaliza memperkatakan tentang produknya. Pelanggan yang membelanjakan jumlah paling tinggi di bawah peraduan Belanja & Menang akan memenangi barangan peribadi milik Siti Nurhaliza.

Konsert Mini Shopee X SimplySiti
Konsert mini ini akan membawa peminat mengimbau zaman silam menerusi lagu-lagu hit paling diminati. Konsert mini akan berlangsung pada 14 September jam 8.30 malam. Tiket akan mula dijual di Shopee pada 2 Ogos, berharga RM350 untuk kategori Emas dan RM450 untuk Berlian. Atau, peminat Siti Nurhaliza yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM250 untuk produk SimplySiti sepanjang promosi Super Brand Day berpeluang menerima dua tiket bernilai sehingga RM900.

Minum Petang dengan Siti Nurhaliza
Berlangsung pada 18 September di Grand Hyatt Kuala Lumpur dan eksklusif untuk pemegang kad CIMB Islamic, seramai 15 pemenang berpeluang untuk menyertai majlis minum petang ini bersama pasangan mereka apabila mereka berbelanja sekurang-kurangnya RM250 untuk produk SimplySiti sepanjang promosi Super Brand Day.

SimplySiti Super Brand Day dianjurkan sempena Shopee Brands Festival yang akan berlangsung dari 1 hingga 18 Ogos, menjanjikan tawaran dan promosi hebat untuk pengguna yang membeli-belah di bawah Shopee Mall. Mereka boleh merebut tawaran pada harga serendah RM1 setiap hari untuk barangan berjenama kegemaran mereka semasa Jualan Mengejut (Shocking Sale), dan merebut baucar potongan Surprise Hour 50% dan juga menerima hadiah apabila mereka membeli barangan terpilih. Pembelian di bawah Shopee Mall disertakan pulangan percuma dalam masa 15 hari, jaminan ketulenan 100%, dan penghantaran percuma. Tertakluk kepada terma dan syarat. 

Monday, 5 August 2019

Monday, August 05, 2019 7

Restoran Sisik Ikan Bakar Resepi Warisan Tok Masakan Tradisi Melayu

Restoran Sisik Ikan Bakar Resepi Warisan Tok Masakan Tradisi Melayu | Restoran Sisik cukup dikenali dengan masakan warisan yang menyajikan hidangan ikan bakar dan pelbagai makanan laut.  Kedudukan Restoran Sisik yang strategi ini selain terdapat ruang letak kereta yang luas ianya terletak berhampiran pusat membeli belah GM Klang (GM Klang Wholesales City) yang sentiasa menjadi kegilaan orang ramai malah seorang sahabat yang tinggal di Kedah pun sanggup ke sini untuk bershopping!

Restoran Sisik yang dahulunya dikenali sebagai Restoran Resepi Warisan Tok, ditubuhkan pada tahun 2013 oleh pengasasnya yang berasal dari negeri Pahang yang ingin memartabatkan masakan Melayu asli terutama dari segi ramuan dan masakannya.

Restoran Sisik Ikan Bakar Resepi Warisan Tok Masakan Tradisi Melayu
 Memang dari jauh dah boleh nampak 'signboard' Restoran Sisik ni yang terletak di Bandar Botanik Klang ni
Restoran Sisik Ikan Bakar Resepi Warisan Tok Masakan Tradisi Melayu

Nasi lemak sisi buluh perindu..pergh dasyat nama sajian ni kan! yang merupakan antara menu yang disajikan selain kita boleh makan nasi putih dengan pelbagai jenis masakan laut.

Restoran Sisik Ikan Bakar Resepi Warisan Tok Masakan Tradisi Melayu
favorite! dan recommended! memang sedap ikan pari bakar yang diletakkan kuah air asam yang pekat dan sangat memikat.

Restoran Sisik Ikan Bakar Resepi Warisan Tok Masakan Tradisi Melayu
Ikan masak tempoyak yang cukup sedap yang cukup disyorkan..tak percaya? mai la cuba!
Restoran Sisik Ikan Bakar Resepi Warisan Tok Masakan Tradisi Melayu
ikan siakap stim yang cukup memenuhi selera saya, ikan bawal bakar, siput buluh dan kepah yang dimasak cukup menyelerakan sampai tersandar lepas makan..hehe

Restoran Sisik Ikan Bakar Resepi Warisan Tok Masakan Tradisi Melayu
Pelbagai jenis makanan laut segar untuk dipilih dan seterusnya dimasak ikut selera para pelanggan. Ada pemiant telor ikan mayong, telur sotong? dan peminat lauk masakan asli dan tradisi Melayu di Restoran Sisik ni, kena la singgah dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang sementara untuk steamboat dan hidangan bakar atau bakar berempah pula bermula jam 5 petang hingga 12.30 tengah malam

Restoran Sisik Ikan Bakar Resepi Warisan Tok Masakan Tradisi Melayu
Restoran ini boleh menempatkan sehingga 600 orang dalam satu masa, jadi kalau nak buat tempahan untuk sebarang majlis, jamuan makan dan apa saja acara, tempat ini memang sesuai!

