Wednesday, September 19, 2018

,
Selamat Berpuasa buat semua yang berpuasa sunat hari ke 9 Muharram, hari ini dan hari ke 10 Muharram, esok hari.



Ketahuilah, yg dimaksud dgn Hari Asyura, adalah hari ke sepuluh dari bulan Muharram.

Jadi, puasa Asyura itu adalah puasa sunnah yg dilakukan pada Hari Asyura atau hari ke sepuluh dari bulan Muharram.

Apa keutamaannya ?

Keutamaannya, dijelaskan dalam hadis Abu Qotadah rodhiyallohu anhu, bahawa Nabi Muhammad shollallohu alaihi wa sallam pernah menjelaskan dalam sabdanya :

وصيام.يوم عاشوراء أحتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله

"Dan berpuasa pada hari Asyura itu, aku berharap kepada Allah agar menghapus (dosa-dosa) setahun sebelumnya (yakni setahun yg lalu)."

Dalam riwayat lainnya dengan lafaz :

يكفر الستة الماضية

"Akan menghapus (dosa2/kesalahan) setahun yg lalu."
(HR Imam Musli no. 1162/196)

Demikian fadhilah (keutamaan) yang kita raih apabila menunaikan ibadah puasa ini.

Masala* : _"Apakah dosa2 yang akan dihapus tersebut termasuk semua jenis dosa (baik yg besar maupun yg kecil), atau hanya dosa2 yg kecil saja ?"_

Kalau kita perhatikan dhohirnya hadits, puasa Asyura itu dapat menghapus semua jenis dosa.

Akan tetapi, menurut jumhur ulama, fadhilah puasa Asyura ini hanya menghapus dosa-dosa yg kecil saja, tidak menghapus dosa-dosa yg besar.

Mengapa ? Ya, kerana puasa Asyura itu tidak lebih utama daripada puasa Ramadan, dan juga tidak lebih utama dari solat-solat yang lima waktu (solat fardhu).

Sedangkan Nabi shollallohu alaihi wa sallam bersabda :

الصلوات الخمس، والجمعة إلى الجمعة، ورمضان إلى رمضان مكفرات ما بينهن إذا اجتنبت الكبائر

"Sholat-sholat yang lima waktu, dan Jumaat yang satu sampai kepada  Jumaat yang  berikutnya, serta dari Ramadan yang satu sampai kepada Ramadan yang berikutnya, akan menghapus (dosa-dosa kecil yang terjadi) diantara keduanya, selama dia menjauhi dosa-dosa besar."

(HR Imam Muslim no. 233, dari Abu Huroiroh rodhiyallohu anhu)

Intinya, jika solat-solat yang lima waktu, solat Jumaat dan puasa Ramadan yang hukumnya wajib saja, hanya akan menghapus dosa-dosa kecil yg terjadi diantara keduanya, apalagi puasa Asyura atau puasa lainnya yg hukumnya sunnah, tentu juga hanya akan dapat menghapus dosa-dosa yang kecil saja.

Adapun dosa-dosa besar, hanya mampu dihapus dgn bertaubat dgn sebenar-benarnya taubat dan memperbanyak istighfar (memohon keampunan) kepada Allah ta'ala.

Wallohu a'lam bis showab.

Adapun tentang hukum puasa ini, dijelaskan oleh Al-Imam An-Nawawi rohimahulloh sbb :

"Para ulama telah sepakat, bahwa Puasa Asyura itu hukumnya adalah sunnah/tidak wajib." 
(Syarh Shohih Muslim, 8/4)

Demikian, semoga penjelasan ringkas ini bermanafaat. Barokallohu fiikum.

Akhukum fillah, *Abu Abdirrohman Yoyok WN Sby*

Semoga bermanfaat.

copy paste : sumber dari group WA family

Tuesday, September 18, 2018

,
Menikmati Makanan Korea Yang Pasti Ngences di Yoogane | Ngences? yeah sudah pasti. Dalam dok teringat nak makan makanan Korea..tup tup dipelawa untuk mencuba makanan Korea di Yoogane tempohhari  tu umpama orang mengantuk disorongkan bantal la.  Tapi kalau mengantuk terus tertido tapi yang ni bila dapat pelawaan tu terus terasa melompat gembira dek terlebih minum Anlene..hahaa

Menikmati Makanan Korea Yang Pasti Ngences di Yoogane

Kan dah kata...tengok tu kegembiraan sungguh kan..hehe

Seperti biasa public transport dah jadi pengangkutan rasmi UF untuk kemana-mana dan dari rumah UF perlu naik LRT hingga ke Pasar Seni dan kemudian menaiki MRT hingga ke stesen Bandar Utama.  Memandangkan kedai makanan Korea ni terletak dalam mall Bandar Utama (new wing) jadi memang tak payah nak cari.

Apa menu yang menarik di Yoogane?

