Monday, 12 August 2019

Kacang Kuda Rebus Hidangan Hari Raya Rupanya Baik Untuk Diet!

Terkenang zaman kanak-kanak dulu, kacang kuda rebus antara sajian yang mak sediakan setiap hari raya selain nasi impit yang tanak dan diletakkan didalam besen kemudian di letakkan batu giling untuk memampatkan nasi.  Saya cuma pemerhati dan tukang makan jer sebab sebagai adik perempuan bongsu, banyak benda yang saya tak buat sebab adanya empat orang kakak yang semestinya membantu mak tapi sekarang ni bila dah jadi seorang ibu dan usia makin meningkat kenangan tu menjelma balik dan keinginan untuk makan makanan yang kita dok teringat tu tak perlu tunggu orang lain buatkan tapi buat sendiri lebih seronok.  Mana la tahu kot tiba masa anak-anak dah berumahtangga dan mereka pun mungkin boleh buatkan untuk kita pulak kan.

Kacang Kuda Rebus Hidangan Hari Raya Rupanya Baik Untuk Diet!

Bahan-bahan
1 kg kacang tanah kering
1 tangkai daun kari
1 sudu teh biji sawi
2 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar, dihiris
2 tangkai cili kering, dikerat sepanjang 1 inci
1 sudu minyak masak
garam secukup rasa

Kacang Kuda Rebus Hidangan Hari Raya Rupanya Baik Untuk Diet!


Cara membuatnya
  • Kacang kuda dibasuh dan direndam selama 10 jam atau lebih supaya dia kembang.  
  • Rebus kacang kuda hingga benar-benar kembang dan lembut.  Toskan air dan biarkan didalam penapis hingga betul-betul kering
  • Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis bawang merah hingga kekuningan, masukkan biji sawi, daun kari dan kemudian akhir sekali kacang kuda. Kacau dengan cermat supaya kacang kuda tidak hancur. Masak dalam 5 -7 min sudah memadai.
  • Tutup api dan masukkan sedikit garam secukup rasa

Selamat mencuba!


Kebaikan Dan Keburukan Kacang Kuda 

Sewaktu mencari photo kacang kuda yang masih kering dan mentah, saya terjumpa artikel tentang kebaikan kacang kuda ni https://www.bidadari.my/khasiat-kacang-kuda/



Kacang Kuda atau Chickpea juga dipanggil kacang garbanzo sejenis tanaman tertua di dunia dan paling menarik ia menjadi sebahagian diet tradisional selama lebih 7500 tahun. Kacang kuda mengandungi banyak khasit pada kesihatan sebab tu kacang kuda merupakan kacang yang banyak ditanam dan dimakan seluruh dunia selepas kacang soya

Antara kebaikan kacang kuda adalah meningkatkan penghadaman, mengekalkan kestabilan tahap gula dalam darah, meningkatkan perlindungan terhadap sindorm metabolik dan penyakit jantung, mengandungi protein, vitamin dan mineral yang tinggi sebab tu ianya termasuk dalam diet Ayurveda dan diet Mediterranean

Fakta Nutrisi Kacang Kuda
Kacang kuda adalah sumber utama protein bagi tumbuhan, selain serat, zat besi, zink, fosforus, vitamin B dan banyak lagi. Kacang boleh dikategorikan dalam kumpulan karbohidrat dan juga protein. Ini kerana, kekacang adalah makanan yang kaya dengan nutrien dan unik kerana ia mengandungi gabungan protein, kanji, serat dan mineral. Malah ia juga rendah kalori.

Kacang kuda juga boleh dianggap sebagai karbohidrat yang baik kerana kanji yang terdapat dalam kacang kuda dicerna perlahan-lahan dan menyokong tahap gula dalam darah yang lebih stabil. Kacang kuda juga turut mengandungi vitamin A, C, E dan niasin.


  • Stabilkan bacaan gula dalam darah

Kacang kuda sangat tinggi serat. Kajian telah menunjukkan bahawa pesakit diabetes jenis 1 yang mengamalkan diet serat tinggi mempunyai tahap glukosa darah yang lebih rendah. Bagi pesakit diabetes jenis 2, pengambilan serat yang lebih tinggi dapat meningkatkan kadar gula darah, lipid, dan insulin.

Garis Panduan Pemakanan untuk Amerika mengesyorkan sekurang-kurangnya 21 hingga 25 gram serat setiap hari untuk wanita dan 30 hingga 38 g sehari untuk lelaki.

Selain itu, kacang kuda merupakan karbohidrat baik kerana kanji yang terdapat dalam kacang kuda dicerna perlahan-lahan dan menyokong tahap gula dalam darah yang lebih stabil. Maka, ia sesuai diamalkan oleh pesakit diabetes.


  • Kesihatan Jantung 

Kacang kuda kaya dengan serat, potassium, vitamin C, dan vitamin B6. Nutrien ini semuanya menyokong kesihatan jantung. Kacang kuda mengandungi sejumlah besar serat, yang membantu mengurangkan jumlah kolesterol dalam darah, secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.