Restoran Sisik Ikan Bakar Resepi Warisan Tok Masakan Tradisi Melayu
foto kredit to Ayu Arjuna
Segak kan para pekerja di Restoran Sisik ni dengan baju ala pengawal siap dengan tanjak, kemas dan mereka ni sangat ramah dari bab pemilihan makanan sehingga bab sajian. Tahniah Restoran Sisik yang bukan sahaja memperkenalkan masakan asli Melayu tapi juga penampilan para pekerjanya.

Nak tau lebih lanjut boleh layari www.facebook.com/restoransisik

Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hubungi 019 226 3004 / 016 224 0474

Alamat : No 2, Jalan Kasuarina 1/ks7,Bandar Botanik, 41200 Klang, Selangor


Sunday, 4 August 2019

Sunday, August 04, 2019 5

Jatuh Hati Dengan Lagu Cinta Luar Biasa - Andmesh Kamaleng

Memandu menuju ke rumah mak dengan memandu kereta Kelisa tempohhari sesambil mendengar radio terus terjatuh cinta dengan lagu yang tidak diketahui siapa penyanyinya..mulanya ingat Anuar Zain sebab ada la iras sikit tapi seperti biasa waktu tu jer dan bila tiba siang..dah lupa

Tup tup lepas beberapa hari terdengar cikapplepie dok mendendang bait "orang biaaa tapi cintaku padamu luar biasa" memang bait ni yang buat saya terpikat..simple tapi ikhlas. Pastinya bila ditanya pada cikapplepie..pasti ada jawapannya dan katanya nama lagu tu Extraordinary Love..Cinta Luar Biasa


Andmesh Kamaleng sipenyanyi muda baru berusia 22 tahun (lahir 15 April 1997) merupakan penyanyi, pencipta lagu dari Indonesia juga merupakan pemenang Rising Star Indonesia musim kedua.

Cinta Luarbiaa
Waktu pertama kali
kulihat dirimu hadir
rasa hati ini inginkan dirimu
hati tenang mendengar
suara indah menyapa
gerloranya hati ini tak kusangka
rasa ini tak tertahan
hati ini selalu untukmu

terimalah lagu ini 
dari orang biasa
tapi cintaku padamu luar biasa
aku tak punya bunga
aku tak punya harta
yang kupnnya hanyala hati yang setia
tulus padamu

hari-hari berganti
kini cinta pun hadir
melihatmu, memandangmu bagai bidadari
lentik indah matamu
manis senyum bibirmu
hitam panjang rambutmu anggun erikat
rasa ini tak ertahan
hati ini selalu untukmu

terimalah lagu ini
dari orang biasa 
tapi cintaku padamu luar biasa
aku tak punya bunga
aku tak punya harta
yang kupunya hanyala hati yang setia
tulus padamu
o-o-o-oh

terimalah lagu ini
hmm
dari orang biasa

terimalah lagu ini
dari orang biasa
tapi cintaku padamu luarbiasa
aku tak punya bunga
aku tak punya harta
yang kupunya hanyala hati yang setia
yang kupunya hanyala hati yang setia
terimalah cintaku yang luarbiasa
tulus padamu

Seperti biasakah..saya memang lewat la dapat dengar lagu merdu ni sebab saban hari dok layan Hitzfm baik dipejabat mahupun sewaktu memandu kereta sendiri..


Saturday, 3 August 2019

Saturday, August 03, 2019 1

"Travel With Peace of Mind" - Kembara Halal Eropah Mood Travel Dan Juara Travel

"Travel With Peace of Mind" - Kembara Halal Eropah Mood Travel Dan Juara Travel | Syarikat pelancongan MoodExpert Travel & Tours dan Juara Travel telah memperkenalkan pakej Kembara Halal Eropah di Majlis Hi-Tea bertempat di Restoran D'Saji Titiwangsa baru-baru ini.