Menikmati Makanan Korea Yang Pasti Ngences di Yoogane


Army Stew - ada rameyeon, sayuran, inoki, rice cake, cendawan, crab stick, leek dan dibahagian tepi kuali diletakkan keju yang kemudian mencair sewaktu dimasak depan mata! Bayangkan kita makan sambil mencalit cheese dan kunyah masuk ke dalam mulut..fuhhh

Menu yang sangat disarankan untuk dicuba.  Kalau nak pergi, ajak la UF sekali boleh kita sama-sama menikmatinya.

Menikmati Makanan Korea Yang Pasti Ngences di Yoogane

Cheese Chicken Bulgogi

Menikmati Makanan Korea Yang Pasti Ngences di Yoogane

Cheese Beef Bulgogi

Menikmati Makanan Korea Yang Pasti Ngences di Yoogane
Kepak ayam goreng dengan empat variasi iaitu Galbi chicken wings, Bulgogi chicken wings, Citron chicken wings dan Garlic butter wings.  Mana yang sedap? pasti kesemua variasi ni la sedap dan kena pada tekak dan selera sendiri.

Menikmati Makanan Korea Yang Pasti Ngences di Yoogane
Kalau sesiapa nak makan nasi boleh la mencuba Yoogane Dosirak set menu samada Beef Bulgogi Dosirak, Chicken Bulgogi Dosirak dan ada juga Chicken Galbi Dosirak yang boleh dinikmati secara set dengan minuman pada harga RM15.90++

Menikmati Makanan Korea Yang Pasti Ngences di Yoogane
Antara yang menarik makanan sampingan yang patut dicuba adalah seafood pancake dan mushroom pancake yang sangat sedap.





Ok, ni nak bagi tau yang dalam bulan September ni ada promosi istimewa untuk Army Stew pada harga RM28.90++ seorang bagi setiap hari Isnin hingga Jumaat dengan hanya minima 3 orang saja.  Kalau tidak harga biasa RM89.90++ , nampak tak berapa banyak dah jimat tu untuk nikmati Unlimited Topping Special dan topping yang boleh dipilih antaranya adalah Dobboki, Rameyeon, Baked beans, Chicken luncheon meat, Chicken sausage, Enoki mushroom, Shitake mushroom, Crabstick, Cabbage, Leek, Beancurd, Chicken soup, Kimchi soup, Barley Tea, Brown rice,  green tea dan  Ice cream dengan salad bar tanpa had!

Nota: Pastikan bila makan tu korang habiskan makanan kalau tidak, pasti kena caj RM5 untuk setiap 100gm jadi jangan membazir!

Jangan lupa dan ikuti rapat-rapat Facebook UF dan Instagram UF tau sebab nanti akan ada giveaway dan pemenang bertuah akan dapat voucher makan disini. Stay tune!

Untuk sesiapa yang nak mencuba makan, terjah jer  kat alamat di bawah

Alamat :
1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama City Centre, Petaling Jaya
Waktu perniagaan :
11:30 pagi  hingga 10 malam setiap hari

Facebook
Yoogane Malaysia

Instagram
Yoogane Malaysia
 
No Telefon :03 -7733 5796

Monday, September 17, 2018

,
Tips Mudah Pemakaian Lampin Pakai Buang Buat Pesakit | Sebenarnya dah lama nak publish entry pasal pemakaian lampin pakai buang buat pesakit yang terlanta tapi terhenti sebab abah dimasukkan kembali ke HTM dan tumpuan hanya pada abah masa tu.

Abah dah terlantar (bedridden) sejak Hari Raya Aidil Fitri dan kami adik beradik yang pastikan abah mendapat meal seperti saranan doktor, menukar lampin dan adik akan mengangkat/mendukung abah ke bilik air untuk dimandikan.  Alhamdulillah, tu yang dapat kami lakukan supaya abah tetap segar walau bedridden. Seronok dapat berbakti pada abah walau UF terpaksa bekerja agak keras untuk pastikan lampin pakai buang abah ditukar setiap pagi dan abah minum melalui tiub on time (tak on time jugak, lewat sejam dua kekadang tu)

Ok, nak kongsi macam mana kami pakaikan abah lampin supaya tidak membuatkan abah sakit dan kami terpaksa tak perlu mengangkat abah dan menggunakan seluruh tenaga dengan payah walau tidak mudah tapi kuranglah sikit bebanan susah tu.

Apa yang diperlukan
  • Lampin pakai buang (diaper) yang bersih
  • sarung tangan pakai buang 
  • plastik sampah 
  • Tisu basah (Wipes)
  • Krim (sekiranya perlu)


Tips mudah pemakaian lampin pakai buang buat pesakit bedridden.


Kalau menggunakan katil yang adjustable tu betulkan kedudukan supaya pesakit dalam keadaan berbaring. Tolakkan pesakit mengiring ke arah kiri atau kanan dahulu supaya memudahkan kita untuk menukar diaper. Paling utama, pastikan tangan kita bersih!

Apa yang UF tunjuk ni cuma secara ringkas dan kalau ada sebarang pertanyaan boleh jer tanya


5 Tips Mudah Pemakaian Lampin Pakai Buang Buat Pesakit
1. Pastikan di bahagian pelekat, sebelah kiri digulung secara  terbalik.  Pesakit dalam keadaan mengiring sebelah kiri dan masih memakai diaper yang perlu di tukar.

