Saturday, 3 August 2019

Royal Flora Putrajaya 2019 Berlokasi di Taman Botani Putrajaya

Royal Flora Putrajaya 2019 Berlokasi di Taman Botani Putrajaya  | RFP 2019 merupakan edisi  ke 11 penganjurannya dan akan berlokasi di Taman Botani, Prescint 1, Putrajaya bermula 31 Ogos hingga 8 September dari jam 10 pagi hingga 10 malam dengan bertemakan "Mother Of All Gardens" dan pada tahun ini akan mengetengahkan orkid dan bonsai sebagai bunga tema festival.

Royal Flora Putrajaya 2019 Berlokasi di Taman Botani Putrajaya
Majlis Pra Pelancaran RFP 2019 baru-baru ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Khalid Bin Abd Samad, Menteri Wilayah Persekutuan dan dihadiri oleh YBhg Datuk Seri Haji Saripuddin bin Haji Kassim, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan YBhg Datu Dr Aminuddin Bin Hassim, Presiden PPj

Matlamat utama RFP 2019 adalah untuk memperkukuhkan dan menjenamakan imej Putrajaya sebagai "Bandaraya Berbunga".  Penganjuran festival ini merupakan inisiatif PPj mengembangkan sektor pelancongan serta membuka lebih banyak lagi peluang perniagaan terutama dalam industri hortikultur dan florikultur.

Royal Flora Putrajaya 2019 Berlokasi di Taman Botani Putrajaya
Bertepatan dengan tema yang diketengahkan RFP 2019 bakal mempamerkan 1 juta kuntum bunga-bungaan dari pelbagai spektrum warna termasuk lebih 500 variasi spesis orkid, lebih 100 koleksi bonsai, 79 pameran taman dengan pelbagai tema dan reka bentuk.  Selain dari pameran landskap dan florikultur, para pengunjung juga berpeluang menyertai lebih 100 aktiviti harian berunsur edutainment, bengkel dan demonstrasi perkebunan antaranya FLORIA Fun Run, Aerobicthon bertemakan Glow In The Dark, Flora Fashion show, Garden Talk, gubahan bunga, masakan DiRaja, persembahan artis jemputan dan banyak lagi.

Royal Floria Putrajaya 2019 akan turut disertai dari negara Singapura, Thailand , Korea, Taiwan dan Indonesia dan pihak penganjur menganggarkan seramai 500 ribu pengunjung akan berkunjung di sepanjang 9 hari festival berlangsung.

Royal Flora Putrajaya 2019 Berlokasi di Taman Botani Putrajaya
Harga tiket ke RFP 2019 bagi warganegara adalah RM5 bagi orang dewasa dan RM3 untuk OKU, warga emas serta kanak-kanak.

Bagi pengunjung luarnegara tiket masuk adalah RM10 untuk orang dewasa dan RM5 bagi OKU, warga emas serta kanak-kanak.

Tiket boleh didapati secara atas talian melalui http://ticket.smart.putrajaya.my atau melalui aplikasi Putrajaya Mobile

Penganjuran RFP 2019 turut mendapat sokongan daripada Kementerian Wilayah, Kementerian Pelancongan, Seni dan budaya Malayisa dan Jabatan Landskap Negara

Nak tahu lebih lanjut layari laman sesawang atau di sosial media rasmi Royal Floria seperti berikut:

Secretariat : 03-8887 7043

Facebook : Royal Flora Putrajaya

Instagram : @putrajayafloria

Twitter : @putrajayafloria


2 comments:

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!