Dalam satu kajian, mereka yang menggunakan 4,069mg kalium setiap hari mempunyai 49% risiko kematian yang lebih rendah daripada penyakit jantung iskemik berbanding dengan mereka yang menggunakan kurang kalium (kira-kira 1,000 mg sehari).


  • Tulang Yang kuat

Zat besi, fosfat, kalsium, magnesium, mangan, zink, dan vitamin K dalam kacang kuda menyumbang kepada pembinaan dan penyelenggaraan struktur dan kekuatan tulang.

Walaupun fosfat dan kalsium keduanya penting dalam struktur tulang, keseimbangan antara kedua-dua mineral ini diperlukan untuk mineralisasi tulang yang betul. Penggunaan terlalu banyak fosforus dengan pengambilan kalsium yang terlalu kecil boleh mengakibatkan kerapuhan tulang.

Pembentukan tulang memerlukan mineral seperti mangan, besi dan zink memainkan peranan penting dalam pengeluaran dan pematangan kolagen.

Penggunaan vitamin K yang mencukupi adalah penting untuk kesihatan tulang yang baik kerana ia meningkatkan penyerapan kalsium dan dapat mengurangkan mendapan kalsium dalam kencing, memastikan kalsium yang cukup untuk membina dan memperbaiki tulang. Kekurangan vitamin K dikaitkan dengan risiko keretakan tulang yang lebih tinggi.

  • Mengelak risiko kanser

Kacang kuda mengandungi mineral selenium. Ia membantu enzim hati untuk berfungsi dengan baik dan menyahtoksik beberapa sebatian penyebab kanser di dalam badan. Selain itu, selenium menghalang keradangan dan menurunkan kadar pertumbuhan tumor.

Kacang kuda juga mengandungi folat, yang memainkan peranan dalam sintesis dan pembaikan DNA, dan seterusnya membantu mencegah pembentukan sel-sel kanser daripada mutasi dalam DNA. Saponin, phytokimia yang terdapat dalam kacang kuda dapat mencegah sel-sel kanser daripada membiak dan menyebar ke seluruh badan.

Pengambilan serat tinggi daripada kacang kuda, bijirin, buah-buahan, dan sayur-sayuran dikaitkan dengan risiko menurunkan kanser kolorektal. Selain itu, vitamin C juga berfungsi sebagai antioksidan yang kuat dan membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan radikal bebas.


  • Menurunkan Berat Badan

Diet serat berfungsi sebagai “ejen bulking” dalam sistem pencernaan. Kompaun ini meningkatkan rasa kenyang dan mengurangkan selera makan, Hal ini menjadikan orang berasa kenyang lebih lama dan dengan itu menurunkan pengambilan kalori secara keseluruhan.

Banyak kajian menunjukkan bahawa mengamalkan makanan tumbuhan seperti kacang kuda dapat mengurangkan risiko obesiti, diabetes, penyakit jantung, menggalakkan kulit yang sihat, rambut yang sihat, meningkatkan tenaga, dan berat badan secara keseluruhan lebih rendah.

Risiko
Kekacang mengandungi oligosakarida yang dikenal sebagai galactans, atau gula kompleks. Tubuh tidak dapat mencerna gula komples ini kerana tidak mempunyai enzim alpha-galactosidase. Enzim ini diperlukan untuk memecahkan gula-gula ini.

Akibatnya, pemakanan kekacang seperti kacang kuda akan menyebabkan beberapa masalah gas di bahagian usus dan ketidakselesaan.

Bagi mereka yang mengalami gejala ini ketika memakan kekacang harus mengamalkan kekacang secara perlahan-lahan. Tidak boleh makan kekacang dalam kuantiti yang banyak sekali gus.

Cara lain untuk atasi masalah ini ialah dengan mengalirkan air ketika merendam kekacang kering. Ini bertujuan membuang oligosakarida, raffinose dan stachyose. Hal ini dapat mengelakkan beberapa masalah pencernaan.

Kesimpulan
Kacang kuda antara kacang yang mudah didapati dan murah. Khasiatnya sangat banyak untuk kesihatan kerana ia mengandungi serat yang tinggi. Selain itu, ia juga adalah karbohidrat baik yang kerana tercerna secara perlahan-lahan dan dapat menstabilkan paras gula dalam darah. Malah ia juga rendah kalori.

Daripada makan makanan ringan atau makanan yang terproses, kacang kuda adalah lebih ideal dijadikan sebagai kudapan harian anda.

Sumber rujukan :

3 comments:

  1. Sedap woo makan kacang kuda ramai2 sambil tgk movie.

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak makan kacang kuda rebus.
    Biasa Mrs. A beli jer.. kat pasar malam heheeehe

    ReplyDelete
  3. Eh.. Saya pun buat kacang kuda rebus juga masa raya AidilAdha aritu..

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!