5 Tips Mudah Pemakaian Lampin Pakai Buang Buat Pesakit

2. Tolakkan diaper kebawah pesakit perlahan-lahan dan pastikan pesakit masih dalam keadaan selesa. Pastikan bahagian pelekat sudah berada di bawah pesakit dan cuma bahagian yang berwarna hijau untuk bahagian punggung pesakit yang kelihatan.
5 Tips Mudah Pemakaian Lampin Pakai Buang Buat Pesakit

3. Buka pelekat lampin pakai buang disebelah kanan, bolehlah dilap kulit pesakit dengan wipes supaya bersih dari urine dan pastikan tiada sebarang luka di belakang pesakit.  Sapukan krim supaya kulit pesakit terpelihara dari mengelakkan bedsore

Nota : Sesiapa yang bedridden ni memang mudah mendapat bedsore sebab mereka tak mampu beralih sendiri dan pemakaian diaper juga antara penyebab kerana tiada pengaliran udara



5 Tips Mudah Pemakaian Lampin Pakai Buang Buat Pesakit

4. Pesakit boleh ditelentangkan dan diaper yang lama boleh dibuka pelekatnya.  Pastikan pelekat di diaper yang lama itu dilipat kemas supaya ia tidak melekat di diaper yang baru. Diaper lama ditolak keluar dan letakkan pesakit dalam posisi berbaring mengadap sebelah kiri untuk melekatkan diaper disebelah kiri pula.


5 Tips Mudah Pemakaian Lampin Pakai Buang Buat Pesakit



5. Selesai. Kedua belah pelekat dilekatkan dan pastikan kedudukan pesakit berada dalam keadaan selesa.  Selimutkan pesakit dengan selimut yang bersih dan biarkan pesakit berehat.


Nota:
Jangan lupa buang lampin yang lama serta sarung tangan kedalam beg plastik dan cuci tangan dengan bersih.
,

Jom kita join GA Ana ni ya.

Seperti biasa, klik kat banner.  Good luck



Giveaway : Let's Be Beautiful by Ana Suhana


SYARAT-SYARAT :

1. Follow blog anasuhana.com.

2. Follow IG Ana Suhana di SINI.

3. Buat entri bertajuk Giveaway : Let's Be Beautiful by Ana Suhana, upload banner di atas dan backlink ke entri ni.


Thursday, September 13, 2018

,
Astagfirullah halazim..

Semalam waktu dok menjengah IG ternampak berita yang cukup buat Umi rasa geram sangat sampai cakap dalam hati nanti DH balik bawak suratkhabar memang tak nak sentuh suratkhabar tu. Geram, marah, sakit hati dan rasa nak cari penjenayah ni.  Aduhh entahlah macam mana boleh tertengok berita tu. Kejadian pulak dilakukan di Gombak kawasan yang dekat dengan perumahan Umi dan betapa tak bertamaddunnya manusia dua orang ni.

Bayangkanlah seekor kucing dimasukkan ke dalam mesin pengering dan kucing betina tu pulak bunting.  Kalau tak bunting sekali pun tergamak seorang manusia eh bukan seorang tapi dua manusia yang kejam dan tak ada hati perut, tak ada peri kemanusiaan buat aniaya pada haiwan.Walau kucing kekadang sangat annoying especially bila lapar waktu kita tengah duduk makan kat restoran.

Ya Allah tak tahu nak cakap apa, pastinya kucing tu pasti menjerit mengiau giau dalam pengering tu.  Seksa sungguh rasanya.  Tak mampu nak cerita lebih sebab bila cerita pasti boleh terbayang apa nasib kucing tu.




Bila Cik Meya balik, Umi nak cerita tapi dia dah tahu dan minta jangan cerita sambil tutup telinga.  Memang Cik Meya tu pencinta kucing macam Mak Jang dia (kakak Umi) yang memang suka kucing siap boleh cium lagi dan kucing Umi yang kat rumah ni siap boleh lepak manja kat Kak Jang bila dia menjengah.  Kucing ni sense dia kuat especially pada orang yang sayang dia.

Harap dapatlah pihak PDRM dapat mendapat kedua-dua lelaki yang tiada hati perut dan kejam ni.  Kalau boleh rasanya nak bagi jer mereka berdua ni merasa apa itu rasanya bila berada dalam pengering gitu.  Pastikan muka mereka tak ditutup kerana kesalahan ni.

Dan bagi tuanpunya dobi tu patut saman kedua manusia tak ada hati perut ni sebab pasti menyebabkan mesin tu berbau dan kotor dengan darah dan pastinya bulu kucing. Biar mereka dua merasa apa akibatnya dengan perbuatan yang kejam tu walau sebenarnya tidak mencukupi.

Apakah mereka ni hukuman yang setimpal buat penganiaya haiwan macam ni? penjara? denda? yang pasti tindakan kejam mereka ni terlalu melampau.