Program Kembara Halal Eropah (KHE2019) ini adalah sebahagian inisiatif dari syarikat Mood Trvel untuk memberi peluang kepada agensi-agensi pelancongan yang berdaftar dengan BUMITRA Malaysia mengambil peluang keemasan bagi meluaskan perkhidmatan pelancongan sedia ada dan meningkatkan jualan syarikat.  Komisen yang ditawarkan adalah sangat lumayan dan boleh mencecah sehingga RM6,000 dan apa yang menarik agensi pelancongan yang menyertainya akan diberikan sokongan dari segi teknikal dan lain-lain keperluan..sungguh menarik!



Majlis yang dilancarkan oleh Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Musa Yusuf dan turut dihadiri oleh Mohd Ali Bin Ab Malik (Presiden Bumitra), Muhammad Arif Atiq Bin Ahmad Suzaili (Ketua Pengarah Eksekutif Mood Travel), Tuan Ahmad Suzaili Bin Shaari (Ketua Pengarah Kewangan, Mood Travel), Muhammad Faris Nazmi Bin Ahmad Suzaili (Ketua Pengarah Operasi Mood Travel),
Hj Mazlan Bin Mansor (Pengarah Urusan Juara Travel), Muhammad Faiz bin Abd Halim (Pengurus Besar Juara Travel), Hazli (Eksekutif Jualan Ethihad Airways) dan Su Anne (Country Manager Etihad Airways)serta dihadiri oleh wakil agensi pelancongan yang berdaftar dengan BUMITRA Malaysia.

Antara perkhidmatan pelancongan yang dijalankan oleh Mood Travel adalah
  • B2B (Business To Business)
  • Private
  • MICE


Kenapa dan mengapa Mood Travel menjadi pilihan
  • Pengangkutan - kenderaan yang selesa dengan ruang tempat duduk yang luas dan selesa, dilengkapi dengan tandas didalam bas, kenderaan yang boleh memuatkan sehingga 55 orang pelancong dan semestinya pemandu Eropah berlesen dan mesra pelanggan.
  • Tempat Tinggal - Hotel yang disediakan bertaraf 3 bintang yang selesa untuk beristirehat, luas, strategik, dilengkapi wifi  dan pelbagai kemudahan lain demi keselesaan pelanggan
  • Makanan Halal - Menjadi tanggungjawab pihak Mood Travel menyediakan makanan halal jadi tak perlu risau sebab antara makanan yang disediakan semestinya masakan Melayu seperti Nasi Lemak, Nasi Kerabu, Nasi Dagang dan bukan mee segera yang akan menjadi juadah walau di negara asing.
  • Solat - Sepanjang perjalanan dan penjelajahan ke Eropah, peserta dipastikan dapat mengerjakan solat di awal waktu dan tazkirah akan diberikan pada waktu yang bersesuian
  • Pemandu Pelancong - Pemandu Pelancong yang bertugas adalah mereka yang tinggal di United Kingdom lebih 10 tahun dengan pengalaman mengendalikan lebih dari 40 perjalanan ke Eropah, mesra pelanggan dan semestinya fasih berkomunikasi dan berinteraksi dalam Bahasa Melayu.  
  • Membeli Belah -  Masa untuk membeli belah diperuntukan demi kepuasan pelanggan dan semestinya tiada had dengan pilihan yang pasti memberikan kepuasan.

Antara pakej yang diperkenalkan 
  • Western Europe -pakej 6 negara; England, France, Belgium, Jerman, Netherland dan Switzerland
  • Northern Europe - pakej 4 negara; Sweden, Norway, Denmark dan Finland
  • Southern Europe - pakej 4 negara; Sepanyol, Itali, Bosnia Herzegovina dan Greece
  • Central Europe - pakej 5 negara; Jerman, Republik Czech, Hungary, Slovakia dan Austria
  • Eastern Europe - pakej 4 negara; Russsia, Belarus, Romania dan Moldova
  • Lain-lain Destinasi - Pakej dalam negara, New Zealand, Australia, Turki, Iran, Afrika Selatan, Vietnam, China, Uzbezkistan, Thailand dan pelbagai negara lain

Kepuasaan Anda, Keutamaan Kami


www.moodtravel.co.uk



03-8922 9376 / 018-380 7828

Lot A-2-7A, Blok A, Ostia Bangi, Seksyen 14, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan


#moodtravelcutieropah
#TravelWithPeaceOfMind


Saturday, August 03, 2019 2

Royal Flora Putrajaya 2019 Berlokasi di Taman Botani Putrajaya

Royal Flora Putrajaya 2019 Berlokasi di Taman Botani Putrajaya  | RFP 2019 merupakan edisi  ke 11 penganjurannya dan akan berlokasi di Taman Botani, Prescint 1, Putrajaya bermula 31 Ogos hingga 8 September dari jam 10 pagi hingga 10 malam dengan bertemakan "Mother Of All Gardens" dan pada tahun ini akan mengetengahkan orkid dan bonsai sebagai bunga tema festival.

Royal Flora Putrajaya 2019 Berlokasi di Taman Botani Putrajaya
Majlis Pra Pelancaran RFP 2019 baru-baru ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Khalid Bin Abd Samad, Menteri Wilayah Persekutuan dan dihadiri oleh YBhg Datuk Seri Haji Saripuddin bin Haji Kassim, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan YBhg Datu Dr Aminuddin Bin Hassim, Presiden PPj

Matlamat utama RFP 2019 adalah untuk memperkukuhkan dan menjenamakan imej Putrajaya sebagai "Bandaraya Berbunga".  Penganjuran festival ini merupakan inisiatif PPj mengembangkan sektor pelancongan serta membuka lebih banyak lagi peluang perniagaan terutama dalam industri hortikultur dan florikultur.

Royal Flora Putrajaya 2019 Berlokasi di Taman Botani Putrajaya
Bertepatan dengan tema yang diketengahkan RFP 2019 bakal mempamerkan 1 juta kuntum bunga-bungaan dari pelbagai spektrum warna termasuk lebih 500 variasi spesis orkid, lebih 100 koleksi bonsai, 79 pameran taman dengan pelbagai tema dan reka bentuk.  Selain dari pameran landskap dan florikultur, para pengunjung juga berpeluang menyertai lebih 100 aktiviti harian berunsur edutainment, bengkel dan demonstrasi perkebunan antaranya FLORIA Fun Run, Aerobicthon bertemakan Glow In The Dark, Flora Fashion show, Garden Talk, gubahan bunga, masakan DiRaja, persembahan artis jemputan dan banyak lagi.

Royal Floria Putrajaya 2019 akan turut disertai dari negara Singapura, Thailand , Korea, Taiwan dan Indonesia dan pihak penganjur menganggarkan seramai 500 ribu pengunjung akan berkunjung di sepanjang 9 hari festival berlangsung.

Royal Flora Putrajaya 2019 Berlokasi di Taman Botani Putrajaya
Harga tiket ke RFP 2019 bagi warganegara adalah RM5 bagi orang dewasa dan RM3 untuk OKU, warga emas serta kanak-kanak.

Bagi pengunjung luarnegara tiket masuk adalah RM10 untuk orang dewasa dan RM5 bagi OKU, warga emas serta kanak-kanak.

Tiket boleh didapati secara atas talian melalui http://ticket.smart.putrajaya.my atau melalui aplikasi Putrajaya Mobile

Penganjuran RFP 2019 turut mendapat sokongan daripada Kementerian Wilayah, Kementerian Pelancongan, Seni dan budaya Malayisa dan Jabatan Landskap Negara

Nak tahu lebih lanjut layari laman sesawang atau di sosial media rasmi Royal Floria seperti berikut:

Secretariat : 03-8887 7043

Facebook : Royal Flora Putrajaya

Instagram : @putrajayafloria

Twitter : @putrajayafloria


Thursday, 1 August 2019

Thursday, August 01, 2019 3

Pameran MY Home Di Sunway Pyramid Convention Centre 2 - 4 Ogos 2019

Buat pengunjung Sunway Pyramid Convention Centre, jangan lepaskan peluang untuk serbu MY Home bermula 2 hingga 4 Ogos ini (Jumaat hingga Sabtu). 



Jangan lupa untuk berkunjung awal kerana MY Home menawarkan baucarr tunai bernilai RM 200 dan RM 500! buat 120 pengunjung bertuah dan terawal pada hari Jumaat dan Sabtu.

Baucar tunai hanya boleh ditebusguna sekali pada hari acara dan tertakluk pada terma dan syarat. Bukan itu saja malah banyak lagi tawaran menarik dari jenama terkenal buat para pengunjung dari kelengkapan bilik tidur, bilik air, sofa, rekaan dalaman, barangan elektronik, pekakas dapur, lampu, langsir, karpet, sistem kawalan dan banyak lagi!

 

Hanya dibawah satu bumbung dengan Super Sale sehingga 80% dan dengan berbelanja RM1000, para pengunjung berkemungkinan memenangi hadiah istimewa dan banyak lagi!




Dapatkan keterangan lanjut di https://www.facebook.com/myhomeexhibition/ dan nantikan live di MY HOME pada 2 Ogos 2019!


Tarikh : 2-4 Ogos 2019 (Jumaat – Ahad) 

Waktu : 11 pagi hingga 9 malam

Lokasi: Sunway Pyramid Convention Centre
